Friday, September 21, 2012

Kisah KFC yang baik hati

Salam kfc,

Ingat tak kisah taik telinga yang Pida ceritakan hari tu? Lepas Aqil selesai menjalani servis telinga oleh doktor pakar ENT, Pida pun pergi ke restoran KFC yang berdekatan dengan rumah anda untuk menikmati ayam kentaki yang telah lama diidamkan.

Lalu suami Pida yang gagah perkasa itu pun menuju ke Kentaki. Waktu pada masa itu ialah pukul 9 lebih (malam) iaitu dekat-dekat kentaki dah nak tutup kedai la. Lalu dengan senang hati beliau telah membeli 4 set ayam kentaki dan air milo taknak ais.

Sesampainya di rumah, Pida pun terus menolak pintu kerana tak sabar sangat nak makan ayam kentaki yang diidam-idamkan ini. (Kau jangan salah sangka, Pida bukan mengidam sebab mengandung, tetapi perut jadi lapar selepas melihat taik telinga Aqil sebelum itu).

Tanpa membasuh tangan, Pida pun terus mengambil peha ayam kentaki dan terus ngap. Anak-anak Pida dan suami Pida hanya menggeleng-geleng kepala melihat kerakusan Pida melahap ayam kentaki tersebut.

"Adakah ini contoh yang baik, mak?" tanya Aqil dengan mata penuh pengharapan.

"Hehehe... ko nak ke?" lantas Pida menghulurkan ayam kentaki bahagian daging yang tidak Pida gemari kepada Aqil.

"Mak, bukankah ayam peha itu mak ambil dari kotak Chicky Meal Aqil?" soal Aqil lagi.

"Err... ye ke... err... nah!"

Lalu Pida mengambil pula ayam spicy yang pedas. Namun tatkala memegang seketul ayam pedas tersebut, Pida dah rasa macam lain macam. Pida tengok ayam tu tak macam selalu; selalunya ayam kentaki nampak gebu, warna golden, garing dan yang paling penting, sedap.

Tapi ayam yang Pida pegang tu tak macam selalu; ia nampak tak segar, berminyak, tak golden dan yang paling Pida sentap, tak sedap! Pida pun merajuk lantas terus meletakkan ayam tersebut di dalam kotaknya semula.


Ayam goreng yang Pida makan tu nampak macam tak segar dan terlalu berminyak dan tak sedap.

"Abang rasa ayam tu sedap ke?" Pida bertanya suami Pida yang sedang makan.

"Tak sedap macam selalu la," suami membalas.

"'Ek? Macam ayam semalam yang digoreng semula je kan?" Pida berkata lagi. Pida hanya minum milo ais dan coleslaw yang memang Pida gemari.

"Takpelah, esok komplen kat KFC la. Nak pulang balik ni pun dah malam sangat," Pida menambah.

"Mak ni asyik komplen je... Nia malulah mak komplen-komplen ni," tiba-tiba Nia merungut.

"Eh budak ni. Syarikat multi-world macam KFC tu lagi suka kalau pelanggan macam kita ni bagi maklum balas, tau?" Pida menjawab keraguan Nia. Boleh dia kata aku asyik komplen. Ntah bila masa aku komplen-komplen ni. Kalau komplen ngomel-ngomel marahkan Astro tu biasa la... asyik tak dapat siaran je bila hujan.

Keesokan harinya, Pida pun membuka laman web KFC. Pida pun mengadu la perihal kualiti ayam goreng yang tidak memuaskan dan tak sedap tu. Pida isikan butir-butir yang lengkap dan betul dalam komplen Pida tu.

Oleh kerana memang niat hati tu tulus ikhlas, Pida isi nama, alamat dan nombor telefon Pida. Tak main la baling batu sembunyi tangan. Wa bukan itu keyboard warrior maa...

Keesokan harinya, Pida mendapat panggilan daripada nombor yang tidak Pida kenali. Pida pun menjawab panggilan tersebut. Rupa-rupanya panggilan itu dari KFC yang Pida pergi malam tu. Yang call Pida tu ialah pengurus cawangan tersebut.

Pertama sekali beliau meminta maaf bagi pihak KFC atas kesulitan yang Pida hadapi. Kemudian beliau meminta Pida menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Pida pun bagitau la kat dia, ayam goreng yang Pida beli malam tadi tak macam selalu. Rasanya tak sedap dan seolah-olah ayam tersebut telah digoreng semula macam segelintir peniaga pasar malam selalu buat.

Pengurus itu menerangkan KFC tidak pernah menggoreng semula ayamnya kerana mereka amat patuh akan polisi dan prosedur kualiti. Mungkin ayam yang Pida dapat tu tak segar dan tak sedap kerana ia baru keluar dari freezer dan terus digoreng. Tak sempat nyah beku (thaw). Demikianlah penjelasan dia yang Pida ringkaskan.

Namun ia tidak berakhir di situ saja ye tuan/puan sekalian. Pengurus itu menawarkan untuk menggantikan semula ayam pedas yang Pida komplen tak sedap tu dengan yang baru. Di samping memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Kali ini Pida macam... "YES!"

Jadi, esoknya Pida pun pergi semula ke KFC dan berjumpa dengan pengurus tersebut. Seperti yang dijanjikan, Pida mendapat ganti 9 ketul ayam kentaki hot and spicy. Sebenarnya yang Pida beli malam tu cuma 8 ketul, jadi untung seketul la gitu.

Kira settle kes la lepas tu. Takde la nak sentap-sentap makan dalam dengan KFC. Akan terus kukunjungimu KFC.

Sebenarnya Pida nak bagitau betapa Pida berbesar hati kerana diperlakukan sedemikian rupa. Eh, macam tak kena je ayat Pida ni. Macam KFC belasah aku je bunyinya.

Sebenarnya sebagai pelanggan, Pida amat menghargai tindakan pantas pihak KFC ke atas maklum balas yang dikemukakan. Dan pengurus yang menghubungi Pida itu adalah seorang yang sangat profesional, lemah lembut dan berbudi bahasa. Perkataan 'maaf' itu sangat berharga bagi Pida. Rasa malu pun ada bila KFC mintak maaf kat kita.

Rupa-rupanya itulah rahsia syarikat rangkaian seluruh dunia ini mampu bertahan lama. Mereka sangat menjaga rapport dengan pelanggan dan sentiasa menjaga kualiti produk. Bagi mereka, kepercayaan pelanggan seperti Pida adalah tulang belakang jatuh bangunnya mereka. Jika pelanggan lari, maka rugilah mereka.

Itu kisah syarikat bertaraf antarabangsa. Bagaimana dengan syarikat atau kedai bertaraf enterprise atau sendirian berhad?

Dulu Pida pernah membeli kek di kedai kek Melayu. Pernah masuk surat khabar lagi. Pida beli di kedai itu kerana ia adalah kedai kek orang Melayu Islam. Jadi kira konfiden la kan?

Namun malang sekali apabila kualitinya tak memuaskan. Artis-artis cakap nan ado! Kek yang Pida beli tu pada luarannya nampak cantik dan menyelerakan, namun sebenarnya rasanya dah tengik. Macam kek dah berkulat rasanya. Nak makan pun memang tak sampai hati. Pida tak pulangkan sebab rasa macam menyampah pulak nak ke sana lagi. So rugi macam tu jelah.

Beberapa hari selepas itu, Pida sengaja masuk semula ke kedai kek tersebut dan berjumpa dengan taukenya seorang wanita pertengahan umur.

Pida pun cakaplah hari tu Pida beli kek dari kedai dia tapi rasanya tak sedap bla bla bla... Pida cakap baik-baik je, wa bukan itu gangster maa...

Nak tau apa dia jawab. Dengan sombongnya dia mendakwa kek kedai dia tak pernah ada masalah. Bahan-bahan semuanya segar, ada prosedur kerja, bla bla bla... Ciss... tak nak mengaku tu. Mintak maaf jauh sekali. Sebelum hati menjadi lebih sakit, Pida terus je blah.

Siot kan? Gigi kau berlubang ke kalau mintak maaf? Apendiks kau pecah ke kalau mengiakan aduan pelanggan macam aku ni? Kedai kau bankrap ke kalau ganti kek lain? Siak betul. Sejak hari tu, jangankan pergi lagi, pandang pun Pida tak hingin lagi kedai kek Melayu Islam bodoh sombong tu. Itu baru kedai kecik bro.

Serius kau, sekarang ni kalau nak beli kek, Pida beli kat Secret Recipe je. Dah tentu memang sedap giler kek dia. Setakat ni kek SR memang takde masalah, kualiti memang taraf MS ISO punya.

Oh ye, mesti kau nak tau kan, ayam kentaki yang Pida kata tak sedap tu Pida buat apa? Buang ke? Isy... tak la... Pida makan jugak. KFC kau! Membazir je kalau buang!






No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...