Salam Samsung,
Petang semalam lepas syampu rambut, Pida rasa bosan sebab takde buat apa-apa. Nak makan, dah kenyang (sebenarnya takde apa nak makan - dapur tak berasap dah seminggu!) Last-last makan kacang pistachio yang mak bawak dari Mekah.
Nak tengok tv, takde citer yang best. Bukak sana iklan, bukak sini iklan. Last-last tutup.
Budak-budak bertiga tu pulak pergi jalan-jalan keliling taman naik motor dengan abah diorang. Ingat nak ikut, tapi kang nanti orang kata keluarga Pida ni buat tatu angkatan tentera ke apa satu motor naik ramai-ramai.
Last-last Pida pikir.... hmmm... nak buat apa 'ek? Cisss masih pikir rupanya. Ingatkan dah ada idea.
Hokeylah, sebenarnya Pida nak buat review sikit tentang telefon + tab Galaxy Note keluaran Samsung.
Benda alah ni dah berada di pasaran lama dahh... orang pun dah ramai yang pakai. Dah tak fenomena pun. Abis tu kenapa Pida baru sibuk nak buat review? Nak menunjuk la tu.
Isyy... takde maknanya nak menunjuk. Kalau Pida nak menunjuk, dari dulu lagi Pida dah berlagak. Lagipun, ustaz kata, kalau kita riak, dosa tau! Nanti Allah tarik balik nikmat tu.
Macam ni la saiz telefon Galaxy Note ni. Lebih gedabak daripada Galaxy SII dan lebih cinonit daripada Galaxy Tab. Nak ukur dengan kedua-dua model tu tak ada, jadi ukurlah dengan novel jiwang Rania. |
Dah nak sama besar dengan kepala budak 7 tahun. Tapi Rania ni kepala dia memang jendul sikit pun. |
Masih tentang saiz. Does size matter? |
Kanak-kanak bawah umur kena guna dua tangan untuk pegang. Kalau pegang satu tangan, kalau henpon tu jatuh, siaplah mak kau cubit kau. |
Jom kita uji Note ni sama ada dia paham apa yang Pida tulis ataupun tidak. |
Bukak menu kat bawah tu, sentuh pada menu Handwriting-to-text. Kita tengok siapa yang kena! (Itu tangan Aqil. Pantang aku lepa sikit, dia akan rembat henpon tu nak main game) |
Lerrr.... apa kejadahnya Hai jadi Itai? "Apa" jadi "APA". Kau ni tak pandai baca ke apa hah? Ke tulisan aku yang buruk? |
Okeh, kita cuba tulis orang putih pulak. I love you! Itu je kalimah yang terlintas di fikiran Pida masa tu sebaik terpandang gambar kawin sendiri tengah posing atas katil. |
Eh, elok pulak kau menafsirkannya. Kau ni memang telepon orang putih 'eh? |
Dengan pen ini juga, kau boleh meluahkan kreativiti kau sendiri atau mendajal kreativiti orang lain. |
Apa lagi yang Pida suka sangat kat Galaxy Note ni? Kamera dia! |
Selain disifatkan sebagai 2 dalam 1 (telefon dan tab), ia juga boleh dianggap telefon + tab + kamera digital = padanan yang sempurna. Dengan 8 megapixel, kamera ini boleh menghasilkan gambar yang sangat sharp dan cantik. Boleh rujuk entry ini untuk gambar-gambar yang diambil menggunakan Galaxy Note. Dan juga entry ini. (Tapi tak semua gambar cantik, sebab Pida tak terror ambik gambar). Cuma nak cerita pasal sharp dia aje. |
Menu pada kamera ini sama macam yang ada pada kamera kompak biasa. Pida rasa handy giler bila dapat pegang henpon, tab dan kamera kompak dalam satu gajet aje. |
Keypad nombor yang besar gedabak sangat sesuai untuk orang yang rabun macam nenek Pida. |
Fungsi-fungsi lain secara asasnya sama dengan henpon-henpon yang lain.
Apa yang tak bestnya dengan Galaxy Note ni?
Masa cas bateri yang sangat lama - boleh sampai 3 jam lebih kalau bateri kau betul-betul kong.
Jangka hayat bateri ok tak? Ok la kalau kau cuma gunakan untuk call dan mesej-mesej je. Dapat la tahan 2 hari 2 malam. Tapi kalau kau pulun main game dari sebelum Subuh sampai tinggal makan minum solat apatah lagi, tengah hari pukul 12 pun bateri dah boleh kong. Pendek kata bergantung la pada penggunaan kau. Pendek tak pendek sangat la.
Lagi satu, Galaxy Note ni kadang-kadang 'hang' iaitu beku. Tekan sana tak boleh, sentuh sini tak jalan. Mungkin sebab ada beberapa aplikasi yang tidak ditutup (exit) betul-betul. Maksudnya, mungkin kau tak sabar nak masuk jamban, kau main tekan je butang tengah tu tanpa exit properly. Sebenarnya aplikasi tu masih tergantung di awang-awangan, sebab tu la kau akan dapati Galaxy Note kau tu 'hang.'
Satu cara untuk mengurangkan 'berat beban' Note ini ialah dengan melepaskan beban RAM. Kau masuk Application, pastu kau masuk pulak Task Manager. Pada tab RAM, kau sentuh butang Clear memory. Nanti kau akan dapati banyak aplikasi yang ditutup dan kau akan tengok penggunaan RAM berkurangan dengan ketara.
Ataupun pada tab Active Application, kau sentuh butang Exit All. Sama jugak dia akan ringankan RAM henfon kau tu.
Ataupun kalau nak lebih senang lagi, kau just tekan butang Home yang kat tengah-tengah tu lama-lama sampailah dia keluar Task Manager. Kat situ kau boleh tengok aplikasi-aplikasi yang sedang running dan kau boleh tutup semuanya di situ. Sama je tujuannya untuk ringankan penggunaan RAM.
Menyentuh tentang penggunaan bateri, ada beberapa tips yang Pida ikut untuk memanjangkan hayat bateri. Antaranya ialah jangan 'sync' emel secara automatik (buat secara manual je), kurangkan 'display brightness' dan matikan GPS dan blutut kalau tak digunakan.
Pada Pida, Galaxy Note ini adalah gajet yang sangat pintar dan canggih kalau kita benar-benar tahu memanfaatkannya. Sekarang ni pun Pida tengah belajar tips and tricks sebab Galaxy Note ni banyak cara singkat untuk buat itu dan ini.
Contohnya kalau nak on blutut, kaugoyang je Galaxy Note tu macam kaugoncang Nescafe Shake (perghh ingat dulu kecik-kecik ada Nescafe Shake). Nanti dia akan on sendiri dan akan detect blutut orang lain. Tapi pastikan kau betul-betul goyangkan henpon, bukan goyang montot hokeh!
Contoh shortcut yang lain ialah kalau kau tak nak jawab panggilan, tapi kau tak nak putuskan terus agar tak nampak macam kejam sangat, kau terbalikkan aje telefon ini biar skrin memandang bawah. Nanti dia akan jadi mode silent. Sesuai dibuat ketika mendapat panggilan daripada ofis sedangkan kau sedang mengular di restoran atau kedai kasut pada waktu pejabat. (shortcut yang ada sama dengan shortcut bagi handphone Samsung yang lain).
Lagi satu shortcut ialah dalam Contact, kaupilih seorang contact, kauseret ke kanan untuk call, kauseret ke kiri untuk mesej/SMS. Senang je. Tak payah nak klik pada contact tu pastu nak pilih sama ada nak klik ikon call atau SMS.
Pida rasa setakat ini dulu coretan Pida mengenai Galaxy Note. Tak keterlaluan kalau Pida katakan, telefon pintar ini menjadi teman Pida yang sangat berguna sekarang. Kerana atas platform Android, macam-macam apps boleh dimiliki termasuklah menentukan tarikh kesuburan sendiri hihihi... (Teknik perancangan keluarga secara tradisional.)
Hokeh, kita jumpa lagi dalam ulasan yang akan datang tentang.... tentang apa 'ek? Tungguuuu....!
¹Khas untuk pembaca bernama T.U.L.I.S.A.N yang ingin tahu cara membuat screen shot dengan tangan. Hehe. Macam ni caranya.
Kemudian dengan menggunakan kaedah kukus grill panggang, kukus grill panggang, kukus! Kauseret tangan kau tadi ke kiri. Akan bunyi 'klik' macam bunyi kamera. |
Peh! review samsung ala samseng...!
ReplyDeleteHaha.. ni review dari hati nurani yang tulus suci. Walaupun mcm samseng.
ReplyDeleteS3 bila plak??
ReplyDeleteFello, S3 tak buat review sebab aku tak pakai.
ReplyDeletemaksudnya....
ReplyDeletesoalan aku - S3 bila nak pakai?? Bukannya S3 bila nak review...
Ooo... begitu maksudmu....
ReplyDeleteS3 aku tak pakai la sebab aku sayang sangat kat Note ni. Ko la pakai S3 pastu buat review eh? Aku pun nak tau jugak kelebihan S3 tu. Plissss...
hehe
Laaa..baru tau pasal seret2 utk call n msg.haha.padahal dh bbulan2 beli note -.-''
ReplyDeleteLaaa..baru tau pasal seret2 utk call n msg.haha.padahal dh bbulan2 beli note -.-''
ReplyDeleteHaha... ye ke Lyndaz?
DeleteSaya pun rujuk tips kat internet je hihi.
nak print screen dr note ni.. tunjuk tutorial pleasee.
ReplyDelete#kamsahamnida!
Salam T.U.L.I.S.A.N,
DeleteInsya Allah nanti Pida update ye. TQ so much ;)
Saya dah tunjukkan tutorial. Semoga bermanfaat!
DeleteTQ;)
knp bateri galaxy note sush nk masuk,,,,,,,cas2 x masuk
ReplyDeleteHai @tiRa,
DeleteEntahlah 'ek... agaknya charger tu rosak kot. Cuba try dengan charger lain atau try charger tira tu dengan bateri lain. Mesti salah satu (sama ada bateri atau charger) yang rosak.
Kalau masih ada warranty, pegi aje ke kedai tu balik hehe.
TQ ;)
assalamualaikum . nak tanya , semua bende alah tu boleh buat kat samsung galaxy note lepas kena upgrade ke ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam Anony,
DeleteSemua benda alah tu boleh dibuat tanpa upgrade. Maknanya itu semua fungsi dan tips & trick asas bagi Note yang default OSnya gingerbread.
So tak payah upgrade ke ice-ceram sandwich pun dah boleh buat semua benda alah tu ye.
TQ.
saya mahu jual ipad 2 16g wifi COD Ipoh, de sesiapa yg berminat tak?
ReplyDeleteSalam.. Sy br trjmpa post pida ni..bagus2!
ReplyDeleteTp nak tmpang tanya psl printscreen tu.. Selain dari goyang tepi tapak tangan ke kanan dan kekiri, ada cara lain x utk buat? Sbb sy perasan ms tgh jwb call dlm keadaan screen hp bertutup dgn cover..tiba2 muncul bunyi snap and dh jd printscreen. Padahal i xde usik pun screen hp. Pida tau x kenapa?
Anony, selain kiri kanan, arah atas bawah pun blh printscreen.
DeletePasal yg dia printscreen sndr tu saya tak pasti. Mungkin masa tgh ckp tu terseret telinga kot hahaha.
Tq.
baru jumpa blog yang sempoi ni...maklumlah pengguna baru...menarik dan byk fungsinya yang belum habis diteroka...btw ni kira blog rujukan utk pengguna Samsung Galaxy Note II (thanks to my hubby yang bagi hadiah telefon nie...hihi)
ReplyDeleteGood, selamat bergembira dengan note 2!
DeleteBatery note 2 memang tahan xlebih sehari ye kalau main internet? Rasanya pakai 6jam lepas tu kena charge..ke dah kondem
ReplyDeleteZulfikar, bateri note 2 saya tahan 2 hari 2 malam dengan penggunaan internet (data) secara tidak aktif (sekali-sekali bukak internet).
DeleteTapi kalau saya onkan internet 24 jam, bateri note 2 tu boleh tahan sehingga 1 hari 1 malam sahaja.
Kawan saya punya bateri hanya tahan sampai tengah hari sahaja walaupun pada malamnya dia dah cas penuh. Dia cuba tukar bateri baru, sama juga. Rasanya mungkin cip pada handphone tu sendiri.
Cuba pergi repair kalau ada waranti. Sebab by right, seperti bateri saya, boleh tahan 2 hari 2 malam.
TQ.
Tq byk2..bagi info yg amat berguna
ReplyDeleteTQ k-on, semoga mendatangkan faedah!
Deletehahaha! comel je kukus gril panggang! kukus grill panggang... mcm org gile sy gelak sorang2
ReplyDeletehehehe. rasa berdosa pulak.
Deletetq :)
tk pyh nak rase berdosa sgt la sis oiii
ReplyDeletesuker aty dier ler nk rase bdose ke tidakk.koo niii
ReplyDelete