Saturday, May 16, 2015

Hari Guru hari mulia

Salam hari guru,

Hari ini Hari Guru. Sebab hari ini ialah 16 Mei. 16 Mei ialah Hari Guru. Jadi hari ini ialah Hari Guru. Simple math.

Dulu-dulu semasa masih bersekolah, Pida ternanti-nanti tarikh 16 Mei ni. Sebab biasanya di sekolah, majlis sambutan Hari Guru diadakan pada hari ini. Hari Guru biasanya mood cikgu baik-baik aje. Takde nak marah-marah, takde nak garang-garang. Cikgu yang paling garang macam singa meroyan pun akan jadi sporting pada Hari Guru.

Hari Guru bukanlah asing bagi keluarga Pida. Ini kerana mak dan ab dulu pun merupakan guru. Sampai dah pencen pun orang masih panggil cikgu. Dah mati pun orang masih panggil Cikgu Noorsiah; cuma dah naik pangkat sikit, jadi arwah Cikgu Noorsiah. Betapa hebatnya guru!

Masa mak dan ab masih mengajar dulu, kalau tiba Hari Guru, mesti balik rumah bawak balik hadiah. Macam-macam jenis. Ada yang bagi pen, ada yang hadiahkan bunga, ramai juga yang hadiahkan kad ucapan.

Pida pun, kalau tiba Hari Guru, Pida akan mintak mak belikan hadiah untuk cikgu-cikgu Pida. Mak sporting, dia layan je apa yang Pida nak sebab mak faham. Yelah, mak kan cikgu, jadi mak mengerti la perasaan seorang cikgu yang menerima hadiah tanda penghargaan daripada anak muridnya.

Masa berganti. Sekarang anak-anak Pida pulak yang teruja menyambut Hari Guru. Siap ajak Pida pergi emporium nak belikan cikgu hadiah. Sekarang ni pulak, kedai-kedai memang dah menyediakan hadiah-hadiah dan cenderahati khas untuk Hari Guru. Jadi senang nak pilih. Tinggal ambik dan bayo aje.

Sempena Hari Guru yang mulia ini, Pida nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru Pida yang telah mencurah keringat mendidik Pida sehingga menjadi blogger terkemuka kahkahkah. Jilake betul tahap perasan aku ni.

Terima kasih cikgu. Halalkan segala ilmu cikgu kepada saya. Memang dulu saya budak pandai, budak kelas A walau ada kalanya saya masuk angin jugak. Tapi walaupun saya masuk kelas budak pandai, kenapa saya tak dapat gred 1 masa SPM? Ada ke saya dapat gred 2 aggregat 21.

Tapi cikgu tau kan, masa sekolah dulu saya memang terror mengarang. Sampai Cikgu Rosnah bacakan karangan saya di hadapan kelas. Bangga saya masa tu. Terima kasih cikgu.

Tapi masa sekolah dulu memang cikgu tau kan, saya memang lemah sains dan mat tam. Dahlah lemah, jenis baghal taknak belajo rajin-rajin. Ngabiskan duit mak bapak hantor tuisyen. Last-last dapat P7, P8 dan ada jugak yang F9. Memang saya lauk sangat masa SPM dulu. Sampai sekarang saya tak paham jadual berkala. Ntah hapa kejadah jadual berkala tu ntah.

Oklah cikgu, dah jadi surat ugutan pulak entry Pida kali ini. Sebenarnya nak cakap terima kasih dan Selamat Hari Guru aje, tapi dah melarat siap ngungkit-ngungkit kisah silam saya sebagai budak pandai tapi bongok.

Oklah cikgu, Selamat Hari Guru! Jasamu kukenang selalu!


Imbas kembali tahun 1985. Baru masuk sekolah darjah 1. Sopan je Pida masa ni. Comel kan? Eeee geramnya tengok diri sendiri.

Ini masa form 3. Buruk benor rupa aku time ni. 

2 comments:

  1. Assalam kak, sy emy
    Sy ad bce entry akak pasal mini library y kt loteng tu, akak boleh share gmbr x design loteng tu sy tgh cri idea loteng tuk rmah sy. akak boleh share ke email sy tgemelia@yahoo.com terima kasih kak ,harap akak boleh tlong😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cerimanis.. maaf ye baru reply skrg. Utk pengetahuan Cerimanis, loteng saya tu mmg bentuk segitiga muncung bumbung tu. Jadi mak saya buat kabinet buku ikut bentuk loteng segitiga tu je. Seolah2 mcm built in cabinet.

      Tq :)

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...