Salam jerebu,
Hari ini Pida balik kampung. Pida tak terus menuju ke BP sebaliknya Pida exit di Tangkak iaitu lalu Muar.
Keadaan jerebu di Muar sangat teruk. Mengikut laporan terkini sehingga tengah hari tadi, bacaan indeks pencemaran udara di daerah ini mencatat bacaan 276. Ini bermakna Muar berada di peringkat jingga yang berstatus sangat tidak sihat.
Seperti yang Pida ceritakan tadi, tahap jerebu di Bandar Maharani ini sangat teruk. Jarak penglihatan Pida anggarkan tidak sampai 100 meter.
Keadaan di hadapan kelihatan begitu kelabu. Kenderaan terpaksa menghidupkan lampu untuk keselamatan akibat jarak penglihatan yang terhad.
Sudahlah kelabu, baunya ya rabbi... bau asap semata-mata. Memang sangat tidak sihat. Berbahaya kepada pengidap penyakit yang berkaitan pernafasan seperti asma dan tak elok juga untuk semua orang menghidu udara tercemar ini secara berterusan.
Keadaan yang tidak sihat ini memaksa sekolah-sekolah ditutup pada hari Jumaat semalam termasuklah di Batu Pahat walaupun keadaan jerebu di BP tidak seteruk Muar.
Nampaknya balik kampung kali ini tak dapatlah nak pergi ke Tasik Y. Dahlah Sufi tu semput, kang tak pasal-pasal kang. Takpe, pergi karaoke je kat The Summit.
Gambar-gambar di bawah diambil pada jam 12 tghari tadi.
Update jam 5.05 petang tadi melalui Berita tv1 : IPU Muar kembali merosot ke tahap Berbahaya dengan indeks bacaan 373. Waduh! Semoga cepat pulih.

Kan I dah bilang, jerebu kat Muar teruk. |
Matahari pun macam malu-malu je nak memancarkan sinarannya. Ia berselindung di balik jerebu. |
Kat atas Jambatan Sultan Ismail. Tak nampak apa-apa pun kat depan tu. Biasanya dah boleh nampak Bandar Maharani dan bangunan-bangunan kedai. |
Kalau tak jerebu, kat Sungai Muar ni dapat tengok kelong kupang dan bot-bot nelayan. Kali ni semuanya lenyap gara-gara jerebu. |
Sepatutnya kat tengah-tengah tu boleh nampak pemancar komunikasi. Tapi kali ini ia hilang dari pandangan. |
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!