Monday, June 11, 2012

Si kecil yang menderita

Salam kecil,

Pida ada seorang kawan. Dia ada anak perempuan yang berumur setahun dua bulan. Kecik lagi. Baru pandai berjalan.

Ada apa pada kawan Pida ni? Anak dia yang berumur setahun dua bulan tu sedang menderita barah hati.

Kaubayangkanlah...

Minggu ni anak itu akan menjalani pembedahan membuang 80% daripada hatinya. Kerana doktor pakar yang merawatnya berkata pembedahan itu perlu dilakukan untuk membuang bahagian organ yang telah dijangkiti sel kanser. Dan dia memerlukan penderma hati yang sesuai.

Sebelum ini anak dia pernah menjalani rawatan kimoterapi.

Aduh.... sedihnya Pida rasa. Simpati. Dan empati.

Masa dia datang opis kejap minggu lepas, puas dia ceritakan pada Pida tentang anak dia tu. Dan puas jugalah Pida menangis tatkala dia bercerita.

Budak sekecil usia satu tahun sudah menghidap barah hati. Sudah menjalani kimoterapi. Dan doktor beritahu, peluangnya selepas pembedahan tersebut hanyalah 50-50.

Macam mana la budak sekecil itu menanggung kesakitan sebegitu. Dan macam mana pula ibunya melayan risau, bimbang, duka...

Namun dia kuat sebenarnya. Dia aktif macam kanak-kanak lain seusianya. Pida sendiri tengok dia berlari sana berlari sini, macam budak sihat, tak macam budak sakit.

(Ya Allah, di kala ini aku amat mensyukuri segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku.)

Semoga Allah menyembuhkan anak ini.

2 comments:

  1. Memang penderitaan itu sangat berat. Semoga kesulitan itu akan berakhir dengan keselamatan.

    Semoga kita semua dijauhkan Allah daripada ujian yg tak tertanggung oleh kita seperti itu.

    2008, saya pernah kehilangan anak, sewaktu dilahirkan, dan ianya cukup memberi kesan dalam tempoh yang lama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka Mat Som pernah mengalami saat kehilangan anak :(

      Bila saya tulis cerita-cerita macam ni, saya dapat maklum balas mengenai perkara yang sama, membuatkan saya berfikir betapa beruntungnya kita dalam banyak hal.

      Sebab itu kita kena bersyukur ;)

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...