Tuesday, June 18, 2013

Tamatlah riwayat Karlos



Salam karlos,

Sejak lebih daripada 13 minggu yang lalu, Pida setia menonton cerita bersiri Karlos yang disiarkan di TV3. Semasa promonya ligat dimainkan di tv, Pida dah tak sabar nak tengok cerita ni. Pida rasa cerita ni best giler. Lebih-lebih lagi yang pegang watak Karlos tu Johan As'aari yang memang bagus lakonannya.




Dan memang betul pun. Cerita ni memang best giler sejak episod pertama lagi. Sejak episod pertama tersebut, Pida dah start susun jadual; hari Isnin pukul 9 malam Pida kena conquer televisyen. Sebab kalau tak conquer, putih mata la Pida nak tengok tv. Laki layan Masterchef, anak-anak layan Oggy and the Cockroaches.

Dah la aku ni jarang tengok tv, seminggu sekali nak tengok pun kena cop dulu. Siapa nak tengok Masterchef sila layan di bilik tido. TV ada 2 kan? Tak payah nak berebut-rebut. Itupun ada 2-3 minggu Karlos tidak disiarkan kerana memberi laluan kepada rancangan khas sempena PRU13 hari tu. Apa daa...

Berbalik pada Karlos. Pada Pida, cerita ini memaparkan realiti kehidupan yang dialami oleh sebilangan keluarga dalam masyarakat kita. Tiada paparan kosmetik di sini, yang ditonjolkan hanyalah kebenaran yang berlaku di depan mata tentang apa yang terjadi dalam institusi kekeluargaan.

Segala-galanya berpunca daripada latar budaya keluarga yang berhadapan dengan masalah sosial dan ekonomi. Bapa Karlos (lakonan Namron) merupakan seorang tahi judi. Dia digambarkan tidak mempunyai pekerjaan dan masanya banyak dihabiskan dengan berjudi.

Dia jarang mempedulikan keluarganya; isteri dan 4 orang anaknya termasuk Karlos (nama sebenar Irwan). Dia menyara keluarga dengan hasil haram kemenangannya di meja judi. Wang itulah yang digunakan untuk membeli keperluan rumahtangga termasuk makanan.

Nasib Karlos malang kerana sedari kecil dia tidak disayangi oleh bapanya itu. Dia selalu dipukul dan dimarahi hanya kerana sebab yang kecil. Hanya emaknya (lakonan Sherrie Merlis) yang memberikannya kasih sayang dan sering membela dia daripada bapanya yang bengis.


Karlos tidak pernah mendapat kasih sayang ayahnya sejak kecil lagi.

Plot cerita ini mudah. Penonton ditunjukkan dengan akibat daripada kelonggaran fungsi ibu bapa (dalam cerita ini bapa) yang bermula dari rumah. Akibat tiada perhatian dan sebagai balasan kerana menyuapkan makanan dari sumber yang haram kepada keluarganya, Karlos akhirnya terjerumus ke kancah salah laku.

Bermula dengan perbuatan mencuri motor sejak umurnya masih di sekolah rendah sehingga meningkat remaja, lama-lama Karlos sudah terbiasa melakukan kegiatan tersebut. Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Karlos kantoi dan dia dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak.

Kehidupan di pusat pemulihan akhlak sangat perit bagi Karlos. Di situ dia mengenali musuh dan kawan. Dan di sini jugalah dia mengubah namanya daripada Irwan kepada Karlos. Namun nasibnya beruntung apabila dibebaskan awal kerana berkelakuan baik. Sebelum itu, rakan baiknya di pusat pemulihan tersebut, Kenji telah terlebih dahulu dibebaskan.

Seperti diduga, bapa Karlos tidak menerima kepulangannya malah dia tidak lagi dianggap anak oleh bapanya. Emaknya yang lemah itu pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana suaminya itu sangat bengis dan tidak membenarkan Karlos balik ke rumah.


Air muka cemerlang lakonan Sherrie Merlis sebagai ibu yang tersepit antara ketaatan terhadap suami dan kasih sayang  terhadap anak-anak. Azhar Sulaiman sebagai polis juga membawakan watak dengan berkesan. Oh, dia masih hensem!


Hidup Karlos menjadi semakin terumbang-ambing. Di sini telah timbul konflik yang semakin mencengkam kehidupannya. Penonton dapat merasakan keinginannya yang membara untuk kembali ke pangkal jalan tetapi lorong gelap sentiasa menantinya di depan.

Penonton juga dengan jelas dapat merasai tekanan perasaan yang dialami oleh Karlos. Dari konflik ini bermulalah episod Karlos yang lebih hitam setelah dia berjumpa semula dengan Kenji.

Sebagai seorang yang tiada pedoman, Karlos dengan mudahnya telah terpengaruh dengan Kenji yang merupakan seorang penjenayah. Akhirnya bersama-sama Kenji, Karlos telah menjadi perompak dan pembunuh. Lalu jadilah mereka orang yang paling dikehendaki polis. Dan hiduplah mereka sebagai pelarian untuk mengelakkan diri daripada dicekup polis.

Walaupun Karlos telah menjadi penjenayah berbahaya, namun dia masih sayangkan keluarganya terutama emaknya yang tidak pernah membuang dia dan sentiasa mendoakan keselamatannya. Watak emak yang digalas ini sangat berkesan. Tanpa solekan yang artificial, setiap raut wajah yang ditunjukkan si emak ini sungguh menyentuh perasaan Pida sebagai penonton.

Namun akhirnya Karlos berjaya diberkas dan dijatuhkan hukuman mati. Dalam episod terakhir malam tadi, Karlos telah menjalani hukuman gantung sampai mati dan babak yang menyedihkan ialah apabila ibunya yang setia itu menyiram air mawar di pusaranya.

Sesuatu yang tidak klise dalam drama ini ialah bagaimana bapanya itu langsung tidak menyesal atau rasa bersalah terhadap Karlos walaupun dia sudah mati. Ketika semua penonton mengharapkan si bapa akan berubah, ternyata pengarah sangat bijak mempermainkan harapan penonton dengan mengekalkan kedegilan si bapa. Dia memang sangat membenci Karlos sehinggakan surat terakhir untuknya selepas dia mati pun dibuang begitu sahaja.

Pengakhiran drama ini juga tidak cliche seperti kebanyakan drama Melayu yang lain. Pida 'berdoa' agar Kenji berjaya ditangkap dan dihukum seperti mana Karlos, sebaliknya Kenji masih lepas bebas tanpa dapat dikesan pihak polis lebih-lebih lagi selepas dia menukar imejnya. Dalam cerita ini, Kenji lebih licik daripada polis.


Watak Kenji dibawakan dengan cemerlang oleh Syazwan Zulkifli. Penerbit tolongah ambil dia berlakon lagi kerana dia sungguh henseeeeemmm!


Keseluruhannya, cerita Karlos ni memang sangat best. Cerita ini jujur, tidak hipokrit dalam menyatakan sebab dan akibat mengapa berlakunya kebejatan moral yang menjadi penyakit masyarakat terutama di kalangan remaja.

Naskhah ini juga tidak berselindung dalam memperlihatkan kepada penonton bahawa apa yang terjadi kepada Karlos itu sebenarnya merupakan manifestasi daripada kegagalan institusi rumah tangga.

Karlos sarat dengan pengajaran dan nilai. Dalam kejahatan, masih ada kebaikan. Dalam ketakutan, masih terselit keberanian. Dalam kesesatan, masih terhasrat mencari jalan pulang. Kemuliaan seorang ibu, kesetiaan seorang kakak, kekangan kewangan, kedangkalan ilmu, semuanya diadun sebati dalam Karlos.

Dan pada Pida juga, cerita Karlos adalah satu kisah sedih dan bukan semata-mata aksi jahat. Sedih melihat Karlos yang 'rosak' gara-gara kelalaian ibu bapanya ketika usianya masih rebung.

Melihat watak Karlos, Pida dapat merasakan konflik yang membunuh jati dirinya. Dalam surat terakhirnya selepas kematiannya, dia memberitahu kepada ibu bapanya bahawa dia sebenarnya ingin menjadi polis atau askar. Babak ini cukup menyentuh hati Pida. Bahawa sebenarnya setiap kanak-kanak itu tidak pernah ingin menjadi jahat. Tetapi ibu bapa yang membentuk anak-anak itu berkesudahan menjadi jahat atau sebaliknya.

Pida sangat percaya bahawa ibu bapa adalah tonggak utama kemenjadian anak-anak. Betul acuan mak bapak, betullah jadinya anak itu. Kalau salah caranya, salahlah jadinya. Dan amat penting bagi mak bapak memberi rezeki yang halal kepada anak-anak supaya berkat.

Buat team cerita Karlos, terima kasih dan syabas kerana menghidangkan sebuah karya yang bermutu buat santapan mata Pida. Susah nak carik cerita yang membina sekarang ni. Balik-balik cerita hantu, balik-balik cerita mat rempit.

Cerita ini menjadi pengajaran buat Pida agar sentiasa mengawal dan memberi perhatian serta kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak Pida. Mereka masih terlalu kecil untuk menghirup udara di dunia luar sana yang penuh pancaroba. Pada masa inilah Pida berusaha untuk membentuk mereka agar menjadi insan yang baik dan mendatangkan kebaikan.

Akhir sekali, Pida berharap akan ada lagi cerita sehebat Karlos.





Monday, June 17, 2013

Candy crush yang gila

Salam candy crush,

Pida percaya ramai yang dah terjebak dengan game Candy Crush Saga yang boleh dimuat turun secara percuma di henfon.

Dulu Pida tak kisah pun dengan benda alah ni, sebab Pida ni jenis tak main game. Lagipun Pida ni jenis tak suka nak pikir strategi. Tapi dulu Pida pernah kemaruk main Book Worm kat komputer.

Pida punya berhantu main Book Worm dulu, sampai kat mana-mana pun mata Pida nampak huruf aje. Serius. Bangun tido nampak huruf, makan nampak huruf, pakai selipar nampak huruf, sampaikan tengah solat pun nampak huruf! Astaghfirullah...

Berbalik pada cerita Candy Crush ini, Pida mula start cuba-cuba main selepas Pida tengok suami dan adik Pida khusyuk main game tu.

Kat opis pun budak-budak cerita pasal Candy Crush, kat facebook meriah jemputan ajak main Candy Crush. So Pida pun fikir, best sangat ke main Candy Crush ni.

Jadi sebagai seorang yang trendy (padahal dah terlambat), Pida pun download game Candy Crush ni ke henfon Pida. Yeay! Saya dah install Candy Crush macam awak!




Yang game Barbie kau nampak banyak-banyak tu bukan Pida yang install tau, itu semua kerja si Rania tu. Mandai-mandai dia download kat Google Play.











Pertama kali main Candy Crush ni, Pida rasa biasa aje. Takdelah best sangat pun. Setakat nak jatuhkan gula-gula tu budak belum mumaiyiz pun boleh buat.

Tapi sebenarnya game ni susah jugak rupanya. Bila dah beberapa kali main dan bila dah melangkah ke level-level seterusnya, di situlah permainannya.

Dan selalu jugak Pida jadi tak keruan bila tak dapat habiskan satu-satu level.

1. Tiba-tiba Pida jadi bengang bila tiba-tiba kena tunggu suatu tempoh masa sebelum dapat meneruskan game. Ini kes nyawa dah habis la ni. Kadang-kadang kena tunggu 5 minit, ok fine takpe aku tunggu.

Kalau kena tunggu 25 minit, apa kejadah. Lantas Pida berguru dengan otai-otai Candy Crush dan diorang ajar Pida jadi penipu.

Pida kedepankan tarikh henfon supaya dapat melangkau tempoh menunggu tu kalau nak teruskan main. Eh kau ingat senang ke nak tunggu 25 minit tu? Lama tau tak! Potong stim ooo.

2. Pida jadi geram kalau tak dapat habiskan satu-satu level dengan sekejap. Kes tak terror la ni.

Oleh kerana setiap level telah ditetapkan hanya beberapa langkah, kadang-kadang aku jadi bengkek je sebab lagi sebijik jelly nak pecah, time tu la move dah tamat.

Kena ulang lagi sampai berjaya. Pida pernah ambik masa 4 hari nak habiskan level 23 aje. Siot kan?

Setakat yang Pida tulis entry ni, Pida baru sampai level 29. Maklumlah baru mula main. Member Pida dah sampai level 300 lebih. Pehhhh.

Pida rasa dia terror sebab dia dah boleh baca gaya permainan. Pengalaman mengajar dia menjadi handal. Apa-apa perkara dalam hidup kita ni pun, pengalaman adalah guru terbaik.

Kesan Candy Crush ni sama jugak macam kesan Pida main Book Worm dulu. Kat mana-mana pun aku terpandang-pandang gula-gula kaler warna-warni tu. Dah macam halusinasi pulak. Skizo betul.

Yang paling haru, semasa solat pun Pida berkira-kira nak jatuhkan set gula-gula kat sejadah yang serupa dengan board Candy Crush.

Astaghfirullah...!

Terus tukar sejadah lain.



posted from Bloggeroid

Sunday, June 16, 2013

Selamat hari bapa, abah!

Sufi pakai baju I ♥ Dad, tapi Sufi nak tembak kepala abah, lebih tragis pada Hari Bapa!

Don't try this at home haaaa!

Salam hari bapa!


posted from Bloggeroid

Tuesday, June 11, 2013

Masih aku terasa

Salam terasa,

Pida baru sahaja balik dari melawat jenazah ibu kepada seorang rakan sepejabat yang meninggal dunia petang semalam. Ibunya meninggal kerana kanser payudara, sama seperti mak. Cuma bezanya, ibunya telah lama terlantar sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir, berbanding mak yang hanya terlantar seminggu sehinggalah pemergiannya.

Tadi Pida nampak dia menangis teresak-esak di sisi jenazah ibunya. Pida nampak dia terlalu sedih dengan pemergian ibunya. Begitu juga dengan bapanya. Kelihatan terlalu sugul sehingga tak lekang daripada menyeka air mata yang mengalir laju di pipi.

Pida sangat terkesan dengan kesedihan dia dan seluruh keluarganya. Kerana Pida juga baru sahaja merasai kesedihan serupa lima bulan yang lalu. Namun saat jenazah mak masih di depan mata, Pida tidak menangis langsung. Tidak sedikit pun air mata Pida tertumpah.

Bukan kerana tidak sedih, tetapi sebenarnya pada masa itu Pida masih boleh melihat mak di depan mata walaupun hanya sekujur tubuh yang kaku. Pida rasa tenang melihat jasad mak di depan mata.

Namun, seperti yang Pida dah ceritakan, esoknya barulah Pida menangis dengan teruk sekali. Itupun setelah terjumpa dengan baju yang mak pakai ketika hari pertama dimasukkan ke wad. Masa tu memang tak boleh cakaplah... bayangkan sampai basah baju mak tu, baju yang masih ada bau mak, gara-gara teruknya Pida menangis. Depan jenazah memang Pida tak rasa nak menangis, tapi selepas itu sampailah ke saat ini, Pida menangis, menangis dan menangis.

Pida amat merindui mak. Kadang-kadang bila difikir-fikirkan, tak sangka mak mati kerana kanser. Tapi itulah takdir namanya.

Semoga emak kami berada dalam keadaan aman dan tenteram di bawah payung Allah sentiasa. Al-fatihah...

Thursday, June 6, 2013

Tomok terserempak Pida

Salam tomok,

Tajuk tak hengat. Rasa nak belasah je ek? Tapi serius ini cerita benar. Tomok terserempak dengan Pida di KLCC semasa Pida membeli-belah di sana tempoh hari (tengok, ayat pun tak boleh blah).

Masa tu Pida tengah carik barang di sebuah farmasi. Nak beli losyen sunblock sebab Pida nak bermataharilela di Pulau Pangkor.

Tiba-tiba adik Pida yang turut bersama-sama Pida berbunyi, "Kakak Pida yang hebat, cuba tengok siapa tu?"

Pida pun menoleh. "Ah, apek jual batang mop aje. Takyah la bagitau Kakak Pida yang hebat," tengking Pida. Eh, acah je... takkan la aku nak menengking orang tak pasal-pasal.

"Tak... bukan apek, tu tu tengok tu siapa..." ulang adik Pida lagi. Kali ni dia macam agak mendesak sikit. Ish budak ni... siapa yang ko suruh aku tengok tu?

Tomok! Oh patutlah dia teruja sangat. Tomok tu artis pojaan hatinya. Siang malam terbayang-bayang, fikiran melayang-layang, khayalkan dirimu sorang... oh tomok...!

Dia nak tegur dia malu. Last-last aku yang takde malu ni tegur si Tomok. "Hai Tomok!"

Tomok menoleh dan dia berkata hai juga. Pastu Pida tanya boleh ambik gambor sama-sama? Sambil menunjal kepala adik Pida yang tengah eksaited tu. Maklumlah jumpa retis pujaan...

So kitorang pun bergambar. Tomok seperti yang dilihat dalam rancangan Masterchef Selebriti Musim 1, begitu jugalah dia di luar. Sopan dan lembut bicaranya. Nampak je ganas dengan group Manifesto dalam rancangan Versus. Tapi sebenarnya budiman budaknya.

Sempat jugak Pida tanya pada Tomok, boleh masak lagi tak? Tomok jawab bolehlah sikit... haa dengar tu, Tomok pandai memasak ok!

Lepas tu kitorang cakap babai dan Tomok dengan rendah dirinya cakap terima kasih.

Ok Tomok, good luck. Baby Tomok sangat comel ok... tak jumpa lagi baby comel macam anak Tomok. Semoga baby Pida nanti pun secomel anak Tomok.

Adakah sejarah ini mungkin berulang buat adikku?

Saturday, June 1, 2013

Menjejak helang di Eagle Ranch Resort

Salam helang,

Sebelum ke Terengganu baru-baru ini, Pida telah terlebih dahulu bercuti bersama seluruh ahli keluarga di sebuah resort yang popular di Port Dickson, Eagle Ranch. Sebenarnya tak semua pun, abang sulung Pida tak dapat join sebab dia kena kerja overtime. Sedey...

Percutian ini telah lama dirancang sejak 3 bulan yang lalu, tetapi disebabkan resort sentiasa penuh, maka akhirnya kami dapat tarikh bulan Mei. Tak kisah, yang penting, rencana percutian ini menjadi kenyataan dan kitorang sekeluarga memang sangat gembira dapat menghabiskan hujung minggu di sini.

Oh ye, cerita kali ini berbeza sikit. Disebabkan gambar-gambar yang dirakam melebihi 1000 keping, maka terpaksalah Pida susun dalam bentuk kolaj. Kalau nak paparkan satu satu alamat sengallah jari telunjuk kau asyik nak scroll ke bawah aje.

Itupun banyak gambar yang kena discard semasa Pida mengisih. Ambik gambor-gambor yang cun aje. Gambor tengah sangap, tengah bersin, tengah mabuk, tengah berak semua dah kena discard. Tunjukkan yang cantik-cantik aje.

Ok, jom ikut Pida bercuti di Eagle Ranch Resort!


Eagle Ranch Resort terletak di Pasir Panjang, Port Dickson. Kalau dari KL, mengambil masa sejam setengah lebih kurang gitu la. Ia agak jauh sikit macam dah nak sampai Melaka gitu.


Suasana sekitar resort. Cantik, unik dan tenang.


Ada sebuah bangsal kuda di sini.

Kitorang sampai awal. Pukul 2 petang dah terpacak kat kaunter. Check in pukul 3 petang. Lepas tu Pida buat muka sedih kat kakak kaunter mintak masuk awal sebab "bapak saya nak berehat. Kesian dia..." Kakak kaunter yang baik hati itupun berbesar hati mengizinkan kami check in awal. Tapi gambar di atas bukan kakak, itu abang.


Kitorang ambik 4 bilik dari jenis Kampung House. Satu malam RM240. Kitorang ambik 4 bilik sebab kitorang ramai. Dua keluarga, dan 2 pasangan bujang (ab pun termasuk golongan bujang sekarang). So kira satu unit penuh tu dikuasai oleh kami.

Kitorang pilih Kampung House sebab tengok kat laman web dia kata rumah tu dikelilingi kolam. Sekali masa tu kolam tu kering-kontang. Diorang tengah buat projek pengubahsuaian. Nak bina tempat bela penguin agaknya.


Macam nilah rupa dalam bilik Kampung House. Luas jugak. Dan selesa.


Selain Kampung House, jenis-jenis penginapan lain yang terdapat di Eagle Ranch Resort ini ialah bandwagon, log cabin, asrama dan chalet. Ada satu jenis lagi iaitu teepee yang menyerupai khemah puak Red Indian.

Petang tu kitorang dah rancang nak terus buat aktiviti. So kitorang pergi beli tiket dulu di kedai cetak yang terdapat di sini. Tiket-tiket aktiviti dijual secara pakej. Macam contoh di atas tu, aktiviti memanah dan menembak dikira pada harga RM20 untuk seorang. Kitorang berenam, jadi RM120 untuk aktiviti tersebut.

Gambar di atas juga menunjukkan kekecohan yang berlaku di kedai ini. Sorang nak main tu, sorang nak main ni. Sorang tak nak main tu, sorang tak nak main ni. Lama jugak kitorang berbincang. Pening kepala kakak tu. Kitorang memang macam ni, nampak je kecoh, tapi kitorang muhibbah. Keputusannnya, kitorang memilih aktiviti memanah, menembak, go kart dan naik kuda.



Aktiviti pertama yang kitorang lakukan pada petang itu ialah memandu kereta go kart. Excited giler nak bawak go kart sebab masing-masing tak pernah naik go kart.


Sebelum masuk trek, kitorang kena pakai helmet dulu. Untuk keselamatan. Hapak giler bau helmet tu. Entah peluh sapa-sapa yang aku sarung tu.  Paling kiut gwiyomi ialah kereta go kart yang dipandu oleh abah Rania tu. Dah macam motor barang je aku tengok. Kelakor pulak rasanya. 




Saksikanlah aksi-aksi profesional kitorang ni. Drift sana, corner baring sini. Cecah lutut wa cakap lu! Tapi oleh kerana Pida tidak pernah bawak sebelum ini, jadi Pida rasa kekok sikit. Bawak pun slow aje dalam 40km/j aje. Selamba badak je budak penjaga tu potong Pida. Setiap orang diberi 5 lap. Juaranya ialah Aqil yang tak naik go kart.


Selepas berlumba sesama sendiri di litar go kart, kitorang meneruskan aktiviti memanah pulak. Sebelum itu, kakitangan resort bertindak sebagai jurulatih menunjukkan cara-cara memegang busur dan mengendalikan anak panah yang betul. Lepas tu kitorang pun suka suki memanah. Ke bulan, ke bintang , ke laut, semua arah anak panah tuju.


Ab memang terrer memanah. Ab score paling tinggi iaitu 82 (terrer la tu berbanding kitorang). Kalau nak tau, ab pun terrer giler main dart. Dulu kat rumah kitorang ada dart kat belakang pintu masuk. Lepas balik surau, tak bukak songkok bagai, terus main dart. Hebat tak bapak aku?


Ini gaya-gaya kecewa sebab telah dikalahkan dengan mudahnya oleh seorang warga emas berusia 70 tahun. Mana tak kalahnya, orang suruh panah bulatan kuning, ko meriahkan ruang putih.


Selepas penat menaiki go kart, kitorang bawak budak-budak pergi mandi kolam renang. Tak abis-abis asyik nyanyi lagu "Sampaikanlah salam... cintaku pada kolam. Emak mandi kolam, tak pakai seluar dalam." Ikut rentak lagu Sampaikan Salam Alleycat. Ada ke budak-budak ni kata aku mandi kolam tak pakai seluar dalam? Mana diorang tau?

Habislah aktivti untuk hari pertama kami. Malam itu kami tidur dengan nyenyak sekali selepas menikmati makan malam seafood di bandar PD.


Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah bangun. Sebab ada 2 lagi aktiviti yang perlu dimainkan. Lepas semua dan siap-siap mandi dan pakai deodoran, kitorang pun pergi sarapan dulu.


Kitorang bersarapan di restoran di resort ini. Makanan dia biasa-biasa aje rasanya. Dekorasi dalamannya unik. Ada kepala rusa. Kepala beruk tak jumpa.


Aktiviti pertama pada pagi hari kedua ialah menembak. Bertempat di kawasan permainan paintball, kitorang telah ditunjuk ajar tentang cara-cara pengendalian senapang dengan betul dan selamat. Pida pun dah bajet nak jadi Charlies Angel. Pida bersungguh-sungguh nak jatuhkan tin-tin di depan tu, tapi satu pun tak jatuh. Buat habis peluru aje. Cit!


Selepas menghabiskan peluru sorang 20 biji pallet, kitorang pun bergerak ke tempat menunggang tenuk. Eh tenuk pulak... kuda. Ingatkan naik kuda laju dia berlari, rupanya penjaga tu cuma bawak 2 round aje. Ingat naik kuda liar, macam lembu rodeo tu.

Semua pemilik muka di atas sedang tersipu-sipu tanda setuju untuk diperkudakan.

Eh, tak puas lagi diperkudakan sehingga kita pulak memperkudakan ia?

Oleh kerana masih ada banyak lagi masa sebelum check out, kitorang pun beli tiket untuk pergi memanah lagi! Seronok giler memanah ni. Nak balas dendam yang semalam punya. Tapi, macam semalam juga, semua anak panah ke laut.


Selesailah sudah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di resort ini. Memang puas dan seronok habis kat sini. Kau tengoklah sendiri gambor-gambor kenangan yang Pida rakam ini ye. Tengok la best tak best kitorang kat sini.


Muka-muka riang budak-budak yang seronok sakan ikut mak bapak masing-masing.

Rania, Sufi dan Aqil beraksi di kedai cetak tempat beli tiket. Busur yang dipegang tu adalah aksesori yang digunakan ketika mengambil gambar di studio mini bertemakan koboi ini.









Peristiwa main layang-layang ini berlaku ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari Eagle Ranch Resort. Kami singgah di Masjid ATM untuk bersolat. Lepas solat, ab mengeluarkan layang-layang yang dibuatnya sendiri. Kebetulan angin tengah kuat, jadi berjayalah layang-layang itu diterbangkan.

Saat sedih tiba ketika kami berpisah haluan. Kami ke KL sementara ab ke Johor. Pida kalau setiap kali ab (dan mak) nak balik mesti Pida nangis. Setiap kali. Memang gembeng anak jawa sorang ni.


Alhamdulillah, hajat untuk menghiburkan ab bersama-sama keluarga akhirnya dapat terlaksana. Kesian melihat ab yang masih kesedihan. Bukan ab sahaja, malah kami semua terutama si gembeng yang bernama Pida ini. Mudah-mudahan ada lagi kesempatan untuk menggembirakan ab dengan bercuti ke tempat-tempat menarik.

Percutian di Eagle Ranch Resort boleh dikira happening jugak. Kalau kau jenis yang minat dengan aktiviti outdoor yang mencabar dan mengeluarkan peluh ketiak, di sinilah tempatnya. Walaupun nampak agak mahal, tapi Pida rasa puas hati sebab dapat melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan selama ini seperti go kart dan memanah. Pengalaman baru tu.

Tapi ada sesuatu yang musykil di sini. Kitorang sewa 4 bilik Kampung House kan? Peliknya, bilik Pida tak ada arah kiblat. So masuk bilik ab di sebelah (attached room). Esoknya Pida naik atas ke bilik adik Pida, eh? Kok arah kiblatnya lain? Muskil... muskil...

Masa tu dah nak balik, jadi tak adalah semak dengan android apps ke... atau tengok arah matahari terbenam ke... tapi semasa check out tu, Pida bagitau pada staf kaunter supaya menyemak dan memastikan semula arah kiblat yang tepat.

Selain itu, Pida juga ada isi borang maklum balas tetamu dengan menyatakan perkara yang sama. Pida harap pihak pengurusan Eagle Ranch Resort telah mengambil tindakan atas komen yang diberikan.

Apapun, Eagle Ranch Resort memang best. Kalau nak rasa cabaran yang manja-manja, datanglah ke sini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...