Wednesday, October 17, 2012

Main-main : Mari membuat kereta mainan

Salam mainan,

Dalam entry kali ini, Pida ingin berkongsi kemahiran Pida membuat kraftangan berupa kereta mainan. Yang menariknya, kraftangan ini cuma menggunakan sehelai kertas A4! Senang je caranya. Kau pun boleh ikut sekali kalau mau.

Baik, mari kita mulakan!

Mula-mula kita ambil sehelai kertas A4. Kalau kau guna kertas A5, nanti kereta mainan tu jadi kecik. Kalau kau guna A1, nanti kereta mainan tu jadi gedabak besar macam van Rusa. Terpulanglah pada citarasa dan bajet 2013 kau ye. Ada aku kisah.





Kemudian kita lipat dua kertas tersebut. Pastikan penjuru bertemu penjuru dengan tepat dan jitu. Ini untuk memastikan nilai estetika kereta mainan tersebut terjaga.


Dah lipat dua tu, kita lipat dua lagi. Ini nak buat pintu dia. Yang lipat dua mula-mula tadi nak buat bonet dia. Takpe, lepas ni ada lipat dua lagi. Kau buat dulu ikut arahan Pida ni. Kau tengok Aqil tu, kemain tekun dia melipat. Kasi tepat penjuru ye Qil!


Yang ni kaedah nak buat bumbung yang terus sambung dengan spoiler dan sport rim 18. Kau kena khusyuk baru boleh buat dengan cantik. Kalau fikiran merewang nanti tak jadi kereta, jadi mangkuk pulak nanti.


Langkah seterusnya ialah, kita dah lipat dua, lipat empat dan lipat enam tadi kan? Sekarang ni kita buat kajang berlipat pulak. Kau bukak balik kertas yang kau dah lipat cantik-cantik tadi. Takpe, buat je. Jangan banyak tanya. Aku sepak kang.


Lepas tu kita lipat kertas tu macam yang Aqil buat ni. Yang ni nak buat side mirror dengan lampu signal.


Lepas tu kita bukak balik kertas tu dan kita gulung kertas tu pulak. Gulung... gulung... jadi gelung....


....Sampai la jadi macam ni rupa dia.


Ini bahagian tayar dia. Hahahaha Aqil kenapa mulut kau macam popeye?


Langkah terakhir ialah kita lipat lagi kecik-kecik sampai dia jadi kecik. Ini untuk membuat dashboard dia.


Dan hasilnya...........!!!



Tadaa!!! Inilah dia kereta mainan yang telah siap. Cantik kan? Selamat mencuba!





(Ini macam pun ada ka?)

Saturday, October 13, 2012

How time flies!

Salam time,

It's almost 12 am right at the moment. I, together with the 3 kids and the father of course just arrived home. We went to Pesta Konvo UPM in conjuction with the university's Convocation ceremony.

Actually I have nothing much to say except for one thing. 10 years back I went to Pesta Konvo UPM with my beau then (now my sleeping partner). Only the two of us. Spending the night watching Phyne Ballerz singing Jangan Pisahkan. We also hanged around window shopping at the booths.

We came back a decade after. We went back here again tonight as alumni. But this time it was even more meaningful. We passed by the same route, we headed to the same spot, but this time around we were not alone, I mean not only the two of us. But with the three offspring we carried together.

Hmmm... how time flies!

Friday, October 12, 2012

Dulu sewaktu remaja - Bah. 2

Salam remaja,

Hari ini Pida nak tulis tentang tema yang sama - dulu sewaktu Pida remaja. Mesti ada yang nak tau umur Pida sekarang kan? Umur cuma angka je kan? Tak perlu nak rahsia-rahsia kan? Tak semestinya bila Pida bagitau kat kau yang umur Pida sekarang 34 tahun bermakna Pida dah tua kan? Ah, malaslah nak bagitau umur. Pida dah tak remaja lagi dah... ;(

Dulu sewaktu remaja, Pida memang suka dengar radio. Masa tu memang zaman radio la senang citer. Sebab zaman 90-an dulu lagu-lagu semuanya best-best. Masa tu zaman populariti Ziana Zain dan Siti Nurhaliza. Lagu diorang memang gerek-gerek dan berhantu.

Pida nak bagitau kat kau bahawa Pida dengar radio bukan setakat dengar sahaja tau. Pida siap participate lagi. Ada sekali tu kat dalam ruangan "Nyanyi Suka-Suka" di Radio 3 JB, Pida berjaya menembusi konti. Rancangan tu rancangan karaoke sebenarnya. Siapa nak nyanyi call radio, boleh nyanyi live.

Jadi Pida pun berjaya call dj tu. Dia tanya Pida nak nyanyi lagu apa. Pida pilih lagu Di Persimpangan Dilema nyanyian Nora. Pida pun nyanyilah dengan penuh perasaan sampai terpejam-pejam mata aku akibat terlalu menghayati lagu. Padahal nyanyi kat telefon je. Yang bestnya, dj tu suka dengan nyanyian Pida. Yahoo!!!

Lepas tu dalam beberapa minit kemudian, pakcik Pida di JB telefon. Dia kata dia baru dengar Pida nyanyi kat radio tadi. Sampai dia berhenti kejap kat tepi jalan sebab nak dengar Pida nyanyi. Wahahaha.... malunya Pida masa tu Tuhan je yang tau. Tak sangka pakcik Pida boleh bukak radio masa tu. Hihihi... malu siot pakcik kita dengar suara kita nyanyi. Nasib baik suara aku sedap.

Itu kejadian pertama. Kejadian kedua lebih kurang sama. Beberapa bulan selepas itu Pida berjaya lagi menembusi konti Radio 3 JB untuk ruangan "Nyanyi Suka-Suka" tu. Kali ni Pida pilih lagu Kau Merubah Segalanya nyanyian Fauziah Latiff. Macam hari tu, Pida nyanyi dengan penuh perasaan sampai terpejam-pejam mata aku akibat terlalu menghayati lagu. Padahal nyanyi kat telefon je. Yang bestnya, dj tu suka dengan nyanyian Pida. Yahoo!!! ---------->>> Aikk? Macam copy paste je?

Kejadian ketiga lagi best. Masa tu Radio 3 JB jemput Lan A To Z ke konti. Ya Allah memang Pida syok sendiri sangat kat Lan masa tu. So, Pida pun tak pikir pasal bil telefon yang mak bayar, Pida terus call radio. Dapat kau!!!

Masa cakap dengan Lan tu, serius Pida malu sangat. Pida perasan sebenarnya padahal orang tu jauh kat konti sana tu. Bukan dia kenal Pida pun. Cuma cakap kat telefon je. Tapi dapat cakap dengan artis pujaan memang tak tidur siang la Pida time tu. Oh Lan A To Z...

Kejadian keempat, Pida hantar surat kat ruangan Rentak Remaja di Radio 3 JB jugak. Tak sangka pulak dj tu bacakan surat Pida. Hantar suka-suka je. Pida tulis la nama, sekolah, cita-cita. Tapi masa tu sebenarnya Pida tak ada cita-cita (sebab Pida suka berangan). Jadi Pida letak je cita-cita : usahawan berjaya.

Esoknya kat sekolah, budak-budak lelaki usha-usha Pida. Diorang gelak-gelak, pastu cakap sesama diorang cita-cita : usahawan berjaya.

Siak betol la... korang dengar radio ramai-ramai kat hostel semalam eh? Pastu korang ejek aku ramai-ramai eh? Malu siot kena ejek usahawan berjaya. Tapi sekurang-kurangnya aku masuk radio. Kau hado?!

Itulah dia cerita kenangan masa Pida remaja dulu. Malas belajar asyik nak nyaaaanyi aje kerjanya. Tapi tak pulak aku jadi penyanyi ek? Eh, pernah. Pida pernah nyanyi ghazal masa majlis konvo kolej Pida dulu. Live band lagi. Masa tu member-member semua tak sangka Pida menyanyi. Hey, ini penyanyi radio ok! HAhAHAHAhahAHA

Oklah, itu je nak cerita. Takde apa sangat pun. Hehehe.

Thursday, October 11, 2012

Dulu sewaktu remaja

Salam remaja,

Dulu Pida pernah menjadi remaja. Bohong sangat la kalau ada orang mengatakan dia tak pernah jadi remaja kecuali kalau dia dah mati sebelum remaja. Takkan dari zaman baby, kemudian kanak-kanak, terus dewasa. Nggak mungkin sih ah!

Zaman remaja Pida dulu boleh dikatakan seronok jugak la. Itu sekitar awal 90-an dulu. Masa tu era Ekamatra, Exists, dan masa tu fenomena rock kapak dah mula menyusut sikit demi sikit sebelum diambil alih oleh irama rap. Kumpulan yang bikin panas dan popular pada masa tu ialah 4U2C la siapa lagi.


Abang-abang jambu 4U2C. Pida tak la kemaruk sangat dengan diorang ni. Pida lagi kemaruk dengan Ekamatra sebab abang-abang Ekamatra lagi hensem. Alamak, takde gambar Ekamatra la. Sumber : Google



Masa tu jugak la KRU pun muncul dengan lagu Awas. Tapi masa tu KRU tak berapa hebat sangat popularitinya sebab zaman tu memang zaman kegemilangan 4U2C dengan Fionanya. Masa tu jugak la semua awek baya-baya Pida tukar nama jadi Fiona. Hey, nama kau Bayah ok, nak tukar jadi Fiona tak sesuai ok!

Siapa tak kenal 4U2C baik kau pergi mati la.... sampai gitu sekali pengaruh kumpulan rap masa tu. Zaman gantung-gantung CD kat leher, pakai sweater tengah-tengah panas, topi senget sikit.... Kalau time bercakap mesti ada "Yo! Yo!" Nasib baik masa solat tak sebut "Yo!" ganti "Allahu Akbar".

Bila cerita pasal sweater ni, Pida teringat dulu masa kat sekolah, budak-budak lelaki kemaruk betul pakai sweater. Macam berlawan-lawan pulak. Penuh warna-warni. Jenama paling hebat masa tu ialah Line 7. Kalau ada yang pakai Adidas lagi tinggi martabat dia. Yang pakai sweater takde jenama pulak akan rasa rendah diri tetapi tidaklah sampai membunuh diri. Hebat kan penangan irama rap masa tu?

Kumpulan rap pun muncul satu demi satu mengikut arus kegemilangan. Timbullah Nico, dan tak ketinggalan kumpulan rap perempuan iaitu Feminin, M'sTeen dan Res'2. Ketiga-tiga kumpulan ni memang Pida minat sangat-sangat terutama As Feminin (walaupun suara hancuss) dan Jaja M'sTeen. 

Itu kisah aliran muzik pada zaman Pida remaja dulu. Sekarang ni pun lebih kurang sama kot. Pida pun tak layan sangat lagu-lagu sekarang ni sebab tak ada ummphh macam dulu. Ada la dua, tiga lagu yang bagus (seperti lagu-lagu 6ixth Sense).

Dulu bila pukul 9 malam je Pida dah melekat depan radio. Tunggu rancangan Pilihan Bersama kat Radio Muzik (sekarang Nasional FM) sampai la pukul 12 malam. Siap dah pegang senarai lagu yang akan ke udara tu! (Dulu senarai lagu pilihan pendengar dimasukkan dalam surat khabar). Senarai lagu tu Pida sembunyikan kat bawah buku rujukan Sejarah PMR keluaran syarikat penerbitan Preston.

Lepas tu dah siap-siap dengan kaset kosong. Untuk apa? Nak rekod lagu la. Dulu mana ada 4shared atau Youtube. Kalau nak dengar lagu kegemaran terpaksa bergantung pada Radio Muzik je. Nak beli kaset rugi... sebab satu lagu je yang best. Yang lain asal ada je, cuma nak penuhkan satu album 10 lagu je.

Zaman tu lagu-lagu yang popular ialah lagu Ziana Zain Kemelut Di Muara Kasih. Lagu lain yang tengah berhantu masa tu ialah lagu jiwang karat tangkap lentok habis meleleh macam lagu Lestari apa tu tajuk dia... yang ada mahligai air mata tu. Tapi memang Pida tak suka lagu tu sebab leleh sangat la. Baik dengar lagu Saari Amri dan Awang BPR. Kalau lagu-lagu Eddie Hamid ni maaf  cakap la, Pida memang tak boleh dengar la. (Eh, Eddie Hamid tak baca blog Pida kan?)

Zaman tu jugak tengah kemaruk kumpulan-kumpulan rock jiwang karat tangkap leleh. Yang Pida ingat la, Spoon, Scoin, semua yang ada 'S'. Kelakar betul la. Tapi Pida tak layan lagu jiwang tu sebab lagu-lagu tu tak dapat menandingi kehebatan lagu-lagu rock kapak 80-an dan awal 90-an.

Ok, berbalik pada rekod lagu tadi. Bila agak-agak lagu yang nak dirakam tu dah sampai giliran, jari Pida dah siap pegang butang Play+Record. Kena tekan serentak. Kalau tekan lain-lain nanti dia tak rakam. Masa tengah rakam tu Pida pun berangan la sekali menjiwai lagu tu. Nota sejarah ke mana, aku ke mana. Sekali mak masuk, terkujat aku! Terus automatik jari tertekan Stop. Alamak.... kena tunggu malam esok pulak la, itupun kalau lagu tu ada dalam senarai!

Dulu masa remaja Pida suka dengar radio. Lagi satu Pida suka dengar Best 104 petang-petang slot jiwang karat tu. Lupa la apa nama rancangan dia, tapi rancangan tu pendengar kirimkan kisah jiwang diorang pastu dj tu pun baca dalam sendu-sendu gitu. Ya Allah geli pulak bila aku teringat.

Masa tu memang Pida suka berangan sangat. Berangan pergi honeymoon la, tapi tak pernah berangan nak masuk universiti. Ntah hapa-hapa aku dulu. Pergi sekolah memang la belajar, tapi belajar masuk kanan keluar kiri. Pastu setiap tahun mesti ada abang form 6 minat kat Pida. HAhahahahhaHAHAHhaa. Memang tak boleh blah la ayat aku tu. Apa kau ingat aku ni stok abang form 6 ke?

Lepas tu bila time buat kerja rumah, Pida buat lebih kurang je. Yang lebih banyaknya dengar Radio Muzik. Lepas tu berangan syok sendiri teringat kat abang form 6 tu (HAHHaAHahAHahHA).

Masa Pida sekolah dulu Pida bukanlah budak gedik. Pida masuk kelas pandai (walaupun Pida tak pandai). Alhamdulillah Pida tak pernah terlibat dengan gejala negatif (masa tu tengah hangat gejala lepak, bohsia dan bohjan). Alhamdulillah itu semua berkat kawalan mak dan Ab.

Pida memang percaya bahawa satu cara berkesan untuk mengelakkan anak-anak terjebak gejala negatif ialah kawalan dan peduli ibu bapa. Bukan mengongkong, tapi mengambil tahu dan mengawasi. Insya Allah Pida akan sentiasa mengawal dan mengambil peduli setiap kegiatan anak-anak Pida.

Ok, Pida dah beritahu Pida suka berangan kan? Masa belajar tak belajar, sibuk dengar Radio Muzik. Masa tuisyen pergi tuisyen tapi haram tak pandai-pandai jugak. Bukan tak pandai, tapi Pida sebenarnya MALAS.

Lepas tu bila dapat keputusan PMR yang nan ado, Pida dah gelabah. Pida cuma score 5A je. Yang lagi 3 tu B dan ada C jugak! Mak dan Ab kecewa sebab Pida tak dapat 8A seperti yang diorang jangkakan. Pida tunduk diam je... menangis la jugak sebab tak dapat 8A. Lepas dah puas menangis dengar Radio Muzik balik.

Kenapa 'ek Pida ceritakan  kisah zaman remaja Pida ni? Sebab Pida rindu akan zaman tersebut. Lagi-lagi bila dah jumpa member-member lama sekelas dulu di FB, rasa macam nak balik semula ke zaman itu. Dan mungkin untuk mengubah takdir menjadi lebih baik.

Tidak, kalau pun Pida boleh kembali ke zaman itu, Pida tak akan ubah takdir. Pida biarkan saja ia begitu. Sebab, kerana takdir itulah Pida menjadi diri Pida sekarang ini. Sekarang Pida ada kerjaya yang baik, yang menjamin masa depan, Pida ada keluarga yang bahagia dan Pida ada anak-anak di samping Pida.

Tak perlu fikirkan tentang penyesalan. Lihat di mana kita berada sekarang. Pida rasa Pida sudah memiliki apa yang semua orang inginkan - kebahagiaan. Alhamdulillah.

Pesanan buat adik-adik, jangan kuat berangan macam Kak Pida. Nanti tak score!


ps: Entry ni ada sambungan tau!



Monday, October 8, 2012

Menonton konsert nasyid

Salam nasyid,

Pada malam minggu lepas, Pida dan keluarga telah menyaksikan konsert nasyid di sebuah institut perguruan. ---> Skema giler mukadimah entry kali ini.


Budak-budak nasyid ni majoritinya adalah graduan universiti atau pelajar IPT. Ada pelajar perubatan, perguruan, syariah dan ada yang bekerja sebagai profesional. Elok la macam tu, jadi artis biar yang berpendidikan. Barulah orang kata artis nasyid ada kelas.


Persembahan pembukaan dimulakan oleh Suhaimi iaitu bekas penyanyi kumpulan In-Team. Iaitu suami Ina Naim. Dia siap tanya penonton, kenal Ina Naim? Pida jawab, "Kenal..."

Pada malam tersebut Suhaimi telah memperdengarkan single terbarunya Tolong Ampunkan yang menampilkan (featuring) Amir Kaslam. Sedap sangat lagu ni. Cuba kau carik kat Youtube.

Nyanyian seterusnya adalah daripada kumpulan Damai. Bagus persembahan diorang. Suara sedap, harmoni pun sangat sedap. Pida memang salute habis kalau kumpulan tu pandai buat harmoni. Macam Boyz II Men harmoni diorang.

Kumpulan Damai yang bernaung di bawah Damai Event Entertainment ini adalah penaja bagi sistem PA dan lighting bagi konsert ini. Kenapa Pida bagitau kat kau pasal sistem PA? Sebab semasa mula-mula Pida dengar suara dan lagu, Pida dah boleh rasa ini bukan calang-calang sistem PA. Mesti sistem PA yang pro punya ni. Bukan yang macam perhimpunan sekolah atau balai raya kampung kau guna tu. Yang ini memang untuk konsert punya.


Menyanyi sambil bermain gitar seperti Najwa Latif.


Artis seterusnya ialah kumpulan Devotees. Kumpulan ni pun best. Suara sedap. Persembahan mantap. Siap buat kelakar lagi. Memang tak boring la persembahan Devotees ni.


Penyanyi Devotees yang ketiga dari kiri tu merupakan pembaca berita TV Al-Hijrah.


Persembahan diteruskan dengan penampilan kumpulan Hilwan. Sama jugak, suara diorang memang sedap dan persembahan diorang menarik. Penonton tak bosan dan tak mengantuk pun kecuali Rania yang dah mula terlentok di riba abahnya.


Untuk mencukupkan anggota yang tiada, maka Hilwan mengimport anggota Devotees bagi mencukupkan korum. Eh, boleh main import-import ye?


Ini adalah kumpulan nasyid Rijani Faizi. Mereka terdiri daripada penuntut-penuntut institut perguruan ini.


Kumpulan UNIC meneruskan persembahan pada konsert tersebut. Sebagai kumpulan nasyid yang berpengalaman luas, persembahan mereka juga sangat mantap dan sangat menghiburkan.


Semasa zaman Pida student di UPM tahun 2002 dulu, Pida pernah menyaksikan persembahan UNIC bersama kumpulan-kumpulan lain ketika itu iaitu Rabbani, Hijjaz dan In-Team. Masa tu UNIC masih dengan anggota lama dan asal termasuklah si Fitri tu.


Kau jangan anggap Pida ni pengikut hard core nasyid. Pida suka tahap biasa-biasa saja. Pida bukanlah pendengar Ikim FM. Pida dengar Asyik FM Moi Num Moi. Sesekali layan lagu-lagu orang asli yang berentak sewang tu best jugak. Tapi lagu nasyid sekarang dah sedap sebab mengikut citarasa kontemporari.


Selepas habis UNIC mendendangkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu, Aqil dah buat hal. Dia dah merengek-rengek nak balik sebab mengantuk. Pida suruh dia tunggu sekejap lagi tapi dia tak nak. Pida dah geram ni. Last-last Pida keluar jugak dari dewan sebab Sufi pun dah menjerit dalam dewan nak keluar.

So, Pida tak dapat nak ceritakan kat kau apa penghabisan konsert nasyid malam tu. Takpelah biar Pida buat cerita bohong.

Selepas itu kami pun menang tiket cabutan bertuah dan hadiah yang kami terima ialah pakej percutian ke Maldives selama sebulan setengah.

Emm... baru tengok nasyid dah berani menipu. Hik hik.

Sunday, October 7, 2012

Sufi yang tidak bisa tidur siang

Salam Sufi,

Hari minggu tiba lagi. Hari ini cukup seminggu Sufi berpisah susu atau sapeh. Setakat seminggu ni boleh dikatakan ok la... Ada jugak dia macam gian nak menyusu tapi dia dah serik dengan rasa masam.

Jadi apa yang dia lakukan untuk melepaskan gian ialah memegang, memeluk dan mencium 'kenangan lama' tu dan berkata, "Aaaayang titik."

Memang kesian. Tapi ada aku kisah? Hahaha.

Sila saksikan keadaan Sufi yang macam orang kehilangan (dia sebenarnya tak boleh tidur tengah hari walaupun dia penat dan mengantuk sangat. Akibatnya Pida jadi sasaran smackdown dia sebab dia tak tau nak buat apa lagi).


Main permainan kegemarannya - kereta bomba.




Lepas dia dah bosan main kereta bomba, dan masih tak boleh tido jugak walaupun mata dah ngantuk tahap melekat atas bawah, dia pun smackdown Pida. Boleh tahan lasak budak ni. Sekali dia terkam dari belakang, habis terbongkang mak dia yang slim ramping ni.

Tapi takde la Pida sempat menangkap gambar kejadian Pida dismackdown oleh Sufi kerana keadaan Pida sangat mendatangkan kasihan pembaca semua. Dia punya lasak sampai Pida terbalik, tertonggeng, terlentang, tertiarap, terbongkang ya Allah memang teruk dia smackdown aku.

Entah apalah yang dia geram sangat sampai mak dia sendiri dijadikan punching bag...

Tetapi akhirnya....



... dia tertido juga akhirnya selepas berhempas pulas menidurkan dirinya sendiri.

Susah juga budak baru sapeh ni nak menyesuaikan keadaan baru ye!
posted from Bloggeroid

Thursday, October 4, 2012

PRU13 turut diperkatakan oleh figura dunia!

Salam PRU,

Malaysia di ambang PRU13. Ini tak ada sesiapa boleh sangkal. Memang rakyat Malaysia amnya dan pengundi-pengundi khususnya ternanti-nanti bilakah PRU13 akan diadakan.

Sebenarnya, isu teka-teki tentang PRU13 bukan hanya menjadi buah mulut dan spekulasi orang kita di Malaysia, malah personaliti-personaliti ternama dunia juga turut berminat untuk mengulas mengenainya dalam perbualan mereka.

Tak percaya? Yuk tengok!


Agak-agak bila PRU13 'ek?


La? Tak buat lagi ke? Bukan dah buat ke dulu?

Eeiii aku cekik-cekikkkk kang budak ni. Itu tahun 2008 dulu la mangkuk!

Haa... ni mesti abang Beckham tak baca paper ni kan? Kalau baca pun tengok ruangan 4D aje kan?

Amboi amboi amboi! Pandai ko mengata orang ye Brit!

Ko jangan buat camtu boleh tak Arnold? Dah la nama ko tu susah nak eja. Benci aku menengoknya. Aku tanya bila PRU13? Yang ko sampai cekak pinggang tu pehal? Ko ingat gagah? Macam pondan ko tau tak.

Sudah la tu! Tak payahlah nak bertekak pulak. Abang Ami tanya bila PRU13 nak diadakan? Tu aje... tak payah nak perli-perli orang pulak. Bengang arrr dengan korang ni! Fedap tau tak? Blah arrr!

.................... (lu pehal tetiba emo?)

............. (Ntah, gua pun pelik dengan minah ni tiba-tiba meracau).

Bodo, dah tau dia mengaruk ko jangan la tegur. Tak experience langsung la ko ni. Eh Bus, cantik tak rambut aku hari ni? Aku taruk minyak goreng ikan.

Orang tengah cakap pasal PRU la. Apehal ko cakap pasal rambut, menatang! PRU... PRU... PRUUUUU!!!

Aku punya sesuka hati la nak cakap apa! Aku cakap pasal rambut aku! Rambut aku! Rambut akuuuu!!!

.................

Bush tu ha! Orang cuma tanya je rambut orang ok ke tak hari ni? Yang dia sentap apa pasuulll??? ('Apa pasal' tapi nak samakan dengan gerak mulut)

Oi menatang. Sekarang kita bercakap pasal PRU13 ok. Takde kena-mengena dengan rambut ke bulu ke hapa ke ok... Fokus ok!

!!!!

hmmpp... hmmpp..

Padan muka. Bajet comel. Kena jeling sikit dah cuak. Buat malu US je. Hidup Britain! (tak pasal-pasal)

Elleh... Bush tu memang cenggitu. Memang suka sakitkan hati kawan-kawan. Dia ingat dia kuat sangat la tuuu!!!

Dah puas gaduh? Ke nak masuk gelanggang ni? Meh la kalau ada bran! Korang tak jawab lagi soalan abang Ami mula-mula tadi. Sibuk bergaduh macam budak kecik. Malulah sikit! Kan Bajet 2013 dah dibentangkan. (tiba-tiba)

Abang Ami tanya apa tadi? I tak dengar la. I mengumpat dengan husband I tadi. Excuse me?

Haa!!! Kak Michelle mengata kiter eh... Mesti Kak Michelle kata kiter dah suam-suam kuku kan sekarang? Kita ada job lagi la kak... majlis funfair Kampong Separap selalu jemput kita jaga bahagian tikam-tikam teddy bear. Hihihi...


Brit, ko bole tak jangan menyampuk orang tua cakap? Tak sopan ok?

Excuse me? You kata I orang tua? .......... (sentap)

Err... hehe... tak kak... saya tak maksudkan cenggitu. Ni tengok bulu dada saya. Berahi tak?

Hihihi... U ni memang pandai ambik hati orang tua la... U memang rock!


Ya Tuhan... kenapa la aku dapat kawan yang bebal angin ni... Orang tanya bila PRU13 yang ko pergi tunjuk bulu dada tu sapa suruh menatang... hmmpppp....

Ko pun bebal.

...........

Eheheee... lek arrr... jangan malah-malah lorr abang bean! Jackie gulau saja maa...

Mintak maaf je senang citer... Cantik tak saya pakai shawl?

Ok... saya minta maaf. Jangan bunuh saya.

Bila PRU13 nak diadakan ni?!!

Emm... rasanya kejap lagi kot. Bajet 2013 dah bentang, tinggal nak bayar baki bonus je.

Saya cinta Malaysia!!!! (tiba-tiba)

Tak sabar nak tau ni... bila PRU13??!!

Korang semua diam bole tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...