Thursday, June 20, 2013

Semangat perjuangan di Muzium ATM

Salam perjuangan,

Dalam perjalanan pulang dari Eagle Ranch Resort tempoh hari, Pida sempat singgah di Muzium Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Inilah bangunan utama Muzium ATM yang telah dibuka pada tahun 2005 ini. Masuk percuma. Tapi kalau kau nak keluar modal jugak, kat dalam bilik pameran tu ada tabung khas kutipan untuk tujuan tambah baik dan naik taraf muzium. Dermalah banyak mana pun.

Pengunjung akan masuk dari pintu pagar yang melalui kawasan tugu memorial yang memahat nama wira-wira negara (tentera) yang gugur ketika mempertahankan tanah air. Nama-nama tersebut di'engrave' di atas batu marmar yang dikelilingi oleh kolam air pancut.

Selain tugu memorial, pengunjung juga dapat melihat deretan meriam dalam pelbagai saiz; dari saiz anak sampai saiz moyang di sepanjang laluan masuk ke kawasan muzium. Juga ada keretapi dan kenderaan-kenderaan tentera yang tak pernah Pida lihat lalu-lalang di jalan raya.


Yang ini kitorang naik keretapi nak pergi ke Alor Gajah. Ramai no yang bawak, tak sampai Alor Gajah nampak gayanya ni.





Memang agak jakun jugak la dapat tengok kenderaan tentera yang macam-macam rupa ni. Siap dapat masuk lagi dalam kereta perisai you... Tengok tu Rania duduk mencangkung cenggitu... dah macam nyonya kalah judi je aku nengok.





Selepas penat berhuha-huha di luar, kami pun masuk ke dewan pameran di dalam bangunan.

Sebaik memasuki ruang pameran, tersedia sebuah meja konsol dan di atasnya diletakkan Buku Tetamu sebagai kenangan kepada pengunjung yang melawat pameran di situ. Kitorang semua tulis nama masing-masing, ye la takkan nak tulis nama orang lain pulak kan. Si Aqil tu ada ke dia tulis nama dia kat bahagian 'Bilangan.' Lepas tu dia marah bila Pida ketawakan dia. Dahlah tulis nama 4 huruf pun ambik masa 4 minit.

Berhadapan dengan pintu masuk, pengunjung akan tertarik dengan sebuah kapsul masa. Pada plak itu tertulis "Pada hari ini 1 Mac 2008, Pelancaran Dan Penanaman Kapsul Masa Oleh Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Bin Hj Jamaluddin Panglima Tentera Darat. Tertanam di sini sebuah kapsul masa mengandungi aspirasi keutuhan tentera darat. Kapsul masa ini akan dibuka oleh Panglima Tentera Darat pada 1 Mac 2033."


Pemandangan di dalam ruang pameran.


Antara bahan pameran yang mencuri perhatian Pida. Fail peribadi Leftenan Adnan turut ditunjukkan. Serius rasa sebak tatkala melihat tinggalan tersebut. Terbayang-bayang bagaimana getirnya perjuangan beliau sehingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan tanah air kita. Bisakah kita menjadi sekental beliau?


Di Muzium ATM ini juga, pengunjung berpeluang merasai pengalaman masuk ke terowong komunis. Jom ikut Pida!


Rugi kalau tak masuk terowong ni. Nak tengok ada apa pada pida. Eh, promo blog sendiri pulak hehehe.... Nak tengok ada apa kat dalam terowong ni hehehe...

Budak-budak ni mula-mula takut. Tapi lepas Pida brainwash diorang, terus jadi berani. Kat depan terwong tu ada seorang askar komunis tengah tunggu kau. Sebenarnya terowong ni gelap. Cuma ada cahaya samar-samar je. Korek idung pun orang tak perasan.


Kat dalam terowong ni, barulah Pida tau suasana dan keadaan aktiviti harian komunis bintang 3 ni seperti tidur, menjalankan operasi pembedahan dan bermesyuarat. Memang underground habis la diorang ni dulu. 

Ini adalah barangan sebenar askar komunis yang dapat dirampas seperti senjata, pakaian dan bahan-bahan propaganda bercetak.

Terowong yang gelap ni kalau masuk sorang-sorang pun soram jugak. Takut ada hantu komunis sergah. Tak pun motor tu jalan sendiri. Weiuuuuuuuu!!!

Kami keluar dari terowong melalui pintu di hujung kawasan muzium. Di situ ada sebuah pesawat tentera. Nampak tak pramugari-pramugari kat kapal terbang tu? 

Berdekatan dengan pesawat dan terowong komunis tadi, terletaknya sebuah kereta perisai bersejarah yang telah mencatat tragedi sedih. Monumen Kroh; mengambil nama sempena kejadian serangan pihak Komunis di Jalan Kroh - Baling.

Sedih giler baca sejarah tragedi ini. Macam manalah perasaan mereka pada masa itu ek... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh wira negara ini.

Di penghujung lawatan, ada kenderaan udara iaitu pesawat dan helikopter pejuang. 


Lawatan kami sudah sampai ke penghujungnya.

Budak-budak ni cukup gembira di sini. Biarlah diorang tahu siapa pejuang dan pembela kedaulatan tanah air kita yang tercinta ini. 

Secara peribadi, kunjungan ke Muzium ATM ini sangat bermakna bagi Pida. Barulah Pida mengerti betapa negara kita Malaysia ini adalah negara berdaulat. Dan Pida sangat menyanjung tinggi pengorbanan perajurit-perajurit tanah air dalam membela maruah negara.

Tabik spring untuk askar-askar kita!

No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...