Thursday, April 11, 2013

Parodi status Facebook menjelang PRU13

Salam parodi,

Sejak Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 pada 3 April lalu, rakyat Malaysia bagaikan sudah tidak sabar untuk mengundi bagi memilih kerajaan baharu.

Setiap hari di mana-mana sahaja; di kopitiam, di bengkel kereta, di klinik pakar kulit, di kilang butang, di tandas awam, di lorong pejalan kaki waima di kedai pengurup wang pun, orang ramai sedang sibuk memperkatakan tentang pilihanraya. Namun yang lebih dibualkan sekarang ialah mengenai parti-parti politik  yang bertanding.

Sebagai penganalisis politik yang sengal, Pida melihat senario ini sebagai biasa. Haha... memang sengal analisis aku ni. Trend dan gaya cakap-cakap politik dan kempen sudah jauh berbeza daripada apa yang berlaku pada tahun 2008 dahulu semasa PRU12.

Zaman sekarang, parti-parti politik menggunakan medium sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog dan laman web untuk mendekatkan pengundi dengan parti masing-masing. Bukan itu sahaja, malah pengikut parti-parti ini telah lebih maju lagi dengan mewujudkan kumpulan jaringan mereka sendiri sama ada untuk menyatakan sokongan terhadap sesuatu parti atau menyatakan kebencian terhadap parti.

Media konvensional seperti tv dan akhbar semakin mendapat saingan sengit daripada sumber media baru tetapi dilihat masih relevan.  Begitu pun, telah ramai yang mula meninggalkan tv dan akhbar arus perdana kerana tidak percaya dengan liputan yang diberikan yang dilihat terlalu berat sebelah dan lebih menjurus ke arah sesuatu parti sahaja.

Kumpulan di jaringan sosial internet terbahagi kepada dua; menyokong kerajaan sedia ada dan menyokong kerajaan bayangan. Kedua-duanya saling 'berperang' antara satu sama lain. Namun masing-masing lebih kepada melondehkan keburukan dan kegagalan pihak lawan sehingga sanggup memfitnah dan mengadu domba.

Apa yang Pida perhatikan terutamanya di Facebook, kebanyakan mereka yang komen lebih cenderung untuk menyatakan sokongan kepada pihak bukan pemerintah. Adakah ini trend anak-anak muda Malaysia masa kini?

Iaitu memilih parti pembangkang walaupun media arus perdana telah cuba sedaya upaya meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa parti bukan pemerintah itu tidak berwibawa langsung; dengan pendedahan korupsi dan salah laku pemimpin.

Di pihak parti yang satu lagi pula, mereka juga sedaya-upaya menumbangkan pihak lawan dengan isu yang sama juga; korupsi, diskriminasi, isu keselamatan, isu harga barang dan macam-macam lagi. Serangan peribadi juga dilakukan secara bertubi-tubi.

Seperti yang Pida katakan tadi, sokongan lebih cenderung ke arah parti bukan pemerintah yang diluahkan melalui Facebook. Lebih ramai yang menyokong PR berbanding BN. Ini adalah apa yang Pida perhatikan di Facebook.

Pada Pida, situasi ini adalah bahaya bagi kerajaan sekarang (sebelum pembubaran parlimen) jika ia ingin terus menjadi dominan. Dan bagi PR pula, keadaan ini belum tentu selamat dan menjanjikan peluang yang cerah kerana BN pasti telah merangka strategi untuk terus mempertahankan kemenangan dan merampas kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan PR.

Bagaimana untuk Pida gambarkan situasi ini, mari kita lihat!


Status Facebook Pro-PR:

Lapar... (4 juta Like)

56,736 comments
Load previous comments
  • Ala... ciannya, meh makan. (768 Like)
  • Lapar? Kita pun lapar :) (541 Like)
  • Nak makan apa? Meh gua belanja. (900 Like)
  • Comelnyerr dia lapar... (1,200 Like)
  • Pegi la makan kalau lapar... nanti sakit peyut, sapa susah? (431 Like)
  • I loike! (37,550 Like)

Status Facebook Pro-BN:

Lapar... (526 Like)

4,675 comments
Load previous comments
  • Jadah lapar pun nak tulis kat wall (56,000 Like)
  • Bongok punya admin! (7,756 Like)
  • Nak makan terajang? (14,519 Like)
  • Ada aku kesah? (8,169 Like)
  • Sedey... (4,892 Like)
  • Camgampang (27,034 Like) 

Sebagai pengundi, buatlah pilihan yang tepat kerana pilihan itu amat penting untuk menjamin kemakmuran dan kestabilan darjah celcius negara Malaysia yang tercinta ini. Tak kiralah parti mana yang menang sekalipun, asalkan Malaysia kekal aman, makmur, stabil dan selamat untuk kita dan anak-anak kita terus bernafas di bumi bertuah ini.

Tarikh pilihanraya umum ke-13 telah pun diumumkan iaitu pada 5 Mei 2013 (Ahad). Tunaikan hak kita sebagai pengundi.

Selamat mengundi!


Penafian : Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut dan tanpa mewakili mana-mana parti. Tulisan ini semata-mata berasaskan tinjauan dan pemerhatian Pida terhadap trend anak-anak muda masa kini dalam menyatakan perasaan mereka terhadap parti-parti yang bertanding. Peace!

1 comment:

  1. tulah,,nasib baik mengundi tak kena time kita kenduri kalau tak......... T_T

    kakak, nnt akk bg alamat ye? :)

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...