Friday, January 9, 2015

2 tahun yang lalu, mak pergi meninggalkanku...



Diam tak diam, dah 2 tahun mak pergi menemui Ilahi. Diam tak diam juga, dah 2 tahun Pida menangis tak pernah berhenti.

Mak, Pida tak pernah gagal mengirim doa rindu buat mak di sana. Doa agar mak berada di bawah keredhaan-Nya.

Hari-hari yang dilalui tanpa mak di sisi, kadang-kala umpama memijak bara api. Ada kalanya bingung kerana tiada lagi tempat untuk meluah perasaan dan lara hati. Kerana mak telah pergi...

Damailah mak di sisi Tuhan. Dia maha tahu mengapa semua ini berlaku. Kami redha dengan ketiadaanmu.

Mak takkan pernah kami lupakan. Mak tetap tersemat di sanubari sehingga kematian pula menjemput kami.

2 comments:

  1. Al fatihah untuk mak kakak.

    sy kenal blog akk dari arwah mak akk ada lg.
    xsangka rupanya dah 2 tahun arwah mak akk xde.

    cepatnya masa berlalu :')

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...