Tuesday, January 10, 2012

Ada Apa Dalam Beg Tangan Pida

Salam beg tangan,

Sebagai seorang wanita berkerjaya yang sentiasa sibuk dengan tugas rasmi di pejabat dan urusan keluarga di rumah, Pida memerlukan sebuah beg tangan yang praktikal, besar dan semestinya bergaya.

Ciri-ciri beg tangan pilihan Pida :

1)  Praktikal

2)  Besar

3)  Bergaya

Astaghfirullah... kan dah bagitau kat atas tu Pida! Heeee.... ringan!


Baiklah saudara saudari sekalian, yang menang biarlah menang, dah mahkamah kata tak bersalah, nak buat camana lagi ye tak?

Ok, sekarang tiba masanya Pida membuka rahsia ada apa pada pida dalam beg pida...





Assalamualaikum, nama saya beg tangan. Saya telah dimiliki oleh Pida. Dia menjaga saya dengan baik sekali seperti dia menjaga tingkah lakunya sendiri. Ramai kawan opis Pida memuji saya kerana menurut mereka saya kelihatan seperti beg pramugari Penerbangan Malaysia MAS cuma beg tangan pramugari takde jalur-jalur tu sebab pihak MAS tak terfikir untuk mereka beg tangan pramugari mereka seperti saya. Sekian, wassalam.






Ini purse Pida. Cuba kau tengok jenama apa tu? Haaa... ulang balik... ye... PRADA ok.. PRADA...          Beli kat pasar lambak.







Anak dah ada tiga orang haruslah MyKid pun ada tiga keping. Kat bahagian atas purse tu gambar keluarga tercinta. Sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan.








Pida suka simpan kupon Dominos sebab Pida ni penggemar pizza Dominos. Lebih sedap daripada Pizza Hut wa cakap lu! Topping dia yang paling menyentuh kalbu ialah Classified Chicken. Budak rider Dominos tu siap dah boleh pejam mata hantar pizza ke rumah Pida. Kadang-kadang Pida order suruh hantar ke opis. Boss ambik bau je la! Keh keh keh .








Sebagai seorang yang sentiasa mengambil maklumat walau di mana saja berada, pen dan buku nota wajib ada dalam beg tangan Pida. Dulu masa Pida bawak beg tote yang saiz besar, Pida siap bawak buku nota saiz A5 lagi. Bukan apa, kadang-kadang terjumpa artis contohnya Badul ke, boleh la mintak otograp terus.Tapi kalau takde pen dan kertas, Pida buat catatan kat handphone je. Kan namanya telefon pintar hehe...









Pendrive dan external HDD pun wajib ada dalam beg tangan Pida sebab dah terbiasa bawak. Kalau Pida bawak beg tote, kadang-kadang Pida masukkan sekali netbook kat dalam tu. Sebab kadang-kadang masa pegi mesyuarat ada je benda nak kena present. Tapi Pida memang pantang orang cucuk pendrive ke pc atau netbook Pida sebab takut virus. Pida gunakan kaedah emel / online sahaja. Orang-orang yang kurang IT literate ni harus dididik tentang bab-bab penjagaan bahan digital.










Kunci opis haruslah sentiasa ada dalam beg tangan Pida. Kalau tak bawak pun takde hal sebab pintu bilik Pida tu boleh umpil dengan besi pecah rumah je. (Kokak ek?) Di gugusan kunci ni ada kunci bilik server dan kunci untuk akses ke bilik anak buah Pida (nak tengok diorang buat keje ke sok sek sok sek kat dalam tu hehehe)... Takdelah gurau je. Pida tau anak buah Pida rajin-rajin. Pida takde hal bagi diorang markah LNPT >90. Siap dapat APC lagi.












Kunci Waja Pida (gelaran untuk kereta kesayangan Pida). Waja dah terlalu banyak berjasa pada Pida. Wajalah yang membawa kami ke sana ke mari, ke opis mencari rezeki, balik ke kampung menemui insan dirindui... tak sampai hati nak gantikan dia dengan Stream ;P










Actal atau ubat gastrik ni memang sentiasa ada dalam beg tangan Pida. Ia keperluan penting pada saat-saat Pida tak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini lagi. Wah, celupar mulut kau ye. Pida ada gastrik, jadi Actal ni sebagai persediaan jika Pida kena gastrik. Makan dua biji, mengucap dua kalimah syahadah, insya Allah sembuh.









Gincu ni sentiasa ada dalam beg tangan. Ini adalah gadget yang penting kerana ia mempunyai kuasa yang menjadikan diri seseorang itu kelihatan seksi dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan pihak boss atau pihak bank. Pida tak simpan bedak compact atau two-way face cake sebab Pida jenis tak bersolek. Pagi-pagi lepas sapu krim Garnier Light ala kadir, Pida sapu bedak bayi je. Pernah jugak cuba bedak compact, tapi muka jadi macam syaitan je. Terus tak jadi pakai.









Pisau lipat ni Pida memang simpan di dalam beg tangan. Banyak kegunaannya ni. Nak beli swiss army knife macam poyo sangat, pisau seposen pun bolehlah. Antara kegunaannya ialah menyembelih lembu yang berkeliaran di lebuh raya dan memberi kata dua kepada laki supaya dia hala stereng balik kampung Pida sahaja pada hari raya ;P








Ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku, aku yang tengah malu, eh, ternyanyi lagu Wali Band pulak. Haa... diaper adalah alat inovasi yang mesti ada dalam beg tangan Pida ketika keluar berjalan membawa si kecik tu. Dalam kereta pun ada bekal diaper jugak. Sebab si kecik ni kita tak tau time bila dia nak berak. Dia nak berak dia berak je. Bertuah punya si kecik.










Selain diaper, tisu basah merupakan gadget yang sentiasa ada dalam beg tangan Pida. Sebab kalau tengah jalan-jalan biasanya susah nak carik air untuk membasuh tangan yang melekit terutama bila anak-anak makan gula-gula atau aiskrim. Jadi, tisu basah adalah penyelesaian terbaik supaya tangan sentiasa bersih.











Hand sanitizer pun ada dalam beg tangan Pida. Tujuannya adalah untuk membersihkan tangan bila mana tak ada air ketika dalam perjalanan atau di dalam kereta. Yang ni member Pida hadiahkan selepas dia balik dari Amarika Syarikat tahun lepas.








Beg uncang yang comel ini Pida gunakan sebagai saku telefon bimbit Pida. Henfon Pida taklah canggih sangat, tapi ia sungguh istimewa sebab ia adalah hadiah daripada suami tercinta. Suami memang tau taste Pida mesti ada keyboard qwerty. Pida tak minat yang skrin sentuh-sentuh ni. Eh, mana gambor henfon Pida? Oh, tengah digunakan untuk mengambil gambar.










Krim Ezerra ni Pida pastikan sentiasa ada dalam beg tangan Pida. Ia adalah krim untuk si kecik Pida yang ada mild eczema. Jadi, bila eczema dia naik, Pida cepat-cepat sapukan krim ni supaya dia rasa lega. Krim ni Alhamdulillah elok untuk kulit dia.










Woi! Ni sapa yang dengki masukkan benda alah ni dalam beg tangan aku nii!?







Friday, January 6, 2012

Siapa yang google ni?

Salam google,

Entry kali ni ringkas je. Tadi masa Pida belek-belek statistik pageview blog cilanat ohpida ni, mata Pida terpaku pada sesuatu.

Setau Pida blog ni tak ramai pembaca. Tapi pembaca setia ramai hehe.

Jadi, sila angkat tangan, siapa yang google ni?

Thursday, January 5, 2012

Pida dan Rania masuk darjah satu

Salam persekolahan,

Semalam merupakan hari yang bersejarah bagi Pida kerana Pida telah kembali semula ke masa lampau yang telah Pida tinggalkan 27 tahun lalu - masuk darjah 1.

Tapi kali ini Pida menghantar Rania. Rania adalah anak Pida. Anak Pida yang sulung.

Kami sekeluarga bangun lebih awal daripada biasa. Kalau biasanya kami bangun pada pukul 6.30 pagi, semalam kami bangun pada pukul 6.28 pagi. Awal la tu... 2 minit tu sempat buat banyak benda hokay!

Bila bangun tengok-tengok ada breakpast kat atas katil, suami kat sebelah yang masih memakai boxer hello kitty tengah suapkan anggur hitam tanpa biji, dan menuangkan susu segar dari ladang sambil menyuakan gelas kristal berkaki tinggi itu kepada Pida. Kami pun bersarapan bersama-sama sambil comolot dan bergurau senda di samping anak-anak yang comel...

"Hoh tak abis lagi ke kat jamban tu? Siapkan budak ni cepat!"

Fuh! tetiba bunyi cakera padat rosak mematikan lamunan indah Pida. Pelamin anganku musnah. Mengapa begitu kejam menghancurkan khayalan orang lain?




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


      Rania memakai uniform sekolah agama (sesi pagi). Tudung + serkop + baju + kain + kasut + stokin + duit belanja = RM70.






Ewah, ewah, baru seminit mak hantar kau dah ada couple ye? Bukan... ini Kimi, sepupu Rania merangkap jiran tetangga dan sekarang classmate dia. Abah Rania dan ayah Kimi = adik beradik kandung seibu sebapa sesusuan.







Rania bersama ibunya yang tersayang. Ibunya ini seolah-olah tidak mahu melepaskan anaknya kerana takut diserang sindrom 'rindu-rinduan jadi kenangan' atau 'kau sentiasa di dalam ingatanku oleh kumpulan e.y.e' sehinggalah dipujuk oleh pakcik van "Kak, saya hantar ke sekolah je, bukan hantar gi Gaza pun..."   *Gambar terpaksa diberi efek nostalgia untuk membangkitkan mood.




Rania transit di sekolah agama. Jadi, dia salin baju dan makan tengah hari di tempat transit tersebut sehingga pukul 12.30 tengah hari sebelum menaiki van untuk ke sekolah kebangsaan yang terletak tak sampai satu kilometer dari situ.

Kaedah transit menjadi pilihan ibu bapa yang bekerja kerana tidak mempunyai waktu terbaik untuk berulang-alik mengambil anak dari sekolah agama (pagi) dan kemudian menghantarnya semula ke sekolah kebangsaan (petang).







Rania di dalam kelas darjah satu. Dia duduk di sebelah kawannya yang bernama err... sapa ek nama budak ni... err Nurul Aliza kot! Ntah, nanti Pida double check dengan Rania.







Pida bawakkan bekal air putih supaya bila Rania haus, dia boleh minum. Lagipun untuk berjimat-cermat. Lagipun untuk kesihatan juga, taklah asyik minum air manis je (peringatan untuk diri sendiri).






Rania pun tidak pasti apa terjadi pada budak lelaki di sebelahnya itu. Terlalu awal untuk Parkinson, mungkin kerengsaan akibat peluh saja kot...





Hari kedua (Khamis 5 Jan 2012) Rania semakin riang dan gembira.





Pepepun, Rania ok. Yang tak ok adalah...

...Pida! Sejarah peluk tiang kerana tidak mahu ditinggalkan emak 27 tahun lepas berulang lagi. Tapi kali ni Pida tak kena cubit.*Gambar dikaburkan dengan sengajanya untuk membangkitkan mood kenangan lalu.            Iklan : Nak beg tangan macam Pida punya ni? Yok ke http://nurulainblogshop.blogspot.com




Bila tiba waktu rehat, Pida dengan bersemangatnya membawa Rania ke kantin untuk menjamu selera Rania. Pida? Apa barang makan kat kantin sekolah rendah hahaha! Baik aku ngeteh kat Bistro. Takburnya cakap. Bagi makan taik kang.

Oh, rupanya waktu rehat di kantin pada hari pertama persekolahan adalah sangat memarahkan! Eh, macam langsat je ayat tu. Ok, Pida ulang.

Oh, rupanya waktu rehat di kantin pada hari pertama persekolahan adalah sangat mengghairahkan! Hoi! Lagi tak kena bangang!

Ah, apa-apalah. Tapi Pida nak citer waktu rehat semalam memang ramai nak mampus! Mampus pun tak ramai macam tu. Cuba kau bayangkan dekat seribu horang kat kantin. (Murid-murid + mak bapak yang ambik cuti + adik-adik murid-murid yang dibawak bersama oleh mak bapak yang ambik cuti tadi). Boleh kau bayangkan tak?

Ada beberapa booth menjual pelbagai makanan seperti roti canai, air, laksa, nasi, roti, fun fries, jajan...

Beberapa booth ini diserbu dengan rakusnya oleh para pelanggan sekalian. Adegan tolak-menolak pun berlaku. Masa ni Pida dah takut kot-kot kena rubber lagi. Tapi kali ni siapanya nak merubber, semua budak-budak belum sunat... eh bapak budak yang dah sunat ramai apa! *Ngeri

Mereka rempuh kami, kami rempuh mereka balik. Mereka tolak kami, kami tolak mereka semula. (Ini cuma cerita yang di'exaggerate' untuk menggambarkan betapa ramainya manusia pada masa itu) Akhirnya kami selamat sampai ke tempat beli laksa....

Tapi kan, yang kesiannya, ketika aksi rempuh-merempuh tu, Pida nampak ada 2-3 roti canai yang jatuh ke lantai. Kesian kan? Pida bayangkan hampanya budak tu tak dapat makan roti canai. Dahlah rambut pacak dah terbaring kena rempuh, bila dah dapat hasil, terpeleot pulak pinggan dan jatuh roti canai tu.

Nasib baik mangsa roti canai jatuh tu tak berusaha untuk ambik balik, kalau tak dengan dia-dia sekali jadi roti canai kena pijak. Apapun, Pida kesian kat roti canai tu, eh bukan, kat budak yang roti canai dia jatuh tu. Agaknya kalau kena kat Rania mau menangis Pida dibuatnya. Oh, hati ibu...




Rania makan laksa yang berharga singgit.



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Begitulah serba sedikit kisah mama-mama kali ini. Walau apapun, sepanjang seharian Pida dan suami berada di sekolah Rania, Pida ada membuat beberapa penelitian dan pemerhatian. Pemerhatian ini adalah berdasarkan pendapat peribadi Pida semata-mata, bukan niat nak kutuk atau perlekeh mana-mana pihak ye. Kata demokrasi!


Antara dapatan Pida mengenai sekolah Rania (sekolah agama dan sekolah kebangsaan) :


1.   Setiap pagi, ustaz akan mengarahkan pelajar-pelajar membaca doa dan menyanyi Asmaul Husna. Tetapi ustaz mungkin terlupa untuk meminta pelajar-pelajar menyanyikan lagu Negaraku.

Pada Pida, lagu Negaraku wajib dinyanyikan oleh murid-murid sekolah sebagai cara memupuk semangat cintakan tanah air dan menjadi warga yang patriotik. Lupakah bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Well, I'm not talking about political belief here ok!)

2.   Kebanyakan murid perempuan sudah memakai baju kurung. Susah nak tengok murid yang memakai pinafore atau gaun biru tua tu.

Zaman Pida sekolah dulu, pinaforelah uniform utama. Satu sekolah pakai pinafore (yang perempuan ler... yang lelaki kalau pakai pinafore jadi bapok pulak nyah!) Dulu masa Pida sekolah rendah, siapa yang pakai baju kurung tu kira bajet alim la (jahat giler persepsi budak dulu).

3.   80% murid yang berbaju kurung juga memakai tudung. Yang pakai pinafore of course tak pakai tudung, nanti nampak pelik pulak. Tudung pulak macam-macam fesyen. Ada tudung ekin (yang ada awning depan tu), ada tudung Syria, ada tudung biasa yang dua lapis macam zaman Pida sekolah dulu.

Dan ada jugak murid yang pakai tudung tapi tak pakai serkop. Makanya jambul depan tu terkeluar dan berjeramus macam bulu ketiak tauke ikan.

Rania pakai tudung syria sebab tudung jenis ni yang paling sesuai dengan bentuk muka dan kepala dia yang agak jendul tu. Kalau dia pakai tudung ekin tak sesuai sebab nanti kepala dia nampak macam terlungkup gitu. Kesian pulak anak aku nanti kena ejek kepala terlungkup.



Si cilik jawa yang memakai tudung syria... namun kau tetap jawa anakku!



4.   Hei! Budak darjah satu sekarang dah tak menangis la! Semalam takde sorang budak pun yang dijumpai menangis seperti kanak-kanak tradisional dulu-dulu. Siap main kejar-kejar lagi.

Zaman dulu (lebih tepat 27 tahun lepas), diberitakan ada seorang budak perempuan darjah satu asyik la menangis sambil peluk tiang sebab dia tak nak mak dia balik. Last-last mak budak perempuan ni terpaksa cubit bawah ketiak dia untuk mendiamkan dia. Dekat 3 minggu jugak la dia peluk tiang tu sampai bengkok tiang besi tu kena peluk.

5.    Oleh kerana budak darjah satu terlalu ramai di sekolah Rania ni (510 orang), maka pihak sekolah terpaksa membuka sehingga 12 kelas untuk menampung budak-budak. Dalam satu kelas ada 40-45 orang. Cikgu sorang. Cikgu perempuan. Suara halus.

6.    Rupanya murid-murid sekarang pakai meja dan kerusi plastik ek? Sumpah baru semalam Pida tau hakikat ni.

Zaman Pida dulu pakai meja dan kerusi kayu. Kena tangan budak yang gatal, habis ditorehnya meja tu. Paling langsat pun conteng guna liquid. Macam-macam ditulisnya - 'I love u' tu biasa. 'I hate cikgu' ada tertulis kat atas meja Pida. Eh, bukan tangan Pida yang tulis, tu budak dulu sebelum Pida guna meja tu.

7.    Yang ni kelakar sikit. Dalam satu kelas tu, ada macam-macam kaler baju. Ada biru, ada hijau, ada ungu, eh kuning kok ada jugak... yang pakai vest lagi... isk... pening Pida. Dah macam paddle pop Pida nengok. Selain pengawas dan pustakawan, ada jawatan apa lagi hah dalam kelas?

8.    Ramai budak gemuk. Serius. Obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia bakal menjadi isu meruncing jika ibu bapa tidak mengambil berat hal pemakanan anak-anak mereka. Well, I'm talking to myself.

9.    Masuk tandas kena pakai selipar yang disediakan. Yang ni Pida tak suka. Apa punya peraturan la... lainlah masjid kau nak buat macam tu ('kau' tu Pida tak tau nak rujuk pada siapa. Kan biasa kalau kita marah sorang-sorang kita suka cakap kau. "Kau ingat kau hensem?" "Kau ingat parking ni bapak kau punya?" Macam tu la kan...)

Oh, back to topic. Murid-murid kena pakai selipar yang disediakan. Maknanya, murid-murid yang nak berqada' hajat ni terpaksa membuang masa membuka kasut/stokin dan kemudian memakainya semula selepas keluar tandas. Pida macam "Hei, Ini adalah peraturan yang membuang masa saja!"

Dan oleh kerana Pida tak setuju dengan peraturan lapok ni, maka Pida tak terfikir akan sebarang justifikasi yang membawa kepada kewajaran peraturan tersebut dikuatkuasakan.


10.   Cikgu tak berapa mesra. Pida katakan begini sebab hasil skodengan dan ushaan Pida dari jauh, Pida tak nampak cikgu murid darjah satu ni mesra. Pida tak tau kenapa, tapi Pida rasa bukan ini yang mereka pelajari semasa di IPG (Institut Pendidikan Guru) kan?

Ok, it's very unfair to compare them with cikgu tadika. Di tadika, murid-murid seawal usia 4 tahun sudah didedahkan dengan aspek kreativiti (sesuai dengan usia). Di tadika, murid-murid hanya belajar erti keseronokan.

Murid-murid tadika bebas menjadi diri mereka sendiri kerana kanak-kanak harus diberi peluang untuk mengekpresikan diri mereka tanpa peraturan yang terlalu ketat tetapi masih di atas garisan norma disiplin dan peraturan.

Pida pernah bertanya kepada seorang pelatih guru di IPG semasa pameran alat bantu mengajar (ABM) dan teknologi pendidikan.

Pida dipetik sebagai berkata, "Adakah apa yang awak pelajari ini akan dipraktikkan di sekolah nanti? Maksud saya, bukan pada waktu praktikum, tetapi pada ketika awak benar-benar sudah menjadi seorang guru.. sebab saya takut anak saya akan hilang keseronokan dan motivasi yang selama ini diperolehi di tadika... kerana corak P&P di bilik darjah tradisional adalah membosankan dengan hanya papan hitam dan cikgu yang mengajar di depan."

Bakal guru tu agak tersentap dengan soalan Pida tadi. Dia agak berfikir-fikir juga sebelum menjawab. Akhirnya dia menjawab, "Ye puan, kami memang akan masukkan ABM semua ni dalam P&P di kelas nanti."

Bukanlah Pida mahukan murid-murid ini dilayan istimewa. Tapi gaya cikgu semalam agak kurang mesra la... Tapi Pida paham, bukan senang nak mengawal 40 orang kanak-kanak pelbagai ragam. Apapun, salute cikgu!


11.   Duit saku dah tak main sen-sen lagi dah! Perghhh... ini yang Pida rasa betul-betul ketinggalan zaman. Semalam Pida bagi Rania RM4 untuk pagi dan petang. Oleh kerana Pida ada bersama-sama dia semalam, jadi tahap perbelanjaan dia terkawal la sikit. Tapi kejap-kejap nak beli air, kejap-kejap nak beli jajan. Boros jugak anak aku nih.

Zaman Pida dulu mak cuma bekalkan 40 sen je. Eh siap bawak balik baki seposen! Zaman sekarang kau bagi 40 sen kau nak budak tu kebulur ke apa?

Bekal? Resam budak, walau dibekalkan bekal yang kaw-kaw pun tetap nak belanja kat kantin jugak.

Pida berpesan pada Rania supaya tidak menghabiskan duit saku dia. Kalau dia dapat simpan baki, Pida akan bagi dia dua kali ganda untuk simpanan SSPN dia. Ini sebagai motivasi agar dia berjimat dan belajar menabung.


Jadi, demikianlah cerita pengalaman Pida menghantar anak ke darjah satu. Sesungguhnya terasa baru semalam Pida melahirkan Rania, hari ini dia sudah bersekolah. Begitu pantas masa berlalu.

Kepada anakku Rania, belajarlah bersungguh-sungguh, belajarlah kerana Allah. Timbalah ilmu sehingga ke menara gading. Jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Manfaatkan ilmu yang diperolehi ke jalan kebenaran dan jangan sekali-kali kau melupakan jasa ibu bapa dan guru-gurumu.

Selamat bersekolah anakku...

Monday, January 2, 2012

Kita rasa 'mantap' jika... tetapi rasa 'sentap' bila...

Salam kemantapan,

Sekejap sahaja sudah menjengah tahun 2012. Amacam? Azam tahun 2011 dah selamat tertunaikah? Apa pula yang anda lakukan pada malam tahun baharu?

Pergi pesta nyanyi-nyanyi dan tari-menari di Dataran Merdeka?

Pergi makan lamb mandy di restoran nasi arab?

Pergi jalan-jalan naik kereta tengok lampu kat Dataran Penggaram?

Atau sekadar duduk di rumah tengok siaran ulangan di Astro?

Biasanya pada malam tahun baharu Pida cuma lepak-lepak di rumah sahaja, tak koser nak menyemak-nyemak dengan orang ramai. Lagipun cuma tahun baharu, ada apa sangat!

Uihh, Pida trauma bila berada kat tempat-tempat sesak ni. Dulu pernah masa Pida tengok bunga api, tiba-tiba Pida rasa ada macam ada senduk kayu kat alur montot... Pida buat dekk je (eh, bukan sebab stim hokay!). Tapi makin lama makin menjadi-jadi pulak menyenduknya! Sekali Pida toleh belakang, rupa-rupanya Pida kena rubber! Langsat!

Sudah sudahlah... Pida enggan mengingati kisah lalu. Pida malu! Pida sudah tidak berguna lagi.... ah!


Oh ya, tajuk kali ini adalah seperti di atas. Kita sebagai manusia pasti menginginkan sebuah kehidupan yang bermakna dan tidak sia-sia. Kerana kita adalah hero dalam sebuah kisah cinta.

(Inilah analogi yang Pida terangkan kepada Rania apabila dia bertanya bagaimana asal kejadian dirinya. Selepas itu dia berkata, "ooo jadi abah cintakan mak ye... eeee tak malu!" Ye, Pida malu tersipu-sipu pada masa itu).

Kehidupan yang fana ini tidak bermakna jika tiada gumbira. Kanvas dunia yang sementara ini kelihatan hambar jika tidak dihampar warna-warna bahagia. Kita selalu mengimpi untuk melalui hari-hari yang bererti, namun sudah menjadi resam dunia, kadang-kadang kebaikan yang kita harapkan itu bertukar menjadi sebaliknya...





Kita rasa mantap jika kita berjaya membuat penemuduga terpesona dengan kepoyoan kita mempromosi diri sehingga mereka kelihatan betul-betul terkesima dengan gaya "aku pasti akan ambil budak ini bekerja di syarikat ini."
Tetapi kita rasa sentap bila semasa kita baru saja memperkenalkan nama kita, penemuduga tersebut terus tertidur di atas meja temuduga itu sambil berdengkur!



**********





Kita rasa mantap jika pakwe kita tak abis-abis memuji dan membodek kita sampai meletup-letup hidung kita kerana terlalu banyak kembang dan kempis.

Tapi kita rasa sentap bila takde hujan takde ribut tetiba je pakwe kita tu lari meninggalkan kita kerana terjebak dengan cinta cyber bersama Minah Hitam selepas dia confirmkan friend request di Facebook.


**********




Kita rasa mantap jika buah hati hasil cinta monyet yang sudah dikenali sejak zaman belum tadika lagi sudi berkahwin dengan kita.

Tapi kita rasa sentap bila alih-alih dapat tau buah hati pengarang jantung kita selama ini rupanya adalah adik susuan kita! Huaaaaa!!!!



**********


Kita rasa mantap jika makwe kita beria-ia ajak kita datang meminang dia. Kita siap bawak mak dan makcik kita sekali. Cincin belah rotan pun kita bawak.


Tapi kita rasa sentap bila tiba kat depan rumah dia, tanpa dipelawa masuk, tetiba bapak dia sound baik punya "Mat rempit macam tu ke yang Fazura nak jadikan suami? Makan minum dia pun mak dia yang tanggung." Depan-depan kita pulak tu. Mak kita pun sentap tau!




**********





Kita rasa mantap jika kita dapat mandat jadi imam solat berjemaah dengan makwe kita bersama ahli keluarga dia sekali semasa majlis cukur jambul anak sedara dia baru-baru ni.


Tapi kita rasa sentap bila bakal bapak mertua kita panggil kita sorang-sorang lepas salam-salam dengan jemaah yang lain sebab dia nak ajar kita ngaji start dari alip ba ta. Dia kata masa kita jadi imam tadi tajwid kita lintang pukang. Adeh... malu pak!





**********









Kita rasa mantap jika boss kita buat jamuan khas untuk kita saja, siap buat kat resort 5 bintang, jemput semua staf termasuk makcik cleaner, pak cik tukang, siap ada pertunjukan bunga api  lagi kau!


Tapi kita rasa sentap bila rupa-rupanya jamuan itu adalah untuk meraikan kita yang telah dibuang kerja setelah kantoi dengan boss kerana asyik main Facebook dan update blog waktu kerja. Hahaha padan muka kau! 

Tuesday, December 27, 2011

Tips Mencari Jodoh

Salam jodoh!

Ada sesiapa di sini yang masih tercari-cari jodoh? Atau ternanti-nanti jodoh yang lain? Atau memang berniat nak mengumpul jodoh buat koleksi?

Pida dengan rasa sukacitanya ingin berkongsi tips atau panduan dalam memilih jodoh untuk dijadikan menantu bagi mak bapak kita.

*Entry ini ditujukan khas buat adik-adik Pida yang masih dalam kesamaran mencari diri insan yang boleh digelar jodoh.

*Entry ini tidak ditujukan kepada suami Pida, dan mereka yang sudahpun memiliki jodoh sendiri. Kalau mahu berjodohan lagi, janganlah petik nama Pida ye!

Seperti yang kita maklum, dalam memilih jodoh atau calon pasangan hidup, haruslah ada ciri-ciri yang mesti dipenuhi. Ciri yang bagaimana?

1)  Bertaqwa

Ciri ini adalah wajib. Asas. Basic. Fundamental. Orang yang bertaqwa sentiasa mentaati perintah Allah (terutamanya mendirikan solat 5 waktu) dan meninggalkan larangan-Nya. Orang yang bertaqwa juga menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Seharusnyalah orang yang bertaqwa ini berfahaman ahli sunnah wal jamaah ye!

2)  Mempunyai ilmu agama

Carilah jodoh yang mempunyai ilmu fardhu ain yang cukup; sekurang-kurangnya asas ibadah dan tauhid. Ini sangat penting kerana ilmu agamalah yang menjadi panduan dan rujukan dalam menjalani cara hidup sebagai Muslim kerana Islam adalah cara hidup. Biarlah calon jodoh itu faham definisi najis, cara-cara bersuci dan menyucikan atau sekurang-kurangnya dia tahu membezakan antara 'samak' dengan 'sertu'.

Tak salah kalau kita nak tahu cara dia melafazkan kalimah syahadah... sama ada 'AsyHadu' atau AsyAdu'. (Yang betul adalah 'AsyHadu') --> hati-hati, jangan sampai salah melafazkan kalimah syahadah kerana di dalamnya terkandung i'tikad dan keimanan kita!

Tak salah juga kalau kita nak uji sama ada dia boleh membaca Al-Quran atau tidak. Paling senang, cuba dengar dia membaca surah Al-Fatihah. Perhatikan sebutan, makhraj dan tajwidnya (perkara paling asas). Kalau ok, oklah! Kalau tak ok, hmmmm... Tapi tak perlulah sampai nak uji dia bertarannum dan berqiraat bagai!

Terlalu ideal? Tepuk dada tanya selera!

Untuk lelaki, kamulah yang akan menjadi imam bagi isteri dan anak-anak kamu ketika bersolat nanti. Oleh sebab itu, kamu haruslah terror bab-bab agama ni!




Songkok tinggi yang menutup kening bukanlah satu-satunya tanda seseorang itu bertaqwa. Ia hanyalah pakaian budaya dan adat masyarakat Melayu di Malaysia yang harus terus dipelihara dan diperkasa agar tidak dilupa. 



3)  Keturunan yang baik-baik.

Maksud di sini agak meluas. Calon jodoh itu boleh dikira dari keturunan yang baik-baik jika ibu dan bapanya merupakan ahli masyarakat yang dihormati. Tak perlu menjadi ahli politik atau menteri untuk menjadi orang yang dihormati, tetapi yang Pida maksudkan ialah ibu bapa dan keluarga calon jodoh itu mempunyai akhlak yang baik, menjaga tatasusila dalam pergaulan dengan jiran-jiran tetangga dan mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat sekeliling.

Tak adalah nanti bila ditanya "Siapa mak bapak endut ko tu Kiah?"
"Pak Suip Wayang, mak."
"Wadehel, Pak Suip Wayang tu kan tokei pemerdagangan manusia kat kampung kita ni!"


Beruntunglah sesiapa yang bertemu jodoh dengan keturunan Jawa kerana orang Jawa terkenal dengan sikap yang baik-baik seperti bijak, sangat rajin, amanah, ikhlas, pemurah, baik hati, sopan-santun dan menghormati tetamu yang mampir ke rumah. Ye, Pida bangga Pida orang Jawa!


4)  Sekufu dalam pendidikan

Ciri ini sangat-sangat penting!

Sebab apa Pida katakan sekufu dalam pendidikan sangat penting? Sebab taraf pendidikan kitalah yang menentukan tinggi atau rendahnya cara pemikiran dan tindakan kita. Secara umumnya, menerusi pemerhatian, cara pemikiran orang yang berpendidikan tinggi atau orang yang berilmu adalah berbeza dengan cara pemikiran mereka yang tidak berkelulusan tinggi. Orang yang berpendidikan tinggi biasanya mempunyai cara berfikir, bercakap dan bertindak yang lebih rasional dan diplomatik.

Situasi ini kerap dilihat di ofis kita sendiri.

Carilah jodoh yang sepadan dengan kita. Barulah best nak berbual tentang pelbagai perkara - dari hiburan, sukan, isu semasa, politik, sains, kekeluargaan dan banyak lagi topik perbualan. Tidaklah nanti bila cerita pasal Akademi Fantasia wah bukan main lagi siap berdebat bagai, juri bangang la, suara macam piano pecah la, baju macam singlet baby la..., tapi bila cakap pasal prestasi atlet di Sukan Sea Jakarta Palembang, eh terus diserang tonsil pulak!


Memang seronok dapat memikat awekz dengan hanya bercerita kisah teka-teki dan kisah-kisah nabi. Tapi awas! Perempuan sila jauhi lelaki yang mulut manis, suka memuji dan sering berjanji!



5)  Berwang

Khas untuk lelaki, bukan beruang, tapi berWANG. Hahaha, materialistik ye Pida?

Oh copot! Ingatkan Pida panggil kiter tadi...

Bukan materialistik, tapi hakikat kehidupan sekarang, di bumi Malaysia yang bertuah ni, no money no living! Wang adalah sangat mustahak dalam kehidupan.

Dengan wang, kita dapat menyediakan rumah untuk melindungi isteri dan anak-anak kita daripada hujan dan panas matahari.

Dengan wang, kita mampu membelikan beras dan lauk-pauk untuk dinikmati isteri dan anak-anak kita.

Dengan wang, kita dapat menggantikan pakaian isteri dan anak-anak kita.

Dengan wang, kita boleh menghantar anak-anak kita menuntut ilmu sehingga ke menara gading agar mereka kelak dapat meneruskan cabaran kehidupan dengan sempurna.

Dalam suasana ekonomi sekarang yang semakin menghimpit, sanggupkah kita hidup dalam kemiskinan dan kesusahan akibat tiada wang?

Nasib baik ada Kedai Rakyat 1Malaysia, dapatlah rakyat berjimat. ♫♪PM kita untuk semua!♪♫

"Tapi saya cintakan dia bukan kerana wang." → Yes, engkau tunggulah 2 bulan lepas kawin.

"Saya sanggup bersamanya walaupun terpaksa makan pasir." → Kau ingat dah cukup epik la cinta kau tu, engkau tunggulah 2 bulan lepas kawin.

Ciri berwang ni abstrak sikit... macam mana kita nak tau lelaki tu banyak duit ke tidak sedangkan kita sama-sama belajar di unibesti. Kan Kak Pida jugak cakap kena carik jodoh yang sekufu dalam pendidikan.

Ye dik, memang kena carik yang sama-sama graduate atau yang sama-sama tak graduate. Sebab itulah masa bercinta kat kampus tu jangan asyik merenyam nak menikah je... belajar habiskan dulu, sampai grad. Pastu cari kerja, mulakan kumpul duit dari gaji pertama lagi. Memang la akan ambik masa 3-4 tahun nak cukup duit nak kawin, tapi sekurang-kurangnya bakal jodoh tu dah ada duit sendiri.




Belajar dulu sampai grad, baru boleh pikir kawin!



Kalau boleh elak la daripada buat loan. Bukan apa, satu Pida nak bagitau, berkahwinlah ikut kemampuan. Takdenya kena buang negeri kalau buat kenduri secara sederhana. Asalkan tujuan untuk menghebahkan perkahwinan itu dah tercapai, kira grand la kenduri tu. Orang akan ingat sampai bila-bila.

Tujuan cari jodoh yang berwang adalah untuk kesenangan hidup kita juga selepas kawin. Tapi jangan pula sampai jadi hamba wang!

Dan jangan berkahwin jika kewangan masih tidak stabil. Percayalah, kehidupan selepas kahwin bukan semata-mata meraikan cinta, tetapi juga menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri yang sempurna. Kesempurnaan itu pula terletak pada bagaimana kita melunaskan hak dan kewajipan kita terhadap pasangan secara material dan rohani.

Krisis kewangan dalam rumahtangga adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh setiap pasangan berkahwin. Ia bagaikan api dalam sekam yang boleh membakar hangus sebuah rumahtangga. Ia harus dijauhi. Bagaimana? Persediaan kewangan yang rapi, pendapatan yang stabil dan saling bertolak-ansur adalah jawapannya!

Dunia dirasakan terbalik jika kita buntu untuk meneruskan kehidupan berumahtangga andai tidak punya cukup wang.



6)  Cantik bagi perempuan, kacak bagi lelaki

Yang ni point tambahan je. Tak kisahlah sama ada calon jodoh kamu orang tu cantik ke, hodoh ke, mata cemeh ke, mata terbelolok ke, telinga terkepit ke, jari dempak ke, terpulanglah pada pilihan masing-masing. Sebab nenek Pida pernah berkata "Beauty lies in the eyes of the beholder". Kecantikan itu abstrak yang bergantung pada pandangan mata seseorang.

Cuma kalau dapat jodoh yang cantik ni best. Selain buat cuci-cuci mata, ia juga boleh dijadikan asbab untuk melahirkan zuriat yang cantik juga. Yelah, kalau dah induknya dari baka cantik, tentulah anaknya pun ikut cantik jugak (insya Allah).

Tapi ingat, kecantikan adalah aspek pilihan yang paling akhir harus berada dalam senarai pencarian jodoh kamu orang. Sebab kecantikan itu tidak kekal, lama-lama kerepot jua. Kecantikan juga kalau terlalu dipuja-puja, kelak memakan diri akhirnya.


Kamu ini memang ada-ada saja, Pida!


Akhir sekali, ciri-ciri lain yang harus ada pada calon jodoh kamu orang ialah menghormati orang tua, ringan tulang, bercakap sopan, tidak lokek, jujur dalam perhubungan, setia, bertanggungjawab dan menunaikan amanah.

Bagi perempuan, haruslah lelaki itu menjadi jodoh kamu jika dia menjaga maruah kamu dan tidak sesekali dia mengambil kesempatan atas kegedikan kamu. Jadikan diri kamu sentiasa eksklusif. Ingat dan kasihanlah pada ibu bapa kamu yang sentiasa mendoakan keselamatan kamu ketika kamu keluar berdating dengan pakwe kamu itu. (Sebenarnya ibu kamu amat risaukan kamu tahu!)

Bagi lelaki, kamu bakal suami. Setakat memenuhkan kaunter daftar kelahiran memang takde hal bagi kamu. Tapi kamu harus ingat, kamu lelaki! Kamulah yang harus memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga tahu! Kamu harus memiliki kerja yang baik dan gaji yang banyak. Masyarakat kita masih terlekat oleh stigma "Bakal menantu kau kerja apa?" Kamu harus beri isteri dan anak-anak kamu rumah, makanan dan tempat tinggal yang terbaik kamu boleh berikan. Jangan biarkan hidup isteri kamu susah selepas dia berkahwin dengan kamu.

Bagi ibu bapa / penjaga, berhati-hatilah memilih menantu. Biarlah kita berleter sekarang demi mengenali siapa bakal menantu kita itu, jangan sampai anak kita menjadi mangsa kegagalan rumah tangga. Berilah doa dan restumu. Sesungguhnya restu ibu bapa adalah bekalan terbaik bagi anak-anak meniti sebuah rumah tangga yang bahagia.

Pepepun, kita perlulah memperkayakan ilmu munakahat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Ilmu yang digali daripada Al-Quran, ilmu yang serba lengkap sebagai panduan dalam rumahtangga.




Sesungguhnya dalam perjalanan mencari jodoh, pasti ada cabaran dan halangan yang mendatang. Tabahlah!




Selamat memilih jodoh kamu!

Sunday, December 25, 2011

Antara Pida dan Endegedek!

Hohoho!

Pada hari Ahad yang damai ini, Pida dan keluarga menghabiskan masa bercuti ke sebuah sungai tempat mandi-manda yang 'cool' di Hulu Langat. Dia punya cool sampai orang yang marah pun boleh cool down dan terus down to earth. Earthquake juga pernah terjadi di sini, maka sebab itu Pida bawak bekal Quaker Oat banyak-banyak yang sempat Pida beli di kedai runcit Khatimah Enterprise.

Uikss, tajuk entry kali ni macam suspen je... macam nak kena kata dua dengan laki je... tapi rilek dulu semua, jangan ribut-ribut!

Mengulangi tajuk di atas, Antara Pida dan Endegedek!.....

Kami adalah sahabat lama di alam maya masa zaman-zaman mIRC sekitar tahun 1996 dulu. Kitorang selalu chat dengan member-member lain dengan nick yang pelik tapi benar (tapi uncle gedek tetap guna gedek!) Kitorang memang dah ada group sendiri. Tapi lupalah apa nama group kitorang dulu. Hampir setiap hari kitorang chat. Ntah hapa-hapa yang dichatkan masa tu. Biasanya kitorang buat-buat lawak sengal je.

Izinkan daku mencurik gambarmu!


Korang bayangkan la macam mana rupa uncle gedek masa muda-muda dulu!

Ternyata dunia telekomunikasi internet benar-benar kecil untuk mendekatkan yang jauh dan menjarakkan yang hampir. Pida sebenarnya dah lama mengikuti blog uncle gedek. Entah kenapa tetiba teringat kat kawan chat nama gedek!. Bila Pida risik-risik, memang sah inilah gedek! yang Pida kenali 15 tahun dulu!

Kepada uncle gedek!, Pida sangat berbesar hati kerana uncle masih mengenali Pida. Susah nak carik kawan cenggini. Thanks uncle. Keep on camwhoring, you're just too hot to miss another one day!

Sorry, Pida tak pandai camwhore. Lagipun Pida tiada rupa yang elok untuk ditonjolkan. Dan Pida bukanlah wanita cantik yang hot dan diva untuk memikat pandangan orang lain. Yek elleee.... propa pulak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...