Dah berminggu-minggu Pida mencari masa untuk update blog. Tapi berminggu-minggu jugalah Pida tak jumpa masa yang lapang untuk buat entry baharu.
Sebenarnya kalau nak diikutkan, banyak giler cerita yang Pida nak kongsi bersama kau. Macam cerita hari tu Pida naik Genting tengok Ultraman, gambo-gambo dah ada dah. Tinggal nak karang cerita je. Nak karang cerita kena bukak laptop, nak bukak laptop kena tunggu kat rumah... kat rumah tu kau tau-tau ajelah... nak mandi sauna pun tak sempat inikan pula nak update blog. Pida bizi giler ok!
Tapi hari ni Pida ada 10 minit je untuk tulis cerita baharu. Itupun ambik yang ringkas-ringkas je. Oklah, taknak buang masa. Aku ada 10 minit je nih!
Mula-mula kita sediakan bahan-bahan.
Ya Allah, tetiba suruh engkau sediakan bahan-bahan. Lupa pulak nak bagitau. Dalam entry kali ini, Pida nak berkongsi satu resepi yang popular dalam kalangan orang Jawa iaitu Urap.
Urap ialah sejenis hidangan ulam-ulam segar yang digaul bersama kelapa parut dan bahan-bahan lain. Ok, tinggal 9 minit!
Baiklah kawan-kawan, mula-mula kita sediakan bahan-bahan iaitu :
1) Ulam-ulam segar. Biasa yang utamanya Pida menggunakan kacang botor, taugeh dan kali ini Pida tambah daun selom. Basuh bersih-bersih kasi buang itu cacing-cacing dan bakteria jahat. |
2) Cili giling atau cili boh. Kalau rajin, kau buatlah sendiri. Rebus lada kering, lepas tu kau kisar sampai halus. Tak payah beli. |
Mula-mula kita gaulkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama cili giling dan ikan bilis yang telah ditumbuk lumat tadi. Gaul, gaul, gaul sampai mesra gitu. |
Kemudian, masukkan kelapa parut yang telah disangai tadi dan gaul, gaul, gaul sampai mesra lagi. Tengok tu gambar sudip berpusing-pusing, maknanya kemain power lagi menggaul tu. Sambil-sambil menggaul tu kaubelai-belailah laki kau. Dah kenapa? Maksud Pida, sambil-sambil menggaul tu kau taruklah garam secubit dua untuk meningkatkan rasa. |
Yes! Dah siap pun urap kita. Nampak sedap kan? Memang sedap pun nyah. Rangup keriuk-keriuk bila dikunyah. Sangat enak dimakan bersama nasi panas di bawah lembayung senja. Perghhhh. |
Jadi, lepas ni bolehlah kau buat urap sendiri. Senang je kan? Inilah antara rahsia awet muda para perawan jawa dahulu kala. Makan ulam-ulaman segar, tanpa bahan pengawet dan perasa yang tidak dibenarkan. Dijamin natural dan organik.
Ok, ngam-ngam 10 minit. Insya Allah esok-esok Pida buat cerita lain pulak ye. Bizi sangat la sekarang. Muhaimin pun dah 8 bulan, dah makin lasak si kecik tu. Dah memapah nak berjalan.
Oklah, dah masuk 11 minit. Kbai.
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!