Pada suatu malam dalam minggu lepas, iaitu malam Jumaat kliwon, Pida membawa Aqil ke klinik ENT yang berdekatan dengan rumah anda. Tujuan Pida membawa Aqil berjumpa dengan pakar ENT tersebut adalah untuk merawat dan membaik pulih telinga Aqil yang asyik sakit aje kerjanya.
Sakit telinga dia datang tak kira masa. Dia nak sakit dia sakit. Kadang-kadang masa tengah ketawa tengok Senario tetiba boleh menangis kesakitan sambil menekup telinga dua-dua belah. Mula-mula rasa pelik jugak, budak ni takkan tengok Lan Pet Pet buat lawak sengal yang menjerit-jerit tu pun dah terharu sampai menangis.
Bila tanya dia kenapa dia menangis, dia bagitau telinga dia sakit sangat. Tu yang Pida bawak pegi jumpa pakar ENT tu. Takkan nak bawak dia pergi jumpa pakar sakit puan pulak. Aqil bukannya ada tiub fallopio pun.
Doktor kata ini telinga tauke lombong ni. Bukan lombong emas mahupun intan berlian, tetapi lombong taik telinga. Taik telinga bukan yang macam kau punya tu, ni jenis yang likat dah jadi batu. Hitam gitu. Pahit. Eh, kau tengah makan kuih tat nanas eh?
Kuih tat nanas yang manis di atas kalkulator. Memang tiada kena-mengena dengan kisah taik telinga yang sedang diceritakan. |
Jadi tanpa membuang masa, doktor itu pun memulakan operasi melombong. Doktor ambil alat vakum dan menyedut taik telinga Aqil. Macam sedut sup gear bok gitu. Showww je Aqil kena servis telinga. Stim oooo.
Hasil perlombongan boleh dikatakan lumayan. Orang putih bilang lucrative. Boleh buat batu cincin wa bilang lu! Boleh kalau kau nak Pida tempek gambor tapi Pida takut kau tak datang baca blog Pida lagi.
Assalamualaikum kepada pembaca blog mak saya yang dihormati. Dulu memang saya ada masalah telinga sikit. Selalu misunderstanding. Mak saya suruh syampu kepala saya pergi petik kelapa. |
Tetapi selepas mak saya ketemukan saya dengan doktor ENT tu, saya dah ok. Tengok, ini tujuh kan? Takde kena-mengena kan? Saya tau... saya suka buat lawak. |
Saya dah ok! Percayalah! "Hmmm... ye la..." |
Selepas doktor mengumpil taik telinga yang dah keras tu (dapat 3 ketul), kira selesai la masalah telinga Aqil tu. Patut la selama ni dia macam pekak sikit. Rupanya ada batu cincin tersumbat dalam telinga. Sekarang ni cakap bisik-bisik pun dia dah dengar. Contohnya Pida bisik kat dia, "Yusuf Taiyoob." Dia akan jawab, "Safiyya." Dah tak payah nak jerit lagi kalau nak bercakap dengan dia.
Sekian laporan perubatan anak saya.
Kisah yang bagus...
ReplyDeleteTerima kasih. Hehehe.
Delete