Sunday, October 7, 2012

Sufi yang tidak bisa tidur siang

Salam Sufi,

Hari minggu tiba lagi. Hari ini cukup seminggu Sufi berpisah susu atau sapeh. Setakat seminggu ni boleh dikatakan ok la... Ada jugak dia macam gian nak menyusu tapi dia dah serik dengan rasa masam.

Jadi apa yang dia lakukan untuk melepaskan gian ialah memegang, memeluk dan mencium 'kenangan lama' tu dan berkata, "Aaaayang titik."

Memang kesian. Tapi ada aku kisah? Hahaha.

Sila saksikan keadaan Sufi yang macam orang kehilangan (dia sebenarnya tak boleh tidur tengah hari walaupun dia penat dan mengantuk sangat. Akibatnya Pida jadi sasaran smackdown dia sebab dia tak tau nak buat apa lagi).


Main permainan kegemarannya - kereta bomba.




Lepas dia dah bosan main kereta bomba, dan masih tak boleh tido jugak walaupun mata dah ngantuk tahap melekat atas bawah, dia pun smackdown Pida. Boleh tahan lasak budak ni. Sekali dia terkam dari belakang, habis terbongkang mak dia yang slim ramping ni.

Tapi takde la Pida sempat menangkap gambar kejadian Pida dismackdown oleh Sufi kerana keadaan Pida sangat mendatangkan kasihan pembaca semua. Dia punya lasak sampai Pida terbalik, tertonggeng, terlentang, tertiarap, terbongkang ya Allah memang teruk dia smackdown aku.

Entah apalah yang dia geram sangat sampai mak dia sendiri dijadikan punching bag...

Tetapi akhirnya....



... dia tertido juga akhirnya selepas berhempas pulas menidurkan dirinya sendiri.

Susah juga budak baru sapeh ni nak menyesuaikan keadaan baru ye!
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...