Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut, tanpa mewakili apa-apa dan siapa-siapa. Apa yang Pida tulis dan luahkan tidak semestinya melambangkan keperibadian Pida. Blog ini juga sebagai memori terhadap perjuangan allahyarham bonda tercinta yang begitu tabah menghadapi kanser sehingga ke akhir hayatnya. Tidak sesaat Pida tidak merinduinya.
Wednesday, April 17, 2013
Thursday, April 11, 2013
Parodi status Facebook menjelang PRU13
Salam parodi,
Sejak Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 pada 3 April lalu, rakyat Malaysia bagaikan sudah tidak sabar untuk mengundi bagi memilih kerajaan baharu.
Setiap hari di mana-mana sahaja; di kopitiam, di bengkel kereta, di klinik pakar kulit, di kilang butang, di tandas awam, di lorong pejalan kaki waima di kedai pengurup wang pun, orang ramai sedang sibuk memperkatakan tentang pilihanraya. Namun yang lebih dibualkan sekarang ialah mengenai parti-parti politik yang bertanding.
Sebagai penganalisis politik yang sengal, Pida melihat senario ini sebagai biasa. Haha... memang sengal analisis aku ni. Trend dan gaya cakap-cakap politik dan kempen sudah jauh berbeza daripada apa yang berlaku pada tahun 2008 dahulu semasa PRU12.
Zaman sekarang, parti-parti politik menggunakan medium sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog dan laman web untuk mendekatkan pengundi dengan parti masing-masing. Bukan itu sahaja, malah pengikut parti-parti ini telah lebih maju lagi dengan mewujudkan kumpulan jaringan mereka sendiri sama ada untuk menyatakan sokongan terhadap sesuatu parti atau menyatakan kebencian terhadap parti.
Media konvensional seperti tv dan akhbar semakin mendapat saingan sengit daripada sumber media baru tetapi dilihat masih relevan. Begitu pun, telah ramai yang mula meninggalkan tv dan akhbar arus perdana kerana tidak percaya dengan liputan yang diberikan yang dilihat terlalu berat sebelah dan lebih menjurus ke arah sesuatu parti sahaja.
Kumpulan di jaringan sosial internet terbahagi kepada dua; menyokong kerajaan sedia ada dan menyokong kerajaan bayangan. Kedua-duanya saling 'berperang' antara satu sama lain. Namun masing-masing lebih kepada melondehkan keburukan dan kegagalan pihak lawan sehingga sanggup memfitnah dan mengadu domba.
Apa yang Pida perhatikan terutamanya di Facebook, kebanyakan mereka yang komen lebih cenderung untuk menyatakan sokongan kepada pihak bukan pemerintah. Adakah ini trend anak-anak muda Malaysia masa kini?
Iaitu memilih parti pembangkang walaupun media arus perdana telah cuba sedaya upaya meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa parti bukan pemerintah itu tidak berwibawa langsung; dengan pendedahan korupsi dan salah laku pemimpin.
Di pihak parti yang satu lagi pula, mereka juga sedaya-upaya menumbangkan pihak lawan dengan isu yang sama juga; korupsi, diskriminasi, isu keselamatan, isu harga barang dan macam-macam lagi. Serangan peribadi juga dilakukan secara bertubi-tubi.
Seperti yang Pida katakan tadi, sokongan lebih cenderung ke arah parti bukan pemerintah yang diluahkan melalui Facebook. Lebih ramai yang menyokong PR berbanding BN. Ini adalah apa yang Pida perhatikan di Facebook.
Pada Pida, situasi ini adalah bahaya bagi kerajaan sekarang (sebelum pembubaran parlimen) jika ia ingin terus menjadi dominan. Dan bagi PR pula, keadaan ini belum tentu selamat dan menjanjikan peluang yang cerah kerana BN pasti telah merangka strategi untuk terus mempertahankan kemenangan dan merampas kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan PR.
Bagaimana untuk Pida gambarkan situasi ini, mari kita lihat!
Status Facebook Pro-PR:
Lapar... (4 juta Like)
56,736 comments
Load previous comments
Status Facebook Pro-BN:
Lapar... (526 Like)
4,675 comments
Load previous comments
Sebagai pengundi, buatlah pilihan yang tepat kerana pilihan itu amat penting untuk menjamin kemakmuran dan kestabilan darjah celcius negara Malaysia yang tercinta ini. Tak kiralah parti mana yang menang sekalipun, asalkan Malaysia kekal aman, makmur, stabil dan selamat untuk kita dan anak-anak kita terus bernafas di bumi bertuah ini.
Tarikh pilihanraya umum ke-13 telah pun diumumkan iaitu pada 5 Mei 2013 (Ahad). Tunaikan hak kita sebagai pengundi.
Selamat mengundi!
Penafian : Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut dan tanpa mewakili mana-mana parti. Tulisan ini semata-mata berasaskan tinjauan dan pemerhatian Pida terhadap trend anak-anak muda masa kini dalam menyatakan perasaan mereka terhadap parti-parti yang bertanding. Peace!

- Ala... ciannya, meh makan. (768 Like)
- Lapar? Kita pun lapar :) (541 Like)
- Nak makan apa? Meh gua belanja. (900 Like)
- Comelnyerr dia lapar... (1,200 Like)
- Pegi la makan kalau lapar... nanti sakit peyut, sapa susah? (431 Like)
- I loike! (37,550 Like)
Status Facebook Pro-BN:
Lapar... (526 Like)
4,675 comments
Load previous comments
- Jadah lapar pun nak tulis kat wall (56,000 Like)
- Bongok punya admin! (7,756 Like)
- Nak makan terajang? (14,519 Like)
- Ada aku kesah? (8,169 Like)
- Sedey... (4,892 Like)
- Camgampang (27,034 Like)
Sebagai pengundi, buatlah pilihan yang tepat kerana pilihan itu amat penting untuk menjamin kemakmuran dan kestabilan darjah celcius negara Malaysia yang tercinta ini. Tak kiralah parti mana yang menang sekalipun, asalkan Malaysia kekal aman, makmur, stabil dan selamat untuk kita dan anak-anak kita terus bernafas di bumi bertuah ini.
Tarikh pilihanraya umum ke-13 telah pun diumumkan iaitu pada 5 Mei 2013 (Ahad). Tunaikan hak kita sebagai pengundi.
Selamat mengundi!
Penafian : Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut dan tanpa mewakili mana-mana parti. Tulisan ini semata-mata berasaskan tinjauan dan pemerhatian Pida terhadap trend anak-anak muda masa kini dalam menyatakan perasaan mereka terhadap parti-parti yang bertanding. Peace!
Wednesday, April 10, 2013
Monday, April 8, 2013
Polemik Incik Nasir
Salam polemik,
Sekarang ni sedang rancak ditayangkan iklan komersil makanan segera McDonald's di tv yang menampilkan Encik Nasir.
Dalam iklan tersebut, En Nasir digambarkan sebagai seorang pekerja muslim restoran tersebut yang mementingkan nilai-nilai asas agama Islam seperti kepentingan memilih makanan yang halal.
Namun iklan tersebut rupa-rupanya telah mencetuskan polemik di media sosial. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin di Gaza iaitu Aqsa Syarif melalui orang kuatnya telah memberikan pandangan terbuka tentang iklan ini.

Pada Pida, bagus juga ada teguran sebegini. Secara peribadi, Pida respect pandangan yang diberikan ini. Beliau memberi pandangan dari perspektif perjuangan beliau dan ahli-ahli Aqsa Syarif yang lain dalam usaha memboikot semua produk yang menyumbang kepada peluasan ekonomi Israel.
Pada Pida juga, iklan ini tidak ubah sebagai jarum halus pihak berkepentingan untuk terus mempromosi McDonald's kepada orang-orang Islam khususnya. Dan McD juga tentunya sudah maklum akan kempen boikot ini dan mungkin sedikit sebanyak terkena tempias boikot sehingga menyebabkan carta jualannya merosot.
Oleh itu McDonald's merasakan satu-satunya cara untuk mengembalikan kegilaan masyarakat Islam terhadap produk mereka ialah dengan memainkan sentimen agama dalam iklan komersil mereka. Maka wujudlah 'Encik Nasir' ini yang bersungguh-sungguh menyatakan 'kesyukurannya' dapat bekerja di McDonald's.
Ye, makanan McDonald's memang halal, sudah diperakui oleh Jakim. Namun bukan itu isunya, wahai Encik Nasir.
Isunya adalah Encik Nasir dilihat seolah-olah tidak sensitif dengan kempen kesedaran boikot produk Israel yang dilancarkan bukan hanya di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.
Dan kempen boikot ini lebih melibatkan konsumer Muslim memandangkan orang-orang yang sedang diperjuangkan di Gaza sana adalah mereka yang seagama dengan kita.
Jika kita orang Islam sendiri secara langsung mempromosikan barangan Israel, maka di manakah rasa tanggungjawab dan empati kita untuk membela nasib saudara-saudara yang menderita akibat kekejaman Zionis?
Sedangkan telah terbukti bahawa ekonomi adalah senjata yang ampuh untuk menjadi kuasa. Jika lumpuh ekonomi, maka hilanglah kuasa. Bagi kita yang tidak berjuang memikul senjata menentang musuh di Gaza, hanya inilah sumbangan kita yang jika dilakukan secara beramai-ramai dan istiqamah, pasti berkesan.
Pida ingat lagi sewaktu Gaza dibedil secara besar-besaran oleh Zionis selama 8 hari dulu, masa tu memang berkobar-kobar rakyat Malaysia boikot McD (khususnya).
Sampaikan pekerja McD di kawasan tempat tinggal Pida terpaksa berdiri dan menunggu di tepi jalan raya dan melambai-lambai tangan memanggil pelanggan. Orang jawa kata sangking (terdesak / desperate) nak cari pelanggan, sampai tahan orang di tepi jalan raya. Tapi serius masa tu kosong giler McD. Mesti sales turun kaw-kaw time tu.
Tapi selepas serangan di Gaza reda, orang dah mula sikit-sikit mengunjungi semula restoran McDonald's. Dan seperti yang dijangka, akhirnya restoran itu penuh sesak kembali seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku di sana dan di sini.
Berbalik pada En Nasir, dia sebenarnya adalah boneka, emmm tak best pulak sebut boneka. Nak cakap apa 'ek? Secara sedar atau tidak, dia sebenarnya adalah jarum McD untuk menyuntik sentimen agama kepada pelanggan Islam di Malaysia.
Kerana orang Melayu memang lemah dengan sentimen seperti ini. Termasuklah Pida sendiri, kadang-kadang.
Pida tak pasti sama ada Encik Nasir itu memang real atau sekadar watak ciptaan McD untuk menyampaikan mesejnya.
Strategi McDonald's ini sebenarnya lebih menjurus kepada perang saraf untuk mengubah pemikiran konsumer Islam dengan anggapan sentimen yang dimainkan dapat 'memperbetul' tanggapan terhadap McDonald's. (Makanan dah halal so apahal nak boikot?)
Namun berbaliklah pada perjuangan asal kita. Sama ada nak teruskan boikot atau sebaliknya, tepuk dada tanya selera.

![]() |
| Diambil dari Facebook Aqsa Syarif. |

Sunday, April 7, 2013
Ahad yang comel ^_^
Salam comel,
Pagi tadi semasa Pida ke luar rumah untuk menyidai pakaian, tiba-tiba Pida ternampak makhluk comel kecik-kecik di tempat Pida menyimpan basikal buruk.
Setelah diamat-amati, makhluk comelote itu bukanlah anak harimau, tetapi adalah anak kucing. Tak jauh sangat pun rimau dengan kucing.
Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama kucing bertandang ke rumah Pida sama ada untuk beranak mahu pun membawa anak untuk mencari tempat perlindungan.
Tapi biasanya rumah Pida ni cuma dijadikan transit bagi anak-anak kucing ini sementara nak tunggu diorang membesar.
Lagipun di lorong belakang rumah Pida ni memanh port kucing gelandangan. So diorang memang beranak-pinak dan membina empayar di situ.
Hah, apa kata kau tengok anak-anak kucing ni. Comel kau.... eh bukan kau yang comel.

Thursday, April 4, 2013
Rumah Makan Sunda Cibiuk babak kedua
Salam cibiuk,
Hai kawan-kawan! Bertemu lagi kita dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Jantan episod Cibiuk musim ke-2.
Hari tu Pida dah cerita tentang restoran Rumah Makan Sunda Cibiuk ni. Kali ni pun nak cerita benda yang sama juga. Tapi ini kali menu yang berbeza daripada hari tu. Ofkos la berbeza, kalau makan benda yang sama takyahlah aku sibuk-sibuk nak buat entry ni.
Pida ke sini lagi atas pelawaan seorang pria ganteng yang bersungguh-sungguh nak belanja Pida makan di Cibiuk ni. Dah tau aku tak makan pedas, time tu la sibuk nak ajak. Dah tau aku suka Kentaki, tak nak pulak pelawa aku. Takpe, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Jadi tunggu apa lagi. Yuk mangan!
Dalam entry terdahulu Pida tak tunjukkan suasana di dalam restoran ini kan? Jadi di sini Pida paparkan untuk tatapan kau ye.
Seperti biasa, sebelum mengorder makanan, Pida tengok dulu menu. Emm... apa nak makan kali ni 'ek?
Hasil musyawarah dan perbincangan dari hati ke hati, akhirnya kami sepakat untuk memilih Set Jakarta. Seperti menu dalam gambar di atas, harga set ini ialah RM119.00. Set ini sesuai untuk 5-6 orang manusia kebulur macam kami. (Siapa kami? Tunggu....!)
Oh ya, apakah yang terkandung dalam menu Set Jakarta ini? Let's checkitout!
Sebenarnya ada satu lagi menu iaitu udang goreng tepung. Pida lupa nak ambik gambar sebab masa dia sampai tu Pida tengah kopek kulit udang untuk si pria ganteng tu.
Tak sah kalau makan tak ada pencuci mulut. Oleh itu, pada hari itu, kami order ... :-
Oh ye, sebenarnya dalam entry Rumah Makan Sunda kali ini Pida nak ceritakan tentang sambal-sambalnya yang beraneka jenis itu.
Oh ye, lupa nak bagitau. Set Jakarta ni termasuk jugak satu jag air jus limau kasturi. Boleh minum berempat atau berlima. Bersepuluh pun boleh tapi dapat sorang seteguk la. Selain itu macam selalu, air teh o panas tanpa gula diberikan percuma.
Kami makan dengan bergaya sekali. Tangan kanan pegang nasik, tangan kiri pegang tisu. Sekali suap, sekali kesat. Perghh... sabor je la pedas dia. Dah la Pida ni tak makan pedas. Menangis-nangis aku nak abiskan nasik tu.
Selain itu juga, eh, takde apa-apa lagi nak cerita. Babai!

| Pida memilih untuk makan di ruang bersila ini. Ada 3 meja di ruangan ini. Ada kusyen untuk alas montot Pida, eh montot kau. |
Seperti biasa, sebelum mengorder makanan, Pida tengok dulu menu. Emm... apa nak makan kali ni 'ek?
Hasil musyawarah dan perbincangan dari hati ke hati, akhirnya kami sepakat untuk memilih Set Jakarta. Seperti menu dalam gambar di atas, harga set ini ialah RM119.00. Set ini sesuai untuk 5-6 orang manusia kebulur macam kami. (Siapa kami? Tunggu....!)
Oh ya, apakah yang terkandung dalam menu Set Jakarta ini? Let's checkitout!
![]() |
| Nasi liwet nama diberi. Walaupun namanya nak dekat-dekat dengan perkataan liwat, namun ia tiada kena-mengena langsung dengan perbuatan tersebut. |
![]() |
| Ada ayam bakar. Ketot-ketot ayamnya, macam saiz ayam serama je. |
![]() |
| Ikan talapia masak kicap. Dua ekor dia bagi. |
![]() |
| Udang masak cili pedas. Pida tak makan waima sekor pun sebab tak tahan pedas. |
![]() |
| Ini bukan jemput-jemput, tetapi ia adalah tempe yang disalut tepung. |
![]() |
| Ini sup ekor. Tidaklah pulak Pida bertanya ekor apa, mungkin ekor harimau atau kuda belang. |
Sebenarnya ada satu lagi menu iaitu udang goreng tepung. Pida lupa nak ambik gambar sebab masa dia sampai tu Pida tengah kopek kulit udang untuk si pria ganteng tu.
Tak sah kalau makan tak ada pencuci mulut. Oleh itu, pada hari itu, kami order ... :-
![]() |
| Banana cheese. Rasa dia.. perghh... sangat sedap! |
![]() |
| Ais durian lagi kali ini. Sedap dan segerr bugerr. |
Oh ye, sebenarnya dalam entry Rumah Makan Sunda kali ini Pida nak ceritakan tentang sambal-sambalnya yang beraneka jenis itu.
![]() |
| Pelbagai jenis sambal yang pedas diletakkan di sini. Sambal-sambal ni diberikan percuma kepada pengunjung. |
![]() |
| Sambal diletakkan di dalam batu lesung untuk mewujudkan rasa dan suasana autentik. Bagi penggemar sambal dan masakan pedas, ini adalah heaven! Boleh makan banyak mana pun sampai meleleh air hidung. |
![]() |
| Euwww... pedas! |
![]() |
| Yang ni pun pedas. Betul kau, tak tipu... percayalah cakap Kak Ton! |
![]() |
| Kecur air liur tengok sambal-sambal ni. Makan dengan ubi rebus ni perghh... mak mentua lalu pun buat dekkk je. |
![]() |
| Ulam-ulam segar juga disediakan buat cicah sambal. |
Oh ye, lupa nak bagitau. Set Jakarta ni termasuk jugak satu jag air jus limau kasturi. Boleh minum berempat atau berlima. Bersepuluh pun boleh tapi dapat sorang seteguk la. Selain itu macam selalu, air teh o panas tanpa gula diberikan percuma.
Kami makan dengan bergaya sekali. Tangan kanan pegang nasik, tangan kiri pegang tisu. Sekali suap, sekali kesat. Perghh... sabor je la pedas dia. Dah la Pida ni tak makan pedas. Menangis-nangis aku nak abiskan nasik tu.
![]() |
| Haaa inilah kami! Kami makan adik-beradik je. Yang sorang tu kawan kami. Maklumlah orang dah takde mak, takde sapa-sapa nak masakkan untuk kami. Huhuuuu.... windu masakan mak :`( |
![]() |
| Dan inilah pria ganteng itu! Duduk camtu macam patung Buddha. Haha. |
Selain itu juga, eh, takde apa-apa lagi nak cerita. Babai!
Wednesday, April 3, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)