Sunday, April 7, 2013

Ahad yang comel ^_^

Salam comel,

Pagi tadi semasa Pida ke luar rumah untuk menyidai pakaian, tiba-tiba Pida ternampak makhluk comel kecik-kecik di tempat Pida menyimpan basikal buruk.

Setelah diamat-amati, makhluk comelote itu bukanlah anak harimau, tetapi adalah anak kucing. Tak jauh sangat pun rimau dengan kucing.

Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama kucing bertandang ke rumah Pida sama ada untuk beranak mahu pun membawa anak untuk mencari tempat perlindungan.

Tapi biasanya rumah Pida ni cuma dijadikan transit bagi anak-anak kucing ini sementara nak tunggu diorang membesar.

Lagipun di lorong belakang rumah Pida ni memanh port kucing gelandangan. So diorang memang beranak-pinak dan membina empayar di situ.

Hah, apa kata kau tengok anak-anak kucing ni. Comel kau.... eh bukan kau yang comel.

























2 comments:

  1. comelnya kak!

    ada 3 beradik lg tu...akk belalah diorg ea? :D

    ReplyDelete
  2. cikCT, semuanya ada 4 ekor. Akak tak nak belalah, sebab akak tak suka kucing. Hahahaha!

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...