Thursday, October 3, 2013

Aqil yang suka dikelon

Salam aqil,

Sudah menjadi rutin setiap pagi ketika menghantar Aqil dan Sufi ke tadika, Pida pasti akan mencium Aqil satu muka. Pipi kanan, pipi kiri, dahi dan mulut. Selepas itu Pida akan memeluk dia erat-erat sambil membisikkan "Aqil anak kebanggaan mak," sambil dia terkedek-kedek masuk ke kelas.

Bukan sahaja Aqil, malah Rania pun macam tu jugak. Sebelum pergi ke sekolah, Pida pastikan Pida akan cium dia satu muka dan memeluknya juga. Akhir sekali pasti Pida akan cakap, "Be good!" Walaupun pagi-pagi diorang kena bebel pasal liat nak bangun dari tido.

Aqil walaupun seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan nakal, namun dalam hatinya ada taman. Kadang-kadang secara tiba-tiba dia akan datang kepada Pida dan berkata, "Mak, nak peluk!" Pada masa tu kalau Pida tengah buat apa pun Pida pasti akan berhenti dan akan memeluknya erat-erat sambil bercakap perkara-perkara baik buat pendengarannya.

Yang paling biasa Pida akan cakap "mak sayang Aqil" dan dia akan membalas, "Aqil pun sayang mak... sayang sangat. Mak jangan mati tau. Aqil tak nak dapat mak baru." Jadah apa kau cakap macam tu.

Malam tadi seperti biasa, Aqil datang kepada Pida dan cakap, "Mak, Aqil nak peluk mak." Pida pun terus depakan tangan dan memeluknya erat-erat. Dia bagitau dia sayang sangat kat Pida, oh sangat mengharukan juga walaupun baru kejap tadi Pida marah dia.

Lepas tu Pida tanya Aqil, "Apa yang Aqil rasa masa Aqil peluk mak?"

Aqil jawab, "Aqil rasa selesa."

Ok, jawapan yang sangat indah bagi seorang budak 6 tahun. Dia rasa selesa dan selamat apabila berada dalam pelukan ibunya.

Aqil pulak tanya Pida, "Mak rasa apa bila Aqil peluk mak?"

Dengan selamba Pida jawab, "Rimas."

Terus dia lepaskan pelukan dan menjerit, "Mak niiii! Tak nak la peluk mak lagi. Sambil berguling-guling macam tenggiling.

Hahahahaha.


Aqil yang suka dikelon.



2 comments:

  1. Assalammualaikum ..

    Pida,

    Budak umur 6 tahun ditahun nih memang pesen gitu gamaknye .. anak saya no 2 pun sama 6 tahun .. dalam hati sangat ada taman .. dan sama macam aQil suka nak peluk2 kita dan mintak dipeluk .. memang sangat menghargai mak dia kan? sangat suka express perasaan dia .. hopefully sampai ke beso depa nih close ngan kita .. masih nak peluk kita nati .. hehe!

    Insya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mellda, betul la kan.. kebetulan Aqil pun anak ke-2 jugak, sama je pesen dengan anak mellda ek?

      Itulah... memang doa sangat2 anak-anak kita ni akan terus nak memeluk kita walaupun dah besar panjang atau dah tua bangka. Lagi satu faktor pendidikan di sekolah pun memainkan peranan juga. Teacher selalu pesan sayangi ibu bapa...

      So much in love with our children kan mellda? :)

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...