Selepas mengunjungi Rumah Terbalik di Tamparuli, Pida dan anggota rombongan Cik Peah Ronggeng meneruskan perjalanan ke Kundasang untuk menikmati keindahan Gunung Kinabalu. Dalam perjalanan, kami dengar lagu Macam Di KK nyanyian Janrywine J. Lusin. Best ooo lagu ni.
Kalau ikut perancangan awal memang la nak daki gunung tertinggi di Malaysia ni, tapi memandangkan semua ahli rombongan vogue-vogue belaka dengan handbag versace cap ayam dan kasut tumit tinggi, maka Pida dan konco-konco Pida cuma dibawa melawat ke kaki gunung sahaja.
Perjalanan dari bandar KK ke Kundasang memakan masa lebih kurang dua jam setengah dengan menaiki bas pesiaran. Kalau merempit naik motor mungkin boleh sampai dalam masa sejam tolak campur langgar lampu merah dan lain-lain kesalahan jalan raya.
Perjalanan yang jauh tidak dirasakan bosan kerana pemandangan sekitar yang sangat indah. Pida yang tak pernah tengok Gunung Kinabalu di depan mata rasa tak sabar-sabar nak tengok gunung. Terjenguk-jenguk, terteleng-teleng kepala Pida meninjau ke luar tingkap bas sampai kena sound dengan member sebelah, "Kau duduk diam-diam boleh tak?"
Kami pun akhirnya tiba di Pekan Nabalu. Ia merupakan pekan kecil yang mempunyai keistimewaan yang besar. Selain menjadi tempat persinggahan yang menempatkan gerai-gerai cenderamata, di sinilah tempat terbaik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu dari dekat.
Kita intai dulu dari celah pokok ni. Wah.... dah nampak puncak itu! Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan! |
Pida cukup bertuah pada hari itu kerana dapat melihat puncak Kinabalu dengan jelas kerana pada masa itu ia tidak dilitupi awan. Cuba kauperhatikan awan tu, macam asap gunung berapi kan? |
Saujana mata memandang. Tak berkedip mata Pida menyaksikan panorama yang mengasyikkan ini. Lantas Pida mengeluarkan pen dan kertas lalu kunukil sebuah puisi berjudul Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. |
Puncak Gunung Kinabalu. |
Selepas sejam berada di Pekan Nabalu, kami meneruskan wisata kami ke Taman Kinabalu. Perjalanan mengambil masa setengah jam lagi.
Masih galak ambik gambar dari dalam bas. (Semua gambar diambil dengan Galaxy Note). Member sebelah dah pasrah dengan ketiak yang menghinggap di mukanya. Last-last Pida tengok dia dah tak sedarkan diri. Ntah tido ntah koma. |
Rasa macam malas pulak nak habiskan cerita ni. Kalau tergantung macam ni je kau marah tak?
Subhanallah....sungguh menakjubkan!
ReplyDeleteMemang cantik dan indah alam ciptaanNYA..
ReplyDeleteYe, sungguh indah ;)
Delete