Salam Farm,
Rasanya macam dah lama sangat tak berjalan-jalan dengan keluarga. Sejak bertukar pejabat baharu ni, Pida jadi sibuk sangat dengan hal-hal duniawi ni. Kat ofis lama dulu ikut suka hati abah aku je nak cuti bila-bila aku mau, tapi ofis baharu ni lain sikit.
Kalau nak berjalan-jalan pun, kena tunggu hujung minggu macam hari Sabtu dan Ahad. Itupun bergantung kepada keadaan jugak. Kadang Sabtu dan Ahad tulah nak lepak kat rumah, kemas-kemas apa yang patut.
Jadi disebabkan lama tak berjalan-jalan, budak-budak pun dah komplen mak asyik keje mengalahkan CEO 1MDB sibuknya, maka pada hari Ahad baru-baru ni Pida bawak diorang keluar makan angin di satu tempat yang dah lama wujud tapi sumpah aku baru tahu. Gila tak update aku ni rupanya.
Nama tempat yang kami lawati ini ialah Farm In The City. Ia terletak di Seri Kembangan, Selangor.
|
Haa, kau jangan ingat aku ni sibuk sangat sampai mengabaikan anak-anak. Tengok tu muka masing-masing happy aje kan? Ke kau nampak diorang takde perasaan? |
|
Ko tengoklah si Muhaimin tu. Siap toleh tu tengok amoi pakai seluar pendek. Ntah hapa-hapalah anak kecik aku sorang ni. |
|
Mesti kau nak tanya berapa harga tiket masuk ke FITC ni kan? Tapi kau takut nak tanya direct sebab aku tak sertakan alamat emel untuk dihubungi. Nah, tengok tu berapa harganya. Kira mahal la jugak. Ngalahkan nak masuk Aquaria. Tapi kitorang masuk free sebab kitorang pemegang saham FITC ni. Taklah, aku tipu je. Kitorang dapat hadiah tiket percuma daripada agen pelancongan .... |
|
Kalau pengunjung lain memakai tag di tangan sebagai pas masuk, kami yang masuk percuma atas tajaan .... ni diberi pelekat. Tengoklah tu, kaulekat aku, aku lekat kau balik. |
|
Papan tanda yang menyambut kedatangan keluarga Pida. Start masuk je, maka bermulalah pengembaraan kami di FITC ini. Yok! |
|
Ini adalah aktiviti pertama sebaik memasuki kawasan FITC ini iaitu memakan kura-kura gergasi. Eh silap, kura-kura gergasi memakan kau. Eh silap lagi, memberi makan kepada kura-kura gergasi. Kat depan pintu masuk tu, ada abang hensem menunggu untuk menghadiahkan kau jambangan kangkung untuk diberi kepada kura-kura tersebut. Ada 3 ekor kura-kura gergasi di situ. |
|
Kura-kura ni badan je besor, tapi penakut. Setakat budak 10 bulan pun dah terkejut, belum lagi bapak budak tu yang naik belakang dia. |
Banyak aktiviti kitorang kat sini. Malaslah nak cerita satu-satu. Aku penat-penat perah idea nak mengarang, kau sedap-sedap je baca. Banyak cantik.
|
Yang ni memang geli giler la. Dah la aku ni manja, tak boleh tengok benda-benda panjang dan lembik, dah tu tetiba ada pulak ular sawa besar atas kepala kan. Memang kaku la aku kat situ kegelian. |
|
Yang ni memang rare la. Biasa gagak kaler hitam kan? Yang ini gagak kaler putih gitu. Ahli-ahli kumpulan gagak hitam mesti dah panas punggung. |
|
Rusa ni jinak siot. Siap nak dimakannya anak aku. Errr... itu kira jinak ke liar? Muhaimin siap dah cuak. Dia takut ibu jari dia kena makan. |
|
The jejantans in my heart. |
|
Gigih laki aku mancing ikan buat lauk malam. dapatlah pirana 3 ekor. |
|
Suasana di FITC ini memang sangat nyaman kerana sepanjang perjalanan, kita akan dipayungi oleh pokok-pokok yang menjadi atap. Haa, jangan kata abang tak payung. |
|
Natang nilah yang tulis kat atas tu. The world's smallest species of madoqua. Arrghhh tension aku sebut nama binatang ni. |
|
Tiba-tiba ada gambar keluarga. Ya Allah ramainya anak aku. |
|
Ini ialah... mmm... nama binatang ini ialah... errr.. errr ya Allah aku serius lupa nama binatang ni. Apa arr? Tenuk ke memerang? |
|
Ini bukan kereta pelawat yang tersalah parking, tapi memang kereta ni dijadikan salah satu bahan pameran di sini. |
|
Dari hari tu aku fikir, kenapa kaki aku macam terpeleot. Ke aku ni cacat sebenarnya? |
|
Rania, Aqil, Sufi, Muhaimin. Bersama kuda padi yang katik. |
|
Nampak noo aku main hentam je kan susun gambo? Tadi dah ada gambar kelaurga yang menegak, ini gambar keluarga yang melintang pulak. |
|
Tengok si Muhaimin tu. Orang letak kepala aje, dia siap letak tangan lagi. |
|
Di luar tu ada sebuah kedai menjual haiwan peliharaan. Kebanyakannya kucing dan hamster. Ada jugak jual ular. |
|
Antara kucing yang dijual. |
|
Tengok berapa harga kucing ni? RM3,980. Mak aii... gaji aku setahun. |
|
Ko nak berak ke apa Sufi? |
|
Ni kat kedai cenderamata. Si Aqil tu sibuk nak beli mainan yang pasang-pasang tu. |
So far, Pida rasa ok laa FITC ni. Untuk budak-budak bandar yang tak pernah nampak ayam, itik, burung, lembu, tu memang sesuai la. Yang memang orang kampung macam aku ni dah tak heran dah. Setakat rusa tu bersepah-sepah kat kampung aku, Tipu je.
Bagus juga bawak budak-budak ke sini. Macam masuk kebun. Suasana pun nyaman dan segar. Kau tunggu apa lagi? Jom ke sini!
No comments:
Post a Comment
Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!