Wednesday, August 8, 2012

Balik kampong hohohoi! - versi mentua

Salam kampong,

Baru-baru ni Pida sekeluarga balik kampung sempena suka-suka saja. Dah lama sangat tak balik rasanya. Lagipun dah bulan puasa ni elok rasanya kalau balik kampung jumpa atuk dan nenek budak-budak ni. Mesti mak mentua dah rindu sangat kat Pida hohohoi!


Balik kampung yang betul-betul kampung adalah heaven bagi Rania dan Aqil. Tiba-tiba berubah menjadi orang yang cintakan alam sekitar, cintakan tumbuh-tumbuhan dan tiba-tiba juga pandai pegang penyodok tanah. Magik.


Tanah ni atuk kau dah gembur tinggal nak tanam kacang je... apasal kau memandai-mandai sodok tanah tu? Kang terkeluar cacing tak cukup tanah kau berlari. Rania mak tau kau sebenarnya geli kan nak pegang tanah? Bajet orang bandar la tak nak pegang tanah. Kau tengok Aqil, kalau ada taik kat situ pun dia kaut jugak sebab dia ingat tanah.



Gembur, gembur dan gembur lagi! Mari kita main tanam-tanam. Lepas Aqil tanam kakak, kakak tanam Aqil pulak eh? Banyak la kau. Aqil, kakak nampak emas ni. Rantai nenek la ni...



Kat rumah sendiri tak dapat main kereta sorong sebab tak ada. Pida baru je betulkan cara Aqil handle kereta sorong tu. Ada ke mula-mula dia pegi tarik kereta sorong tu macam tarik lanca. Dah nama pun kereta sorong Aqil...



Tadaaa!!! Akhirnya siaplah Rania dan Aqil bercucuk tanam di belakang rumah Atuk.



Salah satu aktiviti yang paling disukai oleh budak-budak ni ialah menunggang motosikal secara berbahaya bersama Atuk. Kat kampung kau jangan cakaplah, naik motor tak pakai helmet keliling pekan tu biasa... Pida pun buat macam tu jugak. Kadang-kadang memang seriau jugak, cilok sana cilok sini tak pakai helmet, peluk laki kuat-kuat, rasa macam bohsia pulak.



Atuk bawak round-round keliling rumah je. Dapat 2-3 round, puas hati, barulah nak masuk rumah. Sufi duduk depan jaga bakul. Yang warna pink tu bukan meja warung, tapi pangkin tempat lepak-lepak, baring-baring, gurau-senda, makan-makan petang sambil menghirup udara segar. Kau ada?



Kalau balik kampung, selalunya Pida pergi ke pasar Parit Jawa, beli udang saiz besar-besar bagak. Harganya ikut musim. Kalau time raya Cina, harganya mencecah RM80 sekilogram. Musim raya Melayu, RM50 sekilogram. Makan sekor pun dah kenyang sebab saiz udang ni besar sangat.



Besar tak besar la.... Cuba kau tengok udang yang Aqil pegang tu. Sama besar dengan lengan dia. Isinya agak kenyal dan rasanya manis.



Tengok tu matanya sampai tersembul keluar. Nak masak apa 'ek?



Akhirnya udang tadi dimasak cili pedas manis. Sedap giler mak mentua Pida masak. Tak cukup sekor. Makan dua ekor. Masuk ekor ketiga muntah. Sebab kenyang sangat.


Begitulah kenangan sehari semasa balik kampung hari tu. Walaupun hanya sehari, tapi budak-budak tu puas dan seronok sebab dapat berjumpa dengan atuk dan nenek, dapat main tanah, bebas bermain di laman yang luas dan mencomotkan diri.

Oh ye, ada satu insiden yang berlaku pada tengah hari tu. Waktu tu semua orang duduk dalam rumah (sebab tengah hari). Aqil keluar sorang-sorang ke belakang rumah menuju ke tapak kebun tadi.

Tiba-tiba kami semua gempar apabila terdengar Aqil menjerit sekuat-kuat hati sambil menangis ketakutan. Kami semua (atuk, nenek, abah, mak usu, Nia dan Sufi) terkejut beruk dan panik mendengar jeritan ketakutan Aqil tu. Kami meluru pantas ke luar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Dalam kepala Pida terfikir macam-macam, Aqil kena hempap motor ke, kaki kena ekzos ke, tertusuk tajak ke, terpijak kaca ke, dan macam-macam lagi.

Pida lantas mendapatkan Aqil yang berdiri ketakutan di luar dan terus memeluknya kuat-kuat. Selepas itu Pida bertanya, "Kenapa sayang...?" Sambil yang lain pun mendapatkan Aqil dengan perasaan panik.

Nak tau apa dia jawab?   ".............ayam...."

Kitorang semua pengsan.




Apa barang takut ayam Qil... meh Tuti (panggilan untuk dirinya) belasah ayam tu, kata Sufi sambil berjalan ala samseng untuk mencari ayam tersebut. (Selekehnya anak aku ni... amit-amit jabang bayik!)


2 comments:

  1. Sering juga saya beli ikan di Pt Jawa tu
    Memang le Pt Jawa ni tempat ikan segar-segar
    Mesti Org Pt Jawa ni bijak2 sebab mendapat sumber
    OMEGA 3 yang fresh-fresh

    Tengok anak-anak Pida dgn atuknya ni, teringat cerita Upin dan Ipin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak ni memang seronok sangat bila balik kampung.

      Pasar Pt Jawa tu memang jual ikan segar. Tapi kalau lambat ikan dah habis. Tinggal yang koret-koret je hehe.

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...