Salam polemik,
Sekarang ni sedang rancak ditayangkan iklan komersil makanan segera McDonald's di tv yang menampilkan Encik Nasir.
Dalam iklan tersebut, En Nasir digambarkan sebagai seorang pekerja muslim restoran tersebut yang mementingkan nilai-nilai asas agama Islam seperti kepentingan memilih makanan yang halal.
Namun iklan tersebut rupa-rupanya telah mencetuskan polemik di media sosial. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza iaitu Aqsa Syarif melalui orang kuatnya telah memberikan pandangan terbuka tentang iklan ini.
Pada Pida, bagus juga ada teguran sebegini. Secara peribadi, Pida respect pandangan yang diberikan ini. Beliau memberi pandangan dari perspektif perjuangan beliau dan ahli-ahli Aqsa Syarif yang lain dalam usaha memboikot semua produk yang menyumbang kepada peluasan ekonomi Israel.
Pada Pida juga, iklan ini tidak ubah sebagai jarum halus pihak berkepentingan untuk terus mempromosi McDonald's kepada orang-orang Islam khususnya. Dan McD juga tentunya sudah maklum akan kempen boikot ini dan mungkin sedikit sebanyak terkena tempias boikot sehingga menyebabkan carta jualannya merosot.
Oleh itu McDonald's merasakan satu-satunya cara untuk mengembalikan kegilaan masyarakat Islam terhadap produk mereka ialah dengan memainkan sentimen agama dalam iklan komersil mereka. Maka wujudlah 'Encik Nasir' ini yang bersungguh-sungguh menyatakan 'kesyukurannya' dapat bekerja di McDonald's.
Ye, makanan McDonald's memang halal, sudah diperakui oleh Jakim. Namun bukan itu isunya, wahai Encik Nasir.
Isunya adalah Encik Nasir dilihat seolah-olah tidak sensitif dengan kempen kesedaran boikot produk Israel yang dilancarkan bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.
Dan kempen boikot ini lebih melibatkan konsumer Muslim memandangkan orang-orang yang sedang diperjuangkan di Gaza sana adalah mereka yang seagama dengan kita.
Jika kita orang Islam sendiri secara langsung mempromosikan barangan Israel, maka di manakah rasa tanggungjawab dan empati kita untuk membela nasib saudara-saudara yang menderita akibat kekejaman Zionis?
Sedangkan telah terbukti bahawa ekonomi adalah senjata yang ampuh untuk menjadi kuasa. Jika lumpuh ekonomi, maka hilanglah kuasa. Bagi kita yang tidak berjuang memikul senjata menentang musuh di Gaza, hanya inilah sumbangan kita yang jika dilakukan secara beramai-ramai dan istiqamah, pasti berkesan.
Pida ingat lagi sewaktu Gaza dibedil secara besar-besaran oleh Zionis selama 8 hari dulu, masa tu memang berkobar-kobar rakyat Malaysia boikot McD (khususnya).
Sampaikan pekerja McD di kawasan tempat tinggal Pida terpaksa berdiri dan menunggu di tepi jalan raya dan melambai-lambai tangan memanggil pelanggan. Orang jawa kata sangking (terdesak / desperate) nak cari pelanggan, sampai tahan orang di tepi jalan raya. Tapi serius masa tu kosong giler McD. Mesti sales turun kaw-kaw time tu.
Tapi selepas serangan di Gaza reda, orang dah mula sikit-sikit mengunjungi semula restoran McDonald's. Dan seperti yang dijangka, akhirnya restoran itu penuh sesak kembali seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku di sana dan di sini.
Berbalik pada En Nasir, dia sebenarnya adalah boneka, emmm tak best pulak sebut boneka. Nak cakap apa 'ek? Secara sedar atau tidak, dia sebenarnya adalah jarum McD untuk menyuntik sentimen agama kepada pelanggan Islam di Malaysia.
Kerana orang Melayu memang lemah dengan sentimen seperti ini. Termasuklah Pida sendiri, kadang-kadang.
Pida tak pasti sama ada Encik Nasir itu memang real atau sekadar watak ciptaan McD untuk menyampaikan mesejnya.
Strategi McDonald's ini sebenarnya lebih menjurus kepada perang saraf untuk mengubah pemikiran konsumer Islam dengan anggapan sentimen yang dimainkan dapat 'memperbetul' tanggapan terhadap McDonald's. (Makanan dah halal so apahal nak boikot?)
Namun berbaliklah pada perjuangan asal kita. Sama ada nak teruskan boikot atau sebaliknya, tepuk dada tanya selera.

Diambil dari Facebook Aqsa Syarif. |

Encik Nasir mmg dah lama berkhidmat dgn McDonalds. Manager saya pd 1990 di Mcdonalds Bangsar. Cita2 Encik Nasir hendak membuktikan bhw org Melayu boleh mencapai tahap yg tinggi dlm company yg rata2 dipelopori oleh bangsa Cina. Sama juga dgn Puan Sofia.
ReplyDeleteMemang murni cita-cita encik nasir tu. Tapi tu la... topik yang menjadi isu di sini ialah kempen boikot barangan Israel.
ReplyDeleteThanks anyway.
jika dapat membuktikan yg 6% diberikan pd Mcd US itu mmg digunakan utk pembelian senjata lg bgus rsnya coz bukti yg ader sume menunjukkan 5-10 tahun yang lepas... tu pon bukti CEO dia yg sumbang..skrg CEO tu dh bersara pd tahun 2002 so adakah ader lg fakta or bukti menunjukkan cukai 6% ni mmg digunakan utuk membeli senjata terutama cukai 6% yg dtg dr Msia....
ReplyDeleteHai. Kebanyakan kita mungkin belum tahu pasal perkara ini atau perkara sebenarnya. Ramai yang menyertai kempen boikot ini atas rasa kecintaan terhadap saudara di Gaza.
DeleteAnyway, good input. Thanks!