Friday, April 20, 2012

Semakin lama semakin jauh

Salam jauh,

Pada suatu hari, Pida berbual-bual dengan kawan Pida. Pida namakan dia Kak Hajah. Umur Kak Hajah 50 tahun. Ada 10 tahun lagi nak pencen.

Kak Hajah mempunyai dua orang anak perempuan. Tu je anak dia. Dia takde anak lelaki. Dua orang tu je anak dia. Kau jangan memandai-mandai suruh Pida tanya dia kenapa dia takde anak lelaki. Kang tak pasal-pasal bengkak tengkuk aku kena karate.

Mula-mula dia tanya Pida, anak yang sulung umur berapa? Pida pun jawablah dah tujuh tahun, dah darjah satu. Kak Hajah cakap kejap je masa berlalu 'ek... dulu anak dia kecik-kecik, sekarang sorang dah masuk universiti dan sorang lagi masih belajar di asrama penuh dalam tingkatan 4.

Lepas tu suara dia dah mula sebak.

"Anak-anak akak sekarang ni dah tak macam dulu...," sedih je suara dia masa ni.

"Emm... kenapa kak?" Pida bertanya dengan dahi berkerut. Suspen jugak bila dia cakap macam tu. Adakah anaknya sekarang sudah berubah menjadi pokok bonsai?

"Bukan berubah jadi pokok bonsai Pida...."

Huk allaa!! Dia dengar ke apa yang aku pikirkan tadi?

"Dulu masa sekolah rendah, dia ikut je cakap kita. Kitalah segalanya bagi dia. Dia manja, dengar kata, selalu bergurau...," Kak Hajah meneruskan kisah sedihnya.

"Tapi sejak dah sekolah menengah ni, lebih-lebih lagi bila dah duduk asrama...," kata-katanya tersekat di situ. Pida tau dia sebak.

"...dia dah makin jauh dengan akak. Sedih sangat rasanya," Kak Hajah melengkapkan ceritanya. Masa ini Pida nampak wajahnya betul-betul sugul dan ada sedikit rasa kesal terpamer pada riak wajahnya.

"Kenapa jadi macam tu kak?" Pida cuba bertanya, mencungkil rahsia hati yang mungkin sudah sedia untuk dikongsi.

"Dia jadi jauh sejak dia masuk sekolah menengah. Di asrama, dia ada ramai kawan. Sekarang ni semuanya kawan, apa saja pun kawan yang didulukan," keluh Kak Hajah sambil menghela nafas perlahan. Di mukanya masih terpancar kesedihan.

"Waktu cuti pun bukannya nak duduk rumah sangat. Asyik keluar dengan kawan. Bila akak nak ikut dia tak kasi."

"Kalau kat rumah tu, asyik terperap dalam bilik mengadap laptop, main Facebook. Kalau dulu ada la jugak dia tengok tv sama akak, sekarang dah tak nak duduk dengan akak lagi."

"Akak tak larang dia keluar ke?" Pida cuba bertanya.

"Budak-budak sekarang tak boleh dikongkong Pida. Yang akak buat sekarang ialah kawal. Akak benarkan dia keluar dengan kawan-kawan dia. Lagipun akak kenal kawan-kawan dia dan mak ayah diorang. Cuma tu la... bila dah ada kawan, kita pulak dia tak peduli," terangnya dengan panjang lebar.

"Emm... ooo," itu je la yang Pida boleh respon. Sebab Pida rasa apa yang dia cakapkan tu betul dan itu adalah realiti budak-budak sekarang.

(Kak Hajah adalah seorang ibu tunggal. Jadi hanya pada anak-anaklah tempat dia mencurah kasih dan sayang. Sebab tu dia kecewa sangat bila dia rasa anak dia tak pedulikan dia lagi.)

"Anak-anak ni Pida... masa kecik memang kita tatang bagai minyak yang penuh. Dah besar, sedikit-sebanyak dia akan ikut kawan jugak. Sedih tau...," Kak Hajah meneruskan ceritanya. Pida terpana dengan kata-katanya. Tiba-tiba Pida rasa takut. Ye, takut perkara yang sama terjadi pada Pida.

Pida tak boleh bayangkan Rania, Aqil dan Sufi, malah Razin sekalipun yang sekarang ini sedang Pida belai dan manjakan dengan sepenuh hati akan 'meninggalkan' Pida apabila mereka sudah besar kelak. Oh, takutnya itu  melebihi takut dimadukan. Oh, celuparnya.

<Di rumah sebelum tidur>

"Nia sayang mak tak?" tanya Pida pada Rania sebelum dia tidur.

"Sayang... sayang sangat," balasnya sambil meneruskan hisap botol susu. (Ye, umur dah 7 tahun tapi masih hisap botol susu.)

"Nanti bila Nia dah besar, Nia nak tinggalkan mak tak?" Pida tanya dia lagi dengan perasaan sedih.

"Tak nak... Nia nak dengan mak sampai Nia kawin, sebab bila dah kawin nanti Nia kena ikut suami Nia," memang bertuah betul budak ni. Sifir 2 pun tak khatam lagi dah sibuk pasal kawin. Anak sapa la nih!

"Nia jangan tinggalkan mak ye nak...," Pida menuturkan amanat itu sambil baring dan memeluknya.

Malam itu Pida tidur sambil memeluk Nia. Pida tau bukan setiap masa Pida dapat memeluk anak-anak. Pida tak peluk Sufi walaupun Pida tau setiap malam Pida wajib peluk Sufi sebab 'botol susu dia' ada pada Pida.

Tiba-tiba ketika sedang enak dibuai mimpi ngeri, Pida dikejutkan oleh suara rengekan.... "Nak tek tek...,"

Emm mesti Sufi ni. Pida pun pusing belakang dan tiba-tiba terkejut bila ternampak Sufi dah jadi besar!

3 comments:

  1. bongok laa ending kau nie pida.. Hahaha...

    ReplyDelete
  2. hahahha ko memang otak kuning la fello hahahha

    ReplyDelete
  3. aku otak kuning??? Ko yang tulis... aku cuma mentafsir karangan ko jek..

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...