Adalah menjadi perkara biasa bagi kita sementara nak tunggu waktu berbuka tu, kita dah berkumpul depan juadah berbuka. Tak kiralah hidangan apa yang bakal dijamu nanti, yang pentingnya kau anak-beranak ataupun house mate kau dah bersila depan makanan. Betul tak? Eleh, jangan buat-buat pandang kiri kanan la... kaubuat kan? Ececeh...
Yang ada tu lagi teruk, lagi setengah jam nak masuk waktu berbuka puasa, air soya cincau dah siap-siap dituang ke dalam cawan dan letak di bibir. Bila bunyi je azan, tinggal togok je. Tak sempat baca doa pun. Eee... notty!
Bercakap tentang berbuka puasa ni, apa yang kau akan lakukan sementara nak tunggu azan lagi 2-3 minit tu? Takkan nak hadap je nasi tomato dan ayam masak merah tu? Silap-silap tak sampai seminit dah habis kena bedal. Jadi apa kata kauikut panduan dan cadangan Pida ni?
1) Lagi 2-3 minit nak azan maghrib tu, dan kebetulan kau pun dah berkumpul kat meja makan satu keluarga, apa kata kau main game lawan mata? Kau tenung mata abah kau, abah kau tenung mata kau balik. Siapa berkelip dulu dia kalah. Atau siapa tak berkelip sampai azan, dia boleh habiskan kuih akok tu sorang-sorang.
Trick menipu : Kau buat-buat pandang belakang atau bawah kononnya ada benda jatuh pastu kau pejam mata puas-puas sebelum kauhadap abah kau tu semula. (Sebenarnya masa kau pandang tempat lain tu, abah kau pun puas pejamkan mata kasi refresh).
2) Main teka-teki. Lebih elok kalau teka-teki tu berkisar tentang suasana puasa dan lebaran yang bakal menjelang. Contohnya, banyak-banyak lemang, lemang apa warna merah? Jawapannya, lemang tertumpah sirap.
3) Main teka-teka saiz kasut raya. Kauteka saiz kasut abah kau, abah kau teka saiz kasut mak kau, mak kau teka saiz kasut kau. Siapa jawab paling tepat boleh habiskan jelly kelapa sorang-sorang.
4) Cipta lagu raya terbaru. Mesti kau dah bosan dengan lagu raya yang ada sekarang kan? Apa kata sementara nak tunggu azan tu, kau cipta melodi lagu raya terbaru, pastu kau upload dalam Youtube. Mana tau, kau akan jadi artis Youtube yang berjaya seperti Najwa Latif?
5) Anyam daun ketupat. Dalam 2-3 minit nak tunggu azan tu, kalau kauanyam daun ketupat, boleh dapat 4-5 bijik kalau kau terrer. Kalau kau buat secara berjemaah, boleh dapat 20 bijik sarung ketupat. Kau buat macam game la, siapa dapat buat paling banyak, dia boleh habiskan cendol pulut sorang-sorang.
6) Buat perbincangan dengan suami/isteri nak balik ke kampung siapa raya nanti. Aktiviti ni kena buat dengan berhemah dan diplomasi. Jangan emosi. Kalau isteri sentap (sebab tak balik kampung dia), maunya kau kena melahap sorang-sorang segala juadah, hidangan dan pencuci mulut yang ada tu. Errr, tapi itu best jugak kan?
Tapi kalau kau taknak buat apa yang Pida cadangkan di atas, ada baiknya juga jika kauisi masa 2-3 minit masa berkualiti tu dengan memberikan tazkirah ringkas kepada anak-anak.
Beri nasihat agar anak-anak kita menjaga adab berpakaian yang sopan... |
...menutup aurat... |
... dan menjaga tingkah laku supaya manis dipandang mata, sesuailah dengan pakaian sopan yang disarungnya... |
Nasihatkan juga kepada anak-anak bahawa mereka adalah tanggungjawab kita, oleh itu ke mana sahaja mereka pergi dan apa sahaja yang mereka lakukan, haruslah diawasi oleh kita. |
"Allahu Akbar Allahu Akbar...!"
Azan dah dilaungkan, selamat berbuka puasa!
Akhir sekali, khas untuk pembaca semua. (Sebenarnya Pida tengah jakun dengan QR code ni. Orang lain dah lama pakai, Pida baru nak pakai hehe...)
Ada mesej tersembunyi. Kalau kau ada QR reader, cuba kau scan dan decrypt balik kod ini.;) |
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!