Salam mengundi,
Alhamdulillah Pida dapat membuang undi hari ini. Pida sengaja tak pergi awal pagi sebab lebih baik aku tido. Eh, bukan... Pida tak pergi pagi-pagi sebab Pida tak nak beratur panjang dan bersesak-sesak. Tak rela mak nokkss!
Jadi Pida dan adik Pida pergi ke pusat mengundi pada jam 2.30 petang. Sampai di pusat mengundi tu iaitu sebuah tadika, Pida tengok macam tak ada orang je.
Ada la tak sampai 5 orang pengundi pada waktu itu. 3 saluran dibuka. So, memang sangat lengang. Tanpa perlu beratur, kami terus menuju ke kaunter semakan daftar pengundi sebelum dihalakan ke saluran yang ditetapkan.
Proses mengundi yang dijalankan sangat mudah dan teratur. Petugas-petugas SPR rata-ratanya budak-budak muda aje. Mereka membantu pengundi menguruskan pendaftaran dan membawa pengundi ke saluran masing-masing.
Semasa di bilik mengundi tu pun cuma Pida sorang je pada waktu itu. Selepas menunjukkan kad pengenalan kepada pegawai terbabit, Pida tunjukkan pula jari-jariku yang gemok-gemok ini tiada kesan dakwat. Ini sebagai bukti bahawa Pida belum lagi mengundi.
Selepas itu Pida bergerak ke pegawai yang seorang lagi untuk mencalit jari telunjuk kiri dengan dakwat kekal. Kemudian, Pida dapat dua helai kertas undi; satu untuk Parlimen, satu untuk Negeri.
Lepas tu dengan berlagaknya Pida pun tunaikanlah tanggungjawab Pida. Dengan rakus Pida memangkah calon yang Pida rasa layak menjadi wakil rakyat di kawasan Pida.
Apa? Kau nak tau Pida undi parti apa? Entahlah, Pida pun dah lupa Pida undi siapa.
Dalam masa 5 minit sahaja, Pida dah selesai mengundi. Terima kasih kepada petugas yang telah memayungkan Pida sampai ke kereta. Hujan derr... bukan saja-saja aku nak membiang minta dipayung.
Kesian pada orang yang terpaksa beratur panjang berejam-rejam. Lain kali datang lepas zuhur ye.
Kau dah gi ngundi?

Pusat mengundi yang sangat lengang |
Dakwat yang macam ubat beguk, kata adik Pida. |
Selepas dibasuh tanpa menyental. Kalau sental kuat-kuat bagai nak rak akan hilang jugak kaler dia. |
Kau dah gi ngundi?
sy tak p mngundi pun kak pida. Ahad tu rush ikut husband blk ipoh mngundi. Saje je nk cengelat. Hihi :p
ReplyDeleteCikCT... selamat pengantin baru darling!!!
DeleteSemoga berbahagia hingga ke syurga, amiinn.
Sorry tak dapt hadir sebab akak pergi kenduri kahwin sepupu di Shah Alam hari yang sama. :)