Friday, June 22, 2012

Kissingku bukan untukmu!

Salam kissing,

Tengah hari tadi Pida hantar Rania ke sekolah. Macam biasa, Pida akan cium anak sulung Pida tu kat pipi kiri kanan, dahi dan bibir pun cium sekali kasi lengkap 360○.

Kemudian sebagai ibu generasi x, Pida bersyarah ala-ala bagi tazkirah sikit kat Rania.

"Belajar rajin-rajin ye nak..."

"Be good darling..."

"Dengar cakap cikgu..."

"Jangan belasah kawan."

"Jangan jelir lidah kat makcik kantin."

Dan banyak lagi nasihat.

Selepas Rania agak-agak bengkak telinga dia, Pida pun melepaskan dia.

Tapi macam biasa jugak Pida akan menyampaikan flying kiss untuknya dari jarak jauh.

Malangnya semasa Pida buat flying kiss tu Rania tak pandang Pida sebab dia dah berjalan meninggalkan Pida.

Tetapi yang nampak Pida buat flying kiss itu ialah cikgu Rania. Cikgu laki-laki hokeh!

Alamak, cit! Cikgu tu pandang Pida lama-lama. Pida dah gelabah ditambah rasa kemaluan. Eh si Rania ni apasal tak pandang aku ni kasi cover. Dia terus je menonong menuju ke kelas meninggalkan Pida terperangkap bersama cikgu lelaki tadi.

Pida pun sembunyi di balik tembok sambil baca ayat kursi. Pastu Pida jenguk balik. Cikgu tu masih tengok Pida!

Last-last Pida masuk kereta, start enjin dan vroommm terus blah!

Bertuah kau Rania. Kau nak bagi mak skandal ye?

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Mesti cikgu tu handsome!

    ReplyDelete
  2. Cikgu Mat Som, kalau guru tu hansem sekalipun apa yang boleh saya buat! Hahaha.

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Pida...
    Mesti cikgu tu dah jatuh cinta kat pida...tunggu kat situ. take care

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Mak Wardah,

    Saya jamin cikgu tu tak jatuh cinta kat saya, dia cuma perasan dan pelik. Hihi.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...