Tuesday, June 12, 2012

Kenapa kau kena unfriend?

Salam unfriend,

Kau pernah kena unfriend dari Pesbook tak? Pida pernah juga kena unfriend. Giler sadis bila kena unfriend. Rasa macam diri dah tak berguna lagi je.




Agak-agak kau la, apa sebab friend kau tu tiba-tiba unfriend kau? Mesti ada sebab kan? Takkan suka-suka paleotak dia nak memutuskan hubungan silaturrahmi yang dah terjalin selama ini, kan?

Jadi, Pida buat kajian sendiri. Bukan syok sendiri tapi syok sorang-sorang. Ah, sama je kejinya.

Hasil daripada keinsafan dan sesi muhasabah diri lepas kena unfriend beberapa kali, Pida dapat rumuskan punca-punca seseorang itu meng'unfriend' kau. Padan muka!


1)  Kau tak komen kat wall dia dengan kata-kata manis "Hai! Makin kiut nampak!"

2)  Kau tak 'like' status dia padahal dia update status seminit 10 status.



3)  Dah la kau tak 'like' status dia, kau komen macam nak carik pasal pulak seperti "Woi, perut lapar pun nak bagitau ke?" atau "Bodohnya status awak." Sentap mak noksss!!

4)  Dia invite kau macam-macam apps, haram kau tak respon. Kau bagi dia amaran lagi ada... kau kata kat dia "Jangan la asyik hantar apps aje... bosan la wei!"

5)  Bila dia tag gambar dia tengah posing cantik, atau dia tag gambar produk bisnes dia, kau remove. Pastu kau tulis kat wall dia dengan berkata, "Eeee semak la! Jangan tag lagi hokeh! Kang aku unfriend kau." Last-last kau yang kena unfriend hahaha.


Tak payah nak sentap-sentap. Hidup mesti diteruskan walaupun dah kena unfriend.


6)  Kau adalah friend yang tak serupa friend. Ada macam takde. Lagi baik kau berambus dari friend list dia, itu kata dia la.

7)  Kau kemaruk tag gambar kat dia. Hey! Dia tak sukalah!

8)  Dia bergaduh dengan friend kau yang lain, pastu dengan kau-kau sekali terima bala.

9)  Dia dah tak suka kau.

10)  Dia nak kutuk kau dalam status-status dia. Kang kalau kalau baca, kantoi la.


Sebenarnya, Pida pun tak sedar dan tak tahu siapa yang unfriend Pida. Walaupun friend Pida tak ramai, tapi Pida tak boleh ingat semua. Tapi Pida tau Pida kena unfriend sebab bilangan friend berkurangan daripada semalam.

Tapi ada jugak orang yang dah unfriend, tiba-tiba nak befriend balik! Entah bila masa dia unfriend aku pun aku tak tau! Heeeeee tak malu.


Err... Nak kawan balik boleh tak? Heeee....


Tak nak kawan!

4 comments:

  1. Kata2 Pida benar belaka, ramai juga saya unfrendkan org sebab asyik tayang body,

    Antara statusnya..
    Ni gambar saya nak mandi..
    Ni saya nak gosok gigi
    Ni saya baring2 dgn kucng kesayangan saya

    Dia ingat Artis ke? Nambah dosa saya je

    TAPI ramai juga org blok saya

    Sebab, saya selalu berceramah dlm fb, maklumlah org tua.

    Memang betul. paling saya tak suka, saya DITAG dgn perkara2 yg tak berkaitan dgn saya.

    Sekian.

    ReplyDelete
  2. Hahaha... lain kali sebelum unfriend gambor orang nak mandi tu, cikgu save dulu gambor tu hahaha!

    ReplyDelete
  3. ala pida... org yg unfriend ni tak suke kite tapi depan tunjuk baik n mungkin jugak tak matang... kalo kawan kite yg betul-betul ikhlas dgn kite takkkanye unfriend.terima je takyah melatah.. tak rugi pape pon tak kawan dgn kite yg gojes ni kan....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la yatie, setakat unfriend kat facebook, takde hal punyer.

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...