Salam sukan,
Hujung minggu yang lalu, Pida menemani Aqil menjayakan hari sukaneka anjuran tadikanya. Sejak seminggu sebelumnya Aqil dah bersemangat menjalani latihan intensif bagi acara-acara penting yang belum dipertandingkan di peringkat olimpik iaitu lari membawa bola di ketiak, menarik bola dengan gelung dan mencari gula-gula di dalam tepung.
|
Acara dimulakan dengan perbarisan budak-budak tadika. Aqil mewakili pasukan kuning atau nama saintifiknya 'Matahari'. |
|
Acara diteruskan dengan aktiviti senaman ringan untuk memanaskan badan. Yang ini adalah latihan untuk bergambar depan kamera (camwhore) untuk dijadikan profil Facebook.
|
|
Ini latihan untuk menguatkan bahagian pinggul supaya dapat bertahan lama ketika goyang gerudi bila dah besar nanti. (Dari kecik dah dilatih goyang gerudi). | | |
|
|
|
Ini pula adalah senaman untuk menghilangkan lenguh-lenguh bahu dan menguatkan otot agar menjadi pejal dan sasa seperti Malek Noor. |
|
Yang ini pula adalah senaman errkk... asal ko terkinja-kinja begitu Aqil? |
|
Acara pertama ialah membawa bola di ketiak dan memberikan bola itu ke ketiak kawan. Namanya ialah bola ketiak kata Aqil. Keputusan : Pasukan Aqil nombor corot. |
|
Acara kedua ialah mem-pass-pass belon berisi air kepada kawan. Kawan yang last kena bawak belon tu ke dalam besen. Siapa belon paling banyak dia menang. Belon pecah akibat kena rumput tak kira. Tak boleh ngelat. Keputusan : Pasukan Aqil nombor corot.
|
|
Peserta berehat sebentar untuk memberi laluan kepada acara yang lain pula. |
|
Acara untuk abah-abah. Iaitu tiup belon 3 kali dan pecahkan setiap satu. Abah Aqil tak ketinggalan menyertai acara ini bagi membuktikan kejantanannya. Yeah! Hidup abah! Jerit Aqil di dalam hati. |
|
Abah Aqil meniup dengan bersungguh-sungguh dah penuh penghayatan. Kelihatan isteri dan anak kecil memberi sokongan padu tanpa kompromi kepada suami / abahnya. |
|
Berkat didikan ibu dan bapa sedari kecil tentang cara-cara meniup dan meletupkan belon yang betul, akhirnya abah Aqil berjaya menjadi johan bagi acara tiup belon tersebut. Syabas abang! Abang telah membuktikan kejantanan abang! Pida menjerit penuh keharuan. |
|
Kini tibalah acara yang sama untuk mak-mak pulak. Eh, macam kenal je sorang mak tu! |
|
Sebaik wisel dibunyikan, semangat Usain Bolt terus meresap ke dalam diri Pida. Dengan pantasnya Pida berlari mendapatkan belon comel berwarna pink dengan harapan nak menang! |
|
Dengan penuh iltizam, Pida pun mula meniup belon. Tapi, tiup-tiup tak kembang, tiup-tiup tak kembang. Pipi aku yang kembung dan lenguh. Hamjad punya belon. |
|
Masa orang dah ke depan, masa tulah belon Pida baru nak kembang. Dah terlambat daa... orang lain dah menang dulu daa... |
|
Masa ni Pida memang dah corot dah. Tapi demi semangat kesukanan, Pida teruskan juga. Laki Pida dah terbahak-bahak ketawa kat tepi. Yelah... awak terrer, kiter mana terrer buat kerja tiup ni.... Buekkkk!!! Namun Rania tetap setia memberi sokongan kepada emaknya. Terima kasih anakku. Akan kutebus kekalahanku, azam Pida di dalam hati. |
|
Acara kanak-kanak diteruskan dengan pertandingan meniup belon berpasukan. Kena tiup belon sampai pecah. Masa belon tu pecah, Pida dengar Aqil melatah terperanjat, "O'mak!" |
|
Lepas belon pecah, Aqil pun berlari seperti Watson Nyambek dan berjaya sampai dahulu ke garisan penamat. |
|
Aqil sungguh gembira memenangi acara ini. Really rejoiced over it. |
|
Selepas acara tiup belon, Aqil masuk pulak acara spongebob iaitu isi air ke dalam botol. Tengok tu dia bawak span berisi air. |
|
Aqil memerah span dengan berhati-hati. Tu yang menitis tu ko ngeces* ke apa tu Qil? *ngeces - istilah bahasa jawa yang bermaksud air liur meleleh. |
|
Dah tu Aqil berlari sekuat hati seperti dikejar anjing kembali ke kumpulannya. |
|
Selepas itu Aqil tetiba kembali semula untuk mengisi air tetapi distopkan oleh Teacher sambil menyanyi ♫♪Sudah cukup cukup sudah... cukup sampai di sini saja...♫♪ |
|
Seterusnya Aqil masuk acara membawa bola dalam gelung. Err... bawak bola? Ko bawak bola ke bawak angin tu Qil? Mana bola kau? |
|
Laa.. bola dia tertinggal tadi rupanya. Laju sangat lari sampai bola terlepas. |
|
Acara terakhir ialah mengutip gula-gula dalam tepung. Ya Allah anak aku. Rakus! |
|
Cantik anak mak. Macam tepung gomak. Dah, gi basuh muka tu. Macam lotong. |
|
Seterusnya ialah acara kedua untuk bapak-bapak mithali iaitu kerusi muzik. Pida panggil kerusi beracun, rupanya namanya ialah musical chair. Adakah abah berjaya mempertahankan kejuaraannya pada kali ini? |
|
Oh, sayang sekali kerana nampaknya abah gagal memenangi acara ini sekaligus melenyapkan impian untuk merangkul anugerah Bapa Olahragawan. Abah tersingkir dalam pusingan top 4 (nombor 4 ler tu). Isk, isk, isk... Kelihatan juga si isteri yang terkangkang sambil ketawa kerana terlalu geli hati melihat kekalahan suaminya yang gagah itu. |
|
Kali ini acara kerusi muzik untuk para ibu pula. Sebagai seorang yang kaki bangku, hanya acara inilah yang selayaknya Pida sertai. Inilah peluangku untuk menebus kekalahan lalu, bisik Pida penuh semangat. Tidak ketinggalan ialah Rania sebagai alumni menyertai acara ini. |
|
Oh, sayang seribu kali sayang kerana Rania sudah tersingkir awal-awal lagi akibat gagal merebut kerusi panas. Abah dia jerit dari tepi, "Bagilah kat anak tu... mengalah la..." Eh, eh, mana boleh bagi kerusi kat Nia. Dalam pertandingan kena ada sifat kiasu, baru boleh menang! Dan Pida memang kiasu pun hua hua hua. |
|
Nampaknya Pida bermain dengan baik sekali setakat ini. Habis bontot orang aku senggol tak kasi duduk kat kerusi tu. |
|
Top 3! |
|
Eh cewah... macam berzapin pulak gayanya. Siap senget-senget badan tu yang tak tahan tu. Macam orang berpencak pun ada jugak. Yang penting Pida masih kekal hua hua hua. |
|
Pusingan penentuan yang mendebarkan. Antara aku dan dia, siapa juara? |
|
HAH! SIAPA JUARA? |
DAN JUARANYA IALAH......
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
|
PIDAAAAAAAAA!!!!! |
|
Yeaaa!!! |
|
Muka puas. |
Yes, Alhamdulillah akhirnya Pida menang jugak satu acara. Tak la Rania dan Aqil malu mak dia kalah masa acara tiup belon mula-mula tadi. Haha, bukan nak menang sangat pun, nak tengok budak-budak happy je. Kemain melompat bila mak dan abah dia menang.
|
Yea yea dapat hadiah. |
Kira-kira pukul 11 pagi, kembalilah kami ke rumah selepas membawa pulang banyak hadiah termasuklah hadiah cabutan bertuah iaitu taperware. Puas la makan hadiah balik tu. Memang seronok sangat dapat mengambil bahagian dalam sukaneka tadika Aqil. Inilah masa kualiti yang ada untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak.
Yang penting, kami gembira. Walaupun penat.
|
Belanja aiskrim yogurt. |
|
Sufi berlatih untuk tahun depan. |
aaa yang ni kelakar giler...malu aku ketawa sorang-sorang kat ofis ni....
ReplyDeleteKau dah gila ke.
Deleteentri ni best gak laa..lg2 part nk tntukn mak sape mng 2..gle la ko dut..
ReplyDeleteKau dah gila ke.
Delete