Monday, July 9, 2012

Darmawisata - Aww! Digigit ikan kelah di Ranau (Tagal Sg Moroli)

Salam Ranau,

Setelah berada selama sejam di Taman Kinabalu, Pida bersama anggota-anggota rombongan Cik Peah Ronggeng menuju ke satu tempat rekreasi yang sangat cool dan happening iaitu Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti yang terletak di Ranau.



Papan tanda arah menuju ke Tagal Kg. Luanti Baru. Pida tanya kat abang pemandu pelancong tu, "Bang, tagal tu apa?" Abang tu jawab, "Ooo... tagal tu dalam bahasa tempatan bermaksud 'tak boleh memancing'. Kalau kita tangkap ikan kat sungai ni, kita boleh kena denda gitu!" Ia adalah satu sistem yang digunakan dalam pemeliharaan sumber hidupan sungai seperti ikan kelah dan keli.



Pengunjung ke kampung ini disambut dengan papan tanda selamat datang. Rasa seronok dah mula merasuk diri sebab terkenangkan keseronokan yang bakal menyeronokkan diri Pida nanti. Seronok noks!



Dah nampak dah...! Sungai! Wah, tak sabar rasanya nak masuk sungai ni. Kali terakhir Pida masuk sungai ialah pada tahun lepas di Sungai Congkak. Bestnya sungai!



Sabor Pida! Baca peraturan tu dulu buat tambah pengetahuan. Nak masuk sungai ni berbayar. Bukan percuma macam yang kaufikirkan. RM5 sorang. 15 minit je. Yek ellee.... 15 minit je?


Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, Pida adalah antara orang terawal yang menerpa masuk menuju ke arah sungai laksana dah tak jumpa laki selama 3 bulan gamaknya. Nak tau apa yang istimewa sangat di sungai ni? Spa ikan kelah! Nampak tak yang hitam-hitam dalam air tu? Ikan kelah tu!



Ikan-ikan ni kau jangan cakaplah... besar-besar gaban wa cakap lu! Panjang-panjang lengan kau tu ha. Banyak giler, jinak-jinak belaka!



Ikan-ikan inilah yang akan membaham kaki kau. Sama ada kau yang mati kena baham atau ikan ni yang mati tak tahan bau kaki kau. Kita tengok siapa yang kenaaa!!!


Masa first time Pida cecahkan kaki ke dalam sungai ini, ikan-ikan tu terus kerumun kaki Pida (ikan-ikan ni tak kena bau lagi ni). Pida yang lemah lembut ni pun menjerit-jerit kerana kegelian. Rasa nak pijak-pijak je ikan ni. I benci geli you!


Kau tengok la tu, makin kujerit, makin digigit. Aww! Aww! Pida menjerit. Sakit wooo kena gigit ikan. Brader baju kuning tu memang pendengki durjana, sengaja dia bagi ikan makan kat area-area kaki Pida biar ikan kerumun dan gigit kaki Pida yang masih suci ini.



Ko tengok! Sampai tahap ke celah kaki aku dia mendengki. Kau ni sebenarnya nak main dengan ikan ke nak dengar aku menjerit Wan? Kau yang tengah baca tu jangan pulak speku Pida ada skandal dengan budak ni. Dia teruna lagi. Dia panggil Pida akak ok. Mampus kalau laki aku nampak. Tidur luar la aku malam ni.


Inilah seumur hidup Pida kena kerumun ikan kelah besar-besar lengan. Ada juga ikan keli. Kalau ikutkan hati yang lembut ini, memanglah geli. Tapi bila memikirkan ini peluang, mungkin satu-satunya peluang untuk ke sini, Pida pun berani-berani takut masuk ke sungai ini.


Bila dah cukup 15 minit, hon pun dibunyikan. Rasa tak puas lagi nak main dengan ikan-ikan ni. Rasa tak bersih lagi diorang gigit kulit-kulit mati kat tumit tu. Takpelah, lepas ni gigit sendirilah.


Kami berada lebih sejam di Kampung Luanti ini. Kampung ini sungguh damai. Rasa jeles je sebab rumah diorang dekat dengan sungai. Rumah Pida dekat dengan kedai runcit. Lagi best.

Nampaknya setakat ini dululah kisah spa ikan kelah ini. Pida nak datang ke sini lagi. Pida pasti akan merindui gigitan ikan-ikan kelah ini. Sekarang ni bila Pida tengok tumit sendiri, tiba-tiba kerinduan menjelma terhadap ikan-ikan tu. Boleh gitu?

No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...