Memandangkan Pida mempunyai begitu banyak masa terluang pada waktu cuti bersalin ini, Pida boleh melakukan banyak perkara sebenarnya.
Namun tidaklah sampai melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti menggali kubur mahupun mengangkat bongkah batu-bata. Sebaliknya Pida hanya membuat kerja-kerja ringan yang tidak banyak mengeluarkan peluh seperti shopping online.
Iklan-iklan promosi macam inilah yang membuatkan jiwa dan poket Pida goyah. Oh I love katalog! |
Macam-macam benda yang Pida usha. Bukan beli pun, dapat cuci mata tengok katalog pun dah macam satu kepuasan yang tak terhingga bagi Pida.
Tapi usha punya usha, ada satu barang yang Pida beli. Barang baeekk punya!
U're most welcome. Hehehe. |
Nak tau apa yang Pida beli?
Rama-rama! |
Ye, Pida beli handphone Nokia 8250 Butterfly. Harga dia taklah mahal sangat, RM69 satu set. Dan sudah tentulah bukan yang original.
Dulu Nokia Butterfly ni sangat popular sekitar tahun 2001 gitu. Harganya pun sangat mahal, seribu lebih. Hanya orang-orang yang banyak duit aje yang mampu pakai henfon Butterfly ni. Siapa yang pakai Butterfly ni memang kellass ko jah.
Tapi biasalah, lama-lama model ni pupus jua akhirnya dek kebanjiran henfon-henfon lain yang lebih canggih seperti smartphone sekarang. Butterfly ni dah kira klasik dah. Sebab tu bila ia dikeluarkan semula (walaupun bukan ori), Pida rasa terpanggil nak beli.
Inilah Butterfly yang telah hinggap ke Pida. Rasa macam kembali ke istana zaman silam tatkala Pida memegangnya. Terasa bagai berada pada hari semalam. |
Tapi cuma henfon kosong. Nak kena beli simkad la pulak. Takpe.... Senang je tu.... Kita glo-kan aje...
Sekarang ni tengah musim kegilaan Altel kan? Pida pun tak ketinggalan nak memakai nombor Altel. Hidup Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary! |
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!