Monday, May 30, 2016

Fantasy Rain Forest @ PICC

Salam fantasy,

Ini kisah lama sebenarnya. Terjadi dalam bulan Mac, tapi akhir bulan Mei baru dikongsi. Nampak tak betapa sibuknya Pida dengan hal-hal duniawi?

Alkisahnya pada suatu hari Sabtu yang nyaman, Pida menerima satu rantaian mesej di wasap. Dia tulis lebih kurang ginilah : Pertunjukan percuma untuk penjawat awam dan keluarga menyaksikan persembahan teater Fantasy RainForest di PICC.

Sebagai seorang insan yang menghargai pemberian percuma (seperti makanan tester percuma), Pida rasa ini peluang baik. Dahlah Pida ni memang suka benda-benda show live ni. Tapi Pida pikir, ini mesti prank ni, saja nak kenakan staf gomen. Ini mesti cubaan nak memburuk-burukkan penjawat awam ni, tuduh Pida tanpa segan-silu.

Jadi, Pida pun menghubungi talian yang disertakan. First-first Pida tanya, Cik betul ke show ni percuma untuk penjawat awam?

Cik tu jawab, ye betul.

Pida pun jadi eksaited sambil membaling telefon ke dinding. Lepas tu Pida sambung cakap, Cik, boleh tak saya nak tempah seat?

Cik tu jawab, boleh. Berapa orang?

Pida pun jawab, 6 orang boleh?

Cik tu jawab, boleh.

Pida cakap lagi, Eh, 7 oranglah.

Cik tu jawab, boleh.

Akhir sekali Pida pun cakap terima kasih cik.

Cik tu jawab sama-sama.



Ini poster teater Rain Forest tu. 

Sesampai di PICC petang tu jugak, Pida terus menuju ke kaunter khas Fantasy Rain Forest ini. Tujuan Pida ke sana bukanlah untuk mencari downline, sebaliknya mengesahkan kehadiran kami segerombolan ni. 

Pida menunjukkan pas pekerja Pida sebagai bukti bahawa Pida adalah staf gomen yang layak menonton pertunjukan percuma ini. Kau nampak tak dia buat apa kat tangan Pida tu? Itu bukannya sesi membatalkan air sembahyang, tetapi dia cop tangan Pida. Hah? Cop? Tak nampak apa-apa pun.

Sebenarnya dia cop infra red. Nanti kat pintu sebelum masuk, ada abang tu dia scan tangan kitorang. Canggih ooo. Kau apa tau.


Biasa la, kena la ambik gambo dulu. Tak hipster la tak ambik gambo.

Nampak tak riak wajah kegembiraan kitorang. Nak tengok pertunjukan percuma memang gembiranya lain macamlah. Si Sufi tu memang tak lekang dengan kopiah dia. Yang duduk mencangkung macam orang utan tu ialah adik Pida. Namanya ehem ehem. Yang diri sebelah Pida tu adik ipar Pida. Nama dia ehem ehem. Yang pakai skirt kembang biru tu ialah penulis blog ini.

Masuk-masuk ke dalam dewan, masih tak ramai orang. Tak sampai separuh pengunjung yang ada. 

Kitorang pun bergambar-gambaran dulu sementara menunggu pertunjukan dimulakan.

Muhaimin kesejukan dalam dewan tu. Seronok dia sebab dalam dewan tu luas dan dia boleh berlari-lari. 

Ini selepas pertunjukan selesai. Kitorang bergambar lagi di sebelah props.

Selesai pertunjukan, penonton pun keluar dari dewan. Ramai jugak la, dalam separuh dewan gitu. Adalah dalam 100 lebih orang penonton.

Secara keseluruhannya, pada Pida pertunjukan Fantasy Rain Forest ini bolehlah dianggap hebat dan bertaraf antarabangsa. Teater ini menonjolkan kemahiran akrobatik yang ohsem dan gerakan liuk lentok penari yang memukau.

Ia membawa kisah simbolik seekor burung kenyalang borneo yang ditembak oleh pemburu yang rakus. Teater ini membawa mesej jelas menyuruh kita memelihara ekosistem hutan belantara dan menghargai makhluk-makhluk hidup di dalamnya.

Cuma rasanya penari-penari dan pelakon teater ini agak seksi dan adakalanya koreografi yang ditarikan agak erotik. Jadi macam tak berapa sesuai untuk penonton yang menjaga pandangan mata. Pida tengok pun rasa malu jugak sebab adegan tarian antara burung kenyalang dengan pemuda itu boleh dikatakan agak intim walaupun Pida faham ia sebenarnya bertujuan untuk mempamerkan skill akrobatik mereka yang hebat.

Pida ada jugak bergambar dengan penari-penari semasa sesi bergambar. Tapi rasa malu pulak nak tepek kat sini sebab aurat terdedah di sana-sini hehehe.

But it's a fascinating show. Persembahan yang menarik, cantik dan sememangnya boleh dibanggakan oleh Malaysia.

Kalau nak baca tentang Fantasy Rain Forest ini, silalah berkunjung ke laman web rasminya; http://fantasyrainforest.com/web/





No comments:

Post a Comment

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...