Monday, July 8, 2013

Album pengantin ab dan ummi

Salam pengantin,

Dalam entry kali ini, Pida ingin berkongsi detik-detik indah dan syahdu sepanjang berlangsungnya majlis pernikahan ab dengan ummi pada 29 Jun 2013 yang lalu.

Semoga kenangan indah ini akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya. Amiin.


Sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan. Perasaan masa ni... sangat teruja tapi ada rasa sebak sikit. Sebagai pengerusi, Pida bawak sirih junjung. Oh ye, sut Pida anak-beranak tu dibeli siap di Bazar Pakaian di Bandar Maharani Muar.

Jalan kaki aje ke rumah pengantin perempuan, tapi ab naik kereta la. Kan Pida kata dekat je, jaraknya cuma sekotak air laici aje.
Wakil keluarga pengantin perempuan iaitu abang ummi.
Gabra je nampak ab nih.
Upacara akad nikah sedang dilangsungkan. Masa ni air mata Pida dah meleleh-leleh dah.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, ab telah berjaya menjadi suami kepada ummi.
Ab sedang membaca lafaz ta'lik kepada ummi.
Ab menyampaikan mahar RM22.50 yang digubah oleh ab sendiri. Oh soo sweet and yet sooo touching.




Yang peluk ab tu ialah abang ab, Wak Mat.
Tahniah bapak... cantik bini bapak.
Tahniah bapak... cantik bini bapak.
Tahniah bapak... cantik bini bapak.
Tahniah bapak... cantik bini bapak. Eh, tercopy paste pulak. Sebenarnya bapak... Pida nak bilang, bapak dan ummi macam pinang dibelah dua gitu.
Anak cucu segera buat ummi :) Jangan bimbang ummi, kitorang ni semuanya sopan-sopan belaka terutama Pida. Tak caya tanya ab.
Ab menyarungkan cincin ke jari ummi. So sweet.
Yang masih bujang. Lelong! Lelong! Dua singgit, dua singgit!
Gwiyomi buat ummi.
Perkenalkan ummi, anak-anak Pida; Rania, Aqil dan Sufi. Ye mereka memang comel. Doktor kata keturunan. (uwekkk)



















Kitorang balik dulu ye ab, ummi.


Siapa nak dia?




Yang sebenarnya, semakin banyak kali Pida tatap gambar-gambar ni, semakin terharu dibuatnya. Macam yang Pida cakap hari tu la, perasaan bercampur-baur. Terharu, gembira, seronok, sedih, hiba,...

Tak semua orang berpeluang merasai pengalaman hidup seperti keluarga Pida ini. Iaitu melihat bapa kita berkahwin kembali setelah pemergian mak kita yang sangat disayangi. Sebenarnya kami adik-beradiklah yang menyuruh ab berkahwin lagi kerana kami merasakan itulah takdir yang terbaik bukan sahaja untuk ab, malah untuk kami semua.

Lagipun Pida teringat dulu masa Pida belajar Munakahat dalam kitab Mutalaál Badrin, masa tu Pida darjah 6 sekolah agama negeri Johor, ada satu bab dalam kitab tu yang menyebut tentang kewajipan anak-anak mencarikan isteri baru untuk si bapa yang kematian isteri (ibu kita). Bab itu ialah bab I'faf.

Jadi kami buat semua ini semata-mata kerana Allah jua dan semoga perkahwinan ini mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah dan mengurniakan kebahagiaan kepada kami semua di dunia dan di akhirat.

Jangan bimbang tentang kasih sayang kami terhadap mak. Kasih kami tetap sehangat dulu, malah kini lebih hangat daripada biasa. Mak tetap kekal bersemadi sebagai insan teristimewa buat kami sehingga ke akhir hayat dan semoga kami dapat berjumpa mak di akhirat sana nanti.

Dan jangan bimbang tentang kasih sayang kami terhadap ummi. Kami sangat menyayangi ummi; malahan panggilan ummi yang dipilih oleh ummi sendiri benar-benar meresap ke dalam jiwa kami untuk mengasihinya seperti mana kami mengasihi mak.

Buat ab, terima kasih kerana lebih memikirkan kami anak-anak dalam memilih pengganti mak di dunia ini. Kami tahu ab bukan hanya memilih untuk diri ab sendiri, malah yang lebih penting lagi untuk semua anak dan cucu ab.

Wahai Allah, limpahkanlah rahmat dan keredhaan-Mu kepada kami - dulu, kini dan selamanya.

Wednesday, July 3, 2013

Hantaran 9 dulang, buat ummi yang tersayang

Salam hantaran,

Hampir dua minggu jugak Pida dan adik-beradik yang lain sibuk dan bizi kerana menguruskan persiapan dan barang-barang hantaran untuk majlis pernikahan ab.

Alhamdulillah, dalam kalut-kalut, dalam sibuk-sibuk dan dalam gaduh-gaduh sesama ahli jawatankuasa majlis yang telah ditubuhkan itu, akhirnya kami berjaya merealisasikan apa yang tergambar di benak fikiran kami. Sebagai pengerusi yang autokratik tetapi akhirnya tewas dek kedegilan ajk-ajknya, maka terilhamlah gubahan sembilan dulang hantaran sebagai hadiah iringan buat ummi nanti. Wink wink

Sebelum itu, adik-beradik semua dah bersepakat dan berbincang tentang apa yang bakal dihadiahkan kepada bakal ibu kami. Ab telah menyerahkan sepenuhnya kepada anak-anaknya mengenai pilihan barangan yang akan dijadikan hantaran.

Maka, jadilah hantaran perkahwinan ab ini berupa gubahan rindu puisi syahdu hasil sentuhan sepupu Pida yang sangat baik hati, Fiza. Thanks Fiza with lots of love!




Gubahan syiling membentuk kubah masjid sebagai mas kahwin sebanyak RM22.50 rekaan oleh ab sendiri.  Dan juga set barang kemas.

Al-Quran dan sejadah.

Telekung cotton sulam penuh.

Buah-buahan.

Beg tangan, purse dan minyak wangi.

Kain pasang dan tudung.

Bunga telur pahar.

Puding istimewa yang dibuat sendiri oleh nenek. Terima kasih, nenek kerana nenek nampak sangat gembira dengan pernikahan ab ini. Walaupun mak dah tak ada, namun nenek masih amat menyayangi ab seperti anak sendiri malahan nenek merestui perkahwinan ini.

Akhir sekali, ikon bagi mana-mana hantaran perkahwinan; sirih junjung.

Hantaran-hantaran ni kitorang bawak jalan kaki je memandangkan jarak antara rumah ab dengan rumah ummi hanyalah sekotak air laici. Dekat sangat. Dah nama pun satu kariah. Geng surau lagi. Kebetulan keluarga ummi juga memang baik dengan keluarga Pida.


Beberapa detik sebelum upacara akad nikah dilangsungkan. Sebaik melihat pengantin perempuan keluar dari bilik, saat itulah yang paling menghibakan bagi Pida. Serta-merta air mata mengalir laju. Perasaan pada masa itu bercampur-baur; terharu, gembira, seronok, sedih, hiba, rindu tiba-tiba teringatkan mak. Memang menangislah!


Terharu kerana ab tidak lagi keseorangan selepas ini kerana kehadiran ummi dapat mengubat kedukaan di hati ab. Pida percaya, pernikahan ini tidak akan sedikitpun mengurangkan ingatan ab terhadap mak. Ummi pun sebelum ini memang telah mengenali mak sebagai jiran dan geng surau.

Hiba kerana Pida sedar pernikahan ini adalah sebagai bukti nyata seterusnya bahawa mak benar-benar telah pergi. Selama ini memang Pida dah menerima kehilangan mak, tapi dengan hadirnya ummi dalam keluarga kami, ummilah pengganti mak sekarang.

Seronok kerana keluarga kami telah lengkap semula. Ada ab, ada ummi, ada adik-beradik, kami memiliki seorang ibu semula setelah kehilangan ibu sebelum ini. Selepas ini kami boleh melakukan apa yang biasa dilakukan dengan mak dulu bersama ummi pula.


Panggilan ummi adalah permintaan daripada ummi sendiri. Semoga ummi tahan dengan perangai anak-anak ummi yang tak berapa centre ni. Sebelah ab tu abang sulung Pida, sebelah ummi adik bongsu. Abang Pida kena sound baiikk punya dengan ab, "Ko pakai songkok aji?"

Adik-adik Pida dan Rania. Oh ye, lupa nak cakap. Last-last kitorang pakai baju warna hijau. 

Adik Pida bersama keluarganya. Tu si Razin anak susuan Pida tu.


Ab dan ummi memotong kek.

Meriah juga majlis di rumah ummi ni. Tetamu pun ramai yang datang. Rombongan keluarga ab aje lebih 30 orang. Siap ada persembahan nasyid anak-anak tahfiz lagi. Cuma tak adalah kompang dan jidor.

Giliran ummi pergi ke rumah ab pulak. Ini kali pertama ummi ke rumah kami. Ummi nak jumpa nenek yang tak dapat ikut sebab kesihatan tak mengizinkan. Nenek dah tak kuat nak jalan dan duduk lama-lama. Nenek tunggu kat rumah aje. Amboi ab... tak nampak macam orang 70 tahun la!

Adik tukang angkat hantaran ummi kepada ab pula.

Muka-muka budak degil tak dengar cakap pengerusi.

Pengerusi yang telah meletak jawatan teringin juga nak menggedik.

Alhamdulillah, majlis ab dan ummi telah berjalan dengan selamat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga, jiran dan taulan yang sudi memeriahkan majlis ini.

Petang itu, kami adik-beradik keluar main bowling.









Begitulah takdir Allah ke atas keluarga Pida. Segalanya telah ditentukan oleh-Nya. Pida redha dengan segala ketentuan takdir malahan Pida gembira dan bersyukur kerana setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah yang bukan sedikit kepada kami semua.

Doakanlah agar perkahwinan ab ini diberkati dan semoga ikatan kekeluargaan kami menjadi semakin kukuh. Buat mak yang telah tiada, ingatan terhadapmu akan terus mekar dan semoga mak bahagia di sana. Pida amat merindui mak.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan ummi kepada kami!


Tuesday, July 2, 2013

Sibuknya menguruskan majlis ab!

Salam sibuk,

Alhamdulillah, syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya, Pida dan keluarga dapat membuat majlis pernikahan ab dengan ummi pada 29 Jun lalu.

Dalam entry kali ini, Pida cuma nak ceritakan kisah kami adik-beradik semasa menguruskan persiapan untuk majlis pernikahan ab. Kitorang berlapan ni la yang sibuk bizi giler tapi best seronok giler. Cakap pun dah macam orang gila.

Semua urusan barang-barang hantaran, kitorang adik-beradik yang buat sendiri. Kitorang cuma ada masa 2 minggu aje untuk menyiapkan hantaran. Itu selepas tarikh nikah diputuskan. Memang sibuk giler masa tu, dah lah masing-masing kerja, apa-apa hal bincang kat wassap je. You see? Very the bizi!

First step, lantik pengerusi jawatankuasa majlis. Tak nak buang masa undi siapa-siapa, Pida terus lantik diri sendiri jadi pengerusi. Tak nak buang masa lantik biro-biro. Semua sekali aku lantik jadi biro logistik, biro kewangan, biro jemputan dan biro tugas-tugas khas. Semua kena buat kerja. (Kitorang 6 beradik + 2)

Tapi diorang ni jenis tak dengar cakap pengerusi. Kalau aku cakap tu adaaaaa je nak bangkang. Bengkek betul siot. Tak hormat pengerusi langsung. Siap kutuk depan-depan tuuuu!


Ini chat wassap ajk-ajk majlis tentang jurugambar yang akan merakam detik-detik bersejarah.

Ini time nak pilih warna baju. Pida sebagai pengerusi cadangkan kitorang semua pakai warna putih. Pida rasa warna putih macam cantik dan harmoni sangat. Saja nak keluar dari kotak yang selama ini orang kata putih untuk berkabung. Tapi tengok? Diorang ni bukan nak dengar cakap pengerusi. Siap nak singkirkan aku lagi nak buat AGM!

Amboi amboi amboi... sedapnya ngutuk aku sebagai pengerusi kan? Nko kata aku tido eh?
Siap kutuk aku lembab macam siput babi lagi.  Aku pegi jamban la!

Yang ini memang ada cerita. Diorang sibuk bincang-bincang kat wassap, panggil-panggil pengerusi, pengerusi takde. Sempat lagi ngutuk aku tu. Cilanat. Dekat sejam jugak la. Rupanya- pengerusi terkunci kat dalam jamban opis! 


Betul! Tak tipu! Pida terkunci kat dalam toilet. Lebih malang, time tu dah pukul 5, semua orang dah balik (sila rujuk ayat Pida "Pengerusi merajuk 15 minit, nyawa yilek!). Pida dengan sorang lagi staf yang sama-sama terkunci tu  ketuk-ketuk pintu, jerit-jerit mintak tolong. 

Akhirnya ada juga hamba Allah yang dengar ketukan yang kuat tu dan pertolongan pun sampai. Peh... aku dengan takde henfonnya, dengan takde kertas dan pennya, korang sedap-sedap kutuk aku kat wassap eh?

Ok, berbalik pada cerita persiapan majlis pernikahan ab. Sebenarnya Ab dah pesan, jangan susah-susah, tak payah hantaran pun tak apa, yang nak kawin ni orang tua aje.... Alaaa sedihnya aku dengar ab cakap macam tu.

Orang tua ke orang muda ke, kalau dah namanya pengantin, mestilah kena ada hantaran barulah cantik. Lagipun semua dah sepakat barang-barang hantaran tu adalah sebagai hadiah anak-anak kepada bonda kami nanti.

So, dalam masa 2 minggu itu, kami memang sangat menyibukkan diri. Nasib baik kitorang ni dekat-dekat walaupun berlainan poskod. Sesekali berjumpa juga waktu tengah hari tu untuk beli barang-barang hantaran.


Bersibuk-sibuk mencari barang-barang hantaran untuk ab.

Pengerusi yang gila kuasa sedang mengarahkan ajk mengambil itu dan ini. 

Keluarlah kami 3 beradik perempuan yang anggun dan menggiurkan ini ke pasar raya yang berdekatan. Kitorang ni dari 3 DUN yang berlainan. Terpaksa keluar jugak sebab masa memang sangat suntuk dan terhad. Tu pun tak sempat nak makan sama-sama sebab dah masuk waktu kerja. 


Dah lama tak shopping kawin. Teringat dulu masa Pida nak kawin, mak la orang yang paling sibuk ke sana ke mari beli dan cari barang-barang pengantin. Oh ibu... kau disiram bayu pagi...

Ok, ini sahaja untuk bahagian kesibukan ini. Insya Allah nanti Pida buat entry lain mengenai barang-barang hantaran dan suasana sekitar majlis.

Kalau tak nak ketinggalan cerita Pida ni, jadilah follower blog gonjol ini. Hua hua hua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...