Tuesday, May 31, 2016

Darmawisata : Mentarang Sungai Besar, Selangor

Salam Selangor,

Baru-baru ini Pida dan keluarga berkunjung ke Sungai Besar di Selangor. Kebetulan sekarang ni nama Sungai Besar tengah hot, sebab tak lama lagi akan berlangsung PRK untuk mencari wakil rakyat yang baharu.

Kunjungan Pida ke sini bukanlah atas perancangan rapi. Tetapi dalang utamanya adalah ab. Sebenarnya pada masa tu kami baru balik dari Pulau Pangkor bermalam satu hari di sana. Sebelum ke Pulau Pangkor tu kami pergi ke Taiping. Taiping tu la destinasi utama sebenarnya, sebab nak pergi kenduri kahwin,

Dah tu apa kena-mengena Taiping, Pulau Pangkor dan Sungai Besar? Kau jangan la gelabah sangat. Tunggu la Pida cerita satu-satu ikut kronologi dulu. Belum apa-apa dah kecoh arrr kau ni.

Meh la Pida cerita ikut susunan. Mula-mula kitorang dari KL, pastu gi Taiping. Dari Taiping pergi ke Jeti Marina di Lumut sebab nak naik feri menuju ke Pulau Pangkor. Kat Pangkor kitorang tidur semalam. Esoknya kitorang gi island hoping naik bot laju. Best giler kau. Kalau kau nak tau, kenderaan yang paling Pida suka ialah bot laju. Tak taulah kenapa. Sebab dia laju kot.

Lepas dah beli fridge magnet kat Pulau Pangkor, kitorang pun balik ke darat. Hajat di hati nak terus balik ke KL sebab esoknya budak-budak sekolah, dan Pida pun keje.

Tapi ab ajak kitorang jangan lalu highway. Ab ajak lalu jalan dalam. Tu yang sampai ke Sabak Bernam, Ijok, Sungai Besar semua tu.

Bagi kau orang yang tak pernah sampai ke Sungai Besar, ada satu tarikan yang unik di sini. Eksklusifnya, keunikan tersebut hanya terdapat di Sungai Besar ini sahaja. Nak tau apa dia? Jom!


Inilah yang unik itu. Mentarang. Kau tau ke mentarang tu apa?

Tapi sebelum Pida bagitau apa binatang mentarang ni, Pida nak bawak kau jalan-jalan ke gerai Pakcik Din ni. Gerainya di tepi jalan. Dari jauh dah nampak signboard Din Mentarang Bakar ni. Apa yang ada di gerai ini?


Nampak tak tu nyah?


Ini kerang. Yang hidup pun banyak lagi. Terjelir-jelir kat aku. Tampar kang.

Ini lokan. Besar-besar baq hang.

Besar kan lokan ni.

Yang ni rare. Mesti kau tak tau kan binatang ni. Ini nama dia kijing. Jangan pulak kau tuduh moluska ni baka kijang dengan anjing. Dah jatuh haram mughallazah nanti.

Haa, cer teka haiwan apakah ini? Kalau betul, Pida bagi hadiah penampar. Clue : Kerja binatang ni asyik berkepit aje.

Inilah dia belangkas! Belangkas ni orang makan telur dia. Tapi kalau kau rasa nak makan cengkerang dia tu boleh aje. 

Haaa...!!! Inilah dia binatang mentarang tu. Dia panjang-panjang, warna putih. Hanya terdapat di Sungai Besar sahaja ye tuan-tuan puan-puan sekalian. 

Lepas tu Pida pun order itu, order ini, siap tambah lagi, siap cakap kat Pak Din, Pak Din, kitorang tak nak nasik. Tapi sebenarnya ada Pak Din kisah?


Pak Din dengan tulusnya membakar kerang. Kitorang order kerang bakar, kijing dan ofkos mentarang.

Kerang bakar dah siap! Sambil mengerang, kami minum air kelapa. 

Kerang bakar besar bijik mata dicicah sos. 

Ini hasil kijing selepas dimasak tumis kunyit.

Hek ellehh... besar ni je kijing ni? Buat sentil celah gigi aje.

Yeszaa!!! Mentarang rebus dah siap. Jom kita makan.

Inilah rupa isi mentarang tu. Memang pelik jika dilihat pada kali pertama. Bukan pelik apa, unik je.

Di balik tabir dalam gerai tu, kelihatan sekeluarga sedang makan dengan lahapnya.

Menu-menu lain berasaskan mentarang yang turut ditawarkan di gerai ini.

Rasa mentarang, kijing dan kerang sebenarnya ada perbezaan. Rasa dia macam hanyir-hanyir gitu, macam kupang, kepah, lala dan pepahat jugak la. Adik-beradik la semua tu. Tapi pada Pida, ayam paling sedap kot. Eh, tak sama kategori eh?

Alhamdulillah, kami makan sampai sendawa. Sedap rupanya ratah gitu aje tanpa nasik.

Bila masing-masing dah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Jadi, kepada anda yang teringin nak merasa keenakan mentarang dan kijing, silalah berkunjung ke gerai Pak Din.



No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...