Friday, May 24, 2013

Darmawisata - Tinggi nilai songket asli Terengganu

Salam songket,

Pida baru je balik dari negeri Terengganu Darul Iman setelah 3 hari berada di sana kerana mengikuti lawatan anjuran jabatan Pida. Seronok giler dapat ke Terengganu sebab Pida memang dah lama tak ke sana. Lagipun Pida memang suka Terengganu kerana pantainya indah.

Kalau ke Terengganu, memang tak sah kalau tak ke Pasar Payang. Di sini pusat beli belah barangan makanan seperti keropok kering, keropok lekor, buah-buahan, hasil-hasil kraf tradisional seperti batik dan songket.




Bangunan yang cantik ini ialah Bazar Warisan Bukit Puteri. Terletak betul-betul di hadapan Pasar Payang.

Oleh kerana Pida ni tak minat batik (batik sutera), maka Pida taklah membelek batik. (Walaupun begitu, Pida ada la jugak 3-4 pasang baju batik untuk dipakai pada hari Khamis. Itupun bukan sutera.) Tinjau-tinjau dari jauh je sambil-sambil jalan tu. Harga batik sutera boleh tahan mahalnya, beratus-ratus ringgit sampai menjejak RM500 sepasang (4 meter).

Jalan punya jalan, Pida termasuk ke dalam satu kedai ni. Istimewanya kedai ini ialah ia menjual songket asli Terengganu yang benar-benar asli dan authentic.



Inilah pemilik kedai songket ini. Namanya Tuan Syed Ahmad Al-Idrus. Gambar di atas menunjukkan beliau sedang menunjukkan baju songket yang dipakainya ketika meraikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang lalu. Menariknya, pakaian songket tersebut masih berkeadaan sangat baik walaupun sudah berusia 56 tahun.

Apa yang istimewa sangat dengan kedai Pakcik Syed ini? Haa... kat kedai Pakcik Syed inilah kau boleh dapatkan songket asli Terengganu. Asli bukan sebarang asli, asli yang benar-benar asli dan harganya pun ya Allah!


Ini salah satu songket asli Terengganu yang dijual di kedai ini. Kau tengok harganya - lima ribu lapan ratus ringgit sahaja ye! Jangan main-main. Namun, betapa tinggi nilai harga songket ini, sebenarnya tinggi lagi nilai keaslian dan mutu buatannya.


RM5,800. Kau mampu? Pida tengok pun tersembur kopok lekor aku.


Pida pun cubalah bertanya kepada Pakcik Syed, apakah keistimewaan dan kelebihan songket asli Terengganu sehinggakan harganya mencecah langit dan tidaklah juga mampu dibeli oleh semua orang seperti Pida ini. Menurut beliau, songket asli Terengganu kaurenyuklah macam mana konyok sekalipun, takkan segaris pun ia berkedut. Maksudnya, fabrik dan benang yang digunakan adalah dari kualiti tertinggi dan yang lebih istimewa, ia adalah buatan tangan.


Pakcik Syed menunjukkan gambar wanita VIP yang memakai songket asli. Memang tidak kelihatan langsung renyuk pada baju mak datin tersebut sedangkan baju songket wanita di sebelah mak datin itu sudah renyuk seribu (perbandingan antara songket asli Terengganu dengan songket India).


Ini adalah sebahagian sampin songket dari India. Harganya masih mahal, tetapi jauh lebih murah daripada harga songket asli Terengganu. Yang India ni pun aku tak mampu beli!


Songket di rak atas adalah songket India, sementara di rak bawah ialah songket Terengganu.


Baju songket ini mempunyai nilai sentimental yang tidak terhingga kepada Pakcik Syed. Ini adalah baju pengantin ibu beliau. Tengok, keadaannya masih cemerlang tanpa ada kesan buruk sedikitpun walaupun ia sudah berusia lebih daripada setengah abad. Pakcik Syed tidak menjualnya kepada sesiapapun termasuklah kepada pihak muzium yang pernah berminat untuk membelinya. Dengan Pida pun Pakcik Syed tak nak jual.


Ok, habislah cerita songket. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak beli songket asli Terengganu, jemputlah ke kedai Pakcik Syed di Pasar Payang ini. Gerenti asli, gerenti puas hati!





2 comments:

  1. Salam... kedai ayahanda saya ni... Mintak cik pida wasak saya no 0137469316 segera tq

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...