Salam Kellie's,
Jelajah jalan-jalan cari jantan Pida di negeri Perak diakhiri dengan lawatan ke satu tempat tarikan pelancongan yang sangat terkenal di Batu Gajah iaitu Kellie's Castle.
|
Ini kali kedua Pida pergi ke Kellie's Castle. Sebenarnya kalau tak pergi yang ini kali pun tak apa, tapi budak-budak sibuk nak pergi rumah hantu katanya. Ntah hapa-hapa. Padahal rumah tak siap je kot. |
Nak masuk ke Kellie's Castle ni bukannya percuma tau. Kena beli tiket kat kaunter. Oleh sebab bukan Pida yang bayar, maka Pida lupa berapa harga tiketnya.
|
Kena tunjuk tiket dulu baru boleh masuk. Usah coba-coba nak seludup masuk. Kang roh Kellie cekik kau baru tau. |
Di pekarangan luar Kellie's Castle, ada satu bahagian macam R&R yang menyedikan kemudahan gerai makan dan cenderahati. Di sini juga terdapat sudut pengkisahan sejarah Kellie's Castle ini.
|
Sementara menunggu abah kau beratur beli tiket tu, eloklah kau singgah sebentar membaca kisah sejarah yang dipamerkan ini. Kalau anak Pida si Rania tu, memang sebijik-sebijik perkataan dibacanya, tapi kalau Pida, kau taulah kan aku ni kan tak suka membaca. Aku tengok gambo je. Lepas tu sibuk bertanya orang suruh ceritakan. |
|
Nah, Pida belanja satu papan cerita. Bacalah. Pida pun tak baca lagi haha. |
|
Sufi pun nak enterprame jugak. |
Ok, jom ikut Pida jalan-jalan carik hantu di Kellie's Castle!
|
Ini adalah pintu masuk setelah melalui perjalanan naik bukit yang agak panjang. Kalau makcik dan pakcik ada penyakit lemah lutut, baik suruh anak-anak dukung atau sorong. Atau rasanya lebih baik makcik dan pakcik tak payah pergi langsung. Habis cerita. |
|
Ruang pertama di Kellie's Castle ini ialah Bilik Simpanan Arak dan Terowong.
Nak tengok bilik arak tu kena turun tangga ini. Sebelah kanan tu bilik dia. Mula-mula Pida nak masuk, tapi tiba-tiba adik Pida kata seram, so tak jadi nak masuk. Yelah, buat apa aku sibuk-sibuk nak masuk ye tak? Tempat simpan arak je pun. Mesti banyak iblis.
Lagi cerita pasal William Kellie Smith ni. Dia asal Scotland. Kau bacalah. Nanti cerita balik kat Pida.
Ini ialah bahagian ruang tamu Kellie's Castle. |
Sebenarnya ruang tamu ini terletak di dalam kurungan pagar. Pengunjung hanya boleh mengintai dari tirai besi itu sahaja.
Pengunjung boleh membaca kisah-kisah tentang Kellie's Castle ini melalui bunting-bunting cerita yang banyak digantung di dinding. Kalau larat, bacalah semua. Kalau malas macam Pida ni, jeling sekilas aje. Lepas tu sibuk tanya orang.
Bergerak ke bahagian lain rumah ini, Pida sampai ke tempat sembahyang. Kosong aje, takde papepun.
|
Kellie's Castle ni banyak sangat ruang dan bilik. Dah macam masuk rumah sesat pun ada. Kalau sorang-sorang memang boleh sesat la.
|
|
Ini ialah salah satu daripada banyak jendela di sini. Boleh nampak pemandangan luar rumah ini. Kat depan sana ada sungai yang mengasingkan Kellie's Castle dengan jalan utama. Nampak tak gerai makanan dan cenderahati tu?
|
|
Tak payah susah-susah kau nak terjenguk-jenguk kat jendela atas tu. Ni ha Pida dah ambik gambar pemandangan sebenar. |
|
Seterusnya Pida naik ke bahagian atas. Nampak tak si Aqil tu muka dia cuak gila. Dia takut nak naik sorang-sorang. Padahal ada ramai lagi orang lain. Siang-siang buta pulak tu. Bukannya ada hantu pun. |
|
Ukiran yang cantik ini terletak di bilik anak perempuan keluarga ini. Kat bilik inilah dikhabarkan pernah terlihat penampakan budak perempuan. Ah, karutlah. Mana ada hantu! |
|
Rumah ni banyak bilik. Ini ialah salah satu bilik yang ada. Masih dalam binaan batu bata lagi. |
|
Salah satu dinding yang ada. Haha senangnya caption aku. |
Baik, sekarang mari kita jalan-jalan di sekitar bahagian luar Keliie's Castle. Yang tadi tu kat dalam aje. Itupun tak dapat ambik gambar semua sebab akulah jurufoto, akulah dukung Muhaimin, akulah pimpin Sufi, akulah pegang plastik jajan, akulah pegang sampah, akulah tunjukkan arah kat orang-orang yang sesat.
|
Koridor Kellie's Castle. Jangan cakap bahawa kau nampak entiti. Itu bukan entiti. Itu nyonya yang tengah telepon anak dia. |
|
Pemandangan bahagian tepi luar Kellie's Castle. Cantik sebenarnya binaan bangunan ini. Cuma sayang seribu kali sayang, ia tak sempat diduduki. |
|
Siap dah ada cermin tu. Maknanya sikit lagi nak siap. |
|
Anak-anak jin beragas di salah satu tingkap misteri Kellie's Castle. |
|
Dari satu lagi jendela, boleh terlihat sebuah lagi bangunan yang terletak di belakang Kellie's Castle ini iaitu rumah asal keluarga ini. |
|
Meh Pida bacakan. Rumah Kellas. Ini adalah Kellas House rumah pertama Tuan Keliie Smith yang diduduki bersama keluarganya. Ia dibina pada tahun 1905. Sebahagian daripada rumah ini telah runtuh semasa Perang Dunia Ke-2. |
Jom pusing-pusing sekitar Rumah Kellas ini yang sangat besar ini.
|
Perigi yang masih ada di Rumah Kellas. Katanya perigi ini menghubungkan Rumah Kellas ke sebuah kuil yang terletak tidak jauh dari sini. Kira laluan bawah tanah la. |
|
Inilah rupa Rumah Kellas. Walaupun sebahagian besarnya sudah runtuh, namun seni bina utama masih jelas kelihatan. Cantik tetapi suram dan sayu. |
|
Pemandangan Rumah Kellas dari belakang. |
|
Penampakan nenek kebayan yang hilang arah tujuan ketika memilih rona tudung untuk disesuaikan dengan warna baju. |
|
Penampakan anak buluh betung di sekitar Rumah Kellas. |
|
Rumah Kellas dan Kellie's Castle yang terletak bersebelahan. |
Sebenarnya Kellie's Castle tu boleh naik sampai atas. Kat atas tu ada macam gelanggang tenis dan ruang lapang. Macam beranda untuk melihat pemandangan.
Apabila dijelajahi betul-betul, didapati Kellie's Castle ni kalau siap sempurna, memang agam giler beb. Besarrrrr dan sangat cantik. Cuma tak sampai hajat si Kellie ni nak mendiami rumah tersebut apabila dia mati akibat pnemonia (radang paru-paru).
Hampir dua jam berada di sini. Menelusuri setiap inci sudut rumah ini, banyak perkara yang bermain di fikiran Pida yang tak berapa center ni. Antaranya rasa kasih seorang suami dan bapa yang beria-ia nak menyediakan sebuah tempat berteduh yang sesempurna mungkin untuk keluarganya walaupun akhirnya ia tidak sempat diduduki.
Yang kedua, kalau nak buat rumah besar-besar tu, ingat-ingatlah mati. Huhuhu.
|
Mak saya dah habis temberang. Babai. |
kalu rindu sebutlah namaku
ReplyDeleteAhkak.. aku kat putrajaya skrg.
Delete