Friday, June 29, 2012

Settle boss! (Kau mari sini!)

Salam settle,

Sejak minggu lepas ada sorang staf boss call Pida.

"Pida, tolong installkan e-terimaan kat pc boss," kata staf ini menyatakan masalah.

"Aiseyman, gua outstation kat luar ni," Pida membalas dengan malas.

"So macam mana?" dia bertanya lagi.

"Macam tu la... lu tunggu la sampai gua balik minggu depannya lagi," Pida berbahasa dengan sopan sekali.

"Tak pe la... gua delegate pada budak gua," masih sopan gaya bahasa pertuturan Pida.

Pida pun call technician Pida mintak dia tolong settlekan masalah. Pida bagitau dia, CD installer ada dalam laci bilik Pida. Pida ajar dia cara-cara nak pecah masuk pintu bilik Pida sebab dia takde kunci bilik Pida.

Masalah selesai. Itu pada tanggapan Pida.


Pagi tadi, staf yang sama call lagi.

"Pida, eP boss 'hang' la."

Aiseyman, ni yang aku malas ni. Pagi-pagi dah kasi aku masalah. Takpelah... tukar masalah tu jadi rezeki. Mind setting kena betul, barulah boleh jadi positif.

So, sejak pagi tadi Pida dengan technician Pida stay kat bilik boss untuk selesaikan masalah. Nasib baik boss takde, so dapatlah Pida duduk atas kerusi kulit mahal dia tu. Ye la... bila lagi kan nak merasa. Harapkan kerusi sendiri setakat boleh pusing 360 darjah tapi kaki dah tempang. Kalau senget sikit mau tertonggeng aku.

Berbalik kepada masalah tadi. Ini masalah baru ni. Semua kaedah dah cuba. If-then-else dah guna berapa ratus kali tapi masih tak settle. Pida dah mula bosan. Last-last technician Pida cakap, "Cuba tengok balik apa yang saya buat masa Pida suruh minggu lepas."

Pida pandang muka dia. Tengok balik apa yang kaubuat minggu lepas? Kau nak bagitau aku ini kau punya pasal ke?

Pida pun tak banyak cakap. Terus masuk kernel direktori. Periksa satu baris demi satu baris. Mak aii... banyaknya line. Mata dah mula berpinar tengok nombor-nombor ip yang sangat banyak.

Tiba-tiba mata Pida kesan sesuatu. Something fishy. Ada 2-3 perenggan line yang redundant. 2-3 line yang duplicate. Ok, inilah puncanya kenapa aplikasi eP tu tak dapat berfungsi.

Pida trace satu-satu line dan buang line yang duplicate dengan berhati-hati. Kalau salah delete lagi besar masalah aku nanti. So, mata yang bulat dan galak adalah tools yang diperlukan dalam misi ini.

Tiiittt... tiiittt....


Pida buang mana yang patut. Pastu Pida run aplikasi tu.

YES!!! Berjaya! Alhamdulillah.... rupanya adalah masalah di peringkat host file. Fuhh... lega. Kalau tidak, maunya Pida kena tidor kat opis settlekan masalah tu.

Technician Pida pun melonjak-lonjak kegembiraan. Pastu Pida jegilkan mata kat dia. Kenapa kau tak mengaku dari pagi tadi Musalmahhhhh????!!!!!

2 comments:

  1. Kod-kod tu berkaitan tool komputer atau mesin utama, saya tak dapat membayangkan apa yg Pida betulkan tu. Yg penting semasa settlekan hal-hal tersebut Pida tak menyulam atau jahit langsir di Ofis tu hehehehe

    ReplyDelete
  2. Betul tu cikgu, walaupun raya dah nak dekat (puasa pun belum), tapi saya tak jahit langsir kat ofis. Kat rumah pun tak jahit langsir sebab tak pandai hehe.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...