Salam settle,
Sejak minggu lepas ada sorang staf boss call Pida.
"Pida, tolong installkan e-terimaan kat pc boss," kata staf ini menyatakan masalah.
"Aiseyman, gua outstation kat luar ni," Pida membalas dengan malas.
"So macam mana?" dia bertanya lagi.
"Macam tu la... lu tunggu la sampai gua balik minggu depannya lagi," Pida berbahasa dengan sopan sekali.
"Tak pe la... gua delegate pada budak gua," masih sopan gaya bahasa pertuturan Pida.
Pida pun call technician Pida mintak dia tolong settlekan masalah. Pida bagitau dia, CD installer ada dalam laci bilik Pida. Pida ajar dia cara-cara nak pecah masuk pintu bilik Pida sebab dia takde kunci bilik Pida.
Masalah selesai. Itu pada tanggapan Pida.
Pagi tadi, staf yang sama call lagi.
"Pida, eP boss 'hang' la."
Aiseyman, ni yang aku malas ni. Pagi-pagi dah kasi aku masalah. Takpelah... tukar masalah tu jadi rezeki. Mind setting kena betul, barulah boleh jadi positif.
So, sejak pagi tadi Pida dengan technician Pida stay kat bilik boss untuk selesaikan masalah. Nasib baik boss takde, so dapatlah Pida duduk atas kerusi kulit mahal dia tu. Ye la... bila lagi kan nak merasa. Harapkan kerusi sendiri setakat boleh pusing 360 darjah tapi kaki dah tempang. Kalau senget sikit mau tertonggeng aku.
Berbalik kepada masalah tadi. Ini masalah baru ni. Semua kaedah dah cuba. If-then-else dah guna berapa ratus kali tapi masih tak settle. Pida dah mula bosan. Last-last technician Pida cakap, "Cuba tengok balik apa yang saya buat masa Pida suruh minggu lepas."
Pida pandang muka dia. Tengok balik apa yang kaubuat minggu lepas? Kau nak bagitau aku ini kau punya pasal ke?
Pida pun tak banyak cakap. Terus masuk kernel direktori. Periksa satu baris demi satu baris. Mak aii... banyaknya line. Mata dah mula berpinar tengok nombor-nombor ip yang sangat banyak.
Tiba-tiba mata Pida kesan sesuatu. Something fishy. Ada 2-3 perenggan line yang redundant. 2-3 line yang duplicate. Ok, inilah puncanya kenapa aplikasi eP tu tak dapat berfungsi.
Pida trace satu-satu line dan buang line yang duplicate dengan berhati-hati. Kalau salah delete lagi besar masalah aku nanti. So, mata yang bulat dan galak adalah tools yang diperlukan dalam misi ini.
Tiiittt... tiiittt....
Pida buang mana yang patut. Pastu Pida run aplikasi tu.
YES!!! Berjaya! Alhamdulillah.... rupanya adalah masalah di peringkat host file. Fuhh... lega. Kalau tidak, maunya Pida kena tidor kat opis settlekan masalah tu.
Technician Pida pun melonjak-lonjak kegembiraan. Pastu Pida jegilkan mata kat dia. Kenapa kau tak mengaku dari pagi tadi Musalmahhhhh????!!!!!
Pida menulis dengan rasa bebas; tanpa belenggu, tanpa asakan, tanpa takut, tanpa mewakili apa-apa dan siapa-siapa. Apa yang Pida tulis dan luahkan tidak semestinya melambangkan keperibadian Pida. Blog ini juga sebagai memori terhadap perjuangan allahyarham bonda tercinta yang begitu tabah menghadapi kanser sehingga ke akhir hayatnya. Tidak sesaat Pida tidak merinduinya.
Friday, June 29, 2012
Monday, June 25, 2012
Realiti kehidupan milik si kecil ini
Salam realiti,
Semasa makan malam bersama member-member di sebuah kawasan seafood di tengah-tengah bandaraya KK sebentar tadi, Pida telah menyaksikan satu realiti hidup yang menyentuh hati Pida.
Saksikan gambar ini. Ia sudah cukup mudah untuk dimengertikan.

Pida teringat akan Rania yang sedang bermain game di laptop selepas menyiapkan homework. Bila penat, Rania akan masuk tidur seawal jam 9 malam di bilik berhawa dingin. Tidur beralas tilam empuk bercadar Disney Princess.
Pida harap budak comel ini tidak akan lama berada di tempat ini, selewat ini kerana tempat dia bukan di situ.
Namun mungkin ada cerita lain tentangnya yang tidak kita ketahui. Siapa tahu?

posted from Bloggeroid
Friday, June 22, 2012
Kissingku bukan untukmu!
Salam kissing,
Tengah hari tadi Pida hantar Rania ke sekolah. Macam biasa, Pida akan cium anak sulung Pida tu kat pipi kiri kanan, dahi dan bibir pun cium sekali kasi lengkap 360○.
Kemudian sebagai ibu generasi x, Pida bersyarah ala-ala bagi tazkirah sikit kat Rania.
"Belajar rajin-rajin ye nak..."
"Be good darling..."
"Dengar cakap cikgu..."
"Jangan belasah kawan."
"Jangan jelir lidah kat makcik kantin."
Dan banyak lagi nasihat.
Selepas Rania agak-agak bengkak telinga dia, Pida pun melepaskan dia.
Tapi macam biasa jugak Pida akan menyampaikan flying kiss untuknya dari jarak jauh.
Malangnya semasa Pida buat flying kiss tu Rania tak pandang Pida sebab dia dah berjalan meninggalkan Pida.
Tetapi yang nampak Pida buat flying kiss itu ialah cikgu Rania. Cikgu laki-laki hokeh!
Alamak, cit! Cikgu tu pandang Pida lama-lama. Pida dah gelabah ditambah rasa kemaluan. Eh si Rania ni apasal tak pandang aku ni kasi cover. Dia terus je menonong menuju ke kelas meninggalkan Pida terperangkap bersama cikgu lelaki tadi.
Pida pun sembunyi di balik tembok sambil baca ayat kursi. Pastu Pida jenguk balik. Cikgu tu masih tengok Pida!
Last-last Pida masuk kereta, start enjin dan vroommm terus blah!
Bertuah kau Rania. Kau nak bagi mak skandal ye?

Thursday, June 21, 2012
Sufi - 2 tahun sudey!
Salam Sufi,
Minggu lepas Pida dan keluarga mengadakan majlis sambutan hari lahir Sufi yang ke-2.
Majlis yang Pida buat ni kecik-kecilan, atau dalam bahasa poyonya majlis berskala rendah.
Nak diberitakan sebenarnya kalau ikut nafsu, Pida nak buat majlis yang havoc-havoc, hiruk-pikuk gitu, tapi cukuplah dengan hanya menjemput adik-beradik aje. Kang kalau jemput satu taman tak menang tangan nak melayan tetamu.

![]() |
Bergambar ramai-ramai sebelum memotong kek. Aqil merampas kuasa daripada individu yang diraikan iaitu Sufi. Tu yang nampak Sufi bengkek je tu. |
![]() |
Laaa... tu kenapa sampai nak buat harakiri tu... kan dah dapat pisau sorang satu... |
![]() |
Semua kanak-kanak yang hadir (anak-anak aku sendiri je) berebut-rebut nak potong kek. Terpaksalah Pida masuk dapur bukak laci carik pisau kek yang lama-lama. |
![]() |
Razin pun datang jugak bersama babah, mama dan Sofia. |
![]() |
Kau nak kacau aku sangat kan? Dah tu kenapa kau lari bila aku ajak comolot? |
Friday, June 15, 2012
Review : Samsung Galaxy Note (review cara samseng)
**Entry terkini : Samsung Galaxy Note II
Salam Samsung,
Petang semalam lepas syampu rambut, Pida rasa bosan sebab takde buat apa-apa. Nak makan, dah kenyang (sebenarnya takde apa nak makan - dapur tak berasap dah seminggu!) Last-last makan kacang pistachio yang mak bawak dari Mekah.
Nak tengok tv, takde citer yang best. Bukak sana iklan, bukak sini iklan. Last-last tutup.
Budak-budak bertiga tu pulak pergi jalan-jalan keliling taman naik motor dengan abah diorang. Ingat nak ikut, tapi kang nanti orang kata keluarga Pida ni buat tatu angkatan tentera ke apa satu motor naik ramai-ramai.
Last-last Pida pikir.... hmmm... nak buat apa 'ek? Cisss masih pikir rupanya. Ingatkan dah ada idea.
Hokeylah, sebenarnya Pida nak buat review sikit tentang telefon + tab Galaxy Note keluaran Samsung.
Benda alah ni dah berada di pasaran lama dahh... orang pun dah ramai yang pakai. Dah tak fenomena pun. Abis tu kenapa Pida baru sibuk nak buat review? Nak menunjuk la tu.
Isyy... takde maknanya nak menunjuk. Kalau Pida nak menunjuk, dari dulu lagi Pida dah berlagak. Lagipun, ustaz kata, kalau kita riak, dosa tau! Nanti Allah tarik balik nikmat tu.
Fungsi-fungsi lain secara asasnya sama dengan henpon-henpon yang lain.
Apa yang tak bestnya dengan Galaxy Note ni?
Masa cas bateri yang sangat lama - boleh sampai 3 jam lebih kalau bateri kau betul-betul kong.
Jangka hayat bateri ok tak? Ok la kalau kau cuma gunakan untuk call dan mesej-mesej je. Dapat la tahan 2 hari 2 malam. Tapi kalau kau pulun main game dari sebelum Subuh sampai tinggal makan minum solat apatah lagi, tengah hari pukul 12 pun bateri dah boleh kong. Pendek kata bergantung la pada penggunaan kau. Pendek tak pendek sangat la.
Lagi satu, Galaxy Note ni kadang-kadang 'hang' iaitu beku. Tekan sana tak boleh, sentuh sini tak jalan. Mungkin sebab ada beberapa aplikasi yang tidak ditutup (exit) betul-betul. Maksudnya, mungkin kau tak sabar nak masuk jamban, kau main tekan je butang tengah tu tanpa exit properly. Sebenarnya aplikasi tu masih tergantung di awang-awangan, sebab tu la kau akan dapati Galaxy Note kau tu 'hang.'
Satu cara untuk mengurangkan 'berat beban' Note ini ialah dengan melepaskan beban RAM. Kau masuk Application, pastu kau masuk pulak Task Manager. Pada tab RAM, kau sentuh butang Clear memory. Nanti kau akan dapati banyak aplikasi yang ditutup dan kau akan tengok penggunaan RAM berkurangan dengan ketara.
Ataupun pada tab Active Application, kau sentuh butang Exit All. Sama jugak dia akan ringankan RAM henfon kau tu.
Ataupun kalau nak lebih senang lagi, kau just tekan butang Home yang kat tengah-tengah tu lama-lama sampailah dia keluar Task Manager. Kat situ kau boleh tengok aplikasi-aplikasi yang sedang running dan kau boleh tutup semuanya di situ. Sama je tujuannya untuk ringankan penggunaan RAM.
Menyentuh tentang penggunaan bateri, ada beberapa tips yang Pida ikut untuk memanjangkan hayat bateri. Antaranya ialah jangan 'sync' emel secara automatik (buat secara manual je), kurangkan 'display brightness' dan matikan GPS dan blutut kalau tak digunakan.
Pada Pida, Galaxy Note ini adalah gajet yang sangat pintar dan canggih kalau kita benar-benar tahu memanfaatkannya. Sekarang ni pun Pida tengah belajar tips and tricks sebab Galaxy Note ni banyak cara singkat untuk buat itu dan ini.
Contohnya kalau nak on blutut, kaugoyang je Galaxy Note tu macam kaugoncang Nescafe Shake (perghh ingat dulu kecik-kecik ada Nescafe Shake). Nanti dia akan on sendiri dan akan detect blutut orang lain. Tapi pastikan kau betul-betul goyangkan henpon, bukan goyang montot hokeh!
Contoh shortcut yang lain ialah kalau kau tak nak jawab panggilan, tapi kau tak nak putuskan terus agar tak nampak macam kejam sangat, kau terbalikkan aje telefon ini biar skrin memandang bawah. Nanti dia akan jadi mode silent. Sesuai dibuat ketika mendapat panggilan daripada ofis sedangkan kau sedang mengular di restoran atau kedai kasut pada waktu pejabat. (shortcut yang ada sama dengan shortcut bagi handphone Samsung yang lain).
Lagi satu shortcut ialah dalam Contact, kaupilih seorang contact, kauseret ke kanan untuk call, kauseret ke kiri untuk mesej/SMS. Senang je. Tak payah nak klik pada contact tu pastu nak pilih sama ada nak klik ikon call atau SMS.
Pida rasa setakat ini dulu coretan Pida mengenai Galaxy Note. Tak keterlaluan kalau Pida katakan, telefon pintar ini menjadi teman Pida yang sangat berguna sekarang. Kerana atas platform Android, macam-macam apps boleh dimiliki termasuklah menentukan tarikh kesuburan sendiri hihihi... (Teknik perancangan keluarga secara tradisional.)
Hokeh, kita jumpa lagi dalam ulasan yang akan datang tentang.... tentang apa 'ek? Tungguuuu....!

Macam ni la saiz telefon Galaxy Note ni. Lebih gedabak daripada Galaxy SII dan lebih cinonit daripada Galaxy Tab. Nak ukur dengan kedua-dua model tu tak ada, jadi ukurlah dengan novel jiwang Rania. |
Dah nak sama besar dengan kepala budak 7 tahun. Tapi Rania ni kepala dia memang jendul sikit pun. |
Masih tentang saiz. Does size matter? |
Kanak-kanak bawah umur kena guna dua tangan untuk pegang. Kalau pegang satu tangan, kalau henpon tu jatuh, siaplah mak kau cubit kau. |
Jom kita uji Note ni sama ada dia paham apa yang Pida tulis ataupun tidak. |
Bukak menu kat bawah tu, sentuh pada menu Handwriting-to-text. Kita tengok siapa yang kena! (Itu tangan Aqil. Pantang aku lepa sikit, dia akan rembat henpon tu nak main game) |
Lerrr.... apa kejadahnya Hai jadi Itai? "Apa" jadi "APA". Kau ni tak pandai baca ke apa hah? Ke tulisan aku yang buruk? |
Okeh, kita cuba tulis orang putih pulak. I love you! Itu je kalimah yang terlintas di fikiran Pida masa tu sebaik terpandang gambar kawin sendiri tengah posing atas katil. |
Eh, elok pulak kau menafsirkannya. Kau ni memang telepon orang putih 'eh? |
Dengan pen ini juga, kau boleh meluahkan kreativiti kau sendiri atau mendajal kreativiti orang lain. |
Apa lagi yang Pida suka sangat kat Galaxy Note ni? Kamera dia! |
Selain disifatkan sebagai 2 dalam 1 (telefon dan tab), ia juga boleh dianggap telefon + tab + kamera digital = padanan yang sempurna. Dengan 8 megapixel, kamera ini boleh menghasilkan gambar yang sangat sharp dan cantik. Boleh rujuk entry ini untuk gambar-gambar yang diambil menggunakan Galaxy Note. Dan juga entry ini. (Tapi tak semua gambar cantik, sebab Pida tak terror ambik gambar). Cuma nak cerita pasal sharp dia aje. |
Menu pada kamera ini sama macam yang ada pada kamera kompak biasa. Pida rasa handy giler bila dapat pegang henpon, tab dan kamera kompak dalam satu gajet aje. |
Keypad nombor yang besar gedabak sangat sesuai untuk orang yang rabun macam nenek Pida. |
Fungsi-fungsi lain secara asasnya sama dengan henpon-henpon yang lain.
Apa yang tak bestnya dengan Galaxy Note ni?
Masa cas bateri yang sangat lama - boleh sampai 3 jam lebih kalau bateri kau betul-betul kong.
Jangka hayat bateri ok tak? Ok la kalau kau cuma gunakan untuk call dan mesej-mesej je. Dapat la tahan 2 hari 2 malam. Tapi kalau kau pulun main game dari sebelum Subuh sampai tinggal makan minum solat apatah lagi, tengah hari pukul 12 pun bateri dah boleh kong. Pendek kata bergantung la pada penggunaan kau. Pendek tak pendek sangat la.
Lagi satu, Galaxy Note ni kadang-kadang 'hang' iaitu beku. Tekan sana tak boleh, sentuh sini tak jalan. Mungkin sebab ada beberapa aplikasi yang tidak ditutup (exit) betul-betul. Maksudnya, mungkin kau tak sabar nak masuk jamban, kau main tekan je butang tengah tu tanpa exit properly. Sebenarnya aplikasi tu masih tergantung di awang-awangan, sebab tu la kau akan dapati Galaxy Note kau tu 'hang.'
Satu cara untuk mengurangkan 'berat beban' Note ini ialah dengan melepaskan beban RAM. Kau masuk Application, pastu kau masuk pulak Task Manager. Pada tab RAM, kau sentuh butang Clear memory. Nanti kau akan dapati banyak aplikasi yang ditutup dan kau akan tengok penggunaan RAM berkurangan dengan ketara.
Ataupun pada tab Active Application, kau sentuh butang Exit All. Sama jugak dia akan ringankan RAM henfon kau tu.
Ataupun kalau nak lebih senang lagi, kau just tekan butang Home yang kat tengah-tengah tu lama-lama sampailah dia keluar Task Manager. Kat situ kau boleh tengok aplikasi-aplikasi yang sedang running dan kau boleh tutup semuanya di situ. Sama je tujuannya untuk ringankan penggunaan RAM.
Menyentuh tentang penggunaan bateri, ada beberapa tips yang Pida ikut untuk memanjangkan hayat bateri. Antaranya ialah jangan 'sync' emel secara automatik (buat secara manual je), kurangkan 'display brightness' dan matikan GPS dan blutut kalau tak digunakan.
Pada Pida, Galaxy Note ini adalah gajet yang sangat pintar dan canggih kalau kita benar-benar tahu memanfaatkannya. Sekarang ni pun Pida tengah belajar tips and tricks sebab Galaxy Note ni banyak cara singkat untuk buat itu dan ini.
Contohnya kalau nak on blutut, kaugoyang je Galaxy Note tu macam kaugoncang Nescafe Shake (perghh ingat dulu kecik-kecik ada Nescafe Shake). Nanti dia akan on sendiri dan akan detect blutut orang lain. Tapi pastikan kau betul-betul goyangkan henpon, bukan goyang montot hokeh!
Contoh shortcut yang lain ialah kalau kau tak nak jawab panggilan, tapi kau tak nak putuskan terus agar tak nampak macam kejam sangat, kau terbalikkan aje telefon ini biar skrin memandang bawah. Nanti dia akan jadi mode silent. Sesuai dibuat ketika mendapat panggilan daripada ofis sedangkan kau sedang mengular di restoran atau kedai kasut pada waktu pejabat. (shortcut yang ada sama dengan shortcut bagi handphone Samsung yang lain).
Lagi satu shortcut ialah dalam Contact, kaupilih seorang contact, kauseret ke kanan untuk call, kauseret ke kiri untuk mesej/SMS. Senang je. Tak payah nak klik pada contact tu pastu nak pilih sama ada nak klik ikon call atau SMS.
Pida rasa setakat ini dulu coretan Pida mengenai Galaxy Note. Tak keterlaluan kalau Pida katakan, telefon pintar ini menjadi teman Pida yang sangat berguna sekarang. Kerana atas platform Android, macam-macam apps boleh dimiliki termasuklah menentukan tarikh kesuburan sendiri hihihi... (Teknik perancangan keluarga secara tradisional.)
Hokeh, kita jumpa lagi dalam ulasan yang akan datang tentang.... tentang apa 'ek? Tungguuuu....!
¹Khas untuk pembaca bernama T.U.L.I.S.A.N yang ingin tahu cara membuat screen shot dengan tangan. Hehe. Macam ni caranya.
Kemudian dengan menggunakan kaedah kukus grill panggang, kukus grill panggang, kukus! Kauseret tangan kau tadi ke kiri. Akan bunyi 'klik' macam bunyi kamera. |
Thursday, June 14, 2012
Cepatlah sembuh wahai emak
Salam sembuh,
Petang semalam mak membuat rawatan susulan di hospital di Ayer Keroh. Kata doktor, mak kena buat sesi radioterapi sebanyak 15 kali lagi. Mendengar itu, Pida terkedu. Ya Allah... 15 kali lagi?
Hari tu mak dah buat 5 kali radioterapi. 5 kali dalam masa 5 hari berturut-turut. Setiap hari Ab hantar mak ke hospital untuk radioterapi. Pida? Adik-adik Pida? Kami kerja masa tu. Mak tak bagitau pun yang mak berulang-alik masa tu. Tak nak kami tau, kata mak.
Mak beritahu doktor, lagi sebulan mak akan buat rawatan tu. Mak kata mak dah penat sangat. Mak tak sanggup nak merasa kesan selepas rawatan. Lepas buat radioterapi masa tu mak jadi letih sangat dan tak lalu makan. Akibatnya, mak lemah dan takde tenaga.
Pida tak taulah nak cakap apa. Tadi masa telefon mak, Pida tak boleh tahan nangis. Pida tak boleh cover kesedihan Pida. Mak siap sound, "Kenapa ko pulak yang nangis? Mak tak de apa-apa la... Ko tu jaga diri dan keluarga ko sendiri."
Lepas tu suara mak dah bergetar. Pida tau mak nangis jugak. Kita sama-sama nangis, mak.
Mak, ikutlah pada kemampuan tubuh badan mak. Hanya mak yang merasainya. Pida cuma boleh cakap je, Pida tak rasa apa yang mak rasa walaupun Pida seboleh-bolehnya cuba untuk meletakkan diri Pida di tempat mak. Tapi tak sama dengan perasaan mak sendiri.
Pida cuma boleh mendoakan agar Allah menyembuhkan mak. Pida tak pernah lupa untuk terus berharap agar mak sembuh juga suatu hari nanti.
Mak, pada saat ini Pida rasa biarlah Pida yang menanggung kesakitan mak. Pida sanggup asalkan mak tak sakit lagi.
Cepatlah sembuh wahai emak...

Sejambak bunga yang cantik untuk emak yang cantik. |
Tuesday, June 12, 2012
Kenapa kau kena unfriend?
Salam unfriend,
Kau pernah kena unfriend dari Pesbook tak? Pida pernah juga kena unfriend. Giler sadis bila kena unfriend. Rasa macam diri dah tak berguna lagi je.
Agak-agak kau la, apa sebab friend kau tu tiba-tiba unfriend kau? Mesti ada sebab kan? Takkan suka-suka paleotak dia nak memutuskan hubungan silaturrahmi yang dah terjalin selama ini, kan?
Jadi, Pida buat kajian sendiri. Bukan syok sendiri tapi syok sorang-sorang. Ah, sama je kejinya.
Hasil daripada keinsafan dan sesi muhasabah diri lepas kena unfriend beberapa kali, Pida dapat rumuskan punca-punca seseorang itu meng'unfriend' kau. Padan muka!
1) Kau tak komen kat wall dia dengan kata-kata manis "Hai! Makin kiut nampak!"
2) Kau tak 'like' status dia padahal dia update status seminit 10 status.
3) Dah la kau tak 'like' status dia, kau komen macam nak carik pasal pulak seperti "Woi, perut lapar pun nak bagitau ke?" atau "Bodohnya status awak." Sentap mak noksss!!
4) Dia invite kau macam-macam apps, haram kau tak respon. Kau bagi dia amaran lagi ada... kau kata kat dia "Jangan la asyik hantar apps aje... bosan la wei!"
5) Bila dia tag gambar dia tengah posing cantik, atau dia tag gambar produk bisnes dia, kau remove. Pastu kau tulis kat wall dia dengan berkata, "Eeee semak la! Jangan tag lagi hokeh! Kang aku unfriend kau." Last-last kau yang kena unfriend hahaha.
6) Kau adalah friend yang tak serupa friend. Ada macam takde. Lagi baik kau berambus dari friend list dia, itu kata dia la.
7) Kau kemaruk tag gambar kat dia. Hey! Dia tak sukalah!
8) Dia bergaduh dengan friend kau yang lain, pastu dengan kau-kau sekali terima bala.
9) Dia dah tak suka kau.
10) Dia nak kutuk kau dalam status-status dia. Kang kalau kalau baca, kantoi la.
Sebenarnya, Pida pun tak sedar dan tak tahu siapa yang unfriend Pida. Walaupun friend Pida tak ramai, tapi Pida tak boleh ingat semua. Tapi Pida tau Pida kena unfriend sebab bilangan friend berkurangan daripada semalam.
Tapi ada jugak orang yang dah unfriend, tiba-tiba nak befriend balik! Entah bila masa dia unfriend aku pun aku tak tau! Heeeeee tak malu.
Tak nak kawan!

Tak payah nak sentap-sentap. Hidup mesti diteruskan walaupun dah kena unfriend. |
6) Kau adalah friend yang tak serupa friend. Ada macam takde. Lagi baik kau berambus dari friend list dia, itu kata dia la.
7) Kau kemaruk tag gambar kat dia. Hey! Dia tak sukalah!
8) Dia bergaduh dengan friend kau yang lain, pastu dengan kau-kau sekali terima bala.
9) Dia dah tak suka kau.
10) Dia nak kutuk kau dalam status-status dia. Kang kalau kalau baca, kantoi la.
Sebenarnya, Pida pun tak sedar dan tak tahu siapa yang unfriend Pida. Walaupun friend Pida tak ramai, tapi Pida tak boleh ingat semua. Tapi Pida tau Pida kena unfriend sebab bilangan friend berkurangan daripada semalam.
Tapi ada jugak orang yang dah unfriend, tiba-tiba nak befriend balik! Entah bila masa dia unfriend aku pun aku tak tau! Heeeeee tak malu.
![]() |
Err... Nak kawan balik boleh tak? Heeee.... |
Tak nak kawan!
Monday, June 11, 2012
Si kecil yang menderita
Salam kecil,
Pida ada seorang kawan. Dia ada anak perempuan yang berumur setahun dua bulan. Kecik lagi. Baru pandai berjalan.
Ada apa pada kawan Pida ni? Anak dia yang berumur setahun dua bulan tu sedang menderita barah hati.
Kaubayangkanlah...
Minggu ni anak itu akan menjalani pembedahan membuang 80% daripada hatinya. Kerana doktor pakar yang merawatnya berkata pembedahan itu perlu dilakukan untuk membuang bahagian organ yang telah dijangkiti sel kanser. Dan dia memerlukan penderma hati yang sesuai.
Sebelum ini anak dia pernah menjalani rawatan kimoterapi.
Aduh.... sedihnya Pida rasa. Simpati. Dan empati.
Masa dia datang opis kejap minggu lepas, puas dia ceritakan pada Pida tentang anak dia tu. Dan puas jugalah Pida menangis tatkala dia bercerita.
Budak sekecil usia satu tahun sudah menghidap barah hati. Sudah menjalani kimoterapi. Dan doktor beritahu, peluangnya selepas pembedahan tersebut hanyalah 50-50.
Macam mana la budak sekecil itu menanggung kesakitan sebegitu. Dan macam mana pula ibunya melayan risau, bimbang, duka...
Namun dia kuat sebenarnya. Dia aktif macam kanak-kanak lain seusianya. Pida sendiri tengok dia berlari sana berlari sini, macam budak sihat, tak macam budak sakit.
(Ya Allah, di kala ini aku amat mensyukuri segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku.)
Semoga Allah menyembuhkan anak ini.

Thursday, June 7, 2012
Memori terpatri di halaman kampung
Salam memori,
Minggu lepas balik kampung jumpa mak bapak rasa seronok dan puas semacam.
Minggu ni bila balik ofis rasa malas dan tak produktif. Siap rasa macam nak berenti keje terus pun ada.
Ditambah pula dengan cuti sekolah, ramai staf cuti, ofis hampir kosong, kantin jual lauk yang sama, pak guard masih meronda di tempat yang sama, bau jamban masih sama, rutin pun sama.
Kenangan balik kampung payah nak dilupakan...
Sekali lagi kuwar-warkan, arghhhh malasnya nak keje minggu ni!

Rania dan Aqil dan siap-siap tunggu Tokyi dan Mamaneh sampai dari KLIA. Sementara menunggu tu, diorang main ram-ram-rep dulu kat padang rumah nenek. |
![]() |
Waktu ni diorang tengah berbincang siapa nak kejar siapa. Mesti ada hantu yang mengejar, orang yang dikejar tu akan terjerit-jerit ketakutan kononnya. |
![]() |
Detik penentuan... Main ojus-ojus, siapa kalah jadi hantu. Rania buat burung, Aqil buat air, burung minum air, air habis, burung menang, air kalah = Aqil kalah = Aqil jadi hantu. |
![]() |
Terkekek-kekek ketawa sambil berlari di tengah padang. Rania dah tak serupa gadis desa berkain dan bertudung, habis dilarungnya. |
![]() |
Giliran Aqil pulak lawan kemuncup. Sambil-sambil tu Nia kunyah kemuncup buat ulam. Awet muda, mak, katanya. |
![]() |
Selepas puas main kemuncup, Rania pergi melawat reban ayam, itik dan angsa di bangsal belakang rumah nenek. Rania sedang bergaya ala-ala pelancong dari Perancis. |
![]() |
Rania berlari lintang-pukang tak cukup tanah apabila dikejar oleh seekor angsa jantan yang berhajat menyudunya. Hahahaha padan muka kau Nia, tadi berposing ngalahkan majalah Mangga. |
![]() |
Ini setelah mak dan ab balik. Tengah minum air zam zam tu. Kau nak tau, si Aqil tu ada ke dia pesan air badak kat mamaneh dia suruh beli kat Mekah. Nak terkencing mamaneh dia ketawa. |
![]() |
Keesokan harinya Pida bawak diorang jalan-jalan kat taman rekrerasi dan padang permainan. |
![]() |
Budak comot. Baju, seluar dan kasut adalah barangan turun-temurun daripada Aqil. Jimat duit aku. |
Sekali lagi kuwar-warkan, arghhhh malasnya nak keje minggu ni!
Subscribe to:
Posts (Atom)