Friday, June 5, 2015

Darmawisata - Farm In The City

Salam Farm,

Rasanya macam dah lama sangat tak berjalan-jalan dengan keluarga. Sejak bertukar pejabat baharu ni, Pida jadi sibuk sangat dengan hal-hal duniawi ni. Kat ofis lama dulu ikut suka hati abah aku je nak cuti bila-bila aku mau, tapi ofis baharu ni lain sikit.

Kalau nak berjalan-jalan pun, kena tunggu hujung minggu macam hari Sabtu dan Ahad. Itupun bergantung kepada keadaan jugak. Kadang Sabtu dan Ahad tulah nak lepak kat rumah, kemas-kemas apa yang patut.

Jadi disebabkan lama tak berjalan-jalan, budak-budak pun dah komplen mak asyik keje mengalahkan CEO 1MDB sibuknya, maka pada hari Ahad baru-baru ni Pida bawak diorang keluar makan angin di satu tempat yang dah lama wujud tapi sumpah aku baru tahu. Gila tak update aku ni rupanya.

Nama tempat yang kami lawati ini ialah Farm In The City. Ia terletak di Seri Kembangan, Selangor.


Haa, kau jangan ingat aku ni sibuk sangat sampai mengabaikan anak-anak. Tengok tu muka masing-masing happy aje kan? Ke kau nampak diorang takde perasaan?
Ko tengoklah si Muhaimin tu. Siap toleh tu tengok amoi pakai seluar pendek. Ntah hapa-hapalah anak kecik aku sorang ni. 

Mesti kau nak tanya berapa harga tiket masuk ke FITC ni kan? Tapi kau takut nak tanya direct sebab aku tak sertakan alamat emel untuk dihubungi. Nah, tengok tu berapa harganya. Kira mahal la jugak. Ngalahkan  nak masuk Aquaria. Tapi kitorang masuk free sebab kitorang pemegang saham FITC ni. Taklah, aku tipu je. Kitorang dapat hadiah tiket percuma daripada agen pelancongan ....

Kalau pengunjung lain memakai tag di tangan sebagai pas masuk, kami yang masuk percuma atas tajaan .... ni diberi pelekat. Tengoklah tu, kaulekat aku, aku lekat kau balik. 

Papan tanda yang menyambut kedatangan keluarga Pida. Start masuk je, maka bermulalah pengembaraan kami di FITC ini. Yok!

Ini adalah aktiviti pertama sebaik memasuki kawasan FITC ini iaitu memakan kura-kura gergasi. Eh silap, kura-kura gergasi memakan kau. Eh silap lagi, memberi makan kepada kura-kura gergasi. Kat depan pintu masuk tu, ada abang hensem menunggu untuk menghadiahkan kau jambangan kangkung untuk diberi kepada kura-kura tersebut. Ada 3 ekor kura-kura gergasi di situ.

Kura-kura ni badan je besor, tapi penakut. Setakat budak 10 bulan pun dah terkejut, belum lagi bapak budak tu yang naik belakang dia.

Banyak aktiviti kitorang kat sini. Malaslah nak cerita satu-satu. Aku penat-penat perah idea nak mengarang, kau sedap-sedap je baca. Banyak cantik.







Yang ni memang geli giler la. Dah la aku ni manja, tak boleh tengok benda-benda panjang dan lembik, dah tu tetiba ada pulak ular sawa besar atas kepala kan. Memang kaku la aku kat situ kegelian.





Yang ni memang rare la. Biasa gagak kaler hitam kan? Yang ini gagak kaler putih gitu. Ahli-ahli kumpulan gagak hitam mesti dah panas punggung.

Rusa ni jinak siot. Siap nak dimakannya anak aku. Errr... itu kira jinak ke liar? Muhaimin siap dah cuak. Dia takut ibu jari dia kena makan.

The jejantans in my heart.



Gigih laki aku mancing ikan buat lauk malam. dapatlah pirana 3 ekor.

Suasana di FITC ini memang sangat nyaman kerana sepanjang perjalanan, kita akan dipayungi oleh pokok-pokok yang menjadi atap. Haa, jangan kata abang tak payung.




Natang nilah yang tulis kat atas tu. The world's smallest species of madoqua. Arrghhh tension aku sebut nama binatang ni.


Tiba-tiba ada gambar keluarga. Ya Allah ramainya anak aku.

Ini ialah... mmm... nama binatang ini ialah... errr.. errr ya Allah aku serius lupa nama binatang ni. Apa arr? Tenuk ke memerang?

Ini bukan kereta pelawat yang tersalah parking, tapi memang kereta ni dijadikan salah satu bahan pameran di sini. 

Dari hari tu aku fikir, kenapa kaki aku macam terpeleot. Ke aku ni cacat sebenarnya?

Rania, Aqil, Sufi, Muhaimin. Bersama kuda padi yang katik.


Nampak noo aku main hentam je kan susun gambo? Tadi dah ada gambar kelaurga yang menegak, ini gambar keluarga yang melintang pulak. 

Tengok si Muhaimin tu. Orang letak kepala aje, dia siap letak tangan lagi. 

Di luar tu ada sebuah kedai menjual haiwan peliharaan. Kebanyakannya kucing dan hamster. Ada jugak jual ular.

Antara kucing yang dijual.


Tengok berapa harga kucing ni? RM3,980. Mak aii... gaji aku setahun.



Ko nak berak ke apa Sufi?

Ni kat kedai cenderamata. Si Aqil tu sibuk nak beli mainan yang pasang-pasang tu.



So far, Pida rasa ok laa FITC ni. Untuk budak-budak bandar yang tak pernah nampak ayam, itik, burung, lembu, tu memang sesuai la. Yang memang orang kampung macam aku ni dah tak heran dah. Setakat rusa tu bersepah-sepah kat kampung aku, Tipu je.

Bagus juga bawak budak-budak ke sini. Macam masuk kebun. Suasana pun nyaman dan segar. Kau tunggu apa lagi? Jom ke sini!

Saturday, May 16, 2015

Hari Guru hari mulia

Salam hari guru,

Hari ini Hari Guru. Sebab hari ini ialah 16 Mei. 16 Mei ialah Hari Guru. Jadi hari ini ialah Hari Guru. Simple math.

Dulu-dulu semasa masih bersekolah, Pida ternanti-nanti tarikh 16 Mei ni. Sebab biasanya di sekolah, majlis sambutan Hari Guru diadakan pada hari ini. Hari Guru biasanya mood cikgu baik-baik aje. Takde nak marah-marah, takde nak garang-garang. Cikgu yang paling garang macam singa meroyan pun akan jadi sporting pada Hari Guru.

Hari Guru bukanlah asing bagi keluarga Pida. Ini kerana mak dan ab dulu pun merupakan guru. Sampai dah pencen pun orang masih panggil cikgu. Dah mati pun orang masih panggil Cikgu Noorsiah; cuma dah naik pangkat sikit, jadi arwah Cikgu Noorsiah. Betapa hebatnya guru!

Masa mak dan ab masih mengajar dulu, kalau tiba Hari Guru, mesti balik rumah bawak balik hadiah. Macam-macam jenis. Ada yang bagi pen, ada yang hadiahkan bunga, ramai juga yang hadiahkan kad ucapan.

Pida pun, kalau tiba Hari Guru, Pida akan mintak mak belikan hadiah untuk cikgu-cikgu Pida. Mak sporting, dia layan je apa yang Pida nak sebab mak faham. Yelah, mak kan cikgu, jadi mak mengerti la perasaan seorang cikgu yang menerima hadiah tanda penghargaan daripada anak muridnya.

Masa berganti. Sekarang anak-anak Pida pulak yang teruja menyambut Hari Guru. Siap ajak Pida pergi emporium nak belikan cikgu hadiah. Sekarang ni pulak, kedai-kedai memang dah menyediakan hadiah-hadiah dan cenderahati khas untuk Hari Guru. Jadi senang nak pilih. Tinggal ambik dan bayo aje.

Sempena Hari Guru yang mulia ini, Pida nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru Pida yang telah mencurah keringat mendidik Pida sehingga menjadi blogger terkemuka kahkahkah. Jilake betul tahap perasan aku ni.

Terima kasih cikgu. Halalkan segala ilmu cikgu kepada saya. Memang dulu saya budak pandai, budak kelas A walau ada kalanya saya masuk angin jugak. Tapi walaupun saya masuk kelas budak pandai, kenapa saya tak dapat gred 1 masa SPM? Ada ke saya dapat gred 2 aggregat 21.

Tapi cikgu tau kan, masa sekolah dulu saya memang terror mengarang. Sampai Cikgu Rosnah bacakan karangan saya di hadapan kelas. Bangga saya masa tu. Terima kasih cikgu.

Tapi masa sekolah dulu memang cikgu tau kan, saya memang lemah sains dan mat tam. Dahlah lemah, jenis baghal taknak belajo rajin-rajin. Ngabiskan duit mak bapak hantor tuisyen. Last-last dapat P7, P8 dan ada jugak yang F9. Memang saya lauk sangat masa SPM dulu. Sampai sekarang saya tak paham jadual berkala. Ntah hapa kejadah jadual berkala tu ntah.

Oklah cikgu, dah jadi surat ugutan pulak entry Pida kali ini. Sebenarnya nak cakap terima kasih dan Selamat Hari Guru aje, tapi dah melarat siap ngungkit-ngungkit kisah silam saya sebagai budak pandai tapi bongok.

Oklah cikgu, Selamat Hari Guru! Jasamu kukenang selalu!


Imbas kembali tahun 1985. Baru masuk sekolah darjah 1. Sopan je Pida masa ni. Comel kan? Eeee geramnya tengok diri sendiri.

Ini masa form 3. Buruk benor rupa aku time ni. 

Sunday, April 5, 2015

5 kuntum cinta

Salam cinta,

Dengan rasa berbunga-bunganya Pida nak kongsi perasaan girang selepas menerima surpriseee!!! daripada abang sayangku rindu-rinduan jadi kenangan.

Minggu lepas di pejabat, sedang Pida tengah sibuk dengan kerja-kerja ofis yang sampai kiamat pun takkan habis, tiba-tiba member ofis memberitahu ada barang untuk Pida.

Mula-mula Pida tertanya-tanya juga, barang? Barang apa? Aku dah lama tak shopping online. Laman web ebay pun dah lama tak jenguk. Bila masa pulak aku ada beli barang ni?

Tapi oleh kerana memang 'barang' tu untuk Pida, Pida pun bangun menuju ke apek delivery yang sedang menunggu di hadapan kaunter pejabat.

Apek delivery yang hensem itu menghulurkan Pida sejambak bunga. Woohoo!!! Bunga tu! Tak pernah-pernah dapat bunga kat ofis, tiba-tiba hari tu dapat bunga.

Pida malu-malu juga nak ambik, ditambah rasa pelik siapa pulak la yang bagi bunga ni. Tapi dalam hati memang dah berdetik dah, ini tak lain tak bukan laki aku. Takkan laki orang pulak nak bagi aku bunga kan? Hikhikhik

Semasa penghantaran bunga tersebut, member-member ofis yang lalu lalang menegur, mengusik dan senyum-senyum. Haha... memang malu jugak la. Siap Pida cakap dengan apek tu, "Malulah saya dapat bunga." Apek tu kata alaaa... tak apa... sambil senyum-senyum.


Terima kasih ye, ujar Pida malu-malu kucing gatal kepada apek tersebut. Pida sambut bunga tersebut dengan hati yang berbunga-bunga. Yeehaa!!!

Ini memang kejutan uols! Husband I bagi bunga kat ofis. Bunga lili! Bunga kegemaran Pida. I love lily.

Kawan-kawan yang nampak semua woo woo, semua sibuk mengendeng-ngendeng nak baca nota tu. Pida baca satu baris je sebab masih rasa malu-malu. Diorang tak dipelawa pun baca selamba je. Lepas tu kata wow romantiknya laki kau. Hahaha... laki kau mampu?


Semasa Pida menerima jambangan bunga tersebut, hanya 4 kuntum yang kembang. Sekuntum lagi masih kuncup. Tetapi selepas 2 hari, bunga yang kuncup itu telahpun mekar dengan begitu cantik sekali.

Kuntum yang baru kembangnya. 

Sewaktu membaca bait-bait puitis kata-kata cinta yang tertera itu, macam- macam perasaan Pida alami. Rasa terharu ada, rasa dicintai ada (cewah), rasa nak berdarah hidung pun ada. Ya Allah bang, mana ko belajar buat sajak jiwang macam Eddie Hamid ni? Ke ko kopipes?

Walau apapun, Pida sangat bersyukur atas hadiah yang cukup bermakna ini. Terima kasih abang. Wa manyak suka oooo.... I lap you, u lap me back hooo!


Muhaimin tak puas hati mak dia dapat bunga.



Saturday, April 4, 2015

Sufi dan Asma di Genting

Salam asma,

Baca tajuk macam nak cerita pasal skandal aje kan... sebenarnya tidak... entry ini mengisahkan Sufi yang mengidap semput semasa kitorang pergi makan angin di Genting Highland bulan lepas. Tengok, bulan lepas punya cerita baru nak masuk blog. Pida bizi ok, bizi!

Seperti yang Pida dah terlepas cakap dalam kisah yang lalu, bulan lepas Pida pergi ke Genting Highland. Tujuan ke sana bukanlah untuk berjudi atau melakukan maksiat, tetapi hanyalah untuk menonton pertunjukan Ultraman saja.

Ingat tak tahun lepas Karnival Upin Ipin kat PICC tu ada Ultraman? Pida ingat nak bawak budak-budak ke PICC tu, tapi bila Pida baca dalam FB betapa sesak dan teruknya keadaan di PICC pada masa itu, terus Pida cakap ah, tak payahlah pegi PICC.

Sebab apa? Sebab komen-komen dalam fb mengenai Karnival Upin dan Ipin tu 99 peratus semuanya negatif. Parking jauh, parking penuh, tak nampak Ultraman, nampak kepala orang aje, tempat sesak, tak boleh bernafas, dewan sempit, barang mahal, kena panjat bukit, menyesal pergi,  wahhh.... hazabnya!

Jadi, sebagai seorang manusia yang memang tidak sukakan kesesakan, Pida mengambil keputusan untuk tidak membawa budak-budak ke karnival tersebut walaupun sebelum tu Pida dah janji nak bawak diorang ke situ.

Kebetulan keluar pulak promosi road tour pertunjukan Ultraman di Genting mulai Februari hingga Mac 2015, dengan pantasnya Pida tempah tiket awal-awal. Early bird lagi kau! Bulan 11 2014 aku dah tempah tiket. Masa tu fikir, ni kalau tak panjang umur nak tunggu sampai bulan 3 tahun 2015 ni, memang takdirlah. Tapi Alhamdulillah, Allah panjangkan umur.

Tunggu punya tunggu, tibalah saat yang dinanti. akhirnya Pida sekeluarga sampailah ke Genting sehari awal untuk tengok pertunjukan Ultraman pada 1 Mac 2015.

Kitorang stay di Hotel Awana. Itupun dapat harga murah beli kat Agoda. Bilik dia besar dan luas sangat. Memang berbaloi la dengan harga RM259 aku beli kat Agoda tu.

Nak dijadikan cerita, kat hotel tu ada bath tub. So budak-budak ni memang nampak kagum la... yelah kat rumah cuma ada lobang jamban je kan... nak celup kepala pun tak lepas.

Apa lagi, berendam la diorang adik-beradik macam kerbau. Pida sporting, selagi tak lebam, selagi tu la korang boleh berendam. Tu yang Sufi pun berendam macam badak sampai semput. Yang aku ni pun sengal, boleh lupa anak aku tu tak boleh berendam lama-lama.

Dalam pukul 8 malam tu, keadaan Sufi semakin teruk. Bertambah rumit, Pida tak bawak pulak aero chamber dia dengan ubat semput dia tu. Biasanya pergi mana-mana Pida bawak. Alah... nak jadi cerita kan...

Abahnya si Sufi tanya kaunter, klinik kat Gohtong Jaya tu bukak lagi tak? Sebab hotel kami di Gohtong je, kira dekat la jugak nak berkejar ke klinik. Dijawabnya tidak, petang dah tutup. Ok, masalah dikesan.

Tanya lagi, klinik mana yang bukak. Dijawabnya lagi, klinik di puncak. Ok, di puncak. Masalah seterusnya dikesan.

Suami cakap, nak tak nak kena bawak Sufi naik ke puncak jugak. Abang nak main judi ke? Eh apa pulak main judi, bawak Sufi ke klinik la, kata suami dengan manja sambil mencium pipiku.

Ok fine. Dengan masing-masing hanya berbaju tidur, kami pun keluar dari hotel. Setibanya di lobi, suami bertanya bellboy, apakah cara paling cepat untuk ke puncak? Bellboy itu memberitahu, lebih baik naik kereta kabel di Gohtong Jaya sebab kalau naik kereta sendiri, maunya menjajar carik parking. Ini kecemasan ni! Budak semput ni! Tak boleh lengah-lengah ni!


Petangnya tadi baru naik kereta kabel. Naik puncak, pastu turun balik. Saja-saja je... bawak budak-budak naik. Ni nak kena naik lagi sebab nak berkejar ke klinik bawak Sufi semput. Ok fine...

Dalam pada kitorang bergegas nak ke stesen cable car masa itu, tiba-tiba datang pertolongan Allah dengan tidak disangka-sangka. Pekerja hotel tersebut menawarkan kami menumpang 4WD rakannya yang kebetulan mahu ke puncak.

Alhamdulillah, mulanya kami malu-malu jugak nak tumpang, maklumlah kami sekeluarga ni memang keturunan pemalu dan sopan santun, tapi memandangkan ini adalah situasi panik dan cemas, makan kami korbankan kemaluan kami dan menumpanglah kami sekeluarga dengan pemuda yang budiman tersebut.

Akhirnya dalam masa 15 minit, kami selamat sampai di klinik yang dimaksudkan. Betullah, kalau kitorang naik kereta sendiri tadi, memang menangislah carik parking. Dengan menumpang, kami berhenti betul-betul di hadapan klinik. Cuaca di luar pada ketika itu sangat sejuk. Terima kasih saudara, terima kasih Allah.


Setibanya di klinik, kami terus pergi ke kaunter pendaftaran. Hanya ada seorang pesakit yang menunggu pada waktu itu. Tidak sampai seminit menunggu, Sufi dipanggil masuk. 

Sufi berposing sementara abahnya mendaftar. Selekeh betul naik Genting pakai baju tidur, seluar pendek, stokin besar dan tak sempat sikat rambut.

Sementara menunggu Sufi mendapatkan rawatan sedut gas di dalam, Pida dan anak-anak yang lain menunggu di luar. Tidak ada orang lain ketika itu. Tiba-tiba Aqil cakap dia nampak nurse bawak mayat kat luar. Ishh ko ni Aqil.

Selepas 10 minit, Sufi pun keluar dari bilik rawatan. Alhamdulillah dia nampak lebih sihat dan cergas daripada masa mula-mula tadi.

Sesudah membayar bil berharga RM70, kami pun pulang ke hotel. Kami pulang naik apa? Naik cable car!

Ko tengoklah si Sufi tu. Kemain posing. Mentang-mentang dah tak semput lagi. Tu abah dia tengah beli tiket cable car. Harga tiket RM6 seorang. 

Jadi, berbondong-bondonglah kami enam beranak naik cable car malam itu untuk balik ke hotel. Sepanjang berada dalam cable car tu, mulut Sufi becok sangat. Dahlah becok, celupar pulak tu. Ada ke dia kata nampak pocong la, pontianak la, bacok la...

Kau taulah kan, sepanjang perjalanan naik cable car tu melalui hutan belukar, Pida takut jugak kalau-kalau ternampak pontianak tersangkut kat atas pokok ke, nampak pocong melompat depan cabel car kitorang ke... ish... naik bulu roma aku.

Akhirnya selepas 15 minit, kami sampai ke stesen Gohtong Jaya. Dah sampai stesen tu kena naik bas pulak. Bukannya hotel tu betul-betul kat sebelah stesen.


Bergaya tampan dengan baju tido di puncak Genting sambil menunggu bas shuttle untuk membawa kitorang balik ke hotel.


Dalam bas nak balik hotel. Kau pernah naik Genting pakai baju tido? Si Muhaimin tu pun aku balut dengan tuala aje. Dah macam keluarga gelandangan pun ada.

Akhirnya kami selamat sampai ke bilik hotel kami. Dan yang paling penting, Alhamdulillah Sufi sihat kembali. Tak sabar nak tunggu esok. Ultraman, mu tunggu aku datang!




Sunday, March 29, 2015

[Resepi] - Urap

Salam urap,

Dah berminggu-minggu Pida mencari masa untuk update blog. Tapi berminggu-minggu jugalah Pida tak jumpa masa yang lapang untuk buat entry baharu.

Sebenarnya kalau nak diikutkan, banyak giler cerita yang Pida nak kongsi bersama kau. Macam cerita hari tu Pida naik Genting tengok Ultraman, gambo-gambo dah ada dah. Tinggal nak karang cerita je. Nak karang cerita kena bukak laptop, nak bukak laptop kena tunggu kat rumah... kat rumah tu kau tau-tau ajelah... nak mandi sauna pun tak sempat inikan pula nak update blog. Pida bizi giler ok!

Tapi hari ni Pida ada 10 minit je untuk tulis cerita baharu. Itupun ambik yang ringkas-ringkas je. Oklah, taknak buang masa. Aku ada 10 minit je nih!

Mula-mula kita sediakan bahan-bahan.

Ya Allah, tetiba suruh engkau sediakan bahan-bahan. Lupa pulak nak bagitau. Dalam entry kali ini, Pida nak berkongsi satu resepi yang popular dalam kalangan orang Jawa iaitu Urap.

Urap ialah sejenis hidangan ulam-ulam segar yang digaul bersama kelapa parut dan bahan-bahan lain. Ok, tinggal 9 minit!

Baiklah kawan-kawan, mula-mula kita sediakan bahan-bahan iaitu :


1)  Ulam-ulam segar. Biasa yang utamanya Pida menggunakan kacang botor, taugeh dan kali ini Pida tambah daun selom. Basuh bersih-bersih kasi buang itu cacing-cacing dan bakteria jahat.

2)  Cili giling atau cili boh. Kalau rajin, kau buatlah sendiri. Rebus lada kering, lepas tu kau kisar sampai halus. Tak payah beli. 

3)  Ikan bilis yang digoreng dan kemudian ditumbuk sehingga lumat macam dalam gambar ni. Ikan bilis ni lagi banyak lagi sedap. Kalau boleh gunakan ikan bilis yang dah dibuang taiknya. Alaa, kau beli aje yang dah siap kopek tu.

4)  Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Kuantiti kau agak-agak je la.. yang inipun Pida main ambik aje.



5)  Dan pelakon utamanya... kelapa parut. Tips untuk mengekalkan kesegaran kelapa agar urap tidak cepat basi, kau sangai dulu kelapa parut tu agak-agak dia kering sedikit jangan biar sampai jadi kerisik tapi. Biar dia agak lembap-lembap sikit gitu supaya berasa pati santannya nanti. Ini petua yang diajar oleh mak mentua Pida.

Errr... kau tau tak sangai tu apa? Dia sejenis perbuatan menggoreng tanpa minyak. Jadi maksudnya kau kena goreng kelapa parut tu tanpa minyak. FAHAM KE TAK? --->>> Dah lama tak marah.

Ok, itu sajalah bahan-bahannya. Senang je kan? Ada yang tanya kalau tak pakai ulam kacang botor boleh tak Pida? Boleh... nak pakai ulam apa pun boleh, nak pakai kemuncup pun boleh.



Baiklah, sekarang kita pelajari cara-cara membuat urap. Senang sangat nak membuatnya. Orang putus cinta pun boleh buat.
Mula-mula kita gaulkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama cili giling dan ikan bilis yang telah ditumbuk lumat tadi. Gaul, gaul, gaul sampai mesra gitu.

Kemudian, masukkan kelapa parut  yang telah disangai tadi dan gaul, gaul, gaul sampai mesra lagi. Tengok tu gambar sudip berpusing-pusing, maknanya kemain power lagi menggaul tu. Sambil-sambil menggaul tu kaubelai-belailah laki kau. Dah kenapa? Maksud Pida, sambil-sambil menggaul tu kau taruklah garam secubit dua untuk meningkatkan rasa.

Yes! Dah siap pun urap kita. Nampak sedap kan? Memang sedap pun nyah. Rangup keriuk-keriuk bila dikunyah. Sangat enak dimakan bersama nasi panas di bawah lembayung senja. Perghhhh.

Jadi, lepas ni bolehlah kau buat urap sendiri. Senang je kan? Inilah antara rahsia awet muda para perawan jawa dahulu kala. Makan ulam-ulaman segar, tanpa bahan pengawet dan perasa yang tidak dibenarkan. Dijamin natural dan organik.

Ok, ngam-ngam 10 minit. Insya Allah esok-esok Pida buat cerita lain pulak ye. Bizi sangat la sekarang. Muhaimin pun dah 8 bulan, dah makin lasak si kecik tu. Dah memapah nak berjalan.

Oklah, dah masuk 11 minit. Kbai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...