Wednesday, July 3, 2013

Hantaran 9 dulang, buat ummi yang tersayang

Salam hantaran,

Hampir dua minggu jugak Pida dan adik-beradik yang lain sibuk dan bizi kerana menguruskan persiapan dan barang-barang hantaran untuk majlis pernikahan ab.

Alhamdulillah, dalam kalut-kalut, dalam sibuk-sibuk dan dalam gaduh-gaduh sesama ahli jawatankuasa majlis yang telah ditubuhkan itu, akhirnya kami berjaya merealisasikan apa yang tergambar di benak fikiran kami. Sebagai pengerusi yang autokratik tetapi akhirnya tewas dek kedegilan ajk-ajknya, maka terilhamlah gubahan sembilan dulang hantaran sebagai hadiah iringan buat ummi nanti. Wink wink

Sebelum itu, adik-beradik semua dah bersepakat dan berbincang tentang apa yang bakal dihadiahkan kepada bakal ibu kami. Ab telah menyerahkan sepenuhnya kepada anak-anaknya mengenai pilihan barangan yang akan dijadikan hantaran.

Maka, jadilah hantaran perkahwinan ab ini berupa gubahan rindu puisi syahdu hasil sentuhan sepupu Pida yang sangat baik hati, Fiza. Thanks Fiza with lots of love!




Gubahan syiling membentuk kubah masjid sebagai mas kahwin sebanyak RM22.50 rekaan oleh ab sendiri.  Dan juga set barang kemas.

Al-Quran dan sejadah.

Telekung cotton sulam penuh.

Buah-buahan.

Beg tangan, purse dan minyak wangi.

Kain pasang dan tudung.

Bunga telur pahar.

Puding istimewa yang dibuat sendiri oleh nenek. Terima kasih, nenek kerana nenek nampak sangat gembira dengan pernikahan ab ini. Walaupun mak dah tak ada, namun nenek masih amat menyayangi ab seperti anak sendiri malahan nenek merestui perkahwinan ini.

Akhir sekali, ikon bagi mana-mana hantaran perkahwinan; sirih junjung.

Hantaran-hantaran ni kitorang bawak jalan kaki je memandangkan jarak antara rumah ab dengan rumah ummi hanyalah sekotak air laici. Dekat sangat. Dah nama pun satu kariah. Geng surau lagi. Kebetulan keluarga ummi juga memang baik dengan keluarga Pida.


Beberapa detik sebelum upacara akad nikah dilangsungkan. Sebaik melihat pengantin perempuan keluar dari bilik, saat itulah yang paling menghibakan bagi Pida. Serta-merta air mata mengalir laju. Perasaan pada masa itu bercampur-baur; terharu, gembira, seronok, sedih, hiba, rindu tiba-tiba teringatkan mak. Memang menangislah!


Terharu kerana ab tidak lagi keseorangan selepas ini kerana kehadiran ummi dapat mengubat kedukaan di hati ab. Pida percaya, pernikahan ini tidak akan sedikitpun mengurangkan ingatan ab terhadap mak. Ummi pun sebelum ini memang telah mengenali mak sebagai jiran dan geng surau.

Hiba kerana Pida sedar pernikahan ini adalah sebagai bukti nyata seterusnya bahawa mak benar-benar telah pergi. Selama ini memang Pida dah menerima kehilangan mak, tapi dengan hadirnya ummi dalam keluarga kami, ummilah pengganti mak sekarang.

Seronok kerana keluarga kami telah lengkap semula. Ada ab, ada ummi, ada adik-beradik, kami memiliki seorang ibu semula setelah kehilangan ibu sebelum ini. Selepas ini kami boleh melakukan apa yang biasa dilakukan dengan mak dulu bersama ummi pula.


Panggilan ummi adalah permintaan daripada ummi sendiri. Semoga ummi tahan dengan perangai anak-anak ummi yang tak berapa centre ni. Sebelah ab tu abang sulung Pida, sebelah ummi adik bongsu. Abang Pida kena sound baiikk punya dengan ab, "Ko pakai songkok aji?"

Adik-adik Pida dan Rania. Oh ye, lupa nak cakap. Last-last kitorang pakai baju warna hijau. 

Adik Pida bersama keluarganya. Tu si Razin anak susuan Pida tu.


Ab dan ummi memotong kek.

Meriah juga majlis di rumah ummi ni. Tetamu pun ramai yang datang. Rombongan keluarga ab aje lebih 30 orang. Siap ada persembahan nasyid anak-anak tahfiz lagi. Cuma tak adalah kompang dan jidor.

Giliran ummi pergi ke rumah ab pulak. Ini kali pertama ummi ke rumah kami. Ummi nak jumpa nenek yang tak dapat ikut sebab kesihatan tak mengizinkan. Nenek dah tak kuat nak jalan dan duduk lama-lama. Nenek tunggu kat rumah aje. Amboi ab... tak nampak macam orang 70 tahun la!

Adik tukang angkat hantaran ummi kepada ab pula.

Muka-muka budak degil tak dengar cakap pengerusi.

Pengerusi yang telah meletak jawatan teringin juga nak menggedik.

Alhamdulillah, majlis ab dan ummi telah berjalan dengan selamat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua keluarga, jiran dan taulan yang sudi memeriahkan majlis ini.

Petang itu, kami adik-beradik keluar main bowling.









Begitulah takdir Allah ke atas keluarga Pida. Segalanya telah ditentukan oleh-Nya. Pida redha dengan segala ketentuan takdir malahan Pida gembira dan bersyukur kerana setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah yang bukan sedikit kepada kami semua.

Doakanlah agar perkahwinan ab ini diberkati dan semoga ikatan kekeluargaan kami menjadi semakin kukuh. Buat mak yang telah tiada, ingatan terhadapmu akan terus mekar dan semoga mak bahagia di sana. Pida amat merindui mak.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan ummi kepada kami!


1 comment:

  1. AnonymousJuly 05, 2013

    Alhamdulillah.. tahniah buat pida sekeluarga

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...