Sempena hari jadi Pida pada 11.11.13 baru-baru ini, Pida telah mendapat sebuah hadiah yang sangat membuatkan Pida terharu.
Inilah hadiah hari jadi Pida tahun ini. Satu-satunya hadiah yang Pida terima. Datangnya daripada seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup Pida iaitu anak Pida, Rania. |
Patutlah pagi-pagi tu Rania sibuk beria-ia cakap nak belikan mak dia hadiah. Pida tanya Rania ada duit ke nak belikan mak hadiah? Dia jawab, ada, dia guna duit belanja harian dia aje. Tak payah susah-susahlah sayang... simpan je duit tu buat beli Mamee. Tak apa, kata dia. Dia tetap nak belikan mak dia hadiah.
Petang tu, dia balik ke rumah dengan muka kecewa. Pida tanya kenapa? Dia jawab, tadi dia dah belikan hadiah, tapi hadiah tu tercicir. Esok dia belikan yang baru.
Hahahahahahhaaha! Bedebah betul Pida ketawakan dia. Aku dah cakap tak payah susah-susah belikan hadiah, kok nak beli jugak. Kan dah hilang. Nia... nia... comel jugak ko ni sekali-sekala.
Hadiah yang di atas tu adalah hadiah lain yang dia beli untuk menggantikan hadiah yang hilang itu. Muka ceria penuh cinta time dia hulur kat Pida masa tu. Sambil kesat-kesat hingus, Pida pun peluk dia dan mengucapkan terima kasih. Besarnya hati dia dapat bagi hadiah kat mak dia!
Memang terharu sangat dapat hadiah daripada Rania. Siap sampul tu yang tak tahan tu. Serebeh-serebeh pulak tu. Jom kita bukak apa di dalamnya! |
Oh rupanya adalah sebuah note book! Hahahaha... kelako pulak rasanya anak aku bagi aku buku. Dia tak tau ke Pida ni dah 3 tahun tak menulis dalam buku sebab tulis dalam Galaxy Note? Huahuahua. |
100 lai engkau! Jenuh nak nulis. Takpe Nia, terima kasih banyak-banyak sayang. Senang mak nak update blog bila dah ada note book ni. |
Itulah hadiah hari jadi Pida yang sangat berharga. Hadiah tanda ingatan dan kasih sayang seorang anak kepada emaknya. Pida terharu kerana Rania sanggup menggunakan wang sakunya sendiri untuk membeli hadiah tersebut. Dan Pida bersyukur kerana dalam usia sekecil itu, Rania sudah pandai menilai erti penghargaan dan menghargai.
Terima kasih anakku sayang...
Heheee..memang betul2 note book la...
ReplyDeleteHeheee..memang betul2 note book la...
ReplyDeleteAmy, memang note book kan? Cuma tak guna karen aje.
ReplyDeleteHuda, Thanks for visiting :)