Sebelum ke Terengganu baru-baru ini, Pida telah terlebih dahulu bercuti bersama seluruh ahli keluarga di sebuah resort yang popular di Port Dickson, Eagle Ranch. Sebenarnya tak semua pun, abang sulung Pida tak dapat join sebab dia kena kerja overtime. Sedey...
Percutian ini telah lama dirancang sejak 3 bulan yang lalu, tetapi disebabkan resort sentiasa penuh, maka akhirnya kami dapat tarikh bulan Mei. Tak kisah, yang penting, rencana percutian ini menjadi kenyataan dan kitorang sekeluarga memang sangat gembira dapat menghabiskan hujung minggu di sini.
Oh ye, cerita kali ini berbeza sikit. Disebabkan gambar-gambar yang dirakam melebihi 1000 keping, maka terpaksalah Pida susun dalam bentuk kolaj. Kalau nak paparkan satu satu alamat sengallah jari telunjuk kau asyik nak scroll ke bawah aje.
Itupun banyak gambar yang kena discard semasa Pida mengisih. Ambik gambor-gambor yang cun aje. Gambor tengah sangap, tengah bersin, tengah mabuk, tengah berak semua dah kena discard. Tunjukkan yang cantik-cantik aje.
Ok, jom ikut Pida bercuti di Eagle Ranch Resort!
Eagle Ranch Resort terletak di Pasir Panjang, Port Dickson. Kalau dari KL, mengambil masa sejam setengah lebih kurang gitu la. Ia agak jauh sikit macam dah nak sampai Melaka gitu. |
Suasana sekitar resort. Cantik, unik dan tenang. |
Ada sebuah bangsal kuda di sini. |
Kitorang pilih Kampung House sebab tengok kat laman web dia kata rumah tu dikelilingi kolam. Sekali masa tu kolam tu kering-kontang. Diorang tengah buat projek pengubahsuaian. Nak bina tempat bela penguin agaknya.
Macam nilah rupa dalam bilik Kampung House. Luas jugak. Dan selesa. |
Gambar di atas juga menunjukkan kekecohan yang berlaku di kedai ini. Sorang nak main tu, sorang nak main ni. Sorang tak nak main tu, sorang tak nak main ni. Lama jugak kitorang berbincang. Pening kepala kakak tu. Kitorang memang macam ni, nampak je kecoh, tapi kitorang muhibbah. Keputusannnya, kitorang memilih aktiviti memanah, menembak, go kart dan naik kuda.
Aktiviti pertama yang kitorang lakukan pada petang itu ialah memandu kereta go kart. Excited giler nak bawak go kart sebab masing-masing tak pernah naik go kart. |
Ini gaya-gaya kecewa sebab telah dikalahkan dengan mudahnya oleh seorang warga emas berusia 70 tahun. Mana tak kalahnya, orang suruh panah bulatan kuning, ko meriahkan ruang putih. |
Habislah aktivti untuk hari pertama kami. Malam itu kami tidur dengan nyenyak sekali selepas menikmati makan malam seafood di bandar PD.
Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah bangun. Sebab ada 2 lagi aktiviti yang perlu dimainkan. Lepas semua dan siap-siap mandi dan pakai deodoran, kitorang pun pergi sarapan dulu.
Kitorang bersarapan di restoran di resort ini. Makanan dia biasa-biasa aje rasanya. Dekorasi dalamannya unik. Ada kepala rusa. Kepala beruk tak jumpa. |
Semua pemilik muka di atas sedang tersipu-sipu tanda setuju untuk diperkudakan. |
Eh, tak puas lagi diperkudakan sehingga kita pulak memperkudakan ia? |
Selesailah sudah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di resort ini. Memang puas dan seronok habis kat sini. Kau tengoklah sendiri gambor-gambor kenangan yang Pida rakam ini ye. Tengok la best tak best kitorang kat sini.
Muka-muka riang budak-budak yang seronok sakan ikut mak bapak masing-masing. |
Rania, Sufi dan Aqil beraksi di kedai cetak tempat beli tiket. Busur yang dipegang tu adalah aksesori yang digunakan ketika mengambil gambar di studio mini bertemakan koboi ini. |
Saat sedih tiba ketika kami berpisah haluan. Kami ke KL sementara ab ke Johor. Pida kalau setiap kali ab (dan mak) nak balik mesti Pida nangis. Setiap kali. Memang gembeng anak jawa sorang ni.
Percutian di Eagle Ranch Resort boleh dikira happening jugak. Kalau kau jenis yang minat dengan aktiviti outdoor yang mencabar dan mengeluarkan peluh ketiak, di sinilah tempatnya. Walaupun nampak agak mahal, tapi Pida rasa puas hati sebab dapat melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan selama ini seperti go kart dan memanah. Pengalaman baru tu.
Tapi ada sesuatu yang musykil di sini. Kitorang sewa 4 bilik Kampung House kan? Peliknya, bilik Pida tak ada arah kiblat. So masuk bilik ab di sebelah (attached room). Esoknya Pida naik atas ke bilik adik Pida, eh? Kok arah kiblatnya lain? Muskil... muskil...
Masa tu dah nak balik, jadi tak adalah semak dengan android apps ke... atau tengok arah matahari terbenam ke... tapi semasa check out tu, Pida bagitau pada staf kaunter supaya menyemak dan memastikan semula arah kiblat yang tepat.
Selain itu, Pida juga ada isi borang maklum balas tetamu dengan menyatakan perkara yang sama. Pida harap pihak pengurusan Eagle Ranch Resort telah mengambil tindakan atas komen yang diberikan.
Apapun, Eagle Ranch Resort memang best. Kalau nak rasa cabaran yang manja-manja, datanglah ke sini!
Terima Kasih.. Info yang baik.
ReplyDeleteTerima kasih kembali ;)
DeleteTerima kasih kembali ;)
Deleteseronok la baca review sis..boleh bt rujukan nt. terima kasih ya info yg bagus. :)
ReplyDeleteHihihi... Selamat bercuti ;)
DeleteHihihi... Selamat bercuti ;)
Deleteterima kasih pida...atas perkongsian percutian awk...ada gak idea sy nak bawa anak remaja saya bercuti di sini...Nanti boleh ye share lagi Pida...ok..Daaaaaa.....
ReplyDeleteMacam2 aktiviti anak2 boleh layan kalau dtg staycation kat eagle ni. Kalau mandi pool dia mmg best. Besar n puashati 😄
ReplyDelete