Monday, June 25, 2012

Realiti kehidupan milik si kecil ini

Salam realiti,

Semasa makan malam bersama member-member di sebuah kawasan seafood di tengah-tengah bandaraya KK sebentar tadi, Pida telah menyaksikan satu realiti hidup yang menyentuh hati Pida.

Saksikan gambar ini. Ia sudah cukup mudah untuk dimengertikan.



Pida teringat akan Rania yang sedang bermain game di laptop selepas menyiapkan homework. Bila penat, Rania akan masuk tidur seawal jam 9 malam di bilik berhawa dingin. Tidur beralas tilam empuk bercadar Disney Princess.

Pida harap budak comel ini tidak akan lama berada di tempat ini, selewat ini kerana tempat dia bukan di situ.

Namun mungkin ada cerita lain tentangnya yang tidak kita ketahui. Siapa tahu?

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...