Salam terlabik,
Entry dapa rahi nii daalah tentang murah terlabik. Eh, asapal Dipa kacap terlabik lupak ni? Liga ke Dipa ni?
Maaflah, Pida memang biasa kacap terlabik dengan adik-beradik Pida. Kitorang kalau kacap terlabik ni memang dengar macam satu bahasa yang betul-betul wujud.
Bercakap mengenai terbalik ni, baru-baru ni Pida melawat ke sebuah tarikan terbaru di negeri Sabah iaitu Rumah Terbalik di Tamparuli.
Papan tanda yang menyambut kedatangan pelawat ke Rumah Terbalik. Ia terletak di tepi jalan dalam perjalanan ke Kinabalu Park di Kundasang. |
Ada apa pada rumah terbalik ini? Of course la ada sesuatu yang istimewa. Ia adalah satu-satunya rumah berkonsepkan terbalik di Asia Tenggara dan yang keenam seumpamanya di dunia. Pemiliknya adalah orang tempatan.
Pemandangan hadapan Rumah Terbalik. Kau tak payah nak menonggeng-nonggeng pulak. Tak payah nak gosok-gosok mata sampai terjojol bijik mata. Bukan salah mata kau, memang rumah ni terbalik. |
Kalau tak silap Pida, tiket masuk ke Rumah Terbalik ni ialah RM10 seorang. (Tiket masuk untuk rombongan Pida telah dibayar oleh pihak penganjur). Pada Pida, memang mahal la. Setakat tengok dan masuk sekejap, RM10 tu mahal. Tapi kalau kita fikir ialah adalah untuk satu pengalaman unik yang tidak terdapat di tempat lain, maka anggaplah RM10 itu sebagai harga yang perlu dibayar untuk merasai pengalaman baru ini.
Selain itu, pelawat dilarang sama sekali untuk mengambil gambar keadaan di dalam Rumah Terbalik. Jika kantoi mengambil gambar di dalam rumah, pelawat akan didenda RM100 untuk setiap gambar. Dan yang lebih memilukan, gambar tersebut juga akan dipadam (delete) serta-merta. So... Ada bran?
Di sekeliling Rumah Terbalik ini ialah kawasan rumput dan bunga-bunga. Rumput tu jangan dipijak, nescaya kena sound nanti. |
Eh, takkanlah guna gam budak sekolah. |
Oleh kerana pelawat tidak boleh mengambil gambar di dalam rumah, maka biarlah Pida ceritakan aje kepada kau. Secara ringkasnya, keadaan di dalam rumah adalah terbalik. Semua perabot, barang, peralatan elektrik hatta kucing sekalipun berada dalam keadaan terbalik.
Contohnya, set sofa dan permaidani kelihatan di atas kepala kita. Sebenarnya kedudukannya betul, cuma ia terbalik. Boleh bayangkan kan? Yang menariknya, keadaan di dalam jamban nampak real je. Ada mangkuk jamban (tanpa makhluk kecik-kecik), ada besen siap dengan baju kotor yang belum dibasuh.
Dalam bilik anak remaja, kita boleh nampak komik bersepah, baju uniform tergantung, beg sekolah dan buku-buku; semuanya berada di atas kepala kita.
Apa yang dirasakan selepas beberapa minit berada di dalam Rumah Terbalik ialah sedikit pening dan mabuk. Rasa macam vertigo. Jadi kitorang cepat-cepat keluar dari rumah tu.
Inilah sebahagian daripada member-member Pida. Kami tidak seofis, tapi kami sama jawatan dan datang dari kampus-kampus yang berlainan di seluruh Malaysia. |
Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah tarikan pelancongan terbaru di Sabah. Mungkin masih ramai yang belum mengetahui tentang rumah unik ini. Best jugak dapat pengalaman baru di Rumah Terbalik ini.
Kalau kau ke Sabah, jangan lupa singgah sini ya bah!
menarik sambil membayangkan keadaan dalam rumah tu.. ;)
ReplyDeleteHai aizamia, kalau nak tengok macam mana rupa rumah terbalik ni, carik aje kat google dengan keyword upside down house. Cantik dan unik semuanya. ;)
ReplyDeletecheh! uncle siap terbalikkan laptop ni....
ReplyDeleteTkasih, pertama kali saya mengetahuinya.
ReplyDeleteTkasih Pida krana telah meneroka sampai ke sana dan menyiarkannya di sini.
Uncle, sengaja la tu nak tengok saya terbalik!
ReplyDeleteCikgu Mat Som, kalau bukan kerana peluang yang diberikan penganjur, entah bila saya dapat ke sini! Haha.