Thursday, June 14, 2012

Cepatlah sembuh wahai emak

Salam sembuh,

Petang semalam mak membuat rawatan susulan di hospital di Ayer Keroh. Kata doktor, mak kena buat sesi radioterapi sebanyak 15 kali lagi. Mendengar itu, Pida terkedu. Ya Allah... 15 kali lagi?

Hari tu mak dah buat 5 kali radioterapi. 5 kali dalam masa 5 hari berturut-turut. Setiap hari Ab hantar mak ke hospital untuk radioterapi. Pida? Adik-adik Pida? Kami kerja masa tu. Mak tak bagitau pun yang mak berulang-alik masa tu. Tak nak kami tau, kata mak.

Mak beritahu doktor, lagi sebulan mak akan buat rawatan tu. Mak kata mak dah penat sangat. Mak tak sanggup nak merasa kesan selepas rawatan. Lepas buat radioterapi masa tu mak jadi letih sangat dan tak lalu makan. Akibatnya, mak lemah dan takde tenaga.

Pida tak taulah nak cakap apa. Tadi masa telefon mak, Pida tak boleh tahan nangis. Pida tak boleh cover kesedihan Pida. Mak siap sound, "Kenapa ko pulak yang nangis? Mak tak de apa-apa la... Ko tu jaga diri dan keluarga ko sendiri."

Lepas tu suara mak dah bergetar. Pida tau mak nangis jugak. Kita sama-sama nangis, mak.

Mak, ikutlah pada kemampuan tubuh badan mak. Hanya mak yang merasainya. Pida cuma boleh cakap je, Pida tak rasa apa yang mak rasa walaupun Pida seboleh-bolehnya cuba untuk meletakkan diri Pida di tempat mak. Tapi tak sama dengan perasaan mak sendiri.

Pida cuma boleh mendoakan agar Allah menyembuhkan mak. Pida tak pernah lupa untuk terus berharap agar mak sembuh juga suatu hari nanti.

Mak, pada saat ini Pida rasa biarlah Pida yang menanggung kesakitan mak. Pida sanggup asalkan mak tak sakit lagi.

Cepatlah sembuh wahai emak...


Sejambak bunga yang cantik untuk emak yang cantik.

2 comments:

  1. Semoga Puan Pida & keluarga tabah dengan ujian Allah ni.Terus support mak Pida.Pesakit barah ni selalu akan kuat bila ada sokongan orang2 sekeliling mereka.Semoga mak Puan Pida cepat sembuh..amin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Airaniez, terharu saya membacanya ;)

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...