Salam Sarawak,
Entry pada kali ini merupakan prequel kepada
entry sebelumnya. Hari tu Pida kata Pida malas nak citer kan? Tapi hari ni Pida rasa macam rajin pulak nak citer.
Jadi pembaca yang dihormati sekalian, mari kita ikuti secara visual lawatan sambil belajar Pida ke Kuching pada hari kedua.
Yeehaaa!!!
Pagi pada hari kedua di Kuching adalah masa untuk berjalan-jalan. Destinasi kami - Kampung Budaya Sarawak.
Memang dah lama Pida berangan nak datang ke sini. Tapi sebelum ni tak berkesempatan. Nasib baik kali ni ada lawatan ke Kampung Budaya Sarawak, apakah kau fikir Pida akan melepaskan peluang ini?
*Gambar-gambar ni Pida ambik sendiri guna kamera smartphone
Samsung Galaxy Note. (Kecuali 3 gambar yang ada kredit).
|
Kampung Budaya Sarawak terletak di Santubong. Perjalanan dari Samarahan dengan menaiki bas mengambil masa selama lebih sejam. Kami pergi pada hari bekerja, jadi pengunjung tak berapa ramai pada masa tu. |
|
|
|
|
Harga tiket yang dikenakan ialah RM60 seorang untuk
dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Tapi kami cuma bayar RM48 seorang sebab kami
guna pas pejabat kerajaan. Kalau guna kad pelajar lagi murah, RM15 je. |
|
Replika sape yang terdapat di luar pintu masuk. Pida suka dengar muzik alunan sape. Ingat sape, ingat Abu Bakar Ellah. (Masih ingat Abu Bakar Ellah?) |
|
Rumah Bidayuh adalah rumah replika yang mula-mula sekali yang akan dilawati pengunjung. Kredit : http://www.scv.com.my |
|
Rumah Bidayuh ni sangat unik kerana ia berbentuk bulat. Ruang dalamnya sangat luas. Anak-anak boleh berlari bermain ram-ram-rep dalam ruang yang besar ini. |
|
Antara barang yang dipamerkan di Rumah Bidayuh ialah gong pelbagai saiz dan gendang. Do not touch, kata gong tersebut kepada Pida. Ye la, ye la... tau la... |
|
Set ini adalah barangan yang digunakan dalam ritual masyarakat suku kaum Bidayuh. Do not touch, kata set ritual tersebut kepada Pida. Ye la, ye la... tau la... |
|
Encik Bidayuh yang segak berbaju tradisional ini menunjukkan kami alat muzik tradisional suku kaum Bidayuh iaitu tongkungon yang dibuat daripada buluh. Cara mainnya? Ketuk ajer. |
|
Kraftangan orang utan yang sungguh kiut miut ini dihasilkan sendiri oleh Encik Bidayuh tadi dengan menggunakan kelapa. Cayalah pakcik, comel la! |
|
Ini adalah lantai rumah suku Bidayuh. Buluh. No karpet bulu-bulu ok... Jangan harap kau nak golek kanan golek kiri pastu golek kanan balik. Kang aku panggang ko kat unggun api tengah tu jadi ayam golek. Nak? |
|
Lagi hasil ukiran kraftangan kayu yang dihasilkan di rumah Bidayuh ini. Kraftangan ini dijual kepada pengunjung yang berminat. |
|
Haaa! Inilah pakcik yang pandai buat ukiran kayu tu. Yang pakcik tengah buat ni ialah ukiran biawak. Kerjanya halus, memang berbakat pakcik ni. Cayalah pakcik! |
|
Makcik Bidayuh ni pula sedang menjahit baju yang diperbuat daripada kulit kayu. Hasilnya sangat cantik dan unik. Kalau pakai gi ofis mesti jadi perhatian selama seminggu. |
|
Sapa tau apa nama benda alah ni? Jangan kaujawab skateboard, aku geletek tapak kaki kau kuat-kuat kang. Ini namanya kukur kelapa. Orang dulu-dulu guna kukur kelapa ni untuk memarut isi kelapa dari tempurungnya. Sekarang dah ada mesin parut kelapa, kau petik suis on aje mesin tu akan memarut kelapa kau dengan pantas. Jangan tersagat tangan kau sudah. Kang tak dapat parut kelapa, kau pulak yang berparut. |
|
Okeh, kita melawat ke rumah panjang Iban pulak. Yuk! Kredit : http://www.scv.com.my |
|
Pemandangan rumah Iban dari luar. Panjaaaaaaaang. |
|
Dah namanya rumah panjang, tentulah panjang, tak gitu? Bila dah panjang tu tentulah pandangannya pun membentuk perspektif, tak gitu? |
|
Barangan tradisional suku kaum Iban yang dipamerkan. Ada gong, canang, perisai bermotifkan tradisional dan alat-alat ritual. |
|
Itu adalah baju. Dan juga senjata. Soree la gambor tak berapa jelas la. |
|
Tuak yang diperbuat daripada beras.Pida tak minum hokeh! |
|
Bangga wei dapat bergambar dengan pahlawan Iban. Kostum yang dipakai sangat berseni dan nampak gagah. (Dan juga seksi hihi) - telan air liur sendiri. |
|
Okeh, kita dah sampai di rumah suku kaum Penan pulak. Rumah Penan style pondok dalam pola sebiji-sebiji. Nampak tak orang Penan tu? Dia tengah pegang sumpit tu. Pida pun cuba jugak menyumpit. Bayar RM1 dapat sumpit 3 kali. Sasaran Pida ialah member Pida sendiri hahaha. Sumpit bontot diaaaa!!!! |
|
Macam ni la pondok suku kaum Penan. Dinding nipah je. Ringkas sebab masyarakat Penan tradisional merupakan masyarakat nomad yang berpindah-randah. Sebab tu mereka tak perlukan rumah yang besar-besar. Pondok sudey! Yang batang mop macam rambut Lady Gaga tu ialah peralatan tradisional diorang. |
|
Okeh, kita dah sampai ke Rumah Orang Ulu pulak. Rumah ni terletak di lereng bukit. Kredit : http://www.scv.com.my |
|
Rumah etnik Ulu ni tinggi. Kena naik tangga demi tangga sebelum sampai ke rumah ni. Nasib baik Pida takde penyakit artritis, jadi dapatlah Pida sampai kat atas sana. Yang sakit lutut tunggu kat bawah. Pida helo-helo je dari atas. |
|
Dari jauh dah kedengaran muzik sape yang mengasyikkan. Dan sebaik sampai di rumah orang Ulu ni, wow! Pengunjung disajikan dengan lukisan mural bermotifkan ukiran tradisional etnik Sarawak. Cantik. Halus. Authentic. |
|
Encik ni sedang tekun menyiapkan sape. Dia sangat mahir. Dah banyak sape yang dihasilkan. Kerja dia buat sape je. Punyalah khusyuk sampai Pida ambik gambar dia pun dia buat deekkk je. |
|
Pida ni kan tak boleh tengok orang senang. Jadi Pida dekati Encik ni. "Hai." "Hai." "Tengah buat apa?" "Tengah buat sape," cool aje dia jawab. "Sape yang dah siap ni dijual pada harga RM500 satu. Yang saya buat ni memang original," kata encik ini dengan panjang lebar. Ye, Encik, memang saya akui ia original. Kau jangan takut kalau nak pegang sape ni sebab buatannya halus. Gerenti tak kena selumbar. Buat pelangkung orang pun best ni. |
|
Inilah bentuk tangga di rumah Ulu. Lain daripada biasa kan? Kena berhati-hati menaikinya kalau tak biasa. Kalau dah setiap hari guna tangga camni, haruslah boleh berlari-lari sambil pejam mata. Tapi kalau tersandung ibu jari kaki, boleh bergenang air mata kau dibuatnya. |
|
Rumah orang Ulu dari pandangan bawah. Tinggi kan? Dari atas rasa gayat bila pandang ke bawah. Jadi untuk mengelakkan rasa gayat tu, kau pandang ajelah ke atas. Gerenti tak gayat , tapi sakit tengkuk pulak. |
|
Rumah Ulu yang tersergam indah. Gambar ni Pida ambik selepas turun dari situ. Pida kagum dengan seni kejuruteraan orang dulu-dulu. Hebak mung! |
|
Pemandangan indah sepanjang perjalanan menuju ke rumah seterusnya. Tiada yang tidak indah di sini kecuali yang indah-indah belaka. Alangkah indahnya ayatku ini. |
|
Tuuuu dia! Dari jauh dah nampak. Rumah etnik apa pulak kali ni 'ek? Yuk! |
|
Oh, Rumah Melanau rupanya. Tinggi jugak. Kena menangga lagi nampaknya ni. Takpe! Yakin boleh! Hidup berkualiti tanpa artritis! (Sambil mengeluarkan yoko-yoko) |
|
Masuk-masuk je pengunjung akan tertarik dengan ruangan ini. Di sinilah upacara perubatan tradisional masyarakat suku Melanau dijalankan. Ada ritual tersendiri mengikut adat dan kepercayaan mereka. |
|
Lukisan etnik yang dijadikan perhiasan dinding. Emm... I shouldn't scold my children for drawing on the house wall... |
|
Tempayan juga ada. Jarang nampak tempayan sekarang. Kat rumah nenek Pida ada tempayan. Apa masuk citer nenek pulak ni. |
|
Barang pameran di sebuah bilik tidur. |
|
Dapur. Ringkas aje. Takde fridge side-by-side, takde mikcrowave, takde oven, takde meja makan, takde dapur gas. Kau boleh ke hidup tanpa kemudahan semua tu? Hehe |
|
Origami burung menghiasi tingkap rumah suku Melanau ini. |
|
Booth batik yang dapat dilihat dari atas rumah Melanau. |
|
Di bawah rumah Melanau ini terdapat banyak tiang yang didirikan daripada kayu pokok. |
|
Sebatang kayu tinggi yang mempunyai ukiran motif tradisional di permukaannya. |
|
Dari bawah rumah Melanau ini juga kelihatan sebuah pondok wakaf. Itu ialah arena gasing. Kalau rasa-rasa nak uji keterroran kau bermain gasing, haa di sinilah tempatnya. Lawan la dengan jaguh gasing kat situ. Pida? Gasing percuma Ding Dang pun tak reti lagi pusingkan sampai sekarang. |
|
Selepas meninggalkan Rumah Melanau, kami sampai pula ke Rumah Melayu. Cantik. Rasa bangga dan tenteram bila berada di rumah sendiri. |
|
Rumah Melayu mempunyai ukiran yang sangat indah. Daun tingkap tu pun bermotifkan ukiran halus. Warisan terbilang orang Melayu. Seni kreativiti yang begitu tinggi nilainya. Ah, gua rasa sopan pulak bila bercakap macam gurindam ni. |
|
Ruang tamu yang kemas, teratur dan indah. Macam rumah nenek Pida. Nenek lagi. |
|
Seraya melangkah ke ruang yang satu lagi, kami dihiburkan dengan persembahan surprise oleh dua orang warga emas Melayu yang menyanyikan lagu joget tanda ucapan selamat datang. Mereka menyanyi sambil memalu kompang. Suara diorang perghhhh.... memang sedap. Merdu gitu. Kami tunggu sampai lagu habis dinyanyikan, kemudian kami tepuk tangan kuat-kuat sampai merah tangan masing-masing. |
|
Pelamin pengantin Melayu yang dihias indah. Siap ada bunga manggar lagi kat tepi-tepi tu. Meriah kau kahwin ada bunga manggar! Malam pengantin boleh main geli-geli dengan suami. Oi!! Kau pikir apa?! Aku kata main geletek-geletek lubang idong laki kau lah! Tapi jangan keterlaluan bergurau geletek-geletek tu, kang kalau laki kau tak tahan geli, jenis yang ada resdung, silap-silap makan penampor kau malam pengantin. Tragis terus! |
|
Tangga dapur menuju ke luar rumah. Dari tangga ini bolehlah jerit kat jiran sebelah "Hoi Gayah! Bak pinjam mayonis ko dulu! Nanti aku ganti balik kalau aku ingat la. Aku nak buat burger ni!," kata Cik Lijah dengan lantangnya sambil membetulkan kain batik yang hampir terburai kerana ditarik secara tidak sengaja oleh suaminya yang baru pulang dari pekan. |
|
Ada jugak dipamerkan peralatan membuat kuih tradisional Melayu. Kukur kelapa pun ada.Sebenarnya kat sebelah tu ada demonstrasi membuat kuih. Pida tak ambik gambor sebab orang-orang kat situ macam pandang slekkk je kat Pida yang asyik ambik gambor sana ambik gambor sini. Mesti diorang pikir nak update blog Ohpida la tu! Kui kui kui. |
|
Hiasan kepala rusa ni membuatkan Pida agak sangsi sedikit. Setahu Pida orang Melayu tak gantung kepala-kepala binatang ni sebagai hiasan dinding rumah. Taboo. Orang Melayu biasanya menggantung hiasan yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan pemandangan indah alam sekitar. Ataupun menggantung ayat-ayat Al-Quran. |
|
Seterusnya, kami singgah di rumah etnik terakhir iaitu Rumah Cina. |
|
Inilah rupa rumah tradisional masyarakat Cina. Ia juga dipanggil rumah ladang. |
|
Pemandangan di dalam rumah. Terasa macam berada pada era 50-an gitu. Rasa klasik. Cececeh..., macamlah pernah hidup zaman 50-an. |
|
Pida tak ketinggalan mencuba jentera tradisional ini iaitu pengisar. Maafkanlah muka Pida yang agak ketat itu kerana perut sudah mula lapar sebenarnya. Entah apa yang aku kisar itu pun aku tak tahu, yang aku aku tahu aku sedang lapar. |
|
Keadaan dapur yang sungguh nostalgia. Nampak tak gerobok tu? Kat rumah moyang Pida dulu ada gerobok macam tu. Untuk simpan lauk dan barang-barang makanan. Bahagian luar gerobok ditutup oleh jaring yang bertujuan untuk mengelakkan serangga atau orang yang tidak berpuasa. Kau tengok kucing dua ekor tu. Tak dapat curik ikan goreng la tu. Last-last mogok tidur atas meja. Ada tuan dia kesah? |
|
Radio dan pemain piring hitam yang klasik. Radio zaman jepun ni. |
|
Di luar rumah, terdapat pokok lada hitam. Seperti yang kau dah tahu, lada hitam merupakan sumber pertanian utama masyarakat Sarawak dan telahpun menjadi produk komersial. Di rumah Cina ini sendiri turut menjual hasil barangan berasaskan lada hitam. |
Selepas selesai menjelajah dan melawat semua rumah etnik, kami pun bergerak menuju ke Dewan Teater untuk menonton persembahan kebudayaan yang diadakan pada jam 11.30 pagi. Yang ni kalau tak tonton memang rugi. Persembahan ini dikira kemuncak kepada lawatan pengunjung ke sini. Kat sini je kau dapat menyaksikan persembahan unik ni. Kat pejabat kau gerenti takde.
Tapi Pida takde gambar masa persembahan tarian diadakan sebab Pida rakam video. Pida buat rakaman penuh selama 38 minit (masa persembahan 45 minit - tolak yang diorang menari dengan penonton tu). Pida pun tak dapat lagi nak upload video tu sebab besor giler (3GB).
Masa Pida tengah syok merakam salah satu adegan menyumpit, tiba-tiba penari yang memegang sumpit tu halakan sumpit tu betul-betul kat Pida (Pida duduk di barisan kedua bahagian tengah pentas). Sebab dia nampak Pida rakam video, tu yang dia aim kat Pida.
|
Macam ni la yang Pida kena tu. Cuak beb! Tapi Pida terpaksa kontrol sebab Pida taknak lepaskan peluang merakam detik-detik tu hehe. Kredit : www.utusan.com.my |
Pida rasa cuak jugak, mana tau betul-betul disumpitnya aku macam babi hutan, tak pasal-pasal kena kebumi kat Sarawak aku nanti. Tapi walaupun agak gementar sambil meminta tolong daripada member kat sebelah yang cuma gelak-gelak je, Pida tetap ambik video. Aku tak gentar!
Tiba-tiba, "HAH!!" dia terperanjatkan Pida. Pida pun apa lagi, dah la aku ni lemah semangat, terus Pida jerit kuat-kuat "AAAAAAAA" sampai satu dewan tu ketawakan Pida. Nasib baik gelap, so diorang tak tau sapa yang kena!!! Hahaha.
Masa Pida jerit tu, video Pida jadi goyang-goyang. Member-member pakat gelakkan Pida sampai ke Semenanjung!
Apa pun, Pida rasa pengalaman di Kampung Budaya Sarawak adalah pengalaman yang amat mengasyikkan. Memang betullah ia muzium hidup. Kita dapat lihat dan alami sendiri cara kehidupan masyarakat etnik Sarawak. Sesiapa yang dah pergi tu memang faham la apa yang Pida rasa. Best kan?
Begitulah flashback saya!
|
Para penonton keluar selepas selesai menyaksikan persembahan kebudayaan. Diorang-diorang nilah yang ketawakan Pida kat dalam tadi! |
best kan pegi sini.
ReplyDeleteShera, memang best sangat. Tak dapat kat tempat lain.
Delete;)