Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut, tanpa mewakili apa-apa dan siapa-siapa. Apa yang Pida tulis dan luahkan tidak semestinya melambangkan keperibadian Pida. Blog ini juga sebagai memori terhadap perjuangan allahyarham bonda tercinta yang begitu tabah menghadapi kanser sehingga ke akhir hayatnya. Tidak sesaat Pida tidak merinduinya.
Wednesday, February 6, 2013
Sunday, February 3, 2013
Cukur apa?
Salam cukur,
Pagi tadi Aqil ternampak pisau cukur di dalam bilik air ketika Pida sedang memandikannya.
"Pisau cukur siapa tu mak?" tanya Aqil ingin tahu.
"Mak punya....," Pida menjawab dengan selamba.
"Hah? Mak punya? Mak cukur apa?" soalnya lagi sedikit kaget.
"Eh...." Pida mula tersedar dengan pertanyaan dia. Takkan aku nak cakap aku cukur..... hoi! Cukur side burn la! Kau ingat aku cukur apa?
(Tapi wadehel aku cukur side burn?)
"Errr... pisau cukur tu abah punya la...." Pida berdalih.
"Oh.... abah punya... Eh? Abah pakai pink?"

Friday, February 1, 2013
Monolog untuk mak yang tiada - Bah. 2
Buat mak yang dirindui,
Assalamualaikum mak. Pida di sini macam biasa saja. Sihat, tapi belum ceria sepenuhnya. Entahlah mak, sejak pemergian mak 3 minggu lepas, beginilah keadaan Pida. Masih menangis entah sampai bila.
Mak,
Tengah hari tadi semasa Pida sedang memandu kereta ke tempat kerja, tiba-tiba Pida ternampak seorang perempuan yang rupanya persis wajah mak. Sungguh, mak. Waktu itu Pida sedang berhenti di lampu isyarat merah.
Pida terlihat perempuan yang memandu kereta di belakang Pida itu saling tak tumpah wajahnya mirip mak. Pida sangat teruja dan sangat gembira sehingga terpacul dari mulut memanggil mak. Lama Pida perhatikan dia, memang dia adalah mak.
Mak,
Dek kerana terlalu teruja dengan apa yang Pida saksikan itu, Pida hampir-hampir turun dari kereta untuk menuju ke arah dia. Hajat Pida nak peluk mak kerana Pida terlalu rindu pada mak. Tapi waktu itu lampu isyarat sudah bertukar hijau. Pida terpaksa bergerak dengan harapan dapat beriringan dengan dia.
Tapi sayangnya kami tidak sehala. Pida terus sementara dia membelok. Lalu hilanglah dia dari pandangan. Lenyaplah mak dari alam yang nyata. Seraya itu tiada apa yang boleh Pida lakukan lagi selain terus menangis sambil meneruskan perjalanan.
Mak,
Syukurnya kerana Pida ditemukan dengan insan persis dirimu. Di alam nyata. Walaupun Pida tahu itu bukan mak, tapi semasa Pida merenungnya di balik cermin pandang belakang, Pida tatap wajahnya puas-puas kerana Pida tahun Pida akan kehilangan wajah itu. Dan memang hilang wajah itu akhirnya.
Mak,
Sekalung rindu dan doa buatmu di sana. Pida amat merinduimu, wahai mak. Setiap saat yang Pida lalui sekarang adalah kehidupan baru yang harus ditempuhi. Pida sedang sedaya-upaya membina kembali kekuatan yang telah pergi bersama perginya dirimu.
Pida akan sentiasa ingat nasihat dan pesan mak. Pida akan simpan dan pahat dalam diri segala amanah yang telah mak berikan kepada Pida selama ini.
Duhai mak, semoga mak berbahagia di sisi-Nya.
Al-Fatihah.

Monday, January 28, 2013
Nukilan hati Rania
Salam Rania,
Semasa sedang mengemas-ngemas buku di rumah, Pida terjumpa karangan Rania yang ditulis di dalam buku notanya.
Selepas membaca tulisan Rania itu, hati Pida cukup tersentuh. Pida tak sangka Rania boleh menceritakan kembali apa yang dilaluinya tempoh hari.
Pida yakin dia menulis begitu sebagai luahan kesedihannya kerana kehilangan mamaneh yang amat disayanginya. Pida dapat merasakan bahawa Rania juga amat berasa kehilangan insan yang istimewa dalam hidupnya.
Pida harap agar Rania akan terus mengenang mamanehnya sebagai ikon tersendiri baginya. Dan bagi Pida pula, sampai ke saat ini masih menangisi pemergian mak.
Mak, ketahuilah bahawa kami semua amat menyayangimu.

posted from Bloggeroid
Saturday, January 26, 2013
SMS Kenangan
Salam kenangan,
Tadi semasa Pida membelek-belek telefon, Pida terbaca semula beberapa sms yang mak kirimkan kepada Pida.
Membaca kembali apa yang dinukilkan oleh mak benar-benar menyentap jiwa. Tak semena-mena Pida menangis tatkala meneliti setiap patah kata yang dicoretkan.
Semasa membaca mesej-mesej sms tersebut, Pida benar-benar merasakan kehadiran mak di sisi. Bahawa mak masih ada bersama di alam realiti. Tetapi Pida cepat-cepat tersedar. Rupanya itu hanyalah sebuah deja vu. Akhirnya Pida kembali buntu dalam rindu.
SMS ini tidak akan terpadam di memori telefon dan memori hati. Inilah kenangan yang mempunyai nilai sentimental tersendiri yang tidak mungkin dapat diganti.
Mak, Pida merindui mak. Hadirlah di dalam mimpi.

Friday, January 25, 2013
Ada apa pada AJL 27
Salam ajl 27,
Sebenarnya dah lama Pida nak buat entry tentang AJL27 yang telah berlangsung pada 6 Januari 2013 lalu. Tapi oleh kerana Pida tengah takde mood memandangkan sedang bersedih dengan pemergian ibunda tercinta, Pida peramkan dulu hajat nak buat entry ni. Tapi bahan semua dah ada sebenarnya. Pehh.. memang kellas aku ni.
Gambar-gambar dalam entry ni semuanya Pida ambik sendiri dari kaca tv Pida. Memang Pida mengaku la gambar tak cantik, maklumlah pakai kamera henpon direct ke tv. TV murah pulak tu, takde home theater. Baik, takde kena-mengena.
Baik, kita mulakan ulasan. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada malam tersebut. Lagu-lagu tu ada yang selalu Pida dengar dan ada jugak yang tak pernah Pida dengar.
Joey BPR - pancit, selaras dengan usia.
Aris Ariwatan - Pida suspek dia tak dengar muzik pada awal lagu, sebab tu dia nyanyi tak ikut beat. Kalau sesiapa yang pernah nyanyi dengan live band, memang masalah kalau speaker depan tu tak mengadap kita. Menyanyi dalam live band sebenarnya kita tak dengar apa-apa pun sebab muzik bingit. Sebab tu speaker depan tu kena mengadap penyanyi supaya dia dapat dengar muzik dan seterusnya boleh menyanyi ikut beat. Mana Pida tau? Sebab Pida pernah nyanyi live band dulu.
Ramli Sarip - Vokal dia yang biasa. Takde apa yang baru pun. Dah namanya pun Ramli Sarip....
Pengacara Faizal dan Cheryl - masih dengan gaya biasa yang sangat cliche. To me, they are simply boring.
Apa lagi nak ulas 'ek? Tak ada apa-apa lagi kot...
Chau.

![]() |
| Logo AJL27 yang bertemakan Ekspresi Seni. Logo AJL ini memang cantik. Kredit untuk pencipta logo ini. |
Baik, kita mulakan ulasan. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada malam tersebut. Lagu-lagu tu ada yang selalu Pida dengar dan ada jugak yang tak pernah Pida dengar.
![]() |
| Lagu pertama yang bertanding ialah Ombak Rindu. Lagu ni memang popular sangat tapi Pida tak berapa minat. |
![]() |
| Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah. Pida tak minat sangat lagu ni. Kalau dengar kat radio memang ada harapan aku tukar channel lain. |
![]() |
| Shila sangat cantik malam tu. Pakai macam ni je la dik... ayu sungguh. Orang panas baran pun boleh jadi sejuk bila tengok engkau macam ini. |
![]() |
| Tak payah la kemaruk sangat nak pakai pesen macam ni... |
![]() |
| Haa kan dah serupa. |
![]() |
| Lagu seterusnya berjudul 'Simetri' gandingan Amy Search dan Hazama. Pida tak pernah tau lagu ni. So bila dengat kali pertama tu memang tak rasa best la. |
![]() |
| Pida rasa rimas dengan konsep persembahan yang ditampilkan dalam lagu 'Simetri' ini. Mungkin nak sesuaikan dengan lirik. Pida nampak macam konsep neraka pulak. Hahaha. |
![]() |
| Lagi-lagi bila tengok Hazama tiba-tiba ada benda alah tu kat dahi dia. Amit-amit jabang bayik. Terkejut mak noks. Setakat rambut dread-lock tu takpe lagi. |
![]() |
| Gimik lagu seterusnya. |
![]() |
| Lagu Idola nyanyian Azlan And The Typewriter. |
![]() |
| Agaknya memang dah menjadi identiti Azlan yang suka buat aksi dramatik menerusi solekan topeng di muka. |
![]() |
| Persembahan mereka boleh tahan bagus. Lagu ini merangkul tempat kedua AJL27. |
![]() |
| Persembahan Stacy malam itu biasa saja. Konsep tarian ballet yang biasa disaksikan. |
![]() |
| Mana boleh sama macam rambut dia, mak... Rambut Sufi ni kalau tak Valentino Rossi, macam rambut Sathiya. |
![]() |
| Inilah penyanyi Amir Jauhari tu. Unik sebab dia cat keseluruhan muka dia dengan cat emas. |
![]() |
| Lagu ini asalnya menggandingkan Black dengan Malique. Tapi malam tu Malique tak ada, dan tempatnya digantikan dengan rapper RJ. |
![]() |
| Rahmat Tohak - suara masih boleh tahan laa.. tapi tak semantap zaman kegemilangan dia dulu. |
Aris Ariwatan - Pida suspek dia tak dengar muzik pada awal lagu, sebab tu dia nyanyi tak ikut beat. Kalau sesiapa yang pernah nyanyi dengan live band, memang masalah kalau speaker depan tu tak mengadap kita. Menyanyi dalam live band sebenarnya kita tak dengar apa-apa pun sebab muzik bingit. Sebab tu speaker depan tu kena mengadap penyanyi supaya dia dapat dengar muzik dan seterusnya boleh menyanyi ikut beat. Mana Pida tau? Sebab Pida pernah nyanyi live band dulu.
Ramli Sarip - Vokal dia yang biasa. Takde apa yang baru pun. Dah namanya pun Ramli Sarip....
Pengacara Faizal dan Cheryl - masih dengan gaya biasa yang sangat cliche. To me, they are simply boring.
Apa lagi nak ulas 'ek? Tak ada apa-apa lagi kot...
Chau.
Thursday, January 24, 2013
Setelah kau tiada...
Salam tiada,
Dua minggu terakhir ini merupakan hari-hari yang amat berliku dilalui oleh Pida. Jalan yang dilalui penuh kesedihan, kehilangan dan kekosongan.
Sungguh, itulah apa yang Pida rasa. Setelah pemergian mak, Pida sedar tiada lagi insan istimewa itu di sisi. Setiap hari Pida menangis, menangis dan menangis. Memang hiba rasanya kehilangan ibu.
Mesti ada yang bertanya, macam mana rasa kehilangan ibu. Kosong. Diri kosong, jiwa kosong, hati kosong. Kehilangan mak tiada ganti. Seperti yang pernah Pida nyatakan, tiada suatu kasih lain yang dapat menggantikan mak yang pergi.
Setelah mak pergi, banyak perkara yang sebelum ini sering dilakukan bersama mak, kini tiada lagi :
Betapa terlalu banyak kenangan manis bersama mak. Insan mulia yang telah melahirkan dan membesarkan Pida sehingga mempunyai kehidupan sendiri. Pida amat sedih apabila memikirkan bahawa anak-anak Pida tidak akan dapat menikmati kasih sayang mamaneh mereka lagi. Memang terasa sungguh kehilangan mak.
Tapi sekurang-kurangnya Pida bersyukur kerana Allah telah memberikan Pida peluang untuk menjaga mak ketika mak sakit, dan yang paling mengesankan ialah apabila Pida diberi kesempatan menghadap saat mak pergi menemui Ilahi dalam keadaan kami semua pasrah, redha dan bergantung kekuatan antara satu sama lain.
Hanya orang yang sudah kehilangan ibu tahu macam mana rasanya kesedihan ini. Lebih-lebih lagi Pida memang sangat rapat dengan mak. Hakikatnya sekarang tiada lagi mak di sisi kerana mak telah tiada lagi di dunia ini. Perit tapi itulah hakikat.
Semoga Allah menempatkan mak dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa dan diletakkan di dalam syurga yang kekal abadi.
Buat mak yang tiada, Pida amat merinduimu. Pida amat menyayangimu. Selalu.

- Cium tangan mak, cium pipi mak, dan mendapat ciuman daripada mak. Bab ini yang paling Pida rindukan. Perasaan rindu ini kalau hadir, memang gila.
- Berbual bersama mak tentang semua perkara. Mak seorang yang banyak idea ketika bercakap.
- Berlawak dengan mak. Mak suka ketawa kalau Pida buat lawak. Selalu mak cakap, "Apalah kau ni Pida..." sambil ketawa.
- Shopping dengan mak. Mak seorang yang sangat suka membeli-belah. Dan mak tak pernah lokek belanja kalau shopping dengan mak.
- Merasa masakan mak. Tak taulah macam mana nak menghadapi raya kali ini. Biasanya maklah yang masak ayam masak kicap, rendang dan yang paling istimewa ialah sayur lodeh mak. Istimewa rasanya tak terbanding.
- Mendengar nasihat mak. Mak tak pernah berhenti menasihatkan Pida dan adik-beradik yang lain tentang apa-apa juga perkara termasuklah hal rumahtangga.
- Mengadu masalah dengan mak. Pida rindukan saat-saat Pida telefon mak semata-mata nak mengadu Pida boring kat pejabat hari itu. Dan mak pasti akan bagi penyelesaian walaupun dengan hanya mendengar sahaja.
- Dibebel oleh mak. Kalau mak datang ke rumah Pida, selalunya mak akan berleter sebab fridge Pida penuh sampai tak boleh masuk makanan yang mak bawa dari kampung. Yang bestnya, lepas tu mak kemas dan bersihkan fridge tu sampai clear.
- Macam-macam kenangan lain yang tak mungkin dapat dilakukan lagi selepas ini.
Betapa terlalu banyak kenangan manis bersama mak. Insan mulia yang telah melahirkan dan membesarkan Pida sehingga mempunyai kehidupan sendiri. Pida amat sedih apabila memikirkan bahawa anak-anak Pida tidak akan dapat menikmati kasih sayang mamaneh mereka lagi. Memang terasa sungguh kehilangan mak.
Tapi sekurang-kurangnya Pida bersyukur kerana Allah telah memberikan Pida peluang untuk menjaga mak ketika mak sakit, dan yang paling mengesankan ialah apabila Pida diberi kesempatan menghadap saat mak pergi menemui Ilahi dalam keadaan kami semua pasrah, redha dan bergantung kekuatan antara satu sama lain.
Hanya orang yang sudah kehilangan ibu tahu macam mana rasanya kesedihan ini. Lebih-lebih lagi Pida memang sangat rapat dengan mak. Hakikatnya sekarang tiada lagi mak di sisi kerana mak telah tiada lagi di dunia ini. Perit tapi itulah hakikat.
Semoga Allah menempatkan mak dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa dan diletakkan di dalam syurga yang kekal abadi.
Buat mak yang tiada, Pida amat merinduimu. Pida amat menyayangimu. Selalu.
Lagu kenangan Pida dan mak - kredit untuk pemilik video.
Tuesday, January 22, 2013
Sebuah rindu untuk mamaneh
Ke hadapan mamaneh yang amat dirindui,
Mamaneh, sudah dua minggu mamaneh pergi meninggalkan Nia buat selama-lamanya. Sampai sekarang Nia masih rasa sedih bila terkenangkan mamaneh. Nia, Aqil dan Sufi sangat merindui mamaneh.
Mamaneh,
Kesian mamaneh meninggal kerana sakit barah. Nia pernah tanya mak, mamaneh sakit apa. Mak bagitau Nia, mamaneh sakit barah. Nia tak tau barah tu apa, tapi Nia rasa mesti sakit sebab sampai mamaneh mati. Kesian mamaneh.
Mamaneh,
Nia tak puas mendapat kasih sayang mamaneh. Sekejap sangat kita dapat bersama. Mamaneh baik sangat. Nia tau mamaneh sayang sangat kat Nia dan adik-adik. Mamaneh selalu belikan Nia macam-macam. Baju, kasut, buku cerita, alat tulis, permainan, belanja makan yang sedap-sedap, dan mamaneh selalu bagi Nia duit belanja.
Mamaneh ingat tak masa Nia baby dulu, mamaneh la yang jaga Nia. Mamaneh bagi mak duduk rumah mamaneh sementara nak tunggu Nia besar. Mamaneh la yang mandikan Nia, pakaikan Nia baju, bedakkan Nia wangi-wangi. Mamaneh jugak la yang dukung Nia, pangku Nia dan berlari-lari mendapatkan Nia yang masih baby masa tu lepas mamaneh balik dari kerja.
Masa tu Nia tau mamaneh, tokyi dan semua orang melayan Nia seperti puteri. Nia dilimpahkan kasih sayang yang semewah-mewahnya. Sampai sekarang bila mamaneh dah takde pun Nia masih rasa kasih sayang mamaneh terhadap Nia. Kasih sayang mamaneh tak mati bersama mamaneh.
Mamaneh,
Mamaneh tau tak... sampai ke saat ini mak masih menangis bila teringatkan mamaneh. Mak kata mak rindu sangat kat mamaneh. Nia selalu nampak mak menangis sorang-sorang. Bila Nia tanya kenapa mak menangis, Mak jawab mak rindukan mamaneh.
Mak tanya Nia, adakah Nia nampak macam mana mak melayan mamaneh? Nia jawab ye, mak layan mamaneh dengan baik sebab mak sayang mamaneh. Mak tanya Nia lagi adakah Nia akan jaga mak macam tu jugak bila mak dah tua nanti? Nia jawab ye, dan Nia menangis sama. Lepas tu mak peluk dan cium Nia sambil sedekahkan Al-Fatihah untuk mamaneh. Mak pesan supaya Nia rajin-rajin sedekahkan al-Fatihah untuk mamaneh.
Mamaneh,
Nia kesian tengok mak, tiaji dan tiahil. Diorang nampak kuat tapi Nia tau sebenarnya diorang menangis macam mak jugak. Bila Nia tengok mak macam tu, Nia terfikir juga adakah kematian itu suatu kesedihan bagi yang masih hidup?
Tapi Nia tau mak Nia kuat. Mak kuat macam mamaneh. Kuat dan tabah. Mak nak jadi baik macam mamaneh. Nia pun tau mamaneh memang baik orangnya. Semua orang sayang mamaneh. Mamaneh pun sayang semua orang. Sebab tu Allah lebih sayangkan mamaneh dan mengambil mamaneh semula.
Mamaneh,
Nia sayangkan mamaneh. Nia sedih kerana mamaneh pergi dulu sebelum sempat tengok Nia pakai uniform pengawas. Tahun lepas mamaneh la yang tunggu Nia di sekolah sebab masa tu mak dan abah tak boleh tunggu lama-lama.
Mamaneh la yang tunggu Nia balik dari sekolah, suap Nia makan, kemaskan beg Nia dan hantar Nia ke sekolah. Rasa macam baru semalam mamaneh ada bersama Nia. Rindunya Nia pada mamaneh. Terima kasih kerana menemani Nia dulu.
Mamaneh,
Nia tak boleh lupa kegembiraan mamaneh setiap kali Nia telefon mamaneh menceritakan aktiviti Nia di sekolah. Kalau Nia demam mamaneh cepat-cepat suruh makan ubat. Kalau Sufi semput mamaneh akan risau sangat. Kalau Aqil nakal mamaneh nasihatkan supaya jadi budak baik. Sekarang mamaneh dah tak ada, Nia rindu nasihat dan suara mamaneh. Rindu....
Mamaneh,
Nia berjanji akan jadi budak baik. Nia akan ikut pesan mamaneh supaya Nia belajar rajin-rajin dan jadi cikgu macam mamaneh. Nia janji tak akan lupakan mamaneh dan Nia akan selalu sedekahkan al-Fatihah untuk mamaneh.
Mamaneh,
Selamat bersemadi mamanehku sayang... Semoga mamaneh ditempatkan bersama orang-orang bertaqwa. Semoga segala kebaikan mamaneh di dunia akan dihisab oleh Allah. Semoga mamaneh masuk syurga.
Nia sangat merindui mamaneh. Nia bangga menjadi cucu mamaneh. Terima kasih atas segala-galanya wahai mamanehku sayang...
Al-Fatihah untuk mamaneh.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Subscribe to:
Posts (Atom)