Petang semalam, Sufi diserang asma. Walaupun tidak begitu teruk, namun ia tetap membimbangkan Pida. Maklumlah, Sufi tu budak kecik, umur dia baru 27 bulan. Ini bukan kali pertama Sufi diserang lelah. Allergen yang dikenal pasti ialah aiskrim. Dia memang kalah dengan makanan sejuk.
Sufi mula mendapat asma selepas dia sembuh dari penyakit ekzemanya. Memang orang kata asma dan ekzema adalah dua penyakit yang mesti berkait. Kalau ada asma, mesti dia ada ekzema. Kalau dia ada ekzema, mesti dia akan kena asma.
Terfikir jugak di kepala hotak Pida yang kadang-kadang mereng ni, kenapa ada kaitan antara dua penyakit ni? Kan satu penyakit kulit, satu lagi penyakit pernafasan. Kok di mana kaitannya?
Pida pun mencari jawapan di sebalik persoalan kaitan tersebut. Tidaklah sampai Pida pergi bertapa di Gunung Jerai, tidak juga mencari ilham sehingga ke Gua Kelam. Google sudey!
Pida dah jumpa jawapan tapi Pida malas la nak explain kat engkau (sebab Pida tak paham bahasa inggeris). Kaubaca sendiri pastu kau tengok kamus sendiri la eh?
Recent developments made by scientists who are studying the link between asthma and eczema have found some interesting evidence. Researchers at Dundee University in Scotland, UK for example discovered in 2006 that people with asthma and/or eczema are actually carrying a mutated gene. This individual gene is the one which codes for protecting the skin with a protein called filaggrin. As a result this lack of filaggrin allows allergens to pass through the skin and cause an allergic reaction, where they otherwise would be blocked, either on the surface of the skin (eczema) or within the lungs and air passage (asthma). Sumber : http://www.healthguidance.org/entry/10208/1/The-Link-Between-Asthma-and-Eczema.html
Baik, berbalik kepada cerita semalam. Pida membawa Sufi ke klinik yang berdekatan dengan rumah anda. Di situ, doktor lelaki yang tampan bergaya itu telah memberikan Sufi bantuan gas untuk melegakan pernafasan dia.
Apabila diserang asma, nafas Sufi akan menjadi pendek. Dan juga berbunyi seperti kambing. Kalau dia ketawa lagi la kesian, macam kambing semput je bunyinya. |
Semakin disedut semakin mamai dibuatnya. Sufi hampir tertidur selepas lebih 10 minit menyedut gas. |
Siap la ko Qil... nanti aku dah baik, aku belasah kau! Tak mungkin itu yang berada di fikirannya. |
Ko boleh tak jangan buat muka camtu kat mak, Aqil? Mak tau kau nak bodek mak, siap mendada tunjuk I love Mom sebab ko nak rasa sedut gas tu kan? Hahaha. Rania, nak kencing masuk jamban. |
Selepas lebih 10 minit menyedut gas, Sufi pun menjadi semakin pulih dan kurang sikit lelahnya. Tapi untuk masa tu je la. Kalau kena kat rumah Pida memang dah standby ventolin dengan corong dia tu.
Doktor periksa Sufi lagi, doktor kata dia demam dan tonsilnya membengkak. Alahai kesiannya baby sorang ni. Doktor bagi ubat antibiotik (sebab dia demam plus tonsil), ubat batuk, ubat selsema dan ubat cair kahak. Takpelah sayang... oleh kerana Sufi kurang sihat kan, jadi malam ni mak belanja susu panas ye nak... Kita ngempeng!
Inilah Sufi kegemaranku! |
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!