Pada minggu lepas, sedang Pida berjalan-jalan di koridor pejabat untuk ke kafeteria, eh silap, bukan ke kafe tapi ke bilik boss, Pida terpandang satu poster yang menarik perhatian Pida.
Poster itu berkata, "Majlis solat Zuhur bersama Imam Muda Gaza... bla bla bla..."
Pida jadi rasa macam tak jejak tanah je masa tu. Teringat perbualan Pida bersama suami 3 hari sebelumnya.
<3 hari sebelumnya>
Pida sedang menonton siaran berita di televisyen. Tiba-tiba terpandang satu caption mengenai 4 orang imam muda hafiz dari Gaza datang ke Malaysia sempena bulan Ramadhan ni. Ia adalah satu usaha murni oleh sebuah badan NGO iaitu Aqsa Syarif. Mereka akan menjadi imam solat tarawih di masjid-masjid terpilih di setiap negeri.
Mendengar perkhabaran itu, Pida jadi begitu teruja. Pida segera berkata kepada suami Pida. "Abang, kalau diorang datang tempat kita, kita pergi eh?"
Pida katakan begitu sebab Pida merasakan ia sesuatu yang sungguh istimewa bagi rakyat Malaysia apabila menerima kunjungan tetamu yang datang dari jauh; sejauh tanah semenanjung Gaza yang kita semua tahu bukan mudah bagi mereka untuk datang ke sini.
<><><>
Jadi, apabila mendapat tahu imam muda Gaza akan datang ke masjid di tempat Pida bekerja, bukan seorang tetapi keempat-empatnya, pehhh.... melompat aku! Kalah orang tak puasa. Rasa bagai pucuk dicita ulam mendatang. Tak sangka diorang datang ke tempat kerja Pida.
Tak sabar nak menanti waktu Zuhur. First time dalam hidup aku beria-ia tunggu masuk waktu Zuhur. Biasanya beria-ia tunggu masuk waktu Maghrib je sebab nak buka puasa.
Apabila tiba waktu yang dijanjikan....
Gambar ni dah tahap kronik tangan aku menggigil. Serius gila tapi Pida tak tau kenapa boleh menggigil. Hahaha. Siot la tangan aku ni. |
Renungan matanya tu... bercahaya! Beruntungnya, muda-muda dah menghafaz al-Quran. |
Laungan semangat jihad menceritakan betapa kuatnya cita-cita dan perjuangan mereka untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin dari cengkaman Yahudi Zionis laknatullah. |
Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata kepada tetamu-tetamu istimewa ini. |
Terima kasih kerana sudi datang ke tempat Pida... Mampir lagi yuk! |
Jangan lupakan kami orang-orang Malaysia yang sangat menyayangi kamu rakyat Palestin di Gaza. |
Pengalaman bertemu dengan Imam Muda Gaza ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada Pida. Pida rasa kita di Malaysia ni dah cukup bertuah. Bukan cukup, malah terlalu bertuah kalau nak dibandingkan dengan orang-orang Islam di tempat lain seperti di Gaza.
Pida bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini. Bila dah tengok sendiri kekuatan emosi dan semangat yang dipamerkan oleh mereka ini dalam memperjuangkan kemerdekaan dan keluar dari belenggu penjajahan, Pida dapat rasakan mereka memang pejuang jihad yang sangat hebat.
Sebelum berpisah, mereka sempat memberi nasihat agar kita sentiasa berpegang kepada ajaran al-Quran. Mereka juga meminta kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua orang yang berada di Gaza; yang saban hari bergelut dengan ketidakpastian antara hidup dan mati.
Semoga Allah melindungi saudara-saudara kita yang berada di Gaza dan mudah-mudahan kita mengambil iktibar daripada kesengsaraan mereka di sana.
Bertuahnya Pida dapat berjumpa Imam-imam Muda Gaza tersebut. Bilalah mereka nak datang ke Parit Sulong agaknya?
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang saya rasa bertuah sangat dapat jumpa imam muda gaza ni. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.
ReplyDeleteCikgu, dalam jadual negeri Johor, Imam Taha Sulaiman akan berada di Masjid Parit Lapis Bangas pada hari Ahad, 5 Ogos.
http://www.aqsasyarif.org.my/2012/07/senarai-lokasi-imam-muda-dari-gaza-di-negeri-johor/
Bolehlah cikgu datang dan jangan lupa update entry hehehe.
ada kat fb kamu kan?
ReplyDeleteUncle, ye. Yang dalam fb tu gambar yang saya rakam selepas membaca poster tersebut. Saya uploadkan dlm fb pada waktu itu juga untuk pengetahuan member-member saya.
DeletePihak kami mohon iziz untuk share pengalaman puan ni di fb kami >>> Aqsa Syarif Johor
ReplyDeleteTerima kasih
Silakan.
DeleteTerima kasih :)