Friday, December 23, 2011

Sesungguhnya marah itu memang tidak 'cool'

Salam amarah,

Ada yang tengah marah ke? Wuzzup babe... c'mon let's chill out!

Manusia marah kerana beberapa sebab. Selain sebab marahkan pemimpin korup yang menjunjung kapitalisme, manusia juga marah kerana sebab-sebab yang kecil. Contohnya :

  • Kita marah sebab tak dapat masuk jamban dari tadi sedangkan kunyit kita ni sikit lagi nak terkeluar. Entah apalah orang kat dalam tu buat. Menguli jemput-jemput agaknya.
  • Kita marah sebab tak dapat carik kunci kereta. Tadi aku sure sangat aku letak kat sebelah pasu ni, tapi sekarang mana pulak? Isk... Rupanya anak terambil kunci tu buat main cucuk-cucuk sofa.
  • Kita marah sebab kucing orang sebelah masuk ke laman rumah kita dan berak. Adus.... ini yang paling Pida marah. Boleh sebu perut dibuatnya.
  • Kita juga rasa marah bila makanan / minuman yang kita order sejak 3 jam tadi masih tak sampai-sampai. Bila tanya balik kat budak tu, dia jawab "Bang, ais tak sampai lagi. Tunggu lori ais sampai dulu ye! Terima kasih kerana sabar. Sila datang lagi."  

Manusia marah kerana tidak dapat membendung rasa tension. Jenis tak sabar letteww... banyak setan dalam diri tu haha!

Bagaimanakah agaknya rupa kita ketika tension atau marah?

Cute?
Comel?
Ayu?
Ke buruk?


Kecik-kecik sudah pandai marah. Anak siapa nih? Eh baju sama la! Anak siapa nih?





Golongan wanita sering kali dikaitkan dengan perasaan tension dan marah. Kenapa ye? PMS mungkin?





Mungkin tidak tahan dengan majikan diktator yang asyik memberi arahan tanpa memikirkan perasaan pekerja bawahan.






Keinginan yang terlalu tinggi untuk menjadi seperti orang lain juga boleh menyebabkan kita tension dan marah jika hajat tidak kesampaian.






... yang akhirnya boleh menyebabkan kita menjadi OTC - otak tak centre (istilah yang lebih mulia sedikit daripada g.i.l.a)








Berhati-hatilah ketika marah! Aura amarah yang dijamakkan juga bisa menumbangkan seekor lembu fidlot di Gemas. Eh, apa Pida mengarut nih!








Tetapi bagaimana pula dengan perasaan tension, sedih, menderita, rindu-rinduan jadi kenangan, mahligaimu dari air mataku, tinggal sayang tinggallah intan akibat putus cinta di tengah jalan? Mana mungkin penawarnya?















♥♥  Janganlah sedih-sedih sayang....! ♥♥

Thursday, December 22, 2011

Antara klinik kerajaan dan klinik swasta

Salam semua,

Tajuk kali ini ala-ala polemik sikit. Bukan apa, sekarang ni sibuk dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) *oh ye, Pida dah sain setuju terima SBPA*.

Seperti yang ramai dah maklum terutamanya staf gomen macam Pida ni, salah satu faktor menarik yang ditawarkan oleh SBPA ialah anjakan mata gaji yang agak tinggi juga jika dibandingkan dengan SSM.

Jadi, apa kaitan tajuk entry ni dengan SBPA? Wallaweh, takde kaitan, saja je tulis. Eh, ada... ada kaitan sebenarnya. Pida nak bagi satu situasi di mana apabila gaji sudah meningkat, adakah mutu perkhidmatan turut terangkat?

Pida nak kongsi pengalaman Pida berurusan dengan sebuah entiti dalam agensi kerajaan - Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) di tempat Pida.

Anak pertama dan kedua Pida dilahirkan di hospital kerajaan. Layanan memuaskan, doktor dan jururawat pada masa tu baik dan amat membantu. *Thanks y'all!

Apabila tiba waktu temujanji di KKIA untuk rawatan bulanan anak, masa nilah Pida rasa nak menjerit. Sebab :

1)   Orang ramai giler. Pukul 7 pagi tu kadang-kadang dah ada orang beratur nak rebut giliran awal. Pida pun selalu juga datang seawal 7.30 pagi, dapat giliran 20 ke atas huhu...

2)   Proses pemeriksaan terlalu panjang. Nak tunggu giliran dipanggil pun lebih setengah jam, tu baru nak timbang anak, kena bukak lampin, baju segala, kasi bogel budak tu. Pastu kena pakaikan semula *oh, sungguh leceh nak menyalinkan anak di tempat awam yang orangnya ramai.

Diaper ni harus ditanggalkan sebelum baby ditimbang.


3)   Lepas timbang, kena tunggu lagi sehingga nurse panggil untuk masuk ke bilik seterusnya. Kali ni nak periksa perkembangan anak, dah pandai apa, dah pandai mintak adik lagi ke belum... Pastu keluar balik dan tunggu.

Saya dah pandai hisap ibu jari kaki, nurse!


4)   Dah lah tempat menunggu sesak, kipas tu rasa macam menabur angin panas je. Orang semua panas. Panas... panas... Pasni kena tunggu nurse panggil masuk ke bilik seterusnya untuk cucuk anak.

Huh.... gitu gini gitu gini habis 3 jam aku! Balik ofis buat keje macam biasa tapi masih rasa penat.

Pengalaman di atas telah Pida harungi untuk anak pertama dan kedua. Itu pengalaman buat pemeriksaan anak, belum cerita tentang pemeriksaan semasa mengandung. Lagi penat kau! Dahlah mengandung, kena jalan kulu kilir sebab proses rawatan dibuat di tempat yang berbeza. Timbang berat kat sini, ambik darah kat situ, periksa air kencing kat sinun, pastu balik semula ke tempat asal masuk bilik doktor. Another 3 hours!

Haha! Itu adalah pengalaman. Tapi pengalaman itu membuatkan Pida berasa tidak mahu lagi menempuh seksa penantian seperti itu lagi!

Untuk anak ketiga, Pida mula beralih membuat rawatan di hospital swasta di tempat Pida. Hospital ni menjadi pilihan sebab ia merupakan pusat rawatan Islam.

Sepanjang mengandung, Pida jumpa doktor swasta ni setiap bulan. Bil memang mahal, setiap kali rawatan tak kurang daripada RM150. Doktor bagi vitamin yang mahal sikit la, yang 5-dalam-1 terus... teringat pulak kat klinik kerajaan kena makan 4 jenis vitamin.

Proses rawatan di hospital swasta lebih teratur dan selesa. Pemeriksaan timbang dan urine dibuat di tempat yang sama, jadi takdelah buang masa sangat ke sana ke sini. Masa jumpa doktor paling best sebab doktor akan buat imbasan ultrasound. Rasa seronok sangat tengok baby dalam perut.

Gambar imbasan ultrasound Sufi


Tapi ada juga yang tak best. Kadang-kadang ada suami yang ikut bini buat pemeriksaan ni macam tak faham pulak dengan keperluan perempuan hamil yang perlu duduk. Dengan selambanya suami penyayang tapi tak prihatin ni duduk kat kerusi yang sebenarnya disediakan khas untuk ibu mengandung sambil mengulit bini. Aduh... eyesore la wei! *Ini masalah sikap. Pida siap cakap dengan suami, "Abang tak payah ikut la, sempit la..."

Buat pemeriksaan di hospital swasta hanya memakan masa selama 1-1 jam setengah, bergantung pada bilangan mangsa buatan orang yang datang pada hari tersebut.

Bila tiba masa bersalin, Pida dimasukkan ke labour room. Wah! Labour room ke bilik tidur ni? Cantik dan cosy sungguh. Rasa selesa sangat. Pida tak nampak pun peralatan gunting pisau bagai dan ini membuatkan Pida rasa lebih tenang dan tidak gementar.

Doktor yang menyambut baby tu pun masya Allah mesra dan lembutnya... memang rasa istimewa sangat layanan yang diberi sebagai pesakit. Ya... kita mesti berasa tenang ketika melalui proses bersalin, kalau kena tengking mau termasuk balik budak tu karang. ♥Terima kasih Dr. Khamsiah dan Dr. Anita♥

Gambar ini dirakam beberapa minit selepas Sufi dilahirkan. Kalau di GH boleh ambil gambar seperti inikah? Sorry, I don't think so ;P


Bayaran yang dikenakan - RM1,500++.

Untuk rawatan bulanan anak pula, kali ini Pida memilih untuk melakukannya di klinik panel suami. Oh suami, nasib baik u kerja swasta, dapatlah kita anak-beranak faedah perubatan dan insuran! ♥TQ♥




Jadi, itulah pengalaman berharga Pida menjadi pelanggan di klinik kerajaan dan klinik swasta. Boleh nampak perbezaannya kan? Sebenarnya Pida takde masalah atau pengalaman pahit di hospital/klinik kerajaan, cuma dari segi proses kerja tu Pida lihat sangat lama dan meleret-leret. Layanan di hospital kerajaan baik dan Pida tak pernah kena marah sebab Pida ni baik hahaha.

Pada pendapat Pida, kalau kita ada duit dan berkemampuan tu, pergilah ke hospital swasta. Biarlah mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan percuma atau bayaran yang minimum di hospital kerajaan. Perkhidmatan di hospital kerajaan sebenarnya sudah semakin baik. Cuma kadang-kadang bila kita dengar layanan buruk tu, pada Pida itu masalah sikap.

Semoga selepas ini mutu perkhidmatan kakitangan hospital kerajaan akan lebih berada di tahap yang boleh dibanggakan, lebih-lebih lagi gaji naik kan? Kalau tak, penatlah DS Najib melaung Transformasi, Transformasi tak habis-habis.

Pida orang kerajaan. Pida tak akan menghentam kerajaan sesuka hati. Tapi Pida ada pilihan, dan pilihan itu berada di tangan Pida. *Sebab lepas ni jika ada rezeki lagi, insya Allah Pida akan teruskan mendapatkan khidmat rawatan di hospital swasta.

ps : Pida berkhidmat untuk negara.

Tuesday, December 20, 2011

Pida mengulas tentang krim kecantikan

** Update terbaru : Jom ke sini!

Update : Pstt... Pida ada ulasan terbaru tentang krim kecantikan Garnier. Jom ke sini!

Salam semua!

Dalam entri kali ini, Pida rasa Pida nak review tentang krim kecantikan yang pernah Pida gunakan.

Biasalah, perempuan dan krim kecantikan bagai irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Perempuan sinonim dengan krim kecantikan. Kenapa perempuan pakai krim kecantikan 'ek? Sebab nak cantik la...

Pada Pida, menggunakan krim kecantikan bertujuan untuk menjaga kulit muka daripada sinaran UV yang memudaratkan dan juga untuk mengekalkan awet muda. Ya, kulit Pida walaupun tidak begitu sensitif dengan cahaya matahari, namun kita tahu bahawa pendedahan terhadap cahaya matahari yang berlebihan tidak sihat untuk kulit kita.

Nasib baik Pida bekerja di dalam ofis, jadi sangat-sangat jarang terdedah dengan cahaya matahari. Tapi ada masalah lain, kulit Pida jadi kering kerana air-con pulak!

Ok, mari kita ketahui krim jenis apakah yang pernah dan sedang Pida gunakan!

Ini adalah krim pertama yang Pida gunakan masa Pida darjah 6 dulu. Krim ni best giler, sejuk je bila kena kulit. Wangi pulak tu. Yang paling best, muka jadi putih mulus macam Snow White. Masa tu kat sekolah semua gugirl guna Hazeline Snow. Sapa tak pakai dia tak boleh jadi hot chick! hahaha



Oil Of Ulan - Produk ni lama dah... masa Pida darjah 6 dulu dah ada jual kat kedai. Pida curik-curik pakai mak Pida punya. Krim ni dulu popular sangat. Only the hots used this hahaha. Krim ni sangat lembut dan wangi. Terasa muda sentiasa. (Padahal Pida kecik lagi time tu)


Tak lama selepas itu, Oil Of Ulan tukar nama kepada Olay. Rebranding letteww! Olay ni bagus, sesuai dengan kulit muka Pida, tak nampak berbirat muka dan harga dia dalam belas2 gitu. Satu bekas tahan 6 bulan. Untung dan jimat!





Selain krim siang, Pida juga gunakan krim malam. Saja nak sempurnakan penjagaan kulit... chewah! Sekarang ni Pida malas nak pakai krim malam. Kirim salam kat krim malam. Krim malam Olay... just so-so!



Apabila Olay mengeluarkan rangkaian produk terbarunya iaitu Total Effect, Pida pun cuba try test uji. Krim ini agak berminyak dan baunya tak best, rasa berat pada kulit. Harganya tak terlalu murah tapi tak terlalu mahal. (Lupa berapa). Pada Pida, effectnya tidaklah begitu total.


Isk.. pantang keluar produk terbaru, Pidalah orang yang rembat dulu. Lepas berbotol-botol guna Total Effect, Pida bertukar pulak pada Regenerist. Yang ni mahal, tapi oleh kerana Pida dah keje, dah ada duit sendiri, jadi apa ada hal! hahaha. Regenerist lebih bagus daripada Total Effect, kesannya pada kulit nampak agak ketara. Tapi mahal. Barang yang berkualiti haruskah mahal?


Pida juga menggunakan serum untuk lebih kesan anti-penuaan. Hah sedar pun diri kau! Serum ini menyerap pantas dan perlu disapu sebelum memakai krim. Harganya pun mahal jugak.
Ooppss! Bila terjadinya peristiwa kehabisan krim kecantikan pada hujung-hujung bulan, Pida terpaksa cari produk lain yang lebih murah. Pida pernah guna Safi Balqis. Kualitinya bagus juga, setanding dengan harga. Baunya harum.


Pida juga pernah mencuba L'oreal RevitaLift. Krim ni sangat bagus dan sesuai dengan kulit Pida. Oh ye, semakin usia meningkat, Pida semakin selektif ketika membeli krim kecantikan. Pida wajib memilih produk anti-penuaan.Sebab apa tak pakai lagi? Sebab mahal der...
I must say that this is the best night cream I've ever tried! Pida sangat sukakan krim ini kerana kesannya boleh dilihat hanya pada keesokan harinya! Kulit jadi lebih anjal, lembut dan cantik. Believe me! Tapi dah tak pakai lagi sebab... mahal dan malas!

Baru-baru ni Pida bertukar ke produk Garnier Age Lift pulak. Pida guna krim dan serum. Harganya tak sampai RM40 satu bekas tu dan boleh tahan sehingga 4 bulan. Pida suka krim ni sebab ia sangat sesuai dengan kulit Pida, tidak berminyak seperti Olay dan teksturnya ringan. Wangi juga. Dah dua botol Pida beli.
Dan kini, Pida bertukar lagi kepada krim yang berlainan tetapi masih jenama yang sama - Garnier Light. Produk ini adalah yang terbaik buat Pida. Terbaik dari aspek kesan ke atas kulit, menjadikan kulit Pida lebih lembut, lebih cerah dan lebih awet muda! Baunya memang kegemaran Pida, tidak berminyak, sangat ringan dan harganya memang paling best - RM16.90 sahaja! Insya-Allah Pida akan terus gunakan Garnier Light. Tapi tak boleh percaya jugak sebab Pida ni suka mencuba produk pelbagai. Faktor harga juga sangat memainkan peranan sebenarnya ;) Maklumlah Pida gaji cukup-cukup makan je.




ps:  Pida tidak pernah mencuba produk kosmetik yang dihasilkan oleh usahawan melayu yang banyak terdapat di pasaran. Entahlah ye... ;P





Foto dari google.

Friday, December 16, 2011

Sesungguhnya makan itu memang cool!

Hello!

Dah makan?

Hari ni Pida nak cerita kisah M.A.K.A.N atau dalam bahasa Sepanyol COMER.

Hari-hari kita makan. Ada yang pernah tak makan sehari? Puasa pun kita makan pada waktu malam. Yang penting, kita makan.

Pada Pida, makan adalah heaven! Walaupun sedapnya cuma seketika, tapi itulah nikmatnya. Bersyukurlah kita kerana diberi peluang untuk makan.

Yok mangan yok!
 "Korang nak main korang main, janji aku makan"
 "Hey gadis! Saya sedang makan kimchi. Saya penggemar k-pop."


"Mommy, adakah saya boleh makan itu almond london lagi?"
"Mari tambah lagi kerana makanan ini sungguh yummy dan kau jangan halang aku ye!"
Cepatlah makan anak-anak kerana hari sudah senja dan syaitan sudah mula berkeliaran.
Giler kentang sedapnya mee ini. Oh mengapa tidak giler mee?
Makan kerana tertekan akibat kekurangan kasih sayang. Schizo.
Makan penyepak!
Siot Aunty Pida! Kitorang blogwalking terjumpa pulak blog Aunty Pida pasal makan. Kitorang kebulur wooo!















Thursday, December 15, 2011

Puisi kasih buat mak

Buat mak yang dikasihi
Maafkan aku kerana mencoret nukilan ini
Kerana aku tak tahu bagaimana lagi
Harus kupujuk hati yang duka kini

Mak yang amat kukasihi
Saat itu aku menangis di pangkuanmu
Tak terucap kata-kataku
Betapa pedih menerima perkhabaran itu

Namun ketabahanmu luar biasa, mak
Kausapu air mataku
Katamu jangan tangisi ketentuan ini
Tak perlu sesali takdir Ilahi
Kerna semua ini telah dicaturkan dari azali

Mak yang amat kusayang
Aku takkan pernah senang
Sejak aku tahu ia kembali datang
Setelah sepuluh tahun ia menghilang
Mengutip bersamanya gundah dan walang

Mak
Kau membuatkan kami kagum
dengan kekuatan dan semangat yang mengaum
Kautunjukkan kami teladan
bahawa di sana sentiasa ada jalan
Aneh, kau pula yang meniupkan roh semangat kepada kami
yang lemah, longlai tetapi tidak sesekali berhenti
menjadi tulang belakangmu saban waktu
menitipkan doa untuk keadaanmu
doa untuk kekuatanmu
untuk kesihatanmu
kehidupanmu

Bertuahnya kami
Memiliki ibu seperti ini
Yang mempunyai semangat besi
Tiada langsung riak gundah pada wajah yang berseri

Mak
Semangatmu adalah penawar yang asli
Tiada doktor boleh memberi
Kerana ia lahir dari diri
Yang ikhlas mensyukuri rezeki 
Kaulah sumber inspirasi kami

Mak
Sesungguhnya kau akan sembuh
Dengan izin-Nya kau akan sembuh jua
Percayalah mak
Kerna Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya

Mak,
Setiap saat yang kulalui
Adalah doa setulus hati
Daripada seorang anak yang selalu menyakiti
Pada ketika aku leka dibuai mimpi
Percayalah mak bahawa aku menyesal menjadi seperti itu
Sedangkan aku terlalu menyayangimu

Mak,
Maafkanlah aku
Kerna tak mampu sentiasa mendampingimu
Namun hatiku tetap di hatimu
Apa saja yang berlaku
Aku mahu tahu

Mak,
Terima kasih atas segalanya
Segala-galanya mak
Melahirkanku, menyusukanku, menjagaku, membesarkanku, menyekolahkanku,
Memakaikanku baju, menyelitkan sepit comel di rambutku,
melengkapkan keperluanku, mengahwinkanku, mengasihi anak-anakku,
merestuiku...

Mak
Kerana kekuatanmu itulah
Lantas aku berharap
Cepatlah sembuh...


ps:  Air mata menderu bagai empangan pecah dipukul ombak rindu

Sunday, December 11, 2011

Sang rembulan yang gerhana

Malam tadi Pida bertuah kerana dapat menyaksikan detik-detik awal fenomena gerhana bulan. (sebenarnya tak dapat pun saksikan gerhana penuh) Pida dah bersiap-sedia sejak pukul 7.31 malam lagi tetapi sang rembulan masih bersembunyi di balik awan tebal kerana hujan yang lebat pada petangnya.

Pida setia menunggu sang rembulan. Pida yakin sang rembulan akan muncul jua. Ya! Akhirnya si jelita itu menampakkan dirinya kira-kira pukul 8 malam.

Subhanallah! Bulan sungguh terang malam ini. Pida tak tunggu lagi, Pida terus rakam gambar yang menunjukkan bulan yang dilindungi awan malam tadi. Gambar disusun mengikut kronologi.

Bulan sungguh besar dan terang. Serius cantik.

Ini gambar setakat jam 8.15 malam. Selepas itu langit terus gelap.

Tidurlah lena wahai sang bulan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...