Thursday, June 7, 2012

Memori terpatri di halaman kampung

Salam memori,

Minggu lepas balik kampung jumpa mak bapak rasa seronok dan puas semacam.

Minggu ni bila balik ofis rasa malas dan tak produktif. Siap rasa macam nak berenti keje terus pun ada.

Ditambah pula dengan cuti sekolah, ramai staf cuti, ofis hampir kosong, kantin jual lauk yang sama, pak guard masih meronda di tempat yang sama, bau jamban masih sama, rutin pun sama.

Kenangan balik kampung payah nak dilupakan...



Rania dan Aqil dan siap-siap tunggu Tokyi dan Mamaneh sampai dari KLIA. Sementara menunggu tu, diorang main ram-ram-rep dulu kat padang rumah nenek.


Waktu ni diorang tengah berbincang siapa nak kejar siapa. Mesti ada hantu yang mengejar, orang yang dikejar tu akan terjerit-jerit ketakutan kononnya.


Detik penentuan... Main ojus-ojus, siapa kalah jadi hantu. Rania buat burung, Aqil buat air, burung minum air, air habis, burung menang, air kalah = Aqil kalah = Aqil jadi hantu.


Terkekek-kekek ketawa sambil berlari di tengah padang. Rania dah tak serupa gadis desa berkain dan bertudung, habis dilarungnya.


Dah penat main lari-lari, keputusannya menang jadi abu, kalah jadi arang. Last-last ajak Tio If diorang main lawan kemuncup. Stim jugak main game ni. Kelihatan Rania begitu bersungguh-sungguh membogelkan batang kemuncup pakciknya.


Giliran Aqil pulak lawan kemuncup. Sambil-sambil tu Nia kunyah kemuncup buat ulam. Awet muda, mak, katanya.


Selepas puas main kemuncup, Rania pergi melawat reban ayam, itik dan angsa di bangsal belakang rumah nenek. Rania sedang bergaya ala-ala pelancong dari Perancis.


Rania berlari lintang-pukang tak cukup tanah apabila dikejar oleh seekor angsa jantan yang berhajat menyudunya. Hahahaha padan muka kau Nia, tadi berposing ngalahkan majalah Mangga.


Ini setelah mak dan ab balik. Tengah minum air zam zam tu. Kau nak tau, si Aqil tu ada ke dia pesan air badak kat mamaneh dia suruh beli kat Mekah. Nak terkencing mamaneh dia ketawa.


Aqil macam budak sekolah pondok je. Tasbih berjurai kat tangan yang tak boleh blah tu. Kat dalam kocek adalah lastik berlampu, dari Mekah jugak. Sufi kat sebelah enterprem je. Dia pun sibuk nak air adak, air adak... (air badak) macam Aqil.


Keesokan harinya Pida bawak diorang jalan-jalan kat taman rekrerasi dan padang permainan.


Budak comot. Baju, seluar dan kasut adalah barangan turun-temurun daripada Aqil. Jimat duit aku.


Sekali lagi kuwar-warkan, arghhhh malasnya nak keje minggu ni!

7 comments:

  1. lastik berlampu takpe....

    jangan henfon yang ada bunyi yang bercakap berulang2 tu... sakit telinga!

    ReplyDelete
  2. Aha... yang cakap, "Hello? May I help you?" laju-laju tu pastu ada lagu "Aiyi aiyi ai... benggaliku dah sampai (I'm your little butterfly)"

    Memang bingit!

    ReplyDelete
  3. begitu nostalgik gambar kat kampung tu..kembang-kembang macam kene tumpah air..

    ReplyDelete
  4. A'ah.. memang tumpah kena air ponn.

    ReplyDelete
  5. bESTNYA KAT RUMAH NENEK PIDA.
    Saya selalu teringin nak ada padang spt depan rumah nenek PIDA tu.
    Malangnya sampai skrg tak tercapai.jAdi tak ada cara lain, saya pun selalu bawak anak2 saya ke Tasik Y. Ingat minggu lepas ada pengasuh bunuh bayi di Tasik Y tu

    ReplyDelete
  6. Alamak PIDA saya terguna ID anak saya, nilah bahana kongsi LAPTOP

    matsomherbs.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Hehe mat som, tq kerana komen.

    Rumah nenek saya memang heaven untuk cucu cicit. Dulu masa saya kecik2, siap buat perlawanan persahabatan bola sepak dengan budak2 kampung belah laut .

    Tasik Y makin cantik. Err betul ke ada kes tu? ;(

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...