Wednesday, July 18, 2012

Entry misteri : Tinggal bersama 'si dia'

Salam misteri,

Tak habis-habis dengan misteri Pida ni. Hari tu pasal cincin kahwin misteri, sampai sekarang tak terungkai misterinya. Kali ni Pida nak cerita pasal kejadian yang sangat biasa dialami di rumah Pida dan mungkin juga di rumah kau.

Tapi sebelum bercerita panjang, Pida nak bagi amaran sikit. Entry ni diklasifikasikan sebagai ES13 (Entry Seram untuk budak-budak 13 tahun ke atas). Kalau kau seorang yang penakut, Pida syorkan lebih baik kau jangan baca entry ni sebab entry ni serammmm hiiiiiii...... Alamak, aku pulak yang takut sendiri.

Baiklah, Pida akan cuba untuk menerangkan situasi-situasi yang boleh dirasai dan didengari dengan deria kasar tetapi ia sebenarnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar, yang biasa terjadi di rumah Pida. Kau faham tak apa yang Pida sampaikan ni? Kalau tak faham buat-buat faham sudah la.

Ada beberapa kejadian atau fenomena biasa yang kerap dialami Pida sekeluarga dan juga keluarga-keluarga lain di taman Pida.


Kejadian Pertama : Bunyi guli melantun

Bunyi guli melantun-lantun memang selalu kedengaran di rumah Pida. Bunyinya seperti seolah-olah anak orang sebelah tengah main guli. Maksudnya, kita dengar bunyi guli-guli tu melantun di rumah jiran sebelah dengan andaian anak dia yang sedang main.

Mula-mula dulu Pida fikir memang anak orang sebelah yang main lantun-lantun guli. Jadi Pida tak rasa apa sangatlah. Budak-budak... takkan nak marah diorang main kan? Anak Pida sendiri pun main baling-baling anak lesung Pida tak marah.

Tapi bila bunyi guli melantun dah terlalu kerap dan tak mengira waktu; siang malam pagi petang bunyi guli, takkan budak sebelah ni tak main benda lain? Asyik main guli je ke kerjanya? Malam-malam pukul 11 pun? Mak bapak kau tak marah ke budak? Isyy... I smell something wrong somewhere la.

"Bang, budak sebelah ni tak penat ke main guli? Banyak betul guli dia 'ek?" Pida bertanya pada suami Pida sambil melentok manja ke bahunya.

"Adoi... tepilah sikit, bahu abang terkehel ni. Ambikkan yoko-yoko tu," suami Pida membalas dengan romantik sambil menolak kepala Pida sampai terhantuk ke dinding kepala aku.

Wahabi punya laki, Pida menggerutu dalam hati.

"Abang ahli sunnah wal jamaah la," dia tiba-tiba bersuara. Erkk...??

Pernah pada suatu pagi dalam pukul 11 gitu, Pida tengah lepak-lepak kat atas sofa di ruang tamu. Masa tu orang lain semua pegi kerja, Pida sorang je tak pergi kerja sebab cuti. Tiba-tiba Pida terdengar bunyi guli melenting-lenting betul-betul di sebelah Pida. Pida tersentak, dah mula pikir yang bukan-bukan. Lepas dah pikir yang bukan-bukan tu... Pida pun mencicit naik atas masuk bilik sambil menjerit, "Aaaaaaaa!!!"

Dalam kejadian yang lain pulak, masa tu pukul 11 malam. Adik Pida sorang-sorang kat bawah tengok tv. Tiba-tiba kat meja makan tu bunyi guli melenting. Dia yang memang dah tau cerita pasal guli ni, tak cukup tanah lari naik atas. Siap langkah 3-4 mata tangga punyalah takut. Kalah pelari sprinter.

Ada masa jugak, masa tengah tidur, tiba-tiba bunyi guli tu kedengaran. Betul-betul kat luar pintu sliding bilik Pida. Rania tanya apa tu mak? Pida jawab takde apa-apa.


Kejadian kedua : Bunyi perabot diseret-seret

Bunyi perabot diseret-seret ni acapkali didengar. Sama seperti bunyi guli, ia kedengaran tak kira masa. Bunyinya jelas; seolah-olah orang sebelah atau orang tingkat atas sedang mengalihkan perabot yang berat seperti kerusi, gerobok, katil dan sebagainya.

Tapi Pida duduk rumah teres, atas memang sah-sah takde sesiapa. Nak kata jiran sebelah, takkan kerap sangat dia mengalihkan perabot. Malam-malam pun alihkan perabot jugak ke?


Kejadian  ketiga : Bunyi pintu dihempas kuat

Lagi satu, fenomena yang kerap Pida dengar ialah bunyi pintu yang dihempas dengan kuat. Ini selalu Pida dengar. Ia seolah-olah pintu jiran sebelah atau orang belakang atau orang atas yang dihempas tu, bukan bunyi dari rumah Pida. Bunyi pintu dihempas ni pun selalu kedengaran tak kira waktu.

Pelik jugak, siapa yang tutup pintu main hempas-hempas macam tu? Merajuk dengan laki ke? Marahkan majikan ke kalau yang menghempas pintu tu orang gaji?

Ada satu kali tu, Pida tinggal berdua je dengan Sufi. Masa tu Pida cuti (cuti lagi) sebab jaga Sufi yang demam. Masa Pida tengah tidurkan dia di sofa depan tv, Pida terdengar bunyi pintu kabinet dapur Pida dihempas dengan kuat. Pida yakin memang itu bunyi pintu kabinet dapur Pida. Tapi macam biasalah... mana ada sesiapa waktu tu kan?

Pida takut? Tak... masa tu Pida tak takut sebab Pida peluk Sufi kuat-kuat. Kalau Sufi tak ada maunya Pida mencicit naik atas.

Kejadian lain pulak berlaku baru-baru ni. Masa tu hari Jumaat. Pida sedang bersiap-siap untuk menghantar Rania ke sekolah petang sebelum Pida kembali ke pejabat. Semasa sedang memakaikan tudung Rania di hadapan meja solek, tiba-tiba Pida terdengar bunyi air mengalir di bilik air. Bunyi macam paip dibuka untuk mencuci sesuatu.

Habis je bunyi air tu, terus terdengar bunyi pintu dihempas dari atas. Namun ia tidak berakhir di situ, yang paling kemuncak ialah sebuah mainan di atas meja solek tu tiba-tiba bergerak sendiri. Rania tersentak. Dia menjerit. "Mak, mainan tu gerak sendiri!" Pida cuma cakap takde apa-apalah.

Pida tak takut waktu tu sebab ada Rania. Kalau Rania tak ada maunya Pida mencicit turun bawah.



Kejadian keempat : Kelibat bayang

Inilah yang paling Pida tak suka. Setakat dengar-dengar tu tak apa lagi, kalau dah main tunjuk-tunjuk bayang ni.... isyy, jangan la bai!

Kejadian ini berlaku pada suatu malam kira-kira pukul 9 malam. Masa tu Pida dengan budak-budak je, suami Pida masih belum balik dari surau. Semasa Pida keluar dari dapur, tiba-tiba Pida ternampak satu kelibat hitam yang besar serupa bayang turun dari tangga dan hilang macam tu aje.

(Aiseh... time Pida taip ni naik bulu roma. Dahlah aku ni banyak bulu. - bulu kening, bulu mata hokeh!)

Pida tergamam sekejap selepas melihat kelibat tersebut. Bukannya takut sangat, tapi itulah kali pertama Pida nampak entiti seperti itu. Nasib baik Pida tak histeria, kalau tak mesti kecoh satu taman Pida terjerit terpekik terlolong.

Itu kisah Pida. Kisah anak Pida pulak lain.

Pada suatu hari, Aqil tengah main bola kat ruang tamu. Tiba-tiba bola tu bergolek menuju ke tangga. Aqil pun terus menuju ke tangga untuk mengambil semula bola tersebut. Tetapi langkah dia terhenti dan dia tak jadi nak ambil bola tu. Pida tanya kenapa? Aqil menjawab, "Aqil nampak ada orang kat tangga tu."

Pida dah jadi suspen. Orang? Orang mana? Tak ada sesiapa pun?



Rumah yang tenang jangan disangka tiada 'si dia'.


*********************


Kejadian-kejadian yang kerap Pida alami di rumah Pida ini telah menjadikan Pida nekad untuk berjumpa pawang. Pida kenal seorang pawang yang handal ni. Dia memang popular di kalangan netizen seperti Pida. Rujuk aje kat dia, mesti dia bagi jawapan dan penyelesaian. Memang hebat ilmunya. Memang mengalahkan nujum pa' belalang handalnya.

Lalu Pida pun merujuk kepada pawang yang Pida panggil Pawang Google ni. Pida nyatakan masalah dan keperluan Pida, lantas Pawang Google memberikan seribu satu jawapan sampai Pida tak tau nak pilih mana satu.

Last-last Pawang Google memberikan Pida satu jawapan yang pasti. Rupanya ada makhluk lain yang turut tinggal bersama-sama Pida iaitu jin. Dia juga makhluk Allah, dia tak mengacau, cuma nak tumpang tempat tinggal dengan Pida je.

Pida pernah juga cuba niatkan, tak apalah kalau nak duduk sama-sama sebab kita sama-sama makhluk Allah. Kita sama-sama menumpang di bumi Allah. Kau buatlah kerja kau tapi jangan sesekali kacau kami dan jangan sesekali tunjukkan diri kau pada kami.

Sekarang ni, bunyi-bunyian tu dah agak kurang, tak sekerap dulu. Kalau tinggal sorang-sorang kat rumah pun taklah takut sangat. Nak takut apa, rumah sendiri kan... takut hanya pada Allah.

Pida percaya hak sesama makhluk adalah milik Pencipta. Kita kena berkongsi dunia ini dengan makhluk lain juga. Mereka memang wujud tetapi di dunia yang berlainan daripada kita.

Rumah kau macam mana?



43 comments:

  1. Nak panggil Uncle Seekers pun, dia dah kena tahan polis, so, banyak2lah baca Quran agar meminimumkan kehadirannya.

    ReplyDelete
  2. Kalau panggil uncle seekers nanti rumah makin angker pulak haha.

    Baik panggil uncle gedek! ;)

    Memang dah banyak kurang sekarang, tapi masih ada jugak sikit-sikit.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. cikCT, mula-mula memang rasa takut, tapi bila dah lama-lama jadi biasa. Asalkan 'si dia' tak menjelma sudah... hehe.. tapi Alhamdulillah sekarang dah banyak kurang.

      Delete
  4. Bunyi guli tu apa maksudnya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anon,

      Bunyi guli atau syiling jatuh tu sebenarnya dilakukan oleh jin yang duduk di rumah kita tu. Kadang-kadang dengar macam guli melantun-lantun, kadang-kadang macam bunyi duit syiling terjatuh.

      Rumah kau bunyi jugak ke? Ayoooo hahahahaa.

      TQ for reading anyway!

      Delete
    2. ya.. sy duduk rumah sewa flat ni dh 2 tahun lebih, masih sama kedengaran, nasi lauk cepat basi. dh baca quran dan pasang baqarah masa tidur pon sama. bini sy dh 2 kali gugur. tahun lepas selepas gugur kali ke dua, bini sy dpt penyakit tiroid, dan doktor kata tiroid punca gugur. sy jadi konpius samada gugur disebabkan tiroid atau benda tu

      Delete
  5. wahh. kita pun pernah jugak jadi mcm ni. cuma takde la seteruk akak. pernah dgr guli, perabot gerak2 ngan hempasan pintu. alhamdulillah dah pindah dah takde dah. baru tau. terima kasih sudi kongsi cerita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu ye ke? nasib baik dia tak ikut pindah kan? hehe.

      Delete
  6. Pida, boleh knalkan tak pawang tu pd saya?

    ReplyDelete
  7. Gyia, hehehe... pawang yang saya maksudkan tu ialah Google!

    Saya google pasal benda alah yang menumpang rumah saya ni. Hehehe.

    TQ anyway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak nak tnye sy dh 3kali alami bnda ni..sy msk blik air tiba2 syiling jth ape makne nye??

      Delete
    2. Nora ekin, kalau dr yg saya selalu google... maknanya itu adalah jin yg menumpang di rumah kita. Wallahu 'alam. :)

      Delete
  8. Bunyi guli selalu kedengaran di rumah sy setiap mlm adakah itu permainan jin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada jin atau mmg budak yg main hehehe

      Delete
  9. Bunyi guli selalu kedengaran di rumah sy setiap mlm adakah itu permainan jin

    ReplyDelete
  10. Lutfillah Hamdan, kalau ikut apa yang dibaca dan digoogle, memang itu jin punyer kerja. Tapi wallahu'alam. Err.. entah-entah budak sebelah rumah main guli tak?

    ReplyDelete
  11. uwaaa...sereemmm, berdiri bulu roma, huhkhuk..kita neh dh la penaot tahap gaban, ya amponn....uhuh..nyway nice blog dear pida :)

    ReplyDelete
  12. same la kak..

    ReplyDelete
  13. Saya pun ada kadang2 dengar kuat jugak. Saya target anak india atas ni main guli malam2. MMg dengar dari rumah atas. entahlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bukan anak india tu.. anak jin kot hahhaha

      Delete
  14. saya pun pernah mengalami benda yang sama. dengar bunyi guli melantun2 dalam bilik saya tiap tiap malam. tapi saya buat tak tau ja sebab saya tak fikir apa2 pun. just fikir mybe anak orang atas yang main (rumah flat). lama2 bunyi dah takdak. mybe dia dah putus asa kacau saya. haha. tapi last2 baru tau atas tadak orang duduk. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. dah gitu jgm takut pulak tau :)

      Delete
  15. Sama lah dgn saya jugak.Dah berapa minggu kedengaran siling atas seperti ada org bermain guli melantun2 tk kira siang..mlm..bru tadi bunyi lagi jam skrg 3.05ptg yg herannya bila saya google nk cari sebabnya dan sampai ke blog awak Pida...tgh taip ni senyap jer siling kt atas rumah saya..si 'dia' pun sibuk sblah saya nak baca baca apa saya taip ker?...tkper share is caring..lols...serams~ juga ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hei.. kebetulan tghari tadi saya dgr bunyi guli kat dapur saya. Saya jenguk. Serius mmg takde apa2 tapi jelas bunyi guli tu. Hmm

      Delete
  16. Assalam Kak pida . sy pnya kes lain . sy students dan menyewa rmh . rmh ni len mcm sikit . kmi salu dgr bunyi benda jatuh . jatuh x kira masa . masa mula2 masok , dia bunyi selang 10 minit . skrang dh kurang , tp still ada . bunyi tu di dapur dan dlm dinding . apa mksudnyaa ek ? Bunyi perabot diseret tu ada jugak . tp kadang2 , x selalu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sejibik mcn yang akak alami. Mmg makhluk yg tu la kot. Banyakkan baca alquran.. masuk bagi salam.. nak kuar pun bagi salam ye. Akak siap pesan jgm kacau dan jgn muncul.

      Delete
  17. Kak pida kene tolong saye rumqh saye DPN mate nmpk pintu terbukak tertutup and then says je kene kacau adik saye x abg says x Mak Dan ayah hanye mendengar . saya ade search sebaik saje jadi pekara sebegini saye mmg search trus paranormal ni... Saye ngan bende saye suke senanye tp says jadi x suke sbb dh kacau says en ade suke bunyi saya baru perasan yg perabot bergerak tu bende can ni.... 💀💀💀💀

    ReplyDelete
  18. Kak pida kene tolong saye rumqh saye DPN mate nmpk pintu terbukak tertutup and then says je kene kacau adik saye x abg says x Mak Dan ayah hanye mendengar . saya ade search sebaik saje jadi pekara sebegini saye mmg search trus paranormal ni... Saye ngan bende saye suke senanye tp says jadi x suke sbb dh kacau says en ade suke bunyi saya baru perasan yg perabot bergerak tu bende can ni.... 💀💀💀💀

    ReplyDelete
  19. Kak pida kene tolong saye rumqh saye DPN mate nmpk pintu terbukak tertutup and then says je kene kacau adik saye x abg says x Mak Dan ayah hanye mendengar . saya ade search sebaik saje jadi pekara sebegini saye mmg search trus paranormal ni... Saye ngan bende saye suke senanye tp says jadi x suke sbb dh kacau says en ade suke bunyi saya baru perasan yg perabot bergerak tu bende can ni.... 💀💀💀💀

    ReplyDelete
  20. i pon baru kne last week.suami xde kje luar.uma 2mgu duduk gn ank2 je.2mgu die kcu ketok2 je semgu se x.. tu pon i x lene tido..mggu ke 3 mkn kuat lak bunyi..dngr org seret perabot kt ruang tamu..lps tu dngr org ketok almari dr dlm dinding tepi katil.mule slow2 lelame kuat lak..esok tu trs blk uma mak..x dok da uma gn ank2.so mgu ni suami x kje lua..area kl je..punye elok 3arini..tng je..pagi td suami p kje kul 730am..lps tu kul 8am tertibe terjage dr tido dngr mcm org sepak pintu dapo.blk kt dpn byg kn cmne leh dngr..x smpi 2 minit gedegang! kt pintu blk i la..kemain kuat smpi ank pon terkejut n terjage.bunyi mcm org sepak pintu blk tp kedengar dr ats siling.kuat sgt..berderau darah ni trs bgn dr katil bukak pintu trs check2 1 uma kot2 ade org msk uma ke.. lps tu trs bukak sliding door luas2.bg cahaya msk uma.. smpi skrg tergiang2 lg bunyi ketukan kuat td..mmg wat2 kuat je ni demi ank2.. da 5thn dok cni..slalu dengar cm kucing berlari2 ats siling je lps tu gedok2 mcm loncat.tp da biase dl mslb se x je.xde r terganggu sgt.ni dlm bln ni pelik2 je jadi dlm uma ni..tido pon x lene mcm dlu2 da..xtau r kenape..ade termasuk uma time senje2 ke ape ke..x pasan..tp mmg tgh carik punce..knape bile i gn ank2 je die nk mgacau..bile suami ade xde pulak..jgn muncul da r..die dok main ketok2 pon x lalu da nk lyn..jntung mcm nk gugur di wat nye da..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meremang bulu roma baca. Mcm disengajakan pulak. Skrg dah ok ke...

      Delete
    2. skrg i da pindah uma lain..bapak i ckp ade bende tumpang..die nk keluar tak boleh..ade 4 anak2 die..emmm..uma skrg ni selesa ckt alhamdulilah..mintak jauh la..takot

      Delete
    3. skrg i da pindah uma lain..bapak i ckp ade bende tumpang..die nk keluar tak boleh..ade 4 anak2 die..emmm..uma skrg ni selesa ckt alhamdulilah..mintak jauh la..takot

      Delete
  21. AnonymousJuly 21, 2017

    Sama la dgn apa yg pida alami,..cerita pun hampir sama...xkan org sebelah asyik main guli atau main jatuh²kan duit syiling,kan..bunyi air pun kkdg ada...bunyi pintu kena hempas pun pernah,..dgr bunyi nangis atau knk² bermain pun ada...tapi belum sampai g nak jumpa pawang...rasa seram tu ada juga,..meremang juga...kalau berlaku malam,..cepat² buat² tdo sampai betul² tdo...apa lagi...kat umah selalu sorg²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww sorang2 lagi seram. Biasa la benda2 mcm tu. Dia pun nak tumpang jugak hehe... tq

      Delete
  22. Dulu rumah saya selalu penampakan kelibat lalu, kedengaran bunyi guli & bunyi tumbukan dinding/lesung batu. Mula² kami takut la gak tapi kami lawan perasaan takut tu & buat x tau. Sy tanya pakar mistik & dia bgtau "makhluk Allah" tu xkan mengganggu. Cuma dia nak menumpang rmh tu & pd masa yg sama, dia juga tlg tgkkan rmh & ahli² dlm rmh tu. Penampakan kelibatb& bunyi²an tu hanya nak bg petanda yg "dia" juga ada dlm rmh tu juga... Yg penting jgn tggal solat, slalu mengaji/mainkan cd surah² dlm rmh & juga kata padanya, "aku tau kau pun makhluk Allah. Klau kau nak menumpang dlm rmh aku, jgn ganggu aku & keluarga aku sb kami x ganggu kau. Klau kau ganggu aku & keluarga aku, aku akan halau kau semua keluar". A!hamdulillah, bunyi & penampakkan kelibat dah semakin berkurangan. Perasaan takut pun xde lg....

    ReplyDelete
  23. Yeahh ..semalam waktu 6 petang dirumah saya pun ada bunyi guli ni.. Waktu sunyi sepi..saya bedua dgn anak kcik tgh tdo.. Saya duk main hp. Bunyi guli selang 3 kali.. Saye ada sikit cuak.. Dan pikir mcm2.. Maklumlah baru pegi mndi sungai hari smlmnya.. Dah lama jugak xda bunyi gini.. Saye cuba mnyiasat dan usha setiap bilik dan pnjuru rumah.. Tapi hati berat mngatakan dtgnya dari bilik stor.. Adakah jin melepak dlm bilik stor rumah saya! Tp dipikirkn blik.. Mmg ini kje jin. Klau dia nk kcau dgn bunyian ni xpe lg.. Harap dia xkacau anak aku lah.. Jd sejak kjadian ni aku bertekad nk bykkan bacaan quran dirumah dan sentiasa menguatkan ibadah pada allah..

    ReplyDelete
  24. hi fida,
    dkt 2,3 bln ni kerap sgt ada bnyi gulinjtuh,skrg dh tiada,tpi bnyk dgr bnyi ttup pntu n mcm brg jtuh dri cornis umh.serammmm.jgn la kcu fmly kita.sya bru 3 thun dduk umh baru

    ReplyDelete
  25. Slm. Jiran sy plk selalu mrhkn ank Dan brmmsm muka ingtkn anak sy yg Tarik perabot, main guli Dan bunyi tapak kaki yg Kuat. Actually sy duk rumh flat. Pdhl ank ank dh tdo.. Smpaila ketuk pintu rumh Dan memekik mekik cam org kerasukn... Tak paham. Tp kesian.rumh dia ada gnguan tp slhkn jiran jiran.

    Ttakkkn lah setiap mlm nk alihkn perabot. Kdg stress juga sy.. Dia mcm Tak percuma kewujudn org ketiga hituu.

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...